🌹 - 24

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"What are you doing, Zara Nafisa?!"

Zara tersentak. Lantas kotak yang sedikit terbuka ditangannya di masukkan kembali ke dalam beg tersebut. Wajahnya berubah pucat saat melihat wajah bengis suaminya yang berada di muka pintu bilik itu.

Carl Ayden dengan muka bengisnya menghampiri Zara yang terkebil-kebil memandangnya. Mencerlung tajam matanya merenung Zara tatkala terperasan akan beg yang ternganga luas itu.

"S-saya -"

Tak sempat Zara menghabiskan kata-kata nya, Carl Ayden tiba-tiba mencapai kedua belah tangan Zara lalu ditiliknya dengan wajah berkerut. Zara terpinga-pinga dengan perbuatan encik suami.

Tak marah ke?

Mati-mati dia fikir suaminya akan memarahinya tadi. Jantung pula bukan main mengepam laju. Tapi sangkaannya meleset apabila si suami malah membelek-belek kedua belah tangannya. Kenapa?

"Ada luka kat mana-mana tak?" soal Carl Ayden serius sambil merenung wajah blur Zara.

"Tak.. tak ada luka pun?"

Dia bingung. Apa punya soalan yang suaminya tanya? Celah mana luka pulak? Apa kaitan luka dengan kes sekarang? Pelik!

"Good! Lain kali jangan pandai-pandai buat kerja macam ni. Kau ingat aku tak tahu ke! Nasib kau tu bini aku, kalau tak memang dah lama aku tembak kau kat sini! " sindirnya seraya menolak bahu Zara lembut ke tepi memberi laluan pada nya.

Zara mengerutkan kening, masih tak faham apa yang suaminya katakan. Mukanya juga membahang malu bila perbuatannya terbongkar.

Diperhati saja gerak-geri Carl Ayden yang mengambil semula kotak kayu yang disimpannya sebentar tadi.

"Awak tak marah?" tanya Zara perlahan.

Carl Ayden mengabaikan pertanyaan Zara. Dia tersenyum sinis melihat kotak yang sedikit terbuka itu. Nampaknya Zara masih belum melihat isi dalam kotak kayu tersebut.

"Kau yang bukak tadi kan? Mesti kau nak tahu apa yang ada dalam ni. Let me show you what's in this box, wife."

Zara diam tak berkutik. Soalan yang tak berjawab dibiarkan. Carl Ayden memang misteri orangnya. Macam mana dia boleh tahu apa yang dia buat? Suaminya ada bela hantu raya ke macam mana?

Carl Ayden membuka kotak tersebut lalu kotak kayu itu ditunjukkan pada Zara. Membuntang matanya melihat benda yang berada dalam kotak tersebut.

Wajah Carl Ayden dipandang tak percaya bersilih-ganti dengan isi kotak kayu itu. Kasar air liur yang ditelan. That means all in the box is the same thing?

"No. Each box is not the same. Kau nak apa? Riffle? Knive? Archer? Hands Claw? Rope Dart?" seperti tahu apa yang difikirkan isterinya, kening dijongketkan pada Zara sambil tersenyum sinis.

Apa yang ditanya Carl Ayden hanya mampu dibalas dengan mata berkelip-kelip. Dia pun tak tahu nak cakap apa.

Segala jenis senjata yang disebut suaminya memang menunjukkan bahawa Carl Ayden penggemar dengan senjata tajam untuk dijadikan koleksi.

Untuk apa suaminya menyimpan semua tu? Otaknya mula memproses, pengawal, pistol dan sekarang senjata tajam yang lain.

Tapi-

Memilih untuk tak berburuk sangka, Zara memandang wajah suaminya dengan riak hairan dan sedikit curiga.

"Kenapa awak simpan benda ni? Saya rasa, ada perkara yang awak tak bagitahu saya." luah Zara dengan apa yang difikirnya.

Carl Ayden tergelak kecil, baguslah kalau cik isteri cepat-cepat tahu semua ni. Dia pun malas nak sembunyi lama-lama.

"Kau rasa kenapa? Okay lah, aku bagi kau klu. Semua ni hadiah untuk orang mati."

Zara terdiam. Tak lama, matanya terbuntang dengan wajah yang jelas terkejut. Tak mungkin.

"Are you a killer Mr.Carl Ayden? " tanya Zara serius.

Kotak kayu itu ditutup rapat lalu disimpan kembali di tempatnya. Zip beg ditarik hingga tertutup. Carl Ayden memandang Zara dengan kedua tangan yang dimasukkan ke dalam poket seluar.

Dirapatkan wajahnya ke wajah terkejut Zara hingga dahi dia dan isterinya bersentuhan.

"If the answer is yes?" duganya dengan suara perlahan dan tegas.

Zara merenung mata kelabu-kebiruan itu sedalam-dalamnya, mencari kebenaran di sebalik kata-kata lelaki itu. Kalau betul suaminya pembunuh, tapi kenapa?

"Maksud awak? " Zara inginkan penjelasan yang lebih jelas.

Senyuman sinis tersungging dibibir. Ketahuilah bahawa manusia yang bernama Carl Ayden tak pernah dan tak reti tersenyum ikhlas ;'( Setiap inci wajah isterinya diratah dengan mata helangnya.

"Unfortunately, yes. Suami kau pembunuh, Zara." bisiknya perlahan dan tegas .

Zara cuba berundur ke belakang, tergamam dengan jawapan suaminya. Tapi Carl Ayden bijak, sebelah kakinya menahan kaki Zara dari arah belakang lalu menyebabkan Zara ingin terjatuh.

Laju tangan Zara berpaut pada leher Carl Ayden. Mengawal badannya daripada terlentang ke belakang. Boleh patah tulangnya kalau jatuh atas lantai mozek itu. Fuh!

"Tapi k-kenapa?" tersekat-sekat Zara bersuara. Tak percaya dan ingin tahu kenapa Carl Ayden melakukan perkara tersebut.

"If anyone interrupts the sleeping lion. You know what it is."

CUP!

Bibir Zara dikucup sekilas sebelum dia menjarakkan sedikit tubuhnya, sengihan sinis dan sebelah mata kanan dikenyitkan pada Zara.

Carl Ayden berlalu keluar dari bilik tersebut. Meninggalkan Zara yang terkesima dan terpana dengan jawapan yang diberikan Carl Ayden.

×××××

"You severely drunk yesterday Jack! You dah janji dengan I yang you tak nak minum lagi kan?!" marah Shay dengan nafas kasar, dadanya turun naik.

Jack menggaru kepalanya yang tak gatal . Muka merah padam Shay dipandang dengan rasa serba-salah. Ya, dia memang dah janji tak nak teguk lagi air setan tu.

"I tahu. Tapi dah lama kot I tak minum. Dalmore is my favourite, you know? I tak tahan tengok, I teguk je lah." balas Jack selamba sambil merenung manja pada Shay.

Shay mendengus kasar. Beg tangan berjenamanya diambil kasar. Dia menjeling tajam ke arah Jack dengan muka yang masam mencuka. Sakit betul hati dia dengan perangai kekasihnya itu. Degil!

"Oh ... you lagi pentingkan favourite wine you tu daripada I?! I ni dah macam orang bodoh tahu tak tunggu you dekat rumah tu! I hate you Jack!"

Shay terus berdiri dan berlalu keluar dari office Jack dengan hati yang menggelegak. Berdentum bunyi pintu yang ditutup kasar oleh Shay. Mata-mata pekerja yang memerhatinya tak dihiraukan.

Jack mengeluh kecil, rambut diramas kasar. Macam mana dia boleh lupa semalam hari ulangtahun Shay yang ke 23. Dia yang berjanji untuk menyambut hari lahir Shay, tapi dia jugak yang lupa.

"Damn!"

Kot dan briefcasenya diambil. Kaki diatur lalu turut keluar daripada bilik pejabatnya. Mesti teman wanitanya mengamuk dan merajuk dengan dia. Ada baiknya kalau dia pujuk hari ni jugak sebelum makin teruk.

"I tak masuk office lepas ni!" maklum Jack serius pada setiausahanya yang tekun membuat kerja.

Tanpa menunggu balan daripada setiausahanya, Jack melangkah laju mengejar kelibat Shay yang berada jauh di depan sambil sesekali tangan gadis itu mengelap hujung mata.

Mata dipejam rapat buat sesaat, dia tahu Shay menangis. Kalau lah dia tak terlupa dan mabuk semalam. Jarang betul dia tengok Shay menangis kecuali perempuan itu terlalu sakit hati.

"Shit!"

Jack mencarut perlahan pada dirinya sendiri sebelum berlari anak mengejar kekasih hatinya itu.

[ DONE ]

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro