🌹 - 27

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Zara membaca pesanan ringkas yang dihantar suaminya beberapa minit tadi. Sedikit gementar ingin menanti kedatangan tetamu yang diundang atau lebih tepat lagi arahan daripada Carl Ayden yang menyuruh mereka menemani Zara di rumah.

Memang lah Zara bosan bersendirian di rumah, tapi dia tak nak lah susahkan orang lain semata-mata sebab dia bosan dan seorang diri.

Arahan dari encik suaminya mana boleh dibantah, rasa bersalah pulak dengan mereka yang lain.

Siapa lagi kalau bukan sahabat-sahabatnya, Fazz, Zull dan pasangan kekasih, Jack dan juga Shay.

Sebut nama Shay, Zara tersengih lebar mengingati perempuan itu. Jujur Zara katakan, Shay memang seorang yang baik dan peramah walaupun sosialnya dia.

Sekali lagi pesanan ringkas itu direnung dalam skrin handphone miliknya.

'Nanti budak-budak ni datang rumah. Dorang temankan kau sampai aku balik. Pasal benda lain tak payah risau, Nini dah settle. Take care, wife.'

Sudah tiga hari Carl Ayden berada di luar negara, rindunya pada encik suami mampu dipendam. Kalau diluahkan, suaminya hanya tahu menyakat dan menyakitkan hati dia. Eii!

"Zara! We are here! Where are you?!"

Zara tersentak. Suara Shay yang bergema di dalam rumah tersebut mengejutkan Zara. Memang arahan Carl Ayden sangat berbisa, baru beberapa minit selepas suaminya memaklumkan padanya, mereka dah pun datang. Laju!

Tudung disarungkan di kepala sebelum tergesa-gesa keluar dari biliknya. Tak manis membiarkan tetamu menunggu lama. Keluar daripad lif, matanya tepat memandang ke arah tiga orang sahabat Carl Ayden termasuk Shay.

"Maaf saya lambat turun dan tak sempat nak jemput korang semua." ujar Zara perlahan sebaik tiba di ruang tamu dengan riak wajah serba-salah.

Shay yang sedang melentokkan kepala di bahu Jack segera bangun dan meluru ke arah Zara yang berada di hujung sofa. Dipeluknya Zara kemas lalu pipi Zara diciumnya kiri dan kanan. Salam perkenalan.

"It's okay, Zara. Lagipun I dengan dorang baru je sampai. You macam mana selama husband tak ada ni? Sihat?" soal Shay seraya tersengih nakal.

Dengan itu tangan Zara dipimpinnya lalu menuju ke arah sofa berkembar dan didudukkan Zara pada sofa diikuti dirinya. Zara tersenyum nipis.

"Saya okay je. Shay pulak macam mana?"

Shay melebarkan senyumannya. Mata dihalakan pada Zull, Fazz dan Jack yang hanya memerhati mereka berdua sedari tadi. Terfikir mungkin itu cara perempuan bila berjumpa.

"Yang korang tengok I dengan Zara macam tu kenapa? Tak pernah tengok wife Tuan Muda korang ke? Nak I report dekat Carl?"

Shay menjeling pada mereka bertiga sebelum kembali memandang Zara. Tangan Zara digenggam lembut.

"Okay, biar I kenalkan dorang dekat you. Yang duduk dekat sofa hujung tu Fazz." kenal Shay sambil menunjukkan jari telunjuknya ke arah Fazz.

Fazz mengangkat sebelah tangannya pada Zara sambil tersengih lebar. Zara membalas dengan senyuman nipis.

"Yang tengah sibuk dengan phone dia tu, Zull. You hati-hati tau dengan dia, dia buaya paling tak guna kat Malaysia ni." jelas Shay beserta perlian lalu tersenyum sinis.

Zull mendongak lalu mengecilkan matanya memandang Shay yang jelas sedang mengejeknya. Penumbuk diangkat lalu ditunjukkan pada perempuan itu. Zara tertawa kecil.

"Mulut kau- Woi Jack! kau tengok awek kau ni, bukan main mengata aku. Nak je aku terkam kau."

Jack tersengih sinis melihat wajah tak puas hati Zull. Bibir dicebik dengan kedua bahunya diangkat, tanda malas mahu masuk campur.

"Hai Zara, saya Zull. Nice to meet you." sapa Zull ramah.

Shay hanya menayangkan muka menyampah, ibu jari diangkat pada Zull lalu lidah dijelirkan ke arah lelaki yang sedang geram itu.

Zara mengangguk kecil pada Zull seraya tergelak kecil. Shay suka sangat menyakat orang, sama macam encik suami.

"Jack tu rasanya tak perlu kot I kenalkan. Haritu kan I dah bagitahu you. Oh ya, Carl ada pesan apa-apa tak?" tanya Shay sambil merenung wajah Zara.

Zara menggeleng kepalanya dengan dahi berkerut. Rasanya tak ada apa-apa yang dipesan Carl Ayden selain memaklumkan padanya tentang kedatangan mereka.

"Good!"

"Korang nak makan ke? Shay? Saya boleh siapkan. Tunggu kejap tau." Zara bangun daripada sofa dan berpaling untuk ke dapur.

Pantas Shay menghalangnya dengan menahan lembut tangan Zara. Kepala digeleng, tak mahu menyusahkan Zara.

"Thanks Zara, tapi kitorang dah makan tadi sebelum datang sini. Perut pun tengah kenyang lagi ni." celah Fazz seraya tersenyum nipis.

"Haah. Tak payah susah-susah." kata Zull pula.

Zara mengangguk faham lalu punggung dilabuhkan kembali pada sofa. Mereka berlima terdiam seketika. Tak ada tajuk untuk berbual.

"Guys! Aku ada idea!"

Tiba-tiba Shay bangun dan terus berdiri, wajahnya juga mempamerkan muka teruja sambil memandang Zara dan lelaki bertiga itu.

"Apa? Kalau tak best idea tu, malas lah aku ikut kau." Fazz memandang Shay dengan muka menyampah.

Shay mendengus perlahan, dia tak habis cakap lagi dah ada yang menyampuk. Menyakitkan hati dia betul. Tak guna!

"You jangan buat kerja merepek, Shay." tegur Jack perlahan dan dingin.

"Dengar tu Shay? Faham ke tak? Kau tu bukan boleh percaya!" ejek Zull sinis dengan sebelah kening diangkat pada Shay.

Zara hanya terkebil-kebil memandang mereka berempat yang sedang bertikam lidah sesama sendiri. Nak tergelak pun ada.

"Playing the most interesting games!"

Zara terpinga-pinga .Tak faham dengan kata-kata Shay. Game? Game apa pulak yang Shay nak main ni. Rumah encik suami mana ada satu benda alat permainan orang dewasa pun.

"What?!" serentak mereka bertiga bertanya dengan muka ingin tahu.

Shay tersengih nakal. Bahu Zara dipeluk dengan sebelah tangan, mata merenung ke arah jejaka bertiga yang tertanya-tanya itu.

"Macam biasa. I tahu korang ada kerja after Carl balik, kan?" soal Shay dengan sebelah kening yang terangkat.

Zara hanya menjadi pemerhati. Tak tahu apa yang Shay tengah nak buat sekarang ni.

Zull mengeluh halus, faham dengan apa yang Shay katakan. Sememangnya mereka akan ada kerja yang perlu diselesaikan bila Tuan Mudanya pulang dari luar negara.

Mereka bertiga memang CEO syarikat paling terkenal tetapi luaran saja yang nampak berkarisma, dalaman dia jauh berbeza.

"Aku on! Kalau kau kalah, belanja aku makan seminggu. Deal?" ujar Fazz tersengih nakal.

Shay tersenyum sinis. Alah! setakat belanja makan tu apalah sangat? Asalkan Fazz setuju sudah. Lagipun dah lama sangat dia tak asah bakat yang dia ada tu.

"You ajak dorang jelah. I malas." celah Jack sambil meraup kasar rambutnya.

"No! You kena join jugak game ni. No matter what! If you tak nak jugak, I tak nak kawan dengan you! Hmph!"

Jack tercengang. Wajah cemberut Shay dipandang tajam. Nasib sayang.

"What the - Fine!" keluhan kasar dihela. Jelas muka Jack tak puas hati.

Shay mengenyitkan sebelah matanya pada Jack. Ini yang sayang Jack lebih ni. Aumm!

Fazz menyimpan senyumannya tatkala Shay merengek manja sekaligus mengugut Jack. Zull buat muka menyampah dengan perangai manja Shay.

"Woi Zull! Yang kau tetiba senyap je ni dah kenapa? Bisu?"

Zull memberi jelingan maut pada Fazz yang menumbuk bahu nya. Kuat. Rasa lah jugak sakit tu.

"Okay." sepatah yang dijawab Zull, riak gembira terpaksa dipamerkan.

Shay tersengih lebar. Yes!

[DONE]

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro