🌹 - 31

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Zara mengecilkan matanya memandang susuk tubuh Carl Ayden yang membelakanginya. Sebaik jelas dipandangan mata apa yang dilihatnya, dia membuat keputusan untui bertanya.

Dia yang sedang duduk dibirai katil bingkas bangun dan berjalan menghampiri encik suami.

Carl Ayden yang sedang mengelap rambutnya yang basah tersentak apabila tubuhnya dipusing menghadap Zara. Berkerut keningnya memandang cik isteri yang tajam memerhati dadanya.

"Kau kenapa?"

Zara tak menjawab pertanyaan Carl Ayden, jari-jemarinya mula menyentuh dada encik suami yang dicacah tatu singa mengaum itu. Tertelan air liur Zara.

Matanya tajam merenung ke dalam mata encik suami dengan penuh perasaan ingin tahu, sudah lama dia memikirkan hal itu.

Senyuman sinis terukir dibibir Carl Ayden, baru dia tahu kenapa Zara berbuat sedemikan. Kening diangkat sebelah pada Zara dengan muka tak bersalah.

"Kau baru perasan atau kau baru nak tanya?" soalnya dengan rasa curiga.

Zara memejam mata sesaat, suaminya memang selalu buat muka tak bersalah. Sedikit geram dibuatnya. Perlahan, jari yang mengikut bentuk ukiran tatu didada suaminya itu dijauhkan.

"Ya, dah lama saya nampak benda ni -" jari telunjuk diluruskan pada dada Carl Ayden yang bertatu itu.

"-Saya nak tahu je kenapa, sebab awak tak pernah bagitahu saya. Kenapa?"

Zara berpaling daripada menatap wajah selamba Carl Ayden. Setapak dia melangkah untuk pergi dari situ, tangannya direntap lembut.

Zara menoleh dengan riak wajah menyampah, asal dia nak acah merajuk suaminya menganggap serius. Haih!

"It's not my fault. You didn't ask me. Am I right? Kalau kau tak tanya buat apa aku nak cakap, kan?" sebelah mata dikenyitkan pada Zara.

Senyuman yang paling manis dihadiahkan pada suaminya, mengejek sebenarnya. Tangan yang berada dalam genggaman Carl Ayden ditarik perlahan.

"Whatever! Saya nak tengok tv. Malas layan awak, saya serius awak main-main. menyakitkan hati je!" ujar Zara dengan suara yang ditekankan. Geram sangat.

Carl Ayden tersengih sinis, memang dah jadi hobi dia menyakat Zara. Kalau sehari tak buat Zara marah atau geram, rasa tak tenteram je hati.

He's an evil husband, remember?

Zara meninggalkan suaminya bersendirian di dalam bilik, ruang tamu di tingkat dua dituju untuk menenangkan hatinya yang terasa menggelegak tika ini.

Terdapat sebuah kolam renang, satu set sofa beserta tv dan yang lain. Cukup lengkap walau nampak biasa.

Carl Ayden hanya mengenakan boxer longgar separas lutut, meliar matanya mencari kelibat cik isteri sebaik keluar daripada bilik.

Bunyi bising diruang tamu ditingkat dua membuatkan Carl Ayden tersenyum nipis, isterinya ada di situ.

Zara yang bersandar di sofa menjulingkan matanya ke atas bila bau haruman yang memasuki rongga hidungnya, tahu lah dia yang Carl Ayden sedang mendekatinya.

Sengaja dia berpura-pura tak perasan dengan kehadiran encik suami. Merajuk!

TAP!

Tv yang terbuka ditutup dengan menggunakan remote control ditangan lalu lincah tangan Carl Ayden memasang game bola sepak tanpa menghiraukan isterinya.

Zara terkebil-kebil melihat suaminya yang sudah melabuhkan punggung di sebelahnya. Bibir diketap kuat.

Baru saja dia ingin bangun dari sofa, niatnya terus terbantut bila encik suami merebahkan kepala di atas pehanya.

"Teman aku main game. Boleh? Hm?"

Zara tak mengangguk atau menggeleng. Mulut dikunci rapat, memang dia rasa nak je menjerit 'aku gila! aku gila!' depan Carl Ayden.

Memang dia rasa nak gila je terpaksa melayan perangai mengada encik suami, nak pujuk tu tak, makin menyakatnya ada lah. Hish!

Carl Ayden tersenyum sinis, sebelah tangan mengambil rokok yang dibawanya sebelum keluar daripada bilik tadi, sebelah tangan lagi mengawal permainan di kaca tv. Pantas.

Baru saja dia ingin menyalakan api rokok, batang rokok yang dikepit pada bibirnya ditarik lembut oleh Zara. Kepala didongakkan sedikit ke atas menatap wajah cik isteri.

"DON'T!" sedikit berbisik lalu jelingan maut diberikan pada suaminya.

Carl Ayden tersenyum dalam hati. Zara nampak saja diam, tapi mata isterinya itu selalu memerhati.

××××

Carl Amsyar tergesa-gesa keluar daripada lif, kekasih hatinya sudah lama menunggu dia. Dia tak sengaja, meeting hari ini habis sedikit lambat. Maklumlah, klien dari jauh datang.

Kaki melangkah laju, staf-staf yang asyik menjeling-jeling apabila terserempak dengannya hanya dibalas dengan senyuman nipis.

Jangan tak tahu, sekali dia senyum memang cair dibuatnya.

"Weh! tu CEO yang duduk dekat tingkat paling atas sekali kan? God! Handsome kot!"

Tersengih Carl Amsyar bila terdengar pujian daripada salah seorang staf yang bekerja di tingkat bawah.

Terus kakinya berpatah balik lalu menghampiri gadis yang memujinya tadi, tersenyum-senyum gadis itu memandang dia.

"Yes miss, saya CEO dekat atas tu. Kalau tak kisah, can I have your number?" pintanya dengan nada lembut, mahu mengusik.

Ternganga gadis itu sesaat, tak percaya lelaki kacak yang dipujinya tadi sudah berada dihadapannya sekarang.

"Oh, sure." lantas kad namanya yang berada di dalam beg tangan dikeluarkan.

Gadis tersebut menyerahkan sekeping kad pada Carl Amsyar sambil tersipu malu. Senyuman tak lekang dari bibirnya.

Kawan yang berada disebelahnya menguis lengan gadis yang bernama Fara seraya tersengih nakal.

Carl Amsyar segera mengambil kad yang diberikan Fara dan terus dimasukkan ke dalam poket kotnya. Perempuan! nampak yang ada rupa sikit dah tergoda.

"Thanks, sweetie." bisiknya menggoda, mata dikenyitkan pada Fara.

Terus Carl Amsyar berlalu pergi meninggalkan gadis itu yang dah menjerit suka. Dia bukan buaya darat, saja je nak test perempuan tu.

Kepala digeleng kecil.

Sampai di kereta, pintu kereta dibuka. Baru dia ingin masuk ke dalam perut kereta, telefon bimbit yang berada di dalam poket seluarnya bergetar menandakan ada panggilan masuk.

Gadjet tersebut dikeluarkan lalu diangkat tanpa melihat nama si pemanggil. Pintu kereta ditutup rapat sebelum enjin keretanya dihidupkan.

"Yes?"

"......."

"What?! Takde! Takde! Aku dah janji dengan awek aku nak keluar!" stereng kereta dikawal membelok ke arah jalan raya.

"........"

" No! aku cakap aku ada -" tak sempat nak habiskan ayatnya, dah dipintas si pemanggil sebelah talian.

"........."

"Shit! Kau memang tak guna!"

Terus panggilan dimatikan. Sakit hatinya bila dipaksa sesuka hati. Masak lah dia kalini kalau Ainna merangkap kekasihnya merajuk.

Dia dah janji nak bawak Ainna keluar, lagipun masing-masing sibuk. Peluang yang ada ni lah dia nak luangkan masa dengan kekasihnya, tapi semuanya hancur.

Pedal minyak ditekan kuat, berdesup keretanya meluncur di jalan raya dengan muka tak puas hati. Masa dia nak bermesra dengan kekasihnya, ada saja yang kacau daun!

Keretanya diperlahankan bila lampu isyarat bewarna merah, telefon bimbit yang diletakkan pada dashboard diambil lalu nombor Ainna didailnya untuk memaklumkan bahawa dia terpaksa membatalkan remu janjinya dengan gadis itu

Dia mengeluh kasar sambil menanti panggilannya bersambung.

"Hello -"

××××

Zara terpinga-pinga bila Carl Ayden menarik tangannya menuju ke dalam sebuah rumah agam, besar memang besar. Beberapa orang bodyguard juga sedang berkawal di pintu utama.

"Awak,kita nak pergi rumah siapa ni?" soal Zara perlahan sambil memerhati kawasan rumah tersebut yang sunyi saja.

Carl Ayden melangkah masuk ke dalam rumah agam tersebut, atau tepat lagi rumah keduanya.

Pengawal yang menunduk hormat padanya tak dihiraukan malah diheret isterinya masuk ke dalam.

"Rumah aku."

Bibir Zara bergerak-gerak untuk bersuara, tapi lidahnya kelu dengan jawapan encik suami. Apa yang banyak sangat rumah suami dia ni?

Malas nak fikir panjang, dituruti langkah kaki Carl Ayden yang menuju ke arah satu bilik yang berpintu besi.

Yang menambahkan lagi kepelikan Zara bila rumah yang dimasukinya ini hanya ada ruang tamu saja, yang lain semuanya bilik yang juga berpintu besi. Rumah atau penjara dia tak pasti.

Merepek je kau ni Zara.

Masuk saja ke dalam bilik setelah dibuka oleh pengawal, terkebil Zara bila melihat semua rakan suaminya turut berada dalam bilik itu terrmasuk adik iparnya; Carl Amsyar yang berwajah masam mencuka.

Rakan suaminya yang lain pula muka gelisah semacam.

"Semua dah ada? Good!" puji Carl Ayden sinis.

Punggung Carl Ayden labuhkan pada sofa dihadapan Jack, Shay dan Zull. Di sofa sebelah kiri pula Carl Amsyar dan di sebelah kanannya Fazz.

Zara hanya duduk bersebelahan dengan suaminya tanpa bersuara. Dia masih bingung.

"Sejak bila aku kena join kau pulak ni? Kau dah rosakkan program aku tahu tak?!" dingin suara Carl Amsyar. Tajam matanya merenung Carl Ayden.

"Peduli apa aku? Kau kena join jugak sebab dorang semua kau yang kena handle!" tegas balasan Carl Ayden, wajahnya mula berubah dingin.

Carl Amsyar mendengus kasar, rambutnya dikusutkan.

Sakit hati tak hilang lagi dengan abangnya yang suka memaksa itu tapi dia perlu patuhi sebelum menjadi mangsa Carl Ayden yang sedia kejam itu.

"Carl, I-" terus kata Shay yang sedikit tergagap itu terhenti bila Carl Ayden laju memintasnya.

"NO!"

Shay terus mencebik bibir lalu kaki dihentak kuat, geram! Memang lah apa yang mereka buat tu salah, tapi takkan nak seronok sekejap pun tak boleh?

Carl Ayden memanglah!

Jack berdiri dengan kedua belah tangan dimasukkan ke dalam poket seluar, dia menghela nafas panjang. Jangan mimpi nak bantah arahan Carl Ayden. Nanti semua yang tak lena tidur.

"Dah lah, biar aku mula dulu. Choose or choosen?" soal Jack serius lalu memandang carl Ayden sambil mengangkat sebelah keningnya.

Serentak tujuh pasang mata memandang ke arah Jack sekilas sebelum menghala ke arah Carl Ayden seraya menunggu jawapan lelaki tak berperasaan itu. Carl Ayden tersenyum sinis, isyarat mata diberikan pada Carl Amsyar.

Dia turut bangun dari duduknya dan melangkah ke arah satu meja kecil yang berada di tengah-tengah bilik diekori adiknya.

Kotak kecil tersebut diambil lalu diberikan pada Carl Amsyar yang berada di belakangnya, muka adiknya bukan main dingin. Marah lah tu.

Zara hanya memerhati segala gerak-geri suaminya, perbualan sebentar tadi pun dia tak dapat hadam.

Tak ubah seperti patung dia tika ini, nak masuk campur dia segan dan tak berani. Jadi Zara hanya diam sambil memerhati.

"Choose." sepatah yang dijawab Carl Ayden dengan riak yang mempunyai makna tersirat itu.

Carl Amsyar membuka kotak yang diberi abangnya yang isi di dalamnya terdapat pelbagai jenis rantai besi, dari saiz yang kecil hingga besar.

Kotak itu dibawa ke arah sofa dan diletakkan di atas meja. Membuntang mata masing-masing.

"Matilah kau kalini Jack." keluh Zull perlahan bila melihat isi kotak tersebut.

Shay segera menoleh ke arah Carl Ayden yang bersandar di meja tempat kotak tersebut diambil, wajahnya juga seakan-akan ingin menangis.

Tak sanggup rasanya nak tengok yang akan dilakukan Jack sebentar lagi.

"No! Don't Carl. Please. You dah gila ke apa?! That's not his skill!" marah Shay dengan suara dicelah gigi, mukanya merah padam menahan marah.

"It's okay, sayang. I can handle." balas Jack selamba seraya tersenyum kecil pada kekasihnya yang gusar itu.

Sengihan nakal terlakar dibibirnya lalu Carl Ayden menayangkan muka mengejek pada Shay.

Sayang sangat Jack dia tu! Shay pula tercengang. Wajah selamba kekasihnya dipandang tak percaya.

Memang Jack tak mahir mengguna dan mengawal rantai besi yang besar dan berat itu, inikan pula untuk mengelaknya.

Kepalanya dipicit perlahan, tertekan dan juga risau dengan Jack.

"Er .. korang nak buat apa dengan benda tu?" teragak-agak Zara bersuara setelah lama mendiamkan diri. Berkerut mukanya melihat keadaan Jack.

"Punishment."

Zara menoleh ke arah Fazz yang tolong menjawab soalannya tadi. Dilihat asap rokok dihembus oleh Fazz perlahan sambil tersenyum nipis padanya.

Makin hairan Zara dengan jawapan yang diterima.

"Sebab?" tanya Zara lagi. Hukuman? Hukuman untuk apa? Kesalahan apa yang mereka buat?

"Sebab pecah masuk bilik dia. Ingat lagi tak masa kitorang datang haritu? Ha, yang tu lah!" sampuk Zull seraya merenung Carl Ayden tajam.

Zara mengangguk faham, air liur ditelan kasar. Takkan masuk pun tak boleh? Berdebar jugak dia, macam mana kalau dia pun kena denda sekali?

Mama! Zara nak balik!

Shay mengetap bibir kuat bila Jack sedang memilih rantai besi yang berada di dalam kotak tersebut.

Tangan digenggam kemas, bukam apa dia takut bila Jack tak boleh kawal nanti. Carl Ayden memang kejam! Kejam!

"Aku pilih yang ni." rantai besi bersaiz kecil dan ringan itu diangkat lalu ditunjukkan pada mereka semua.

Carl Ayden menghampiri Jack, bahu lelaki itu ditepuk lembut. Bagi semangat kononnya. Ceh!

Manalah Shay tu tak senang duduk kalau Carl Ayden yang menghukum, dia suka seksa perasaan mereka semua.

"Okay, get ready. Wish your lovely Jack luck, Shay." sinis dan menyakitkan hati kata-kata Carl Ayden itu.

Shay mengeluh halus lalu muka diraup kasar dengan hati yang berdetak hebat. Berdebar. Carl Amsyar menggari tangan kiri dan kanan Jack ditiang, begitu juga dengan kakinya. Posisi Jack berdiri tegak, raut wajahnya tenang.

Selesai menggari, Carl Amsyar mengambil satu kotak yang isinya mengandungi pelbagai jenis dan saiz pisau rambo di dalamnya lalu diberikan pada Carl Ayden. Fazz menggaru kepala yang tak gatal, dia pun tak yakin yang Jack boleh elak nanti.

Zull pula dah terpejam matanya sambil memeluk tubuh, Carl Ayden memang tak makan saman! Kalau dia cakap nak hukum, memang itu yang lelaki itu lakukan. Haih.

Zara memandang cemas ke arah Jack, suaminya yang sudah berada di sebelahnya tak dihiraukan.

Dia risau bila Carl Ayden bermain-main dengan pisau rambo tersebut sambil tersenyum sinis. Nak ditegah, kang dia yang kena tikam nanti.

"Awak... jangan lah. Bahaya." lengan suaminya disentuh lembut.

"Shh. Diam. Kau tengok sudah."

Wajah cemas Zara dipandang lalu sebelah mata dikenyitkan pada Zara sebelum bibir mengukir senyuman sinis.

Tahu cik isteri yang takut, baru pertama kali tengok mereka dikenakan hukuman. Itulah, siapa suruh masuk bilik latihan dia?

Lantas, pisau rambo yang berada ditangannya diluruskan tepat ke arah Jack. Mata dikecilkan, mengukur jarak dan sasarannya. Sengihan maut terukir bila tepat sasarannya pada Jack.

Fazz dan Zull fokus melihat arah pisau rambo tersebut, serius wajah mereka berdua. Shay sudah menekup mukanya dengan kedua belah tapak tangan.

Manakala Zara pula dah terpejam rapat sambil tangannya mencengkam kuat hujung baju yang dipakainya, tak sanggup nak tengok apa yang encik suami buat.

Dengan sekali lontaran pantas yang dibuat Carl Ayden, laju pisau rambo tersebut menghala ke arah Jack yang fokus melihat pisau rambo itu melayang ke arahnya, langsung tak berkelip malah tenang saja sedari tadi.

Ting!

Tepat pisau rambo itu terkena pada besi rantai besi yang berada di bahu sebelah kiri Jack.

Tersekat nafas Jack sesaat, kalau pisau tersebut sedikit terpesong mungkin dah terbenam bahunya dengan pisau itu.

"Not bad." komen Carl Ayden berbisik pada dirinya sendiri.





[ DONE]

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro