🌹 - 44

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng


T

engku Haris tersenyum puas apabila mendapat berita tentang kekecohan yang berlaku oleh ahli keluarga Tuan Carl Asyraf tentang penculikan Zara Nafisa.

Puas hati dia dapat membuatkan Carl Ayden terseksa, memang mereka tak akan menjumpai Zara Nafisa.

Dia dah kata Zara Nafisa akan jadi milik dia.

Memang dia yang mengupah orang untuk menculik Zara kerana dia tahu Carl Ayden akan terleka di majlis perkahwinan rakan-rakannya dan peluang itu digunakan sebaik mungkin.

Sekarang, pemandangan di malam hari dengan cahaya lampu menerangi kota raya Paris itu membuktikan bahawa Zara akan menjadi miliknya.

Masuk hari ini sudah dua hari dia mengurung Zara tanpa menjenguk perempuan itu.

"Aku sanggup seksa Zara sekalipun asalkan aku puas tengok kau menderita Tuan Muda!" bisiknya keras dengan menekankan perkataan 'Tuan Muda' itu.

Seketika, dia teringat kembali bagaimana dia menculik Zara Nafisa dan dilarikan ke kota Paris tempoh hari.

Semuanya begitu mudah.

"Bagus! Aku dah ada dekat sini. Jangan lambat!" tuturnya tegas pada pemanggil disebelah talian.

Haris menyimpan telefon bimbitnya seraya tersenyum sinis. Tika ini dia menunggu orang upahan yang diupah untuk menculik Zara membawa perempuan itu padanya.

Dia menunggu di dalam helikopter peribadi miliknya, dan dia akan membawa Zara jauh daripada sini kerana dia tahu di Malaysia bukan lah tempat yang sesuai untuk menyorok Zara, suami tak guna Zara memang licik dan cekap.

Seketika, sebuah van hitam berhenti beberapa meter daripada helikopter dan mencempung tubuh Zara yang terkulai itu lalu menghampiri Haris.

"Duit kau mintak dengan anak buah aku. Kerja kau selesai dekat sini. Kalau Carl Ayden tahu, aku bunuh kau. Blah!"

Haris mencempung Zara dan bergerak masuk ke dalam helikopter tersebut. Tanpa menunggu lama, helikopter tersebut perlahan-lahan bergerak ke udara.

"Zara Nafisa. You'll be mine."

Terus dia melangkah menuju ke arah bilik dimana Zara Nafisa dikurung.

Mendengar aduan anak buah yang menjaga Zara, perempuan itu tak henti-henti menangis. Tak apa, dia puas sekarang.


Zara mengundur ke belakang bila terlihat susuk tubuh lelaki yang makin buat dia meluat dan benci dengan sepenuh hatinya.

Tengku Haris.

Dia tak pasti apa yang lelaki itu inginkan darinya. Sudah dua kali dia diculik oleh lelaki yang sama.

Hatinya tak pernah tak berharap supaya suaminya datang untuk selamatkan dia.

"Nak makan sayang? Biar aku suap kau okay? Tangan kau kan kena ikat, mana boleh makan sendiri." senyuman nipis dipamerkan pada Zara.

"Saya tak nak makan. Saya dah kenyang."

Haris tergelak kecil, dia tahu Zara takut dan benci dengan dirinya tapi dia tak peduli.

Haris duduk mencangkung di depan Zara lalu bungkusan plastik makanan dihulurkan pada perempuan itu.

"See? Aku dah cakap kan, kau tak boleh jugak ambil makanan ni. Biar aku suap tau. Tak kesian ke dekat anak jantan celaka tu?" ejek Haris sambil tersenyum sinis.

Zara mengetap kuat giginya, sakit hati bila Haris menghina suaminya.

Tak dihiraukan Haris yang sedang merenungnya malah anak mata dilarikan ke arah lain daripada menatap lelaki tak siuman itu.

Dasar gila!

Haris merengus kasar, geram kerana Zara seolah-olah buat dia tak wujud saja dalam bilik itu. Plastik makanan tersebut dibuka kasar lalu sudu dicapai dan dihulurkan pada mulut Zara.

"Saya tak nak makan. Saya cuma nak balik. Tolong lah Haris, lepaskan saya!"

Makin sakit hatinya bila Zara tak jemu merayu supaya melepaskan dia. Wajah sembab Zara dan terdapat kesan lebam ditepi bibir gadis itu direnung tajam.

Dia tak kisah kalau anak buah dia berkasar dengan Zara, dia nak tengok Zara terseksa begitu juga Carl Ayden.

"Aku tak akan lepaskan kau lah bodoh! Bukak mulut kau tu, nak bagi makan pun susah! Suami kau tak akan dapat jumpa kau lepas ni. Faham?!" meninggi nada suaranya dengan gigi yang diketap rapat.

Lantas dipaksa Zara untuk menelan makanan tersebut, disumbat sudu yang dipegangnya ke dalam mulut Zara walaupun Zara mengemam rapat bibirnya.

Tapi Zara tak mampu membuka mulut untuk menerima makanan tersebut, seleranya hilang ditambah pula perutnya yang senak.

"Kau memang nak bagi aku naik angin kan sundal!"

Sudu dihempas kasar ke atas lantai lalu rambut Zara direntap kuat. Sikitpun dia tak terasa kesian melihat wajah tak bermaya itu.

PANG!

PANG!

Pipi kiri dan kanan Zara ditampar berulang kali hingga membuatkan Zara hampir pitam. Untuk menahan pukulan Haris dia tak mampu, airmata ditahan sedaya upaya.

"J-jangan buat s-saya macam ni." pinta Zara perlahan dengan nada sayu menahan pedih di pipinya.

Haris tersenyum sinis. Rambut Zara yang dicengkamnya dilepas kasar. Zara tersandar lemah pada dinding bilik, airmata laju mengalir menuruni pipinya tanpa sebarang suara.

Seksa yang dia rasakan sekarang, lagi-lagi sakit dibahagian perutnya. Hanya esakan yang keluar bila tak dapat dia bendung lagi.

Tapi demi anaknya, dia gagahkan diri.

"Kau tak nak makan kan? Fine! Lepasni memang aku tak akan hantar makanan dekat kau! Biar betina tak guna macam kau ni mampus! Sekali dengan anak sial kau tu!" hambur Haris lantang.

Haris bangun daripada mencangkung lalu peha kiri Zara disepaknya kuat membuatkan perempuan itu menjerit kesakitan.

Tak puas dengan itu, peha kiri Zara turut dipijaknya menunjukkan betapa dia sakit hati dengan kedegilan perempuan itu.

"S-sakit Haris! Arh! T-tolong! Sakit!"

Sempat ditunjalnya kepala Zara sebelum berlalu keluar daripada bilik tersebut dengan hati yang puas dapat menyeksa Zara.

Itu baru permulaan, selama Zara berada dalam kurungannya, dia akan seksa secukup-cukupnya.

BAM!

Terhinjut bahu Zara terkejut dengan hempasan pintu. Zara menunduk kepalanya ke bawah, melihat perutnya yang membulat itu dengan mata yang kabur dengan airmata.

"Abang..." rintihnya sayu dengan esakannya.

Kakinya tak dapat digerakkan kerana sepakan Haris begitu kuat, perit dan ngilu pehanya.

Mujur saja Haris tak menyentuh perutnya, kalau tidak tak boleh dibayangkan macam mana dengan anak dalam kandungannya.

"Hoi betina! Ni, minum ni! Pandai-pandai kau lah nak hidup!"

Lelaki yang menampar Zara sebelum ini melempar sebotol air mineral pada Zara, dan dengan sengajanya botol air itu dilempar mengenai tepi perut Zara sebelah kiri.

"Argh! S-sakit!"

Zara menjerit sakit saat botol air mineral itu terkena tepi perutnya. Airmata Zara bagaikan air terjun membasahi pipinya.

Dari ekor mata dapat dilihat lelaki itu tersenyum sinis sebelum menutup pintu bilik.

'Maafkan mama baby'

×××××

Carl Ayden duduk bertentangan dengan Timbalan Ketua Polis Negara, Inspektor General Zafran Hisyam di dalam pejabat di balai polis tersebut.

Masing-masing mempamerkan wajah serius.

"Tuan hentikan pencarian isteri saya serta-merta. Saya akan gantikan dengan pihak polis di Los Angeles, lagipun Insp Rachell ada dan dia polis persendirian saya. Saya harap Tuan faham, saya tak nak babitkan dengan pihak polis di Malaysia."

Insp Zafran Hisyam tepat merenung wajah tegang Carl Ayden, nafas berat dihela. Permintaan Carl Ayden untuk menghentikan pencarian Zara Nafisa agak sukar untuk dipertimbangkan.

"Tuan Muda, sama saja kalau pihak polis negara kita yang selesaikan kes penculikan isteri Tuan Muda. Tuan Muda dah lupa ke dengan perjanjian yang diikat dulu? Suspek pun memang dikehendaki pihak polis."

Carl Ayden tersenyum sinis, dia tak pernah lupa tentang perjanjian yang dibuat suatu ketika dulu. Perjanjian yang dibuat sebelum dia berubah menjadi lelaki kejam abad ini.

Dia tak kira kalau keputusannya kali ini akan memusnahkan perjanjian tersebut, isteri dia yang paling penting.

"Tuan Zafran jangan risau, perjanjian yang kita buat dulu tetap saya ingat. Cuba Tuan fikir balik, kalau saya berurusan dan membabitkan pihak polis Malaysia, tak ke merosakkan perjanjian kita? Keputusan saya muktamad Tuan Zafran." tegas dia bersuara dengan keputusannya.

Carl Ayden bangun daripada duduknya sambil memasukkan kedua belah tangan ke dalam poket seluar. Insp Zafran turut bangun.

"Kalau itu keputusan Tuan Muda, saya akan cuba pertimbangkan. Sememangnya khidmat Tuan Muda dari dulu sampai sekarang tak pernah mengecewakan. Kami semua tak nak kehilangan satu-satunya anggota yang paling disanjung orang ramai. Dan saya harap, Tuan Muda tinggalkan dunia gelap Tuan Muda lepasni."

Carl Ayden tersenyum nipis seraya mengangguk. Memang dia berniat akan tinggalkan hidup gelapnya selepas menyelamatkan isterinya, tapi tak semua hanya separuh saja.

Mereka bersalaman tanda perbincangan mereka untuk hari ini sudah selesai dan ucapan terima kasih atas kerjasama masing-masing.

Carl Ayden terus berlalu keluar daripada ibu pejabat polis itu dengan satu harapan.

Zara dan anaknya.

××××

Hollenbeck Community Police Station, Los Angeles.

Anggota polis yang berada dalam balai itu sibuk dengan telefon masing-masing menerima panggilan daripada polis di Malaysia atas arahan untuk mengambil-alih tugas pencarian Zara Nafisa.

"Did this mission exchange has been approved?"

"Yes, sir!"

Insp Rachell tersenyum lebar bila misi kali ini diluluskan oleh Ketua Pegawai Polis California di daerah Los Angeles, Tuan Ronald Thompson.

Insp Rachell juga turut berang dengan manusia bernama Tengku Haris itu.

Lantas telefon miliknya diambil lalu nombor seseorang didailnya. Misi kali ini agak menyeronokkan kalau bersama dengan si dia. Siapa lagi kalau bukan-

"Hello, Young Master."

××××

Puan Sri Aisyah memeluk erat tubuh Carl Ayden dengan linangan airmata kegembiraan bercampur penuh pengharapan.

"Carl tak kuat tanpa Zara, tapi Carl kuat demi anak Carl. Cuma doa dan kata-kata semangat mama yang buat Carl tak jatuh sekarang. Doakan isteri Carl mama."

Carl Ayden mengalirkan airmatanya buat kali kedua, tak betah bila nama isterinya meniti dibibir. Kalau ikutkan perasaan, dah lama dia meraung memanggil Zara.

"Mama sentiasa doakan Zara selamat Carl. Mama sayangkan anak-anak mama. Carl kena kuat nanti, jangan sampai Carl tersungkur sebelum cari dan kembalikan Zara."

Berat hati Puan Sri Aisyah untuk melepaskan Carl Ayden. Anak sulungnya itu kian tak terurus dengan kehilangan Zara Nafisa. Dari raut wajah Carl Ayden, dapat dilihat seribu kesedihan dan tekanan yang dihadapinya.

Carl Ayden mengesat kasar airmatanya dengan belakang tapak tangan. Sejak dari hari itu lagi airmatanya murah untuk jatuh kerana isterinya yang dicintai.

Zull, Fazz, Jack, Shay, Diego dan Samuel masing-masing menunduk dengan wajah keruh, terasa sakit melihat airmata Tuan Muda mereka yang selama ini kuat dan kejam serta bengis.

Nampak benar, Zara Nafisa itu ibarat permata dan juga bidadari bagi Carl Ayden.

Mereka bertujuh melangkah keluar daripada rumah agam Tuan Carl Asyraf, diluar pula berpuluh lagi anak buah Carl Ayden yang sedang menunggu.

××××


Haris mencempung Zara Nafisa yang lemah dan tak bermaya itu keluar daripada bilik tempat dia mengurung perempuan itu.

Haris tersenyum bahagia bila Carl Ayden cukup bodoh sekarang kerana menghentikan pencarian isterinya.

"Buka!"

Satu kotak lutsinar yang diperbuat daripada logam dibuka oleh orang kanan Haris; Leo. Lelaki pertama yang menampar Zara Nafisa.

Kotak yang panjang dan lebar seakan-akan keranda itu muat dengan tubuh Zara dan mempunyai udara yang cukup.

Haris meletakkan Zara dalam kotak tersebut, dia menghela nafas lega lalu penutup kotak ditutup kembali.

Walaupun tertutup, ianya mempunyai oksigen untuk bernafas seperti biasa walaupun ianya adalah sebuah kotak.

"Kau jaga dia, kalau betina ni dah sedar kau panggil aku. Faham?" tegas suara Haris menandakan dia sedang serius.

Leo mengangguk patuh. Haris melangkah ke arah pintu bilik untuk keluar tapi suara Leo menghentikan langkahnya.

"Aku tak tahan lah dengar betina ni memekak, semak! Kalau dia menjerit menangis panggil suami celaka dia tu macam mana?" soal Leo sedikit menyampah.

Haris tersenyum sinis, Leo dipandang bersilih-ganti dengan Zara Nafisa yang tak sedarkan diri itu.

Perempuan tersebut tak diberi makan selama empat hari, hanya air saja yang diberi minum.

Itu pun tuang atas muka je, lebam di muka dan lengannya pula jelas kelihatan.

Padahnya bila melawan atau tak dengar kata Haris, dilibasnya Zara dengan tali pinggang. Wajah gadis lemah lembut itu ditampar dan ditumbuk sesuka hati.

"Kalau dia menjerit, kau rogol je. Sebelum kau rasa, panggil aku biar aku rasmi dulu. Betina sundal macam ni elok buat pemuas nafsu je!"

Leo tersengih sinis dengan kata-kata Haris. Dia iayakan saja walaupun tak nampak macam perempuan sundal yang dikatakan Haris itu.

"Aku tak ada hal, lagipun dah lama tak rasa 'barang' baik. Muak dengan pelacur dekat sini." ujar Leo dengan bangganya.

Mereka berdua berbalas senyuman penuh makna sebelum Haris beredar keluar meninggalkan Leo dan Zara dalam bilik tersebut.

[DONE]

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro