🌹 - 50

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

SETAHUN KEMUDIAN.


Carl Ayden memerhati anak buahnya yang menyusun dan mengemas segala alatan tajam dan juga pelbagai jenis senjata api di bilik latihannya.

"Make sure everything is neat and organized." arahnya tegas sambil memerhati mereka.

Anak buahnya yang bernama Lucas itu mengangguk dan kembali menyusun butir-butir peluru di tempat yang disediakan. Pistol juga turut diletak pada tempatnya.

Carl Ayden menghembus asap rokok sambil berjalan keluar daripada bilik latihan tersebut dan menuju ke ruang tamu.

Disitu, duduknya seorang lelaki lengkap beruniform polis sedang tersenyum memandangnya.

"Lesen senjata api dan senjata tajam Tuan Muda telah diluluskan." ujar Insp Hakimi sambil menolak satu sampul surat diatas meja itu pada Carl Ayden.

Carl Ayden tersenyum nipis. Dibuka sampul surat tersebut, setelah puas hati dengan apa yang dilihatnya dia meletak sampul tersebut ke atas meja dan berdiri.

"Thank you, Hakimi. I owe you. Kirim salam dekat Tuan Fazran." jelas nada dan riak wajahnya ceria.

Insp Hakimi berjabat tangan dengan Carl Ayden, beg dan dokumen diambil di atas meja dan disangkut pada bahu, dokumen dikepit pada bawah lengannya.

"Tak ada hal, lagipun Tuan Muda dah banyak sangat bantu pihak kami. Saya pergi dulu." pamit Insp Hakimi sebelum berlalu pergi.

Carl Ayden menghantar pemergian Insp Hakimi di muka pintu sehingga kereta lelaki itu hilang dipandangan matanya. Dia melangkah kembali ke arah sofa lalu sampul surat itu diambil.

"Tuan Muda, semuanya dah selesai. Bilik latihan dah boleh guna sekarang." maklum Lucas yang berada tak jauh dari sofa ruang tamu itu.

Kepala diangguk sedikit pada Lucas seraya bangun dan melangkah masuk ke dalam lif untuk ke tingkat dua dimana anak-anaknya yang sudah berusia setahun itu berada bersama cik isteri.

TING!

Keluar daripada lif dia tersenyum lebar melihat Carl Hans Mikael dan abangnya Carl Que Alexander sedang berebut mainan di atas permaidani lembut di tengah-tengah antara sofa ruang tamu.

"Hey! Jangan pukul abang dengan benda tu Hans. Aish!"

Zara terus menjauhkan sedikit Carl Que Alexander daripada adiknya. Risau makin teruk pula Carl Hans Mikael memukul abangnya dengan rangka lori yang diperbuat dari plastik itu.

"No! Hans, tak baik tau buat macam tu dekat abang." ubun-ubun Carl Hans Mikael dikucup sayang.

"Yinyo."

Carl Ayden tergelak mendengar Carl Hans berkata-kata walaupun pelat. Zara pula tersenyum nipis. Diambil permainan yang lain lalu diberikan pada anaknya itu.

"Love, come here. Abang ada something nak cakap."

Zara berjalan ke arah sofa berangkai dua lalu duduk di sebelah encik suami yang merenungnya dengan pandangan redup.

"Qbang nak cakap apa?" soal Zara lembut.

Carl Ayden tersengih dan memusing badannya menghadap Zara. Pistol di belakang pinggangnya dikeluarkan lalu diberikan pada cik isteri.

"W-what?" tergagap seketika Zara melihat pistol encik suami. Dia tak berani nak sentuh benda tu. Seriau pula.

Tangan kiri cik isteri ditarik lalu pistol diletakkan pada tapak tangan cik isteri dan dia menggenggamkan pistol ke dalam tangan isterinya.

"Abang nak sayang dah tak takut dengan benda-benda ni. Abang nak sayang belajar cara nak lawan dengan musuh, macam mana nak guna benda ni. Nanti sayang boleh guna apa yang sayang belajar bila perlu. Boleh?"

Zara telan air liur. Pistol di dalam genggamannya dilihat dengan pandangan kosong. Wajah berharap dan serius encik suami ditatap.

"Saya tak berani lah abang, bahaya. Tapi, kalau itu untuk kebaikan saya juga, nak buat macam mana. Jadi, abang nak suruh saya belajar guna pistol ni? Macam tu?" tanya Zara ingin tahu dengan muka blurnya.

Carl Ayden tersenyum sinis.

××××

Zara yang hanya berseluar track dan T-shirt berlengan panjang dengan rambut yang diikat ponytail merenung pintu bilik latihan encik suami dengan perasaan berdebar.

Dia pernah masuk tapi tak tahu pulak dalam bilik tu ada lagi bilik khas untuk Carl Ayden.

"Come in. Anggap je sayang tengah main game. Okay?" pujuk Carl Ayden sambil tersenyum kecil.

Zara mengangguk sekali sambil tersenyum kelat, tangannya dipimpin encik suami untuk masuk ke dalam bilik selepas cap tangan encik suami diakseskan.

Sebaik masuk ke dalam salah satu bilik yang dikhaskan untuk dia, terbuntang mata Zara melihat peralatan dalam bilik tersebut. Carl Ayden pula tersenyum nipis melihat reaksi cik isteri.

"Welcome to my favourite room, love. Wait! our room now cause everyday you will stay in this room for practice and learning. Get it?" kening diangkat sebelah pada isterinya.

Ternganga Zara dibuatnya bila encik suami sudah mengeluarkan arahan. Setiap hari? Biar betul encik suami dia. Anak-anak takkan nak tinggal macam tu je?

"Nuestro hijo, abang suruh Shay jaga. Lagipun dia suka sangat budak dua orang tu." (our son)

Zara memerhati encik suami yang berjalan ke arah senjata api yang tersangkut itu sambil melihat satu-persatu yang dirasakan sesuai untuk Zara gunakan.

HS2000 diambil di tempat terdapat pelbagai jenis pistol yang lain. Dibelek sesaat sebelum dihulurkan pada cik isteri. Dengan teragak-agak pistol dihulur encik suami diambilnya.

"HS2000, pistol paling lama dalam simpanan abang. Semi-automatic pistol since 1999. Cara nak guna senang je, let me show you."

Sepucuk pistol yang sama diambil, lalu dibawa cik isteri ke dalam bilik tempat berlarih yang terdapat dalam bilik itu.

Suaminya memang bijak, dalam satu bilik ada berpuluh lagi bilik.Tak tahu macam mana nak cakap.

Sebaik pintu dibuka, terbentang luas kawasan lapang dihadapan Zara. Seakan padang permainan yang kosong dan sangat luas. Makin kagum Zara dibuatnya.

"Tengok macam mana nak pegang, macam mana nak lepaskan tembakan dan mark right on target, nanti sayang ikut. Okay?"

Carl Ayden memulakan sesi demonstrasinya secara perlahan dan jelas, Zara pula fokus dan tekun melihat setiap pergerakan tangan encik suami.

Setelah melepaskan beberapa butir peluru ke arah papan tanda yang menjdi target encik suami, Zara mengetap bibir. Berdebar.

"Now, your turn." Carl Ayden menoleh ke arah cik isteri sambil tersenyum, pistol dimasukkan ke dalam poket seluar lalu dia berdiri di belakang cik isteri.

"Takut lah, abang..." adu Zara perlahan dengan perasaan cuak.

Gelengan kecil diberikan pda cik isteri; memberi tanda bahawa tak perlu untuk takut.

Dari belakang, kedua belah tangannya memegang tangan cik isteri sambil meletakkan pistol pada posisi yang betul.

"Mula-mula, kita cari target dan pastikan sasaran tu betul. Now, shoot!" terangkannya ringkas pada cik isteri.

Jari telunjuk cik isteri yang diletakkan pada picu pistol ditekan dan serentak itu berdas-das peluru keluar.

Zara cuak sebelum lama-lama di berasa seronok. Memang macam main game pun.

Perkara itu berlanjutan, Carl Ayden sabar mengajar manakala Zara fokus mengikut apa yang diajar sehingga dia berjaya menembak pada sasaran yang ditujukan.

Itu membanggakan Carl Ayden.

×××××

Shay tersengih suka melihat pakaian yang dikenakan pada tubuh Carl Hans Mikael.

Nampak comel dan kacak macam papa diorang. Dengan rambut kelabu-keputihan dan sedikit kehitaman itu cukup bergaya.

"Anak mummy handsome sangat, you should proud with mummy, Hans." teruja saja Shay bersuara.

Dia lebih selesa bahasakan dirinya sebagai mummy pada anak-anak Carl Ayden. Memang si kembar berdua itu saling tak tumpah seperti Carl Ayden.

Carl Hans Mikael diletakkan ke sebelahnya lalu ditoleh sedikit ke arah abang si kembar, Carl Que Alexander yang menguis kasut di kakinya.

"Anak mummy yang ni pun handsome jugak tau. Mmhhhh!" dicium pipi gebu Carl Que Alexender, geram.

Shay kemudian bangun daripada duduk bersimpuh di katil milik bayi kembar itu.

Sepatutnya Nini yang akan menyiapkan anak-anak Carl Ayden tapi dia nak buat sendiri sesuai dengan citarasanya. Jadi, Nini hanya memerhati sambil tersenyum.

Carl Que Alexander juga nampak bergaya, dengan mata mereka yang bewarna kelabu-kebiruan itu persis seperti anak matsaleh saja. Tak hairan lah kalau papa sendiri pun kacukan.

"Nini, cakap dekat Zara lepas dia siap nanti. I nak bawak diorang pergi shopping mainan." maklumnya sambil tersenyum lebar.

Nini mengangguk laju, permainan si kembar yang bersepah di dalam bilik itu dikemaskan. Dari katil sampai ke pintu bilik mainan dikutip Nini, haih!

"Er, Puan Shay nak pergi dengan driver ke?" soal Nini teragak-agak.

Shay tersengih sambil mendukung Carl Hans Mikael dan turut diambil beg yang mengandungi segala keperluan kembar berdua itu dan disangkutkan pada bahunya.

"Nope! I pergi dengan husband I. Ouh, panjang umur hubby! Tolong dukung Que sekali, please."

Jack dengan muka seriusnya mengangkat Carl Que Alexander yang merengek itu, mungkin tahu yang dia akan ditinggalkan.

"I pergi dulu, Nini. Daa.." tangan dilambai ke arah Nini yang turut membalas.

Jack melangkah keluar daripada bilik tersebut diikuti Shay dari belakang yang tak puas-puas menggomol pipi Carl Hans Mikael. Pintu lif terbuka dan mereka berdua masuk ke dalam.

"You nak pergi mana?" soal Jack seraya membetulkan rambut Carl Que Alexander.

"Shopping!"

Jack dalam diam sudah mengeluh, nasib dia tergilakan Shay, kalau tak memang tal ada lah dia nak temankan.

××××

Jack dan Shay beriringan menuju ke arah meja untuk mengisi perut setelah puas membeli-belah. Masing-masing tak terlayan dengan kerenah kembar itu.

Pelanggan disitu tersenyum melihat kemesraan Shay dan Jack yang mendukung si kecil tersebut.

"Hans dengan Que tak boleh makan tau, denda sebab buat perangai tadi." Carl Hans Mikael terkebil-kebil manakala Carl Que Alexander pula menjuihkan bibirnya seakan ingin menangis melihat muka garang mummy mereka.

Shay sengaja menggarangkan mukanya pada dua kembar itu, dia pun pening dengan si kecil berdua itu semasa memilih permainan tadi. Degil!

"Oh no. Jangan nangis Que, mummy tak marah lah. Shh.." Jack menepuk lembut tepi bahu Carl Que Alexander, cuba memujuk.

Shay yang tersengih nakal itu Jack pandang tajam, kalau menangis budak-budak ni tak ke haru nanti. Dia dah lah tak pandai bab-bab macam tu.

"Mummy sayang Hans je, tak payah kawan dengan abang and daddy. Mummy gurau je pun." bibir dicebik bosan pada Jack.

Pelayan datang membawa makanan yang dipesan. Shay tersenyum sedikit pada pelayan itu tanda terima kasih, Jack mengecilkan matanya pandang Shay dan pelayan lelaki itu.

"Mummy Que saja nak goda pelayan yang hantar makanan tu, tak nampak daddy dekat depan dia ni." tutur Jack sinis berbaur cemburu.

Carl Que Alexander tersengih-sengih. Walaupun tak tahu apa yang dikatakan Jack tapi mungkin dia rasa lucu melihat muka cemburu Jack.

Shay yang sedang mengusap pipi Carl Hans Mikael menoleh ke arah Jack dengan muka berkerut, bila masa pulak dia goda orang?

"Apa you merepek ni? I nak goda siapa pulak? Suka sangat tuduh I. Hish!"

Muka Shay berubah cemberut bila tiba-tiba dituduh Jack. Tajam matanya menjeling ke arah Jack sebelum menoleh kembali pada Carl Hans Mikael.

"Jangan dengar cakap daddy tu, jealous tak bertempat! Kan, Hans?" sengihan kecil terlakar dibibir sambil memandang wajah polos dihadapannya itu.

Carl Hans Mikael menggeleng sambil tersengih. Entah apa lah yang dia gelengkan, lalu jari Shay yang memegang pipi gebunya ditolak-tolak. Rimas mungkin.

Mereka mula menjamu selera sambil melayan si kembar tanpa bercakap. Seorang cemburu, seorang merajuk. Hanya budak-budak itu yang jadi teman berbual.

"Aaaa..." mulut dingangakan pada Carl Hans Mikael. Seperti faham dengan isyarat Shay, si kecil itu turut membuka mulutnya dengan mata yang terkebil.

"Good boy!" Shay tersenyum puas bila kembar itu mengikut katanya.

Jack yang memerhati tersenyum gembira, berharap suatu hari nanti dia juga dapat melihat Shay turut bermain dengan anak-anak mereka sendiri.



[DONE]

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro