ZARA HELINA | PROLOG

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng


Hutan tebal itu diredah tanpa rasa gentar mahupun rasa takut dalam dirinya . Tidak kisah luka-luka kecil di lengan dan kakinya akibat terkena dahan yang tajam . Dia melarikan diri tanpa toleh belakang . Derapan langkah beberapa manusia di belakang di dengari olehnya dengan jelas sekali .

Dia melepaskan lelah di belakang satu pokok besar dan di belakangnya pula berlukar yang tinggi cukup untuk dia menyembunyikan diri . Nafasnya turun naik dengan laju , dia terduduk di atas tanah lembap itu .

Dress putih yang labuh meleret hingga ke tanah sudah dikotori dengan tanah . Dengan sekuat tenaga dia koyak cebisan bawah pakaian itu . Menjadikan sebagai satu kain panjang untuk menutup luka di lengan kirinya .

Luka yang agak panjang dan cukup dalam . Pergelutan dia dengan seorang lelaki di hadapan pintu utama membuatkan dirinya ditikam tanpa sengaja . Tidak sempat mengelak , tikaman itu terlebih dahulu menggores lengan kirinya .

Dia membalut dengan kemas untuk menghentikan pendarahan . Gigi di ketap apabila terasa senak di bahagian perutnya . Rasa sakit dan menyengat . Membuatkan tangan dia menampung bawah perutnya .

Kandungan dia yang berusia 8 bulan itu disentuh . Lelah membuatkan dia tersandar penat di dahan pokok itu . Telinga dibuka , mendengar jika ada sesiapa melangkah ke arah tempat persembunyiannya .

Namun tiada sebarang bunyi . Senyap , sunyi sepi . Dia jadi pelik , namun dia tidak mahu menonjolkan diri lagi . Dia harus melepasi orang itu . Seorang lelaki psiko !

Dia mengusap perutnya , kerutan dahi , keringat jelas kelihatan walaupun dia berada pada kegelapan malam . Dia bersandar lemah di dahan pokok itu . Ikatan rambut longgar , kusut ! Menunjukkan wajah keletikan dia pada waktu itu .

Dia tidak mempunyai kudrat lagi . Dia terasa lelah yang amat . Berlari tanpa henti . Membawa kandungan , dia tidak mahu kehilangan anak dalam kandungan dia . Tak ! Dia sayangkan anaknya walaupun itu zuriat lelaki psiko itu sekalipun ! Anaknya tak bersalah .

Di sebuah banglo yang terletak jauh dari bandar- seorang lelaki bersandar selesa di sebuah kerusi empuk sambil menyilang kaki . Rokok dihembus ke udara sambil bibirnya menyungging senyuman sinis . Mata dia kekal pada skrin di hadapannya .

" Poor you babygirl . You can't run from me . Ini tempat aku dan segalanya aku tahu " dia tersenyum puas .

Melihat seorang wanita hamil terduduk lemah di bawah pohon besar . Memang di setiap pelosok hutan itu dia memasang sebuah kamera kecil untuk menjejak musuh yang menyelinap masuk ke kawasannya .

Tidak sangka , wanita hamil itu berani melawan dan melarikan diri daripadanya . Dia mengeleng sambil mematikan putung rokok . Bibir merahnya dibasahkan . Dia pandang dua orang bawahan yang cukup dipercayai olehnya .

" Kau bawa keluar Helen dan Teo . Kenalkan pada perempuan kesayangan aku tu " dia menyeringai jahat .

Dua lelaki itu mengangguk patuh . Mereka keluar dari bilik kawalan itu . Bilik yang cukup luas , penuh dengan teknologi terkini dan moden . Lelaki itu meletakkan kedua tangan di sisi meja . Menongkat badan sedikit membongkok .

" Kenalkan Helen dan Teo sayang " .

Dia mengelap peluh di dahi . Nafas di atur normal apabila terasa dirinya kini selamat . Dia mahu meneruskan perjalanan dia namun dia harus menyimpan tenaga . Setelah seharian tidak makan dan minum membuatkan badan dia lemah tidak bermaya .

Dia mahu melihat dunia luar .

Mata dipejam untuk seketika . Namun bunyi gerakkan di kawasan semak samun itu membuatkan dia membuka mata kembali . Matanya bulat memandang semak samun di hadapan . Yang kelihatan bergelombang . Seakan ada sesuatu disitu .

Dia mengambil langkah berjaga-jaga . Tiada sebarangan gerakkan dibuat olehnya . Dia menjadikan satu dahan besar sebagai pelindungan untuk dirinya . Dahan besar itu digenggam kemas . Sekiranya benda itu menyerang dia akan terus menghayun dahan besar itu .

Dua ekor harimau belang melompat tepat di hadapan dia . Wanita itu jatuh terduduk . Terkejut dengan dua ekor pemangsa itu . Harimau itu bersaiz besar . Keduanya mengaum kuat mengegarkan kawasan hutan itu .

Airmata dia menitis . Ya , dia sangat takut . Harimau itu semakin mendekat . Airmata semakin laju mengalir . Dia redha sekiranya nyawa dia tamat pada malam itu .

Mata dia terpejam rapat apabila melihat dua ekor harimau itu mulai menerkam ke arahnya . Pandangan jadi gelap dan semua kabur . Dua ekor harimau itu mula mengoyakkan pakaian wanita itu . Kedua ekor harimau itu sedang kelaparan . Melapah 'makanan' terhidang di depan itu .

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro