ZH - 02

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Fara mendongak apabila terasa tepukkan di bahu kanannya . Dia mengangkat kening kepada Laila yang tersengih tidak bersalah itu .

" Kau kenapa ? Tersengih-sengih ... terencat ke ? " sindir Fara lalu menyambung menyuap nasi goreng cina yang sudah tinggal separuh itu .

Jam sudah menginjak pukul 12 tengah malam . Dia kisah apa jika berat badan dia naik , asalkan perutnya kenyang terisi . Laila meletakkan helmet di atas meja bar itu . Dia menongkat dagu memandang Fara .

" Awal kau balik ? Kau takde shift tengah malam ke ? " soal Laila . Pelik juga melihat budak tu nampak bersahaja je .

Fara yang bekerja sebagai manager di sebuah hotel bajet sering pulang lewat malam . Kekadang subuh baru nampak batang hidung budak tu . Itupun balik-balik terus tidur .

" Takde . Lagipun aku dapat cuti tiga hari . Bos suruh aku rehat sebab banyak sangat overtime bulan ni " ujar Fara dengan senyuman lebar .

Akhirnya , dia dapat tidur dengan lena . Layan movie yang tertangguh sejak berbulan lalu . Dia mahu berehat sepenuhnya . Tidak mahu meninggalkan katil kesayangan dia .

Laila mencebik bibir . Tudung dikepala dibuang , dia sangkut di atas kerusi sebelah yang kosong . Jaket kulit hitam dibuka , meninggalkan sehelai baju-t lengan panjang biru tua di tubuhnya .

" Kau nape ? Penat lain macam je " .

Laila membuat muka .

" Mana aku tak penat kalau dapat customer macam mintak kaki je . Ada patut dia komen service aku ni tak memuaskan . Aku ambil order salah lepastu dia- arghhhh ! " Laila menjerit melepaskan tekanan .

Fara hampir tersembur air masak akibat terkejut dengan jeritan tiba-tiba dari Laila itu . " Woi ! Kau asal haa ? " bahu Laila ditampar perlahan .

Abenda lah perempuan ni .

" Aku serabut weh . Dah lah diva ! Pastu acah minah salleh speaking bagai ! Tapi hampeh ! Cakap omputih pun kelaut . Kalau tak disebabkan bos aku tu haa ... dah lama aku gayang bibir besar dia tu . Bior lagi besor haa " kata Laila dalam nada geram .

Siap menghentak-hentak cawan kosong di atas meja itu lagi . Fara pula jadi gerun . Risau je meja marmar itu rentak . Apa dia nak jawab dengan tuan rumah nanti .

" Oii ! Sikit-sikit dah arr . Kau ni lebih-lebih pulak ! Emosional sangat nape " halang Fara lalu menjentik dahi luas Laila .

Berkerut gadis itu akibat jentikan Fara yang boleh tahan kuat itu . Laila membebel perlahan namun tidak diendahkan oleh Fara . Mereka menoleh apabila terasa bunyi derapan kaki seseorang yang turun dari tingkat atas itu .

Muncul Helina dengan pakaian serba hitamnya . Mask hitam dan cap hitam dipakai olehnya . Laila dan Fara berpandangan . Jarang-jarang mereka melihat Helina berpakaian sebegitu .

" Kak El nak pergi mana ? " soal Fara .

Helina yang asyik menunduk membalas chat orang suruhannya segera angkat muka . Laila dan Fara yang sedang memandangnya dibalas dengan senyuman nipis .

" Ada kerja sikit . Korang tidurlah dulu . Akak mungkin balik lewat dari biasa . Nak jumpa member lama " ujar Helina perlahan .

Tetapi di dengari dengan jelas oleh Fara dan Laila . " Okay kak . Hati-hati kat luar sana . Ila dengar banyak kes pembunuhan sekarang . Akak hati-hati tau " pesan Laila dalam nada risau .

Helina senyum . " Jangan risau . Tahulah akak jadi diri . Korang duduk berdua ni pastikan pintu kunci . Kalau dengar bunyi pelik or something terus call akak or tekan button merah kat sana tu " .

Dinding bersebelahan dengan tangga ditunjuk oleh Helina . Laila dan Fara mengangguk faham . Mereka pun tak tahu fungsi butang merah itu . Malah siap berkaca lagi . Tak pernah dipecahkan .

" Akak pergi dulu tau . Kawan akak dah tunggu kat luar tu " .

Terdengar dengan jelas deruan enjin kereta di luar pagar mereka . Helina segera berlari ke pintu utama . Dibuka dan terus dikunci . Mujurlah dia teringat kunci pendua rumahnya .

Dia masuk ke dalam sebuah Honda City silver yang terpakir di hadapan rumahnya . " Mana awek bos ? " soal lelaki itu dengan sengihan nakal .

Helina menjeling tajam . Terus kepala lelaki itu dihempuk kasar . " Kau jangan nak menggatal sangat ! Cepat ! Jangan nak buang masa sangat . Kang kau aku jadikan tempat peluru aku bertandang nanti " ugut Helina serius .

Lelaki itu mencebik . Pedal minyak ditekan perlahan , kereta itu mula keluar dari kawasan perumahan Helina . Menuju ke suatu tempat yang tidak diketahui orang ramai .

♤♤♤

Kereta itu dipakir di bawah pokok mempelam yang berhampiran dengan pangkin sederhana yang dibina oleh budak-budak Helina untuk mereka melepak pada malam hari . Sambil menjamu selera , sambil memerhati musuh yang menyelinap masuk ke kawasan mereka m

Helina turun dari Honda City itu setelah enjin kereta dimatikan . Lelaki bertubuh kurus itu turut keluar bersamanya dan menghampiri sebuah rumah separuh kayu separuh batu itu . Kawasan yang lapang sekeliling membuatkan orang luar pasti menyangka bahawa rumah itu dihuni oleh keluarga besar .

Jauh terletak di luar ibu kota yang sibuk . Dikelilingi hutan dan hanya ada beberapa rumah kampung sahaja sekitarnya . Itu pun kalau jalan kaki mahu makan masa selama sejam untuk sampai ke destinasi .

Sewaktu Helina melepasi ruang tamu , semua lelaki yang tadinya terbaring segera bangkit . Maklumlah , ketua yang jarang menonjol diri tiba-tiba datang mencemar duli .

" Eh bos ! " tegur seorang lelaki berambut perang yang sengaja diwarnakan . Secawan kopi yang masih panas kelihatan berasap di pegangan dia .

" Lain macam bos mencemar duli malam ni . Ada benda berlaku ke ? " soalnya dengan loghat pantai timur yang cuba diubah sedikit demi sedikit itu .

Maklum lah , lima tahun menetap di bandar besar ini membuatkan dia sedikit mengubah cara penuturan dia . Maklumlah , hanya dia saja orang pantai timur disitu .

" Aku nak uruskan sesuatu . Kau dengan Keding ikut aku " ujar Helina serius .

Keding dan Mat berpandangan . Namun mereka ikut juga bos mereka dari belakang . Anak buahnya kembali melepak di ruang tamu , menonton perlawanan bola sepak luar negara itu . Memang bergegar lah rumah separuh banglo itu .

Helina menekan sesuatu pada alat di pintu itu . Setelah membuat imbasan retina pintu itu terbuka secara automatik dari dalam . Bilik yang luas , peralatan senjata api yang tersimpan rapi di dalam cermin nampak begitu mengancam .

Sengaja yang jarang disentuh dan digunakan oleh mereka kecuali ada perang besar antara musuh mereka . Helina menjatuhkan hud yang menutup kepalanya . Cap hitam dan mask hitam ditanggalkan .

" Mat , kau dah dapatkan maklumat yang aku suruh kau cari tu ? " soal Helina pada Mat .

Mat segera angguk . Dia menekan sesuatu pada bawah meja , lalu sebuah laptop keluar dari cermin meja yang telah diubah oleh seorang budak kumpulan dia .

Laptop itu dibuka , Mat ralit menekan-nekan sesuatu pada papan kekunci . Lalu skrin laptop itu ditunjukkan pada Helina .

" Kawan lama mu bos . Aku rasa dia dah lama sangat duk dalam jail tu yang cari mu hor " kata Mat setelah dia melihat sekilas gambar seorang lelaki di skrin laptop itu .

Helina senyum sinis . Musuh lama dia telah kembali rupanya . Pasti lelaki itu berjaya larikan diri dari Penjara Kajang . Itu pun pasti dengan bantuan orang dalam .

" Dia hantar apa bos ? " soal Keding ingin tahu .

Helina mencebik bibir . " Tangan budak kita . Entah betul atau tak , sebab rantai tangan budak tu nampak lain sangat dengan yang budak kita punya " .

Dia menghulurkan telefonnya . Sempat dia ambil gambar tangan itu sebelum dia mula membakar di suatu tempat di rumah itu . Rantai tangan berbentuk bulat dan mempunyai simbol seakan tengkorak .

" Budak orang tua tu bos . Amenda lah . Budak sendiri pun tak kenal ke bahenol tu " komen Mat lalu dia tergelak dengan Keding .

Helina turut gelak sama .

" Bodoh tetap bodoh bos . Tak boleh nak lawan dengan kita ni haa . Budak dia lawan PUBG dengan aku pun kalah bos . Dasar noob ! " tambah Keding lalu gelak mereka semakin kuat .

Helina menekan-nekan skrin laptop itu . Ingin melihat maklumat kumpulan musuh dia . Dark Skull . Kumpulan yang dah lama menyepi kerana ketua dia ditangkap polis pada lima tahun lalu kerana perdagangan manusia , perjualan organ , dan pembunuhan tanpa henti .

" Aku nak kau cari budak yang hantar hadiah kat rumah aku tu . Macam berani sangat sampai pecah masuk rumah aku tu haa " .

" Jangan risau bos . Aku tahu kerja aku " ujar Mat penuh yakin . Mendabik dada .

Keding membuat muka . " Blah lah kau Mat . Acah betul ! Menyampah aku ! " kepala Mat ditolak selamba oleh Keding .

Mat buat bodoh je . Dah biasa .

" Kau jeles dengan aku kan ? Eh kemon lah , ni Mat anok jati Ganu nihh " dadanya ditepuk beberapa kali .

Keding buat pekak . Dia mendekati Helina . Berbincang rancangan mereka yang seterusnya . Jika Dark Skull kembali , maka hidup mereka tidak akan aman lagi . Kerana Helina yang menyebabkan lelaki itu masuk ke dalam penjara .

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro