ZH - 17

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Qayyum tersenyum sinis melihat kelibat seseorang yang tekun melakukan pekerjaan mereka itu . Dia memandang Mattias yang berjalan menuju ke arah dia . Dia sengaja menyuruh Mattias melakukan semua kerja kerana tidak mahu orang itu mengesyaki rancangan dia .

" Tuan Qays " Mattias menunduk hormat . Walaupun gerun , dia tetap menghormati ketua dia itu .

Qayyum mengangguk . Memberi isyarat pada Mattias masuk ke dalam kereta .

" Ni yang Tuan Qays pesan " beg kertas ditolak perlahan kepada ketua dia .

Bimbang tersilap langkah , dia pula yang bakal terlantar di katil sebelah Luke . Lelaki itu cedera parah angkara perbuatan Qayyum beberapa minggu lepas . Atau lebih tepat lagi- sisi lain seorang Qayyum Idham .

" Perempuan tu ... kau dah buat apa yang aku suruh ? " tajam Qayyum merenung wajah Mattias .

Dalam hati dia tersenyum jahat . Mata dia mula mengelap , rasa selesa apabila dia dapat menguasai tubuh Qayyum sepenuhnya . Dah lama dia tidur .

Qays mahu bebas pula .

" Dah tuan . Macam tuan nak " balas Mattias perlahan . Nafas dia tersekat-sekat .

Duduk bersebelahan dengan Qayyum kedua ini membuatkan dia berasa sukar bernafas . Atmosfera dalam kereta membuatkan dia rasa berpeluh . Padahal suhu penghawa dingin kuat terpasang .

" Bagus . Aku suka cara kerja kau Matt " bahu Mattias ditepuk perlahan .

Tapi tidak lama itu , dia mencengkam kuat bahu Mattias . Membuatkan lelaki itu mengetap bibir kuat . Kedua tangan digenggam erat di peha . Qayyum tersenyum jahat .

" Pastikan Luke tak tahu pasal ni ... " bisik Qayyum rapat di telinga Mattias .

Kuku dia mencengkam makin kuat . Membuatkan Mattias sedaya upaya menahan rasa pedih di bahu kirinya .

" Aku dah bosan . Terkurung dalam bilik busuk tu ! Gelap ! Kotor ! Aku tak suka ! Tapi Luke bodoh sebab tak sedar aku sebenarnya wujud . Tak pernah tidur " .

Mattias membeliakkan mata dia . Tak mungkin ?! Jadi selama ini ?

" Ya itu aku . Qayyum kau tu dah bagitahu aku segala-galanya . Aku terpaksa tidurkan dia . Dah lama aku tak hirup darah orang . Tekak aku dah dahaga sangat-sangat " dia menjilat bibir bawahnya perlahan .

Mattias hanya memberi reaksi biasa . Bukan sekali- tapi sudah banyak kali Qays minum darah dari mangsa dari pembunuhan dia sendiri .

" Tapi dia tak bagitahu tahu pasal seseorang ni ... " dia melepaskan cengkaman dari bahu Mattias .

Kesian ? Tiada istilah kasihan dalam diri Qays . Dia lebih senang melihat orang merintih kesakitan . Darah yang mengalir . Daging yang boleh dilapah . Qays rasa segar .

" Kau tahu ? " .

" Ta-tahu apa tuan Qays ? " gugup Mattias menyoal balik .

Qays tersenyum senget . Ini penyebab dia sukakan Mattias berbanding Luke . Mattias tidak berani melawan dia . Tetapi Luke- lelaki itu berani melawan dia . Qays tidak suka dirinya dikunci .

Dia mahukan kebebasan .

Nyawa . Darah . Mainan dia .

" Perempuan ... perempuan tu ... " .

Qays tersenyum puas melihat wajah Mattias berubah . Dia mengeluarkan sesuatu dari poket seluar dia . Pisau lipat ditekan perlahan . Tajam . Berkilat . Mattias masih belum perasan .

" Ma-maksud tuan Qays ... Ara ? " Mattias berpura-pura dungu .

Dia tidak akan membongkar rahsia orang itu pada Qays . Lelaki itu rela membunuh jika ada yang ingin menyakiti orang tersayang dia . Malah Qayyum dulu memesan beberapa kali pada dia dan Luke .

Qays memegang tangan Mattias . Lengan sweatshirt putih lelaki itu disingkap paras siku . Mattias membuntang mata melihat pisau lipat di tangan Qays .

" Aku tak bodoh Matt ! Belum cukup bodoh lagi untuk kau tipu aku ... " pisau itu ditekan perlahan di tangan Mattias .

Membuatkan Mattias meraung sakit . Gigi diketap rapat dengan mata terpejam rapat . Hujung mata pisau itu ditekan dalam . Digores membentuk sesuatu .

L I A R !

Qays tersenyum puas melihat hasil ukiran dia pada lengan kiri Mattias . Darah membuak keluar membasahi seluar dan baju Mattias . Nafas lelaki itu mengah .

Ditoreh lengan , umpama dia pesakit yang memerlukan pembedahan segera . Tetapi mereka diberi ubat bius . Tapi tidak untuk dia . Mattias rasa terseksa . Perit .

" Cakap atau tak ? " .

Mattias ketap gigi . Dia mempunyai dua pilihan sekarang ini . Jika dia cakap , sudah pasti Qays akan bertindak gila . Kalau tidak cakap , bukan setakat goresan saja dia terima tapi lebih daripada itu .

" Aku tak gila lagi nak bunuh perempuan tu . Aku nak bermain dulu dengan dia . Lagi , cukup seronok untuk aku lihat kesengsaraan dia perlahan-lahan ... " .

Darah di pisau dijilat selamba . Dipejam mata . Menikmati rasa darah milik Mattias . Qays rasa nikmat sangat-sangat .

' Tolong , jangan gunakan tubuh aku untuk buat perangai gila kau ?! '

Qays tidak pedulikan suara yang bergema itu . Dia memandang Mattias .

" Siapa ? " .

Mattias yang melihat Qays menjilat darah milik dia berasa mual . Bukan sikit malah banyak . Melekit . Bau hanyir . Mattias segera memaling wajah keluar tingkap .

" Farhani Damia " .

♤♤♤

Helina melambai tangan pada semua pekerja dia . Fara dan Laila telah pulang terlebih dahulu . Semenjak bekerja dengan dia , dua gadis itu membuat keputusan untuk tinggal terus di mansion dia . Kata mereka , disitu ramai teman . Jadi tidak lah bosan mana berbanding rumah sewa mereka .

Terasa getaran di poket belakang seluarnya . Segera dia melihat notifikasi telefonnya .

Aku tunggu di cafe berdekatan bakeri kau .

Qayyum

Makin berkerut kening dia . Memang pada pagi tadi ada Mattias datang menyatakan Qayyum mahu bertemu dengan dia . Ada hal . Tapi tidak tahu pula secepat ini .

Kerana selama ini Qayyum begitu payah bertemu empat mata dengan dia . Qayyum lebih suka menyendiri . Hanya menghantar Mattias sebagai pesanan dari dia .

Telefon itu kembali diseluk ke poket belakang . Selesai mengunci bakeri dia , dia memeriksa sekeliling kawasan bakeri itu buat kali terakhir . Memang ada cctv yang berfungsi 24 jam tetapi dia hanya ingin memastikan sahaja .

Helina berjalan perlahan menuju ke cafe klasik berdekatan dengan bakeri dia . Memang disitu hanya mempunyai satu cafe sahaja . Malah jam sudah pukul 6.30 petang . Sudah pasti pelanggan tidak ramai di cafe itu .

Di luar , dia sudah terlihat figura Qayyum yang bersandar di dinding sambil memeluk tubuh . Topi menutup separuh wajah lelaki itu . Melalui postur badan dia sudah tahu itu abang sepupu dia .

Detingan loceng kedengaran membuatkan Qayyum membuka mata . Dia memandang Helina yang tersenyum pada dia . Qayyum tidak membalas , sebaliknya dia hanya menunduk . Mengacau perlahan cappucino kepunyaan dia .

" Awal abang datang . Ingatkan nak jumpa malam ni " kata Helina sebaik saja dia melabuh duduk di hadapan lelaki itu .

Qayyum senyum nipis .

" Saja " balas dia senada .

" Ni air untuk Ara ke ? " berhati-hati Helina menanya . Bimbang tersalah minum pula .

Sudahlah dia tengah dahaga .

" Kau punya " jawab Qayyum dingin .

Helina tersengih saja . Dia tidak terasa pun . Sememangnya dari dulu lagi Qayyum melayan dia dingin . Macam ada emas dalam kerongkong . Susah betul nak dengar suara .

Tanpa Helina sedar , Qayyum menarik sengihan sinis .

' Sial kau Qays ! '

Helina berasa berpusing . Tangan naik memicit kepala . Dia memandang Qayyum di hadapan .

" Erm ... Ara ... Ara nak pergi ladies jap " terus dia bangun . Mujurlah meja mereka duduki berdekatan dengan tandas .

Dia laju berjalan ke arah tandas wanita . Pintu ditolak kasar . Mujurlah tiada sesiapa di dalam . Helina bersandar lemah di dinding . Peluh membasahi dahi dia .

" Sakit . Pening ... panas ... " keluh dia perlahan .

Butang baju terasa dibuka . Helina mengimbas baju dia . Tapi makin rasa panas . Kepala dia pening sangat-sangat . Dia terasa pandangan dia mula mengelap . Belum sempat tubuh dia rebah ke lantai , satu tangan takas menangkap tubuh kecil itu .

Qayyum tersenyum puas . Ubat yang dia masukkan dalam minuman gadis itu mula menunjukkan hasilnya . Segera tubuh kecil Helina digendong dia . Pintu tiba-tiba dibuka dari luar .

Terkejut seorang wanita itu melihat ada lelaki di dalam tandas wanita . Qayyum bereaksi biasa .

" Maaf . Isteri saya pengsan " ujarnya cemas .

Wanita itu mengangguk . Memberi laluan pada Qayyum untuk keluar . Hampir saja dia ingin menjerit .

Dia segera meluru ke arah keretanya tidak jauh dari cafe itu . Tubuh Helina diletak perlahan di tempat duduk belakang . Qayyum membuka cap di kepala dia .

' Kau lembab Qayyum . Sekarang , perempuan kau ada di tangan aku ' .

' Qays ... aku merayu pada kau lepaskan dia '

' She mine ! '

Terus suara itu hilang . Padahal Qayyum tetap Qayyum . Dia hanya berperang dengan suara di fikiran dia . Atau lebih tepat , suara ciptaan dia . Imaginasi dia .

" Aku tak sabar nak bermain dengan kau perempuan . Sudah pasti darah kau lebih segar dari yang lain " .

Pipi Helina diusap lembut . Rambut gadis itu dihidu dalam-dalam . Qays tersenyum kemenangan .

" Welcome to my hell , girl " .

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro