ZH - 32

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"Sampai bila kau nak butakan mata kau?"

Luke memandang Qays yang terpaku melihat rakaman yang terjadi di rumah dia pada tengahari tadi. Rakaman yang berderurasi selama tiga minit itu membuatkan darah dia mencanak naik ke kepala.

"Kau tahukan, selama ni otak kau dah banyak dipengaruhi oleh mummy kau? Kau tahukan mummu kau tu benci sangat dekat Helina sebab punca kau hampir mati masa jatuh tangga dulu..." Luke memeluk tubuh pula. Riak dia serius sedari tadi.

Sebaik saja menerima isyarat kecemasan dari telefon milik Qays mereka berdua terkelu lidah melihat hasil rakaman yang disambung terus ke telefon milik lelaki itu. Tidak berpuas hati, Qays memutuskan untuk melihat lebih jelas di skrin komputernya.

Setiap CCTV dirumahnya, akan disambung terus pada telefon dan komputernya. Dimana saja dia berada, dia akan tahu setiap pergerakan anak-anak buah dia di rumah sana.

Tidak menyangka bahawa isyarat kecemasan yang dihantar oleh Renny membuatkan mereka termenung lama. Disitu, terlihat jelas Nur Aqira mengasari tubuh Helina tanpa belas kasihan.

"Ditambah pula dengan perempuan sihir tu. Lagilah mummy kau percaya bulat-bulat yang Helina buat semua tu. Kau masih nak diamkan diri lagi ke?" Luke melepaskan tawa sinisnya.

Geram pula dia melihat ketuanya yang masih mendiamkan diri itu. Nak dipelangkung, itu ketua dia. Silap haribulan, dia pula yang dipancung oleh Qays.

Qays melepaskan keluhan panjang. Beberapa kali dia mengulang rakaman itu. Sakit hatinya melihat wanita kesayangan dia diperlakukan sebegitu. Sakit sangat-sangat.

"Luke, kau tahukan masa tu aku hilang ingatan. Aku tak tak tahu apa-apa lepas sedar dari koma. Aku tak ingat sesiapa pun. Kalau lah aku dapat elak kejadian itu, mungkin Ara tak sengsara sampai macam ni sekali" penuh kekesalan Qays menutur katanya.

"Bukti dah ada dekat tangan kau. Sampai bila kau nak biarkan dia terus menderita?"

Qays melepaskan nafas lemah. Pedih yang dia rasa setiap kali memikirkan perkara itu. Banyak yang bermain dalam fikiran dia selama ini. Tapi semakin lama dia berfikir, membuatkan dirinya tidak dapat dikawal. Dia tidak hendak semua itu terjadi kembali.

"Mummy banyak tanam perkataan benci dalam diri aku Luke. Dari dulu, semenjak aku sedar dari koma, aku dah mula bencikan Ara. Aku termakan kata-kata mummy dan perempuan tu. Aku pekakkan telinga. Aku tahu aku salah selama ni..."

"Tapi aku tak boleh kawal diri aku Luke. Aku taknak benda ni terjadi pun. Dari kecik, tak pernah rasa bahagia Luke. Aku sengsara. Sakit sangat nak kawal benda tu Luke. Kau fikir senang ke aku nak kawal personaliti aku yang kedua tu?"

Qays memejam mata rapat. Jika boleh diputarkan kembali, ingin saja dia membunuh dua lelaki yang merompak masuk ke rumah mereka pada waktu itu. Dia tidak akan menjadi seperti sekarang.

Luke tersenyum nipis mendengar luahan hati Qays. Dia faham perasaan lelaki itu. Mereka bersama-sama sedari bangku sekolah lagi. Menjadi pula orang kepercayaan Qays, membuatkan dia makin peka dengan keadaan sekeliling.

Kelakuan dia, dia buat semua itu hanya kerana Qays. Dia tidak mahu lelaki itu kembali kepada keadan asalnya. Yang penuh dendam dan benci.

"Aku benci pegang nama Qayyum! Aku benci sangat-sangat. Sebab nama itulah, yang membuatkan aku sanggup sakiti perempuan aku Luke! Nama itu membuatkan aku sebagai lelaki berdendam. Penuh dengan rasa marah! Aku tak suka Luke! Aku benci dengan diri aku!"

Tumpah jua airmata Qays yang ditahan-tahan selama ini. Sudah lama dia meninggalkan dunia halusinasi dia. Selama ini, dia menganggap Qays dan Qayyum orang berbeza. Rupa-rupanya mereka adalah orang yang sama.

Hanya perwatakkan mereka saja berbeza. Berbulan, dia ditahan di wad psikiati untuk mendapatkan rawatan di sana. Dia pulih, bersungguh-sungguh dia lakukan terapi bersama doktor di sana. Bergaul dengan pelbagai ragam manusia di sana. Dia cukup kuat menempuh semua itu.

Tapi, jika mummy dia sering membangkitkan kebencian terhadap Helina, membuatkan dia secara tak langsung kembali seperti dulu. Menjadi satu sosok yang lain dan sukar mengawal dirinya.

"Kau kena kuat Qays. Kau kena lawan semua tu. Sampai bila kau nak hidup bergantung pada ubat? Sampai bila kau nak biarkan otak kau dipengaruhi benda yang selama ini mewujudkan dendam dan benci kau?" Tekan Luke lebih tegas.

Dia memandang Qays yang teresak-esak di hadapan dia. Hati dia juga sayu melihat keadaan Qays yang nampak rapuh dari biasa. Sangat memilukan.

"Kalau aku boleh hapuskan nama Qayyum tu..."

Qays tersenyum nipis sambil menangkap bingkai foto yang terletak cantik di atas meja kerjanya. Gambar dia sewaktu remaja dahulu bersama seorang gadis berbaju sekolah disisinya. Mereka tersenyum ceria dan saling menyayangi.

Tapi selama bertahun-tahun lalu, dia hidup dalam kebohongan. Dimanupulasi oleh ibu sendiri. Dicampur dengan kehadiran Farhani iaitu bekas kekasihnya. Mereka sudah putus semenjak dia di universiti lagi.

Namun tidak menyangka, pertemuan dia dan Farhani ketika dia masih hilang ingatan membuatkan bibit cinta mereka kembali terjalin. Menghancurkan sekeping hati Zara Helina. Jika bukan kerana parti bodoh yang dianjurkan Farhani di rumah perempuan itu, sudah pasti dia tidak menghancurkan maruah perempuan kesayangan dia.

Jika bukan kerana Luke, pasti dia sering diperbodohkan oleh Farhani sehingga sekarang. Luka yang menemui bukti semua itu. Mengenai kejadian dua lelaki yang memecah masuk ke rumah mereka. Kejadian dimana dia hilang segala ingatan dia.

Kejadian dimana, dia mula menanam rasa benci dalam dirinya. Rasa dendam yang membuatkan dia tega menyakiti sekeping hati Zara Helina. Rasa itulah yang membuatkan dia sering dihantui rasa bersalah selama ini.

Dia sudah pulih. Kembali pada dirinya yang asal dan melupakan segala kejadian lalu. Dia tidak gila lagi. Rasa benci dan dendam itulah yang membuatkan Qays selama ini sering menjadi seperti dulu.

Ditambah lagi, dengan dua anak mereka. Luke juga yang mencari tahu mengenai hal malam itu. Jika bukan kerana jasa Luke, sahabat baiknya. Mungkin saja sehingga kini dia belum mengetahui keberadaan anak-anaknya.

"Nama itu akan kekal untuk selama-lamanya. Kau pasti nak biarkan mummy kau terus mendera Helina?"

Luka masih menunggu jawapan lelaki itu. Baik Qays, baik Qayyum. Mereka orang yang sama. Cuma perwatakkan mereka saja berbeza. Itu yang mengelirukan. Tapi, Luke cukup peka dengan keadaan perubahan Qays.

Dia yang menjadi Qays selama ini. Mengajak lelaki itu melakukan rawatan seperti biasa. Luke bersyukur kerana Qays kembali pulih dan tidak lagi berhalusinasi.

"Qayyum yang penuh dendam dan benci dah lama mati. Tapi aku perlu juga teruskan lakonan aku. Sebab perempuan tu, dia masih lagi hidup dan bersenang lenang di atas penderitaan aku"

Mata Qays menggelap. Dia cukup berang dengan Farhani. Bekas teman wanitanya itu. Ditambah lagi, Farhani mendapat sokongan padu dari ibu bapa dia, membuatkan dia sukar untuk menjatuhkan Farhani.

"Kau masih nak terus rancangan kau?" Luke seakan tidak percaya. Dah gila agaknya.

Qays mengangguk yakin.

"Kau pasti nak sakitkan wanita kau sekali lagi?"

Qays memandang Luke. Dia mengukir senyuman penuh makna. "Bukankah selama ini lakonan aku menjadi ke Luke?"

Dia tidak menjawab. Sebaliknya menanya soalan lagi. Membuatkan Luke melepaskan tawa kecilnya. Dia tidak boleh fikir dengan segala lakonan Qays selama ini. Cukup mengaburi mata semua orang.

"Kau memang lah..."

Akhirnya tawa mereka berdua terhambur bersama. Qays, tindakan dia sukar dijangka. Selama ini, cukuplah mereka berdua saja yang tahu. Luka yang melihat sendiri, airmata dia tumpah setiap kali selepas dia menyakiti Helina.

Memang betul-betul tidak dapat dijangkakan.











"Kau pasti kakak aku hanya jatuh?" Darwin merenung tajam kearah Renny. Sebaik saja menerima panggilan dari nombor Helina, dia terus bergegas kemari bersama yang lain

Hanz mendiamkan diri. Menatap sayu kearah Helina yang tertidur pulas di atas katil. Peha wanita itu berbalut kemas, dan masih ada kesan darah disitu. Juga lebam diperut dan belakang badan membuatkan dia menjadi tertanya-tanya sendiri.

"Betul tuan" Renny berkata tegas. Sudah dia terangkan mengenai kejadian yang menimpa Helina tadi.

Tetapi, kebanyakkan hanya kebohongan belaka. Dia tidak berani mahu menuturkan perkara yang sebenarnya. Dia tahu, baran Darwin tidak boleh dibawa bincang. Berbanding Hanz yang lebih tenang.

"Hmm...aku percaya" putus Darwin dan kembali tenang. Dia memandang wajah polos Helina.

Ada Faris dan Arshad bersama mereka. Renny bertanggungjawab menjaga Helina sepanjang tiga hari Helina di wad. Itu pun atas arahan Qays. Baru saja dia menerima pesanan ringkas dari majikan dia tadi.

Renny tersenyum lega. Dia tahu, Qays masih mengambil berat mengenai Helina. Tetapi dibutakan mata hanya kerana ingin memerangkap mereka yang selama ini menganiaya mereka berdua.

Tetapi tidak bagi Hael. Dia diam sedari tadi. Berharap yang semua ini hanyalah mimpi semata-mata. Tetapi bukan. Ini adalah nyata. Hael tahu, ini berpunca dari mummy dia sendiri.

Dia tidak tahu mahu menasihati mummy dia bagaimana lagi. Setelah daddy dia diam, mummy dia pula membuat ulah di luar sana. Hael menjadi kesal dan terkilan.

Renny tersenyum melayan setiap pertanyaan Darwin. Yang penting, setiap pertanyaan Darwin dijawab tanpa ragu-ragu oleh Renny yang jelas berbohong. Hael menyimpan senyum melihat gadis itu.

"Kakak aku ni buas. Ganas. Lasak. Aku harap lepasni, kau jaga dia lebih baik lagi..."

"Baik tuan. Lepas ini saja akan sentiasa menjaga keselamatan Kak El"

Renny tersenyum senang. Dia boleh menjawab tanpa rasa gugup atau gentar sekalipun. Bukan senang nak berbohong, lagi-lagi di hadapan dia adalah penerus generasi mafia yang digeruni pada suatu masa dahulu.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro