ZH - 34

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Qays memasuki ruangan bilik itu dengan wajah datarnya. Luke dan Mattias mengikutinya dengan wajah yang sama membuatkan anak-anak buah Qays menunduk wajah ketakutan melihat raut wajah ketua mereka.

"Siapa di antara kau orang, yang berkhianat dalam kumpulan aku?"

Qays baru sahaja menerima laporan dari Mattias, bahawa ada kesilapan semasa dia melihat laporan keluar masuk senjata mereka dari kargo semalam. Malah, nilai yang tentera di dokumen dan buku catatan sangat jauh bezanya membuatkan Mattias terus membuat penyiasatan selama tiga hari.

Hasilnya, dia mendapati bahawa salah satu anak buah Qays berkhianat dan membohongi pihak pembekal dengan angka bayaran dan jumlah sengata yang mereka tempah di Russia dan Amerika itu.

Dan ternyata lelaki itu bekerja di bawah Zafar yang ingin melihat penjualan senjata yang dibawah kendali Qays hancur dan mendapat kerugian yang cukup besar.

Jumlah yang dicuri melebihi amaun yang ditulis di dalam dokumen mereka yang sah. Setelah dikira, Mattias mendapati bahawa mereka telah mengalami kerugian sebanyak 20 juta.

"Aku taknak cakap banyak. Kau orang semua tahu kan? Aku tak suka ada anak anjing dalam kumpulan aku. Lagi-lagi yang suka main sembunyi-sembunyi ni..."

Qays menarik kerusi lalu dia duduk dengan santainya. Membuatkan anak-anak buahnya yang berbaris di hadapan dia meneguk air liur kesat. Ada dalam tiga puluh orang anak buah dia yang terlibat untuk menguruskan kargo yang membawa senjata miliknya.

Qays tidak melakukan penyeludupan mahukan penjualan secara haram. Dia sudah mendapatkan lesen, dan surat pengesahan memiliki senjata api. Malah pihak polis dari pelbagai negara membeli dengannya secara terus dan membuatkan Qays sering bermain bersih.

Dia tidak akan membuat masalah jika tiada yang mengusiknya. Pihak polis sendiri memejam mata mereka kerana Qays banyak membantu mereka menyelesaikan jenayah berat dan antarabangsa. Mereka tidak boleh usik kumpulan mafia di bawah naungan Qays.

Qays tersenyum sinis melihat kegugupan anak-anak buahnya untuk mengaku di hadapan dia. Dia membuka laci mejanya, lalu menarik keluar sepucuk pistol FN-57 berwarna hitam.

"Baiklah, kau orang memang taknak mengaku. Tapi tak apa, sebab bukti dah ada di tangan aku. Aku tahu dengan siapa kau bekerja, dan kenapa kau sanggup berkhianat hanya kerana wang" Qays kembali berdiri.

Langkah dia kelihatan seperti model. Namun, bila dipandang sekali lagi, dia umpama malaikat maut yang bila-bila masa sahaja meragut nyawa orang-orang disitu.

"Sebelum masuk kumpulan aku, kau semua dah berikrar untuk setia dengan aku. Menggadai nyawa dan menghalalkan setitis darah kau untuk kumpulan ini! Tapi, aku paling benci pada pengkhianat!"

Bang! Satu tembakan dilepaskan tanpa teragak-agak oleh Qays. Membuatkan lelaki yang berada di baris ketiga, dua dari kanan jatuh terduduk memegang betisnya. Qays tersenyum sinis.

"Aku tak sangka kau pilih jalan mudah untuk cepat kaya dan ikut telunjuk musuh aku..."

Qays memberi isyarat mata untuk mereka yang lain meninggalkan dia di dalam bilik itu. Luke dan Mattias tersenyum sinis melihat riak ketakutan lelaki itu.

"M-maafkan a-aku..." mohon lelaki itu dalam nada bergetar. Kaki dia seakan berat ingin melarikan diri.

Qays berdiri tepat di hadapan lelaki itu. "Maaf? Aku cuma nak tahu, kemana kau bawa semua senjata milik aku. Itu saja..."

Lelaki itu terdiam. Dia tahu, nyawa dia di hujung tanduk dan dia menyesali semua perbuatan dia yang bekerjasama dengan Zafar dalam diam. Selama tiga bulan dia buat kerja itu, Zafar membayarnya dengan harga yang jauh lebih tinggi.

Membuatkan dia putih mata dan berpaling tadah. Memilih untuk menjadi telunjuk Zafar. Lelaki kejam itu.

Bang! Kerana tiada balasan, Qays tanpa perasaan menembak dada lelaki itu. Lelaki itu meraung kesakitan. Tembakan dari jarak dekat, dan peluru khas yang dicipta khas untuk kumpulan itu membuatkan dia rasa sakit yang amat.

"Kau tak nak jawab lagi?" Kali ini Luke masuk campur. Dia memijak betis lelaki itu tanpa perasaan. Menekan kuat luka di betis lelaki itu dengan kasut kulitnya yang berkilat.

"Z-Zafar dah jual!" Jerit lelaki itu satu nafas. Wajah dia bekeringat dan airmata dia mengalir menahan perit.

Qays tertawa kecil. "Uh, kau dah belot kumpulan aku jadi aku rasa aku tak perlukan pengkhianat macam kau!"

Tanpa sempat lelaki itu berkata apa-apa, tembakan dilepaskan tepat di dahi lelaki itu. Lelaki itu rebah, dengan kedua mata terbeliak luas. Qays menyelit pistol dia di belakang badan.

"Matt..."

Mattias segera mengangguk. "Aku nak lepas ni kau lebih kerap check akaun kumpulan kita. Aku taknak perkara ni jadi lagi dna kau pula yang jadi mangsa aku"

"Baik bos"

Mattias akur apabila arahan tegas itu dikeluarkan sendiri oleh Qays. Malah sebelum ini, dia tidak selalu berada di markas dan banyak menghabiskan masa di mansion mereka. Urusan markas dia hanya menyuruh orang kepercayaan dia untuk mengawasi setiap urusan jual beli senjata.

"Buang mayat jantan tu. Aku taknak setitik pun darah kotor dia dalam ni!"

Qays terus keluar. Tidak mahu dia berlama-lama di situ kerana dia mempunyai urusan lain untuk diselesaikan. Luke dan Mattias tersenyum sinis melihat mayat lelaki itu yang kini di urus oleh beberapa anak buah mereka.






















"Helina..."

Suara gemersik seorang perempuan menyentakkan lamunan Helina. Dia yang asyik memandang ke luar tingkap mengukir senyuman nipis tatkala matanya bertembung dengan wajah lembut seorang wanita.

"Erm...Aina"

Seorang gadis yang memakai jubah putih itu akhirnya melangkah masuk ke dalam wad itu. Dia tersenyum nipis melihat keadaan Helina yang tidak bermaya dan pucat itu.

"Mana Aina tahu Ara ada dekat sini?" Helina tersenyum nipis. Melihat tangan kanan dia yang dicucuk jarum itu. Dia sudah sedar empat hari yang lalu.

"Aina tak sengaja terdengar doktor yang rawat Ara cakap pasal Ara di kaunter semalam. Maaf, Aina tak sempat nak lawat Ara sebab ada EC semalam"

Helina mengeleng seraya melemparkan senyuman nipisnya. "Ara tak kisah pun. Erm...Aina jangan bagitahu sesiapa tau Ara dekat sini"

Gadis itu merupakan sepupunya sendiri. Aina Zara Kirana. Anak kepada Firhad Aqasha dan Aira Zara Kirana. Mereka berdua sememangnya rapat walaupun berbeza jarak umur.

"Kenapa? Ara tahu tak, pakngah dan makngah sekarang ni risaukan awak? Kenapa tak balik rumah atuk? Kami rindukan Ara sangat-sangat. Lagi-lagi makngah..."

Helina terdiam. Dia tidak tahu sebegitu sekali mereka merisaukan dirinya. Helina tahu, sudah lama dia tidak pulang ke rumah agam keluarganya.

Tetapi kalau dia pulang pun, mesti kepulangan dia tidak disambut baik oleh Nur Aqira. Boleh dijadikan, kebencian yang ditanam Nur Aqira padanya lebih tinggi lagi. Helina tidak mahu semua itu.

"Aina tolonglah Ara. Rahsiakan hal ini dulu..."

"Tapi sa-"

Suara Aina tersekat apabila pintu bilik rawatan itu dibuka dari luar dan serentak itu terdengar larian kencang seorang budak lelaki berusia dalam lingkungan empat tahun. Berteriak kencang sekali tatkala melihat wajah Helina.

"Momma!" Tubuh kurus Helina dihempap oleh Irqy yang berteriak kencang itu. Airmata dia tumpah jua ke pipi.

Disusuli oleh Hunter dan Rose dari belakang. Arqish terduduk lemah di atas kerusi roda yang di tolak perlahan oleh Rose. Hunter pula membawa beg kecil yang mempunyai persalinan pakaian milik Irqy.

"Maaf. Tak tahu pulak ada tetamu..."

Rose menunduk memohon maaf. Aina hanya tersenyum manis dan membungkukkan sedikit tubuhnya tanda hormat . Hunter pula hanya menganggguk datar. Tidak bereaksi lebih kerana mata tajam dia lebih tertumpu kepada Helina dan Irqy.

"Miss youuuu..."

"Momma pun rindu baby boy momma ni. Rindu sangat!" Helina mengucup pipi Irqy beberapa kali dan mengomol wajah anaknya untuk melepaskan kerinduan.

Aina berkerut dahi tatkala terpandang wajah Arqish yang tersenyum manis walaupun wajah kanak-kanak itu pucat. Aina terus mencangkung di hadapan Arqish dan mengusap tangan budak lelaki itu.

Wajah dia sebiji dengan Helina masa kecil. Tetapi yang ini versi lelaki. Berbeza dengan Irqy yang menyerupai wajah Qays hampir seratus peratus termasuk perangainya.

"Arqish sayang..."

Helina memandang pilu anaknya seorang itu. Arqish berdiri bersusah payah untuk melangkah menghampiri Helina. Baru tiga tapak dia melangkah, Arqish hampir rebah. Hunter singap menangkap tubuh kecil Arqish dan mendukung tubuh Arqish dan diletakkan di atas katil Helina bersebelahan Irqy.

"Qish r-rindu m-momma..." ucap Arqish sebak dan bergetar.

Airmata yang ingin ditahan oleh Helina akhirnya tumpah jua ke pipi. Dia memeluk tubuh Arqish dengan erat dan mengucup bertalu-talu dahi anak lelakinya.

Rose dan Aina melihat interaksi dua beranak itu menahan sebak di dada. Lagi-lagi Rose yang selama ini melihat penderitaan Helina membesarkan dua kembarnya tanpa sesiapa.

Jatuh bangun Helina, dia sendiri yang menanggung. Tetapi, kerana Hunter dan Rose, Helina mampu mengecapi kebahagiaan dan melahirkan kembarnya tanpa berasa susah payah.

"Momma pun rindu adik"

Irqy tersenyum senang melihat adiknya dapat bertemu dengan ibunya setelah lama berpisah. Semenjak usia mereka dua tahun lagi, Helina terpaksa pergi meninggalkan mereka untuk kembali kepada keluarganya.

Irqy dan Arqish dipisahkan kerana bimbang ada musuhnya yang mengetahui kewujudan Irqy dan Arqish. Helina pasti, dibawah penjagaan dan pengawasan dua sahabatnya mereka tetap akan selamat dari di cari musuhnya.


















Hunter fokus pada layar telefonnya dan sesekali mengetik sesuatu pada iPadnya dengan wajah tegang dan serius. Rose pula berbual mesra dengan Aina setelah diperkenalkan dengan lebih dalam lagi oleh Helina sendiri.

Helina tertawa gembira bermain dengan Irqy dan Arqish di atas katil. Bersepah barang mainan kembar di atas katilnya dan Helina tidak kisahkan semua itu. Yang penting kebahagiaan kembar adalah matlamat utamanya.

"Jadi, Aina dah lama lah kerja dekat hospital ni?" Rose sesekali meneguk air mineral dan melirik wajah lembut Aina di sampingnya.

Aina tersenyum manis. "Erm...tak kata lama tu tak lama mana pun akak. Aina dah kerja dekat empat tahun dah. Saya datang sini pun sebab nak tahu keadaan Ara..."

Rose terangguk-angguk sendiri. Bagi dia, Aina bukan seperti Helina yang diluarnya lembut namun dalaman dia sangat kejam. Berbeza. Rose memandang wajah cantik Aina yang baginta tidak jemu mata memandang.

"Akak Rose pulak dah lama ke kenal Ara?"

"Erm...lama jugaklah. Sejak sekolah menengah lagi. Aina kerja ke sekarang ni?" Rose mengajukan soalan itu.

Dia bukan apa, risau kerana asyik berbual dia lupa bahawa Aina mempunyai tanggungjawab dia sendiri. Aina segera mengeleng laju.

"Aina dah habis kerja dah. Cuma nak settle kan beberapa fail pesakit untuk rujukan esok..."

Rancak sekali Aina dan Rose berbual. Aina juga nampak senang apabila berbual dengan Rose yang mesra dan mudah bergaul itu. Mereka sesekali melepaskan tawa apabila Rose membuat lawak.

BAM! Suasana bilik yang tadinya bising kini berubah sepi buat seketika. Mereka tergamam melihat iPad milik Hunter selamat jatuh ke lantai dan pecah skrinnya. Hunter meraup wajahnya kasar.

"Bullshit!" Amuk Hunter tanpa dapat ditahan lagi. Dia segera mendail nombor sahabatnya yang telah lama tidak berjumpa secara berhadapan sejak dia pulang ke Malaysia.

Rahangnya mengeras apabila panggilan dia tidak berjawab. Sekali lagi, Hunter menekan nombor yang sama dan tidak sampai seminit panggilannya diangkat.

"Bodoh! Telefon kau letak mana hah! Kau nak aku pancung kepala kau dulu ke baru kau nak angkat call aku?!" Hambur dia dan membuatkan orang di sebelah talian terdiam.

Tidak lama itu, terdengar kekehan mengejek seseorang di talian sana. Hunter makin bengang mendengarnya.

"Rileks. Kau yang gelabah sangat dah kenapa? Aku ada je tadi. Tengah layan movie tu yang tak dengar call kau..."

"Pergi mampus lah kau sana! Aku nak kau pergi markas sekarang! Ada budak kita buat hal dan aku nak kau hancurkan budak tu sekarang jugak!"

Arah Hunter kuat. Seakan lelaki itu berada di hadapan dia saja. Irqy dan Arqish sudah ketakutan melihat kemarahan Hunter walaupun ini bukan kali yang pertama. Rose pula menepuk dahi kuat. Aina pula meneguk air liur kesat melihat riak wajah Hunter yang kemerahan itu.

"Apa pulak budak tu dah buat?"

"Buat je kerja kau! Nanti aku bagitahu!" Tekannya. Urat-urat dilehernya mulai timbul dan bila-bila masa sahaja dia boleh membunuh sesiapa sahaja.

"Eh kau suka hati kau je-"

Tut! Hunter malas mahu mendengar omelan lelaki itu dan terus mematikan taliannya. Dia memandang semua yang berada di dalam bilik itu. Segera dia menarik nafas dalam-dalam dan riaknya kembali tenang.

"Sorry..."















Actually, sis dh lupa Aina Zara Kirana tu kerja apa 🤣 so sis bantai dia as doktor. If mistake permulaan bab tu, korng anggap dia kerja as doktor tau 🥺

Biasalah. Kakak kau orang ni ingatan dia makin melemah skit sjak lama sgt bercuti 💔

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro