ZH - 42

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Farhani menghempas kuat tubuhnya ke atas katil. Geram bukan main lagi mengenangkan bagaimana layanan keluarga besar itu melayani dirinya. Farhani ingin sahaja membunuh mereka semua pada waktu itu jua. Ditahan rasa hati dan meluatnya untuk menjadi hati bakal ibu mentuanya. Sikit saja lagi, keluarga itu akan berpecah seperti yang dirancang olehnya selama ini.

"I hate this very much!" Dengusnya kasar. Kebaya yang masih melekat di tubuh langsingnya dibuka dan hanya meninggalkan pakaian dalam sahaja.

Kemudian, Farhani dengan beraninya melangkah keluar dari biliknya dengan wajah menggoda. Sempat dia mengenyit mata kepada para pengawal yang berkawal di sekitar mansion milik Zafar.

Lelaki berketurunan Melayu-Bugis. Farhani hanya menutupi tubuhnya dengan sehelai bathrobe berbentuk kimono berwarna hitam jarang. Menembusi setiap inci kulit di tubuhnya. Farhani menolak pintu bilik utama yang menempatkan master bedroom milik Zafar.

Dia menjulingkan kedua mata dia ke atas melihat Zafar dan dua wanita yang asyik dalam 'aktiviti' asmara mereka. Farhani dengan sengaja menjatuhkan pasu bunga yang berada di atas meja solek berdekatan.

"Opss...tak sengaja"

Farhani menekup mulutnya dengan kedua mata dibulatkan. Seakan terkejut dan secara tak langsung menganggu aktivi Zafar bersama dua wanitanya. Zafar mendengus kasar dan melepaskan ciuman kasarnya ke atas seorang pelacur yang dilanggang olehnya.

Dua wanita itu tanpa rasa malu berlalu pergi tanpa mengenakan kembali pakaian ke atas tubuh mereka. Zafar menarik bathrobe satin hitam miliknya dan disarungkan ke tubuh tegapnya.

"Kau nak apa kacau aku malam-malam ni?" Zafar merenung Farhani itu atas bawah beberapa kali. Sengihan sinis ditariknya melihat penampilan berani mati wanita itu.

"Aku dah buat apa yang kau nak? Jadi, boleh aku pergi bercuti lepas ni?" Farhani menagih janji Zafar.

Dia telah memohon percutian selama seminggu dari Zafar dan selama itu Farhani akan menyepikan diri. Dia tidak mahu sesiapa menganggukan termasuklah Zafar walaupun mereka merupakan pasangan kekasih.

"Damia...Damia..."

Zafar berjalan mendekati wanitanya. Sebaik sahaja mereka saling berhadapan, Zafar langsung merengkuh pinggang Farhani masuk ke dalam pelukkan dia. Menghidu wangian dari tubuh Farhani dengan mata terpejam rapat.

"Kau nak tinggalkan untuk satu minggu hmm?" Bisik Zafar perlahan. Membuatkan wajah Farhani berbahang malu.

"You kan ada perempuan tu semua untuk layan you. Why not, you bagi I pergi holiday just for a week je. I dah penat sangat dengan permainan keluarga mereka yang tak habis-habis tu. Can you?"

Farhani melingkari kedua tangan dia di leher Zafar. Merenung penuh dalam mata hitam pekat milik Zafar. Kerana mata itu dia sering hanyut dalam belaian asmara Zafar. Sanggup menyerahkan mahkota miliknya kepada lelaki itu.

"Mereka tak sehebat you sayang. Kau lain dan mereka lain. Pasal keluarga tu, aku akan uruskan sendiri"

Zafar mengucup perlahan pipi Farhani. Memeluk tubuh langsing itu rapat ke badannya. Bibirnya molerek senyuman sinis. Senang betul dia nak pujuk rayu Farhani. Dihujani dengan ciuman, kata-kata manis dan secepat itulah Farhani akan jatuh ke dalam dakapan dia.

"Habis kenapa you langgan pelacur tu jugak kalau you dah ada I untuk layan you, hmm...?"

Zafar melepaskan tawanya. Menarik Farhani ke birai katil. Dia duduk sambil memangku wanitanya. Jari jemarinya menyusuri helaian rambut keperangan milik Farhani.

"You tahukan I tak akan cukup seorang. Jadi, aku suruh my man untuk bawa dua pelacur tu ke mansion I. Jangan risau, lepas I gunakan mereka, my man akan terus bunuh mereka sayang..."

Farhani mengangguk. Dia bukannya cemburu pun. Cukuplah, Zafar hanya setia padanya dan tidak beralih arah. Farhani sanggup lari dari Qayyum hanya kerana lelaki bernama Zafar. Lelaki yang dahulunya pernah dia tolak mentah-mentah kerana rupa Zafar yang terlalu buruk padanya.

"Sebelum I lepaskan you untuk pergi holiday, malam ni I nak you layan aku dulu..."

Bibir Zafar mula singgah di leher putih mulus milik wanitanya. Mengucup lembut dan melepaskan kerinduan yang terpendam selama ini. Farhani mengangguk dan mula melepaskan kimono di tubuhnya.

"I'm all yours Zaf..."

Zafar tersenyum penuh makna. Lampu bilik dipadam, dan pada malam itu penuh dengan bunyi erangan dari kamar kedap bunyi itu. Zafar akan mempergunakan Farhani sehingga dia berjaya menumpaskan Qayyum dan juga Helina. Oh tidak! Helina wanitanya. Tidak akan sesekali dia menyakiti wanita itu. Dalam diam Farhani, dipergunakan tanpa menyedari cinta sebenar Zafar iaitu Zara Helina. Perempuannya sejak dahulu lagi.












Nur Aqira menarik senyuman sinis melihat pemandangan di meja makan pada pagi itu. Membuatkan mood makan dia terus terpadam melihat dua kanak-kanak lelaki yang turut serta di meja makan bersama mereka yang lain.

Farish Amri yang melihat isterinya hanya berdiri tegak di atas tangga terus memandang ke arah pandangan isterinya. Seketika, wajah dia berubah melihat pemandangan yang sama seperti dilihat oleh Nur Aqira. Rasa benci semakin bercambah di hati mereka.

"Jom pergi sana. Nanti papa berbunyi pulak kalau kita tak ada dekat sana..." usul Farish Amri. Walaupun hati dia menolak untuk menyertai keluarga yang lain bersarapan pada pagi itu.

Nur Aqira dengan wajah yang cemberut duduk di sebelah Aira Kirana. Dan dihujung sebelah kiri adalah Zara Medina dan Helina serta Kiesha. Di sebelah kanan pula para lelaki mengambil tempat mereka. Firash Aryan tersenyum melihat semua sudah berkumpul pada pagi itu.

Irqy dan Arqish duduk di kerusi khas untuk mereka iaitu di kiri dan kanan Firash Aryan sendiri. Seronok agaknya mahu melayan cicitnya yang sudah bertahun-tahun tidak bersua muka. Arqish yang paling diutamakan. Dari segi pemakanan dia.

Helina bangun dan membawa satu mangkuk berisi bubur sayur untuk diberikan kepada Arqish. Sesudah membaca doa makan, mereka semua menjamu selera pada pagi itu. Helina mendukung Arqish yang tiba-tiba meragam pada pagi itu.

Arqish jarang meragam. Kalau anaknya meragam, adalah benda yang tidak kena dengannya. Arqish menjerit-jerit dan diselangi dengan tangisan yang sangat kencang pada pagi itu. Irqy pula hanya diam dan dilayani oleh Aira Kirana.

Firash Aryan sesekali memujuk namun tidak berhasil. Helina terus membawa Arqish menjauh dari meja makan. Seorang pembantu rumah menatang dulang berisi bubur dan juga segelas susu untuk diserahkan kepada Helina nanti.

"Huh! Pagi-pagi lagi dah memekak. Menganggu betul!" Dengus Nur Aqira dengan cebikkan di bibirnya. Ingin sahaja dia menutup mulut Arqish hingga lemas.

Medina menahan rasa di hatinya. Aira Kirana segera memegang tangan Medina. Dia mengeleng kepala sebagai isyarat untuk tidak timbulkan pergaduhan di meje makan. Nur Aqira mengerling Medina di sebelahnya.

"Bila kau nak bawa anak dan cucu kau berambus dari sini? Bawa cucu haram kau sekali jauh dari mata aku. Aku tak sudi anak haram macam dia orang tu duduk semeja dengan kita" lancang dia berkata-kata.

Tidak memikirkan perasaan Medina dan Farhan Adham di situ. Irqy terus mengangkat muka. Kerana dia faham, setiap patah kata-kata yang begitu tajam itu pasti ditujukan pada dia dan kembarnya.

"Tapi kami tak kacau sesiapa pun" sampuk Irqy. Dia mengunyah selamba bihun goreng tanpa memandang wajah Nur Aqira.

Nur Aqira terkejut. Mencerlung tajam dia memandang wajah Irqy yang kecik besar saja di depan mata dia sekarang ini. Farish Amri ingin membuka mulut untuk membela isterinya tetapi ditahan oleh pandangan tajam dari Farham Adham.

Dia meneguk air liur kesat. Walaupun, Farhan Adham nampak tenang menyuap nasi goreng tetapi renungan tajam bak bilah pedang itu cukup menusuk hingga ke dasar hatinya. Dihiris tanpa belas kasihan. Begitulah perumpaannya.

"Memang tak kacau. Tapi muka kau tu yang menganggu ketenangan aku pagi-pagi ni. Macam mak kau lah. Sama-sama tak tahu malu!" Selar Nur Aqira.

Aira Kirana mengeleng kepala. Dengan budak kecil sebesar Irqy pun nak cari pasal ke? Sangatlah tidak matang. Irqy buat bodoh. Menyambung makanan dia tanpa mempedulikan Nur Aqira yang seakan perempuan meroyan.

Hael pula kesal mengenangkan sikap mamanya. Malu dengan ahli keluarga yang lain. Kiesha dan Aina menahan senyum. Budak macam Irqy nampak matang berbanding maksu mereka yang jelas sudah tua itu.

Qayyum tidak menyertai mereka pada pagi itu. Kerana lelaki itu ada hal yang perlu diuruskan dan meminta dia untuk ke syarikatnya pada hujung minggu itu. Dia pergi bersama Luke dan Mattias.

"Kami comel. Kenapa nak menganggu nenek pulak?" Bidas Irqy membuatkan yang lain tidak dapat menahan tawa mereka lagi.

Terbahak-bahak mereka ketawa mendengar ayat polos yang keluar dari mulut Irqy. Firash Aryan mengusap kepala cicitnya. Dia hanya tersenyum saja. Yang paling kuat gelak tidak lain tidak bukan, Hael dan Hanz.

Mereka paling kuat. Sampai bergegar meja makan itu angkara mereka berdua. Berair mata melihat wajah bengang Nur Aqira. Terdiam kau bila Irqy bersuara macam tu.

"Sudah-sudah. Sambung makan..."

Firash akhirnya bersuara. Makin dibiarkan makin terbakar pula hati menantu dia itu. Cucunya pula jenis tak makan saman. Ada saja ayat pedas yang akan keluar nanti.

"Itu lah maksu. Lainkali kalau nak bahan, fikir pakai otak bukan lutut. Budak secomel Irqy ni maksu cakap penganggu? Biar betul maksu ni. Dah buta hati ke sebab bakal menantu maksu tu?"

Kiesha memerli Nur Aqira. Firhad Aqasha mencerlungkan matanya. Ada ke cakap macam tu. Aina pula hanya mengemam bibir menahan tawa. Tersentak dia apabila terasa ada tendangan di kaki di bawah meja.

Pandang saja depan, mata dia beradu dengan mata Darwin. Terus mati senyuman dia. Digantikan dengan wajah gelabah. Maklumlah, pandangan lelaki itu cukup tajam. Darwin mengeleng kepala perlahan. Comel betul Aina kalau malu-malu macam tu.

"Kamu jangan nak kurang ajar Kiesha?!"

"Mana ada saya kurang ajar maksu. Saya terlebih ajar itu yang saya brainwash sikit maksu pagi ni. Maksu tu haa...patutnya diajar jadi matang."

Nur Aqira yang tidak tahan dengan sindiran dari Kiesha menghempas kuat sudu dan garfu ke atas pinggan. Dengan wajah bengang, dia pergi meninggalkan ruang makan itu dengan hati yang panas.

"Ajar isteri kamu untuk hormat papa dekat sini. Jangan kurang ajar sangat" tegur Firash Aryan lembut. Namun cukup membuatkan Farish Amri termalu sendiri.

Firhad Aqasha menarik senyuman. Suka betul dia apabila adik kembarnya ditegur oleh papanya. Depan-depan pulak tu. Jangan ingat Firash Aryan diam, dia tidak berkata apa-apa. Sekali teguran keluar, memang akan langsung menusuk ke hati.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro