ZH - 44

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Dia membuka matanya dengan pandangan kabur. Dia tersenyum nipis melihat kelainan dinding bilik dari yang sebelum ini. Sudah lama dia 'ditidurkan' membuatkan dia rasa agak lain merasai tubuh yang ditindih dengan sesuatu yang agak berat di bahagian lengan dia.

"Erm? My little thing..."

Dia tersenyum sinis melihat wajah polos Irqy yang tertidur berlapikkan lengan dia. Manakala Arqish tertidur di atas dadanya. Mereka berdua tertidur pulas tanpa sedar matahari sudah memancar ke ruangan bilik mereka.

Qayyum mengusap wajahnya. Dia rasa begitu lain apabila menakluki balik tubuh itu yang sudah lama dia tidak gunakan tubuh itu melakukan sesuatu yang sangat luar biasa.

Dia bangun secara perlahan-lahan. Bersandar di kepala katil sambil menyebak rambutnya yang terjuntai di dahi. Dia tersenyum sinis memandang budak lelaki yang tertidur di kiri dan kanan dia.

"Comel, tapi kau tak boleh lawan aku budak..."

Qayyum turun dari katil sambil meregangkan otot ditubuhnya. Dia memandang kembali Irqy dan Arqish. Merenung penuh makna dan mula mengingati satu persatu kejadian yang menimpa dia pada masa lalunya.
"Where my precious Ara hmm?"

Dia menerokai pelosok bilik itu. Ada gambar Helina sewaktu remaja, dengan rambut diikat toncang kuda. Tersenyum manis dan memakai kaca mata. Sangat polos. Dia mengusap gambar itu dengan ibu jarinya.

"Kau yang sekarang buatkan aku rasa lagi nak seksa kau budak" bisiknya perlahan.

Dia memandang gambar-gambar lain. Kebanyakkan gambar Helina bersama keluarganya, kembar dan beberapa rakan sekolahnya. Hanya itu sahaja. Qayyum memerhati gambar Helina penuh minat.

"Papa?"

Dia berpaling ke belakang. Irqy sudah berdiri terpacak di belakangnya sambil mengosok matanya. Rambutnya cukup serabai sekali.

"Kita nak pergi zoo kan harini?" Ucap Irqy dengan mata bulatnya.

Qayyum hanya memasang wajah datarnya. Irqy yang melihat papanya tidak memberi reaksi berkerut dahi pelik. Dia mendekati papanya dan menarik-narik seluar milik Qayyum.

"Papa tak sihat ke?"

Qayyum segera berdehem. Dia harus melakonkan watak sebagai Qays. Sisi dia yang satu lagi. Tapi kali ini, dia tidak akan biarkan 'Qays' muncul lagi. Sampai bila-bila. Dan dia akan memegang dua nama itu.

"Sihat. Pergi mandi, siap-siap. Lepas papa dah mandi kita pergi ya..." ujarnya dalam nada lembut.

Namun, pandangan tajam itu cukup membuatkan Irqy tidak mampu untuk bersuara. Irqy berlari anak keluar dari bilik Helina dan pergi ke biliknya. Arqish akan dimandikan oleh Medina nanti.

Qayyum memandang Arqish penuh makna. Dia ada rancangan dia tersendiri. Membuat Helina akan terus terkurung bersamanya untuk selama-lamanya.

Medina tersenyum melihat Qayyum yang baru turun ke tingkat bawah. Sedangkan Irqy dan Arqish sudah makan sarapan mereka bersama Farhan Adham, Darwin dan Hanz. Medina tersenyum menyapa Qayyum.

Qayyum hanya tersenyum nipis. Dia melihat sekilas sarapan yang terhidang pada pagi itu. Dia merenung pula ke arah Irqy dan Arqish. Kembar sudah bersiap dengan topi dan beg mereka. Hanya Arqish yang kelihatan masih lemah dengan wajahnya pucat. Namun, setelah memakan ubat keadaan Arqish akan jadi seperti biasa.

Antibodi dia masih lemah. Menahan segala terapi yang dilalui kanak-kanak seusia dia. Membuatkan tubuh dia lemah dari kanak-kanak normal yang lain.

"Ara ada call mama. Dia akan menyusul kamu dekat sana nanti"

Qayyum hanya angguk. Dia tidak berminat mahu membuka mulut dan hanya diam menjamah mee goreng. Dia mengetik telefonnya menghantar pesanan kepada Luke dan Mattias.

Mereka tidak sedar akan perubahan dalam diri Qayyum yang sangat berbeza. Diam dan kelihatan lebih dingin dari biasanya. Darwin dan Hanz asyik memikirkan perihal kakak mereka tanpa menyedari perubahan pada abang sepupunya.













"Momma!"

Helina tersenyum senang melihat Irqy yang berlari mendekati dia sambil memegang botol air miliknya. Sebaik sahaja tiba dia hadapan Helina, wajahnya langsung dihujani ciuman dari Helina.

"Mana adik?"

Irqy memaling wajahnya ke belakang. Helina tersenyum melihat Arqish yang ditolak oleh Luke di dalam strollernya. Dia menghampiri Luke, Mattias dan Qayyum.

"Sayang momma..."

Helina mengucup dahi dan kedua belah pipi Arqish. Dia memandang Luke yang menyerahkan beg berisi pakaian, makanan dan barangan peribadi kembar yang lain.

Kemudian, Luke dan Mattias beredar dari situ. Memberi peluang kepada pasangan itu keluar bersama seperti satu keluarga yang lengkap.

"Ara....my precious girl"

Helina terkedu mendengar panggilan itu. Panggilan yang sudah lama dia tidak dengari kebelakanhan ini. Lambat-lambat dia mengangkat wajah, mendongak memandang Qayyum. Mereka beradu pandangan cukup lama. Tubuh Helina mula bergetar apabila terasa sentuhan tangan kasar Qayyum di bahunya.

"Dah lupa aku?"

"Q-Qayyum..."

Dia melepaskan tawa sinisnya. Mengusap bahu Helina sambil bersiul perlahan. Irqy dan Arqish sudah hanyut melihat orang ramai keluar masuk ke dalam Zoo Negara. Hanya mereka yang masih tercegat di luar.

"Nice to meet you again, Ara..."

Qayyum meniup perlahan leher Helina. Entah bila masa, tubuh mereka rapat sebegitu Helina tidak sedar. Badan dia menggigil apabila tangan kanan Qayyum memeluk pinggangnya erat.

"Rileks. Kau bebas dari aku untuk hari ini Ara. Lepas ni, kau akan jadi tawanan aku balik..."

Helina membulat matanya mendengar bisikan penuh amaran dari Qayyum. Sudah lama dia tidak melihat sisi Qayyum yang ini. Kejam, dingin dan susah dikawal. Dia akan terseksa sekali lagi.

"Bersedia untuk jadi milik aku kembali Ara..."

Dan Helina terasa ingin melenyapkan dirinya dikala itu juga. Qayyum menyimpul senyuman senget melihat wajah pucat Helina. Dia menarik pinggang Helina untuk terus rapat pada dirinya. Memeluk Helina posesif sekali.

Sebelah tangan lagi menolak stroller Arqish dan Irqy berjalan di hadapan sambil diawasi dengan mata helangnya. Dia tidak akan melepaskan Helina lagi. Cukup lama dia menahan sabar selama ini.















Helina menahan airmata dari tumpah ke pipi. Dia menarik rapat comforter menutup dirinya yang tidak mengenakan apa-apa itu. Dia sedaya upaya menahan tangisan dia dari terkeluar. Kuat tangan dia menekup mulutnya menahan esakkan.

Pelukkan yang semakin erat di pinggang dia membuatkan Helina kembali memejam matanya rapat. Menahan rasa marah, sedih dan segalanya apabila dirinya sekali lagi dijadikan tempat lelaki itu melempiaskan nafsunya.

Qayyum tersenyum sinis. Dia sudah terjaga apabila terasa gerakkan dari Helina. Sengaja dia berpura-pura untuk tidur untuk melihat reaksi wanita itu. Ternyata telahan dia benar, Helina sedang menangis.

"Ara...aku tak menyesal sebab dapat miliki kau. Untuk sekali lagi...atau mungkin..."

Qayyum mencium belakang kepala Helina. Dia tahu Helina sedang menahan amarah. Bahu wanita itu bergetar dan genggaman tangan Helina pada comforter semakin kemas.

"Untuk kali kedua. Terima kasih my precious Ara..." bisik Qayyum dan dengan selamba dia membalikkan badan Helina menghadap dirinya.

Helina memandang Qayyum tajam. Dia sakit dan sedih pada masa yang sama. Dulu, semasa lelaki itu dalam keadaan pengaruh ubat perangsang. Tapi sekarang, secara paksaan. Helina terasa jijik dengan dirinya sendiri.

Dia bencikan Qayyum!

"Aku dah taburkan benih aku. Aku harap, tak lama lagi akan membuahkan hasil. Dan kau perlu tahu Ara..."

Qayyum mengusap pipi kiri Helina. Kemudian, dia mencengkam wajah wanita itu dengan cukup kuat dengan seringai yang cukup membuatkan Helina takut.

"Kau akan jadi milik aku tak lama lagi. Kau dan aku akan bersatu. Husband and wife. Dan aku perlu tahu, apabila kau dan aku terikat...kau tak akan kemana-mana lagi sayang..."

Helina menatap wajah Qayyum bingung. Dia tidak mengerti dengan ucapan dari Qayyum.

"Perkahwinan..."

Qayyum segera menolak tubuh Helina ke tepi. Dia menolak comforter yanvmembalut tubuh mereka berdua. Dia hanya mengenakan boxer. Qayyum kembali berpaling menghadap Helina.

"Get ready to be my wife...my precious Ara"

"Arghhh...aku benci kau Qayyum!"

Qayyum hanya membiarkan sahaja tubuhnya menjadi tempat Helina melepaskan geram. Apabila melihat Helina yang seakan makin menggila segera dia mengunci pergerakkan wanita itu menggunakan tubuhnya.

Tangisan Helina terhenti melihat keadaan mereka yang sangat rapat. Qayyum tersenyum sinis. Dia belum jahat lagi. Ini baru sedikit baginya.

"Shh...aku belum gila lagi nak rogol kau sekali lagi!" Tegasnya perlahan. Kembali bangkit dan menjarakkan dirinya.

Helina terkebil-kebil. Jadi, mereka berdua tidak melakukan apa-apa? Tapi kenapa dia tidak memakai pakaian? Helina keliru. Qayyum berdiri di birai katil.

"Arqish muntah atas baju kau. Kau pulak masa tu tiba-tiba nak pengsan bagai jadi aku terpaksa angkut kau dan anak kau ke rumah aku.  Kita tak jadi ke zoo harini"

Terang Qayyum. Mereka baru sahaja tiba di pintu gerbang namun Arqish tiba-tiba muntah dan membuatkan mereka semua tidak jadi masuk ke dalam. Helina pula tiba-tiba pengsan kerana tidak cukup rehat dan mengalami tekanan.

"Aku suruh Renny tukarkan baju kau. But, sorry aku terpaksa balut tubuh kau macam tu. Baju spare kau dah tak ada dalam kereta. Mattias dah pergi ambik. Nanti kau ganti je dalam bilik aku"

Helina terdiam. Wajah dia mula berbahang apabila sudah salah faham akan keadaan sebenar. Dan dia baru perasaan, Qayyum masih mengenakan pakaian pagi tadi dan kelihatan kemas lagi.

Qayyum ingin saja menghamburkan tawanya. Ternyata begini reaksi Helina apabila dipermainkan olehnya. Dia tidak gila lagi mahu mengulangi kesilapan lama. Cukup sekali. Itu pun sudah membuat dia menyesal.

"Dan ya aku tertidur tadi. Jadi, jangan nak benci aku sangat..." sinis Qayyum sebelum menghilang ke dalam bilik air.

Helina terus menjerit kecil sambil meramas kasar comforter yang membalut tubuhnya. Ahh- dia malu. Sudah menuduh lelaki itu bukan-bukan dan mendakwa bahawa dirinya dinodai untuk sekali lagi. Helina menepuk dahinya kuat.

"Tak guna! Dia permainkan aku rupanya!"

















Actually, cite ni bila sis baca blik mmg memeningkan 😂 but nnti sis akn curi masa utk edit balik...kasi ayat tu smooth tersusun rapi & mudah difahami.

Buat masa ni korang enjoy dulu baca versi huru hara dri sis ni 😂 biasanya bila idea dtg menjunam, smpai x sedar gaya penulisan mcm nk ajak korang jdi stres 🤧

Haa satu lagi. Im back 💃🏻 sis tak janji akn update kerap but well akn ada jugak update tu nanti. Maaf dh lama menyepikan diri 🤧 huhu... well enjoy guys 🙈

Much love ❤❤ for you guys. Waiting for me here...and I love you ❤❤ terima kasih korang semua 🌹

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro