ZH - 55

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"Nah untuk kau"

Beberapa keping gambar dilemparkan ke atas meja oleh Farhani. Wanita itu duduk menyilang kaki di atas kerusi berhadapan dengan Zafar. Dia memandang lelaki itu yang tekun memandang skrin komputer tanpa mengendahkan kehadirannya.

Zafar mengangkat keningnya. Hairan dia melihat wanita itu masih lagi berdiri teguh di hadapan dia. Ingatkan dah lama angkat kaki pergi dari hidupnya. Rupa-rupanya wanita itu masih hidup lagi. Cis. Zafar jadi menyampah memandang wajah Farhani lama-lama.

"Itu apa yang kau nak. Aku dah buat semua yang kau suruh. Dua tiga hari ni...dan itu apa yang aku dapat. Memang dia sembunyikan perempuan tu di rumah dia atas bukit tu..."

Farhani menghempus asap vape. Dia tersenyum sinis melihat Zafar yang tidak terkalih langsung matanya merenung foto-foto yang berjaya ditangkapnya. Tidak sia-sia dia menyeludup masuk ke kawasan Qayyum.

Tetapi Farhani ada rancangan dia tersendiri. Dia tidak mahu Qayyum dan Helina hidup bahagia di atas penderitaan dia. Dan Zafar, dia akan uruskan lelaki tak guna itu.

"Wow. Impressive. Kerja kau lebih laju dari sebelum ni. Atau kau memang ada maksud lain? Come on, Damia...aku kenal kau bukan sekejap. What actually do you want from me?"

Zafar menongkat dagu. Merenung Farhani tajam. Dia cukup faham dengan kehadiran tiba-tiba Farhani. Perempuan itu tidak akan membuatkan kerja tanpa imbalan darinya. Bukan sehari dua dia kenal Farhani. Bahkan, wanita itu sanggup melakukan apa-apa sahaja.

Farhani senyum sinis. Asap vape itu dihembus tepat di wajah Zafar. Lelaki itu mengerut hidungnya. Tak guna betul perempuan ni. Zafar mengutuk Farhani di dalam hati.

"You really know me...Zafar...aku nak kau lakukan sesuatu untuk aku sebagai hadiah kerana aku berjaya jalankan kerja aku dengan baik"

"Deal. Apa kau nak aku buat?"

Farhani senyum sinis. Dia menyelongkar isi di dalam beg tangannya. Dia membawa keluar sekeping gambar dan diletakkan di atas meja kerja Zafar. Dia memberikan foto itu kepada Zafar untuk melihat dengan lebih jelas lagi.

"Aku nak kau bunuh jantan tu. Tak habis-habis ganggu aku dan menyusahkan hidup aku. Sebagai ganjaran, aku akan bagi apa yang kau nak..." Farhani senyum menggoda. Mata dikenyit nakal ke arah Zafar.

Zafar mengangguk. "Lelaki ni...apa kena mengena dia dengan hidup kau?"

Farhani membuat wajah bosan. Dia memeluk tubuh. "Tak ada kena mengena dalam hidup aku. Disebabkan dia jugak, aku gagal kahwin dengan Qayyum. Sebab tu, aku nak kau hapuskan dia untuk aku..."

Zafar mengangguk. Foto itu diselit ke dalam fail miliknya. Dia akan uruskan kemudian. Senang sahaja. Bunuh. Bakar. Kemudian buang ke tengah laut. Memang sebegitu kejam seorang Zafar.

"Mana sugar daddy kau? Dah mampus?"

Farhani menjuling matanya ke atas. Mereka sudah lama tidak bersama malah Farhani sendiri melarikan diri dari Zafar. Tetapi apabila lelaki itu mahukan dirinya, Farhani rela. Asalkan duit menjadi hadiah buatnya.

"Ada. Aku malas layan orang tua tu. Lemah. Tak kuat. Membosankan. Aku syak, isteri dia dah tahu hubungan orang tua tu dengan aku. Jadi kau larikan diri kejap..."

Zafar tersenyum sinis. Sudah dia agak. Farhani tidak akan bertahan lama dengan orang yang jauh berusia darinya. Perempuan itu akan cepat bosan. Zafar merenung Farhani tajam. Berani betul perempuan itu datang ke markas dia dengan hanya memakai mini dress hingga membentuk jelas lekuk tubuhnya. Bukan dia tidak lihat pandangan nafsu anak-anak buahnya setiap kali Farhani ke markasnya.

"Baguslah. Sebab aku pun perlukan kau..."

Zafar berdiri. Berjalan mendekati Farhani lalu duduk di atas meja menghadap perempuan itu. Farhani senyum sinis. Dia mendongak lalu jarinya bermain-main di peha Zafar.

"Kenapa? Pelacur-pelacur kau dah tak sanggup layan nafsu kau?"

Zafar mengeleng kepalanya. "I don't need them right...what I neeed is you..."

Farhani memandang Zafar dan akhirnya mereka berdua saling berkucupan. Mereka sudah tidak mempedulikan sekeliling yang pasti mereka saling memerlukan. Farhani tidak kisah asalkan Zafar menghamburkan dirinya dengan wang yang cukup lumayan. Tidak salah bukan dia melayani nafsu lelak itu. Hasilnya cukup memuaskan.





























"Papa...mana momma?"

Qayyum merenung wajah Arqish yang menatapnya di atas katil hospital. Hari ini, Arqish menerima rawatan susulan dan masih belum menemukan penderma yang sesuai untuk anaknya.

"Momma tak sihat sayang...nanti kalau momma dah sihat...papa bawa momma jumpa Arqish ya..." kepala anaknya diusap sayang.

Well, Qayyum bukanlah kejam. Hati dia masih ada lagi belas kasihan. Tapi jika datang penyakitnya dia tidak boleh kawal dan akan hilang kawalan. Tengoklah apa jadi pada Helina.

Wanita itu demam selama tiga hari lepas dan sekarang ini masih lagi terlangar sakit di mansionnya. Tapi mujurlah demam Helina sudah semakin pulih dan wanita itu masih lagi diamkan diri setelah kejadian itu.

Arqish mengangguk ringkas. Dia sebenarnya bosan duduk di hospital walaupun kadang itu Irqy datang menemaninya. Itu pun sekejap sahaja kerana kembarnya banyak meluangkan masa bersama Zara Melina dan Farhan Adham.

"Arqish rindu momma..."

Qayyum memandang anaknya. Airmata sudah bergenang di pelupuk mata Arqish. Qayyum segera memeluk badan kurus Arqish. Dia mengucup dahi Arqish beberapa kali.

"I know sayang. Papa yakin momma pun rindukan Arqish. Arqish kan baby boy momma..."

Arqish senyum nipis. Dia mendongak memandang Qayyum. Walaupun mereka jarang bertemu, dia tahu Qayyum menyayangi mereka walaupun kadang itu layankan Qayyum nampak dingin.

"Papa teman Arqish ke malam ni?"

"Ya papa teman Arqish. Mana boleh papa tinggalkan baby boy papa ni sorang-sorang..."

Arqish tersenyum lebar. Dia memeluk tubuh Qayyum erat dan menjatuhkan kepalanya di atas dada Qayyum. Lelaki itu tersenyum senang melihat betapa manjanya Arqish padanya. Kalau Irqy, sifatnya lebih dingin dan jarang bercakap. Tapi jika dengan Helina, Irqy akan manja. Jauh beza dengan Arqish.

"Yeayy...Arqish takutlah papa. Macam mana kalau ada orang jahat culik Arqish malam-malam..."

Kening Qayyum berkerut mendengar kata-kata yang terbit dari mulut Arqish. "Orang jahat? Siapa pulak nak culik anak papa yang manja ni hmm?"

Wajah Arqish terus berubah sendu. Qayyum segera membetulkan kedudukan mereka. Membawa Arqish duduk di atas ribanya. Nasib budak tu ringan. Walaupun usia kembar hampir masuk empat tahun.

"Arqish selalu mimpi. Ada orang jahat culik Arqish. Dia pukul Arqish. Pastu momma datang selamatkan Arqish...tapi momma pun sama kena pukul...Arqish takut papa..."

Airmata Arqish jatuh ke pipinya. Qayyum terdiam. Dia pasti anaknya sering mengalami mimpi buruk.

"Ar-Arqish nak tolong momma...ta-tapi orang tu pukul Arqish. Arqish tak kuat...tapi momma...la-lawan orang tu...momma berjaya...ta-tapi...orang tu tembak momma...Arqish takut...Arqish lari selamatkan momma...Arqish yang kena tembak papa..."

Basah baju-t putih milik Qayyum dengan tangisan pilu dari Arqish. Dia takut...-takut sekiranya mimpi itu menjadi kenyataan. Tapi Arqish tidak kisah asalkan momma, papa dan kembarnya gembira dan dia juga gembira sama kerana berjaya menyelamatkan momma kesayangan dia.

"Shh...no one will hurt you son...papa ada. Papa tak akan bagi sesiapa sakitkan anak papa ni..."

Pipi Arqish dicium bertalu-talu oleh Qayyum. Dia tidak sanggup kehilangan Arqish. Dia masih mahukan rasa gembira apabila bersama Arqish dan Irqy. Kedua anaknya yang comel itu. Apa yang dia kesal, dia telah membuangkan masanya untuk membahagiakan kedua anaknya.

"Terima kasih papa..."

"Listen here son..." Qayyum menekup tangannya di pipi Arqish. Dia tersenyum manis. "Momma...papa...Irqy...dan semua orang sayangkan Arqish. Stay strong son. We love you...and always in our heart"

Arqish tersenyum. Dia memeluk tubuh Qayyum erat. Tidak lagi menangis seperti tadi. Qayyum dan Arqish saling bergurau senda. Arqish suka apabila Qayyum melayani setiap keletahnya.

"Erm...papa Arqish...nak ba-bagitahu sesuatu..." suara Arqish kedengaran perlahan. Seakan berbisik.

Qayyum kerut dahi. Dia hairan melihat perilaku Arqish yang seakan-akan berhati-hati dengan sekelilingnya. Pasti ada sesuatu yang tidak kena.

"Yes son. What is it?"

"I saw someone two days ago. Ar-Arqish nampak orang tu...perhatikan Arqish. I scared papa...mata dia tajam...dan dia pernah datang dekat Arqish bagitahu sesuatu..."

Badan Arqish bergetar ketakutan. Baru hari ini dia ada kekuatan untuk memberitahu kepada orang mengenai hal itu. Arqish tidak sedap hati apabila orang itu semakin berani mendekati dirinya tatkala dia bersendirian menunggu kedatangan doktor untuk merawatnya.

Qayyum menahan amarah. Dia sedaya upaya menahan amarahnya dan tidak mahu lepas kendali di hadapan anaknya. Wajah pucat Arqish dipandangnya. Sudah dia agak. Entah macam mana musuhnya boleh terlepas.

"He said that...dia akan kembali. Ambil balik hak dia. But, Arqish tak faham. Dia creepy papa...like a crazy man. He said that he will hurt me...kalau Arqish bagitahu papa..."

Mata bulat Arqish memandang wajah Qayyum. Dia masih kecil dan tidak dapat meneka bahawa dirinya dalam keadaan tidak selamat. Dan Qayyum tidak sangka, lelaki itu sudah berani mendekati anaknya. Qayyum tidak akan tinggal diam jika lelaki itu berani menyentuh keluarganya.

"Sudah sayang. Arqish sleep dulu. Mesti anak papa penat kan...sini papa dodoikan Arqish..."

Arqish menjerit suka dan segera mennarik selimut bercorak kartun itu lalu merebahkan dirinya ke atas katil. Tidak lama itu, dia mendengar nyanyian kecil dari papanya. Tidak lama itu, Arqish tertidur sambil memeluk patung singanya. Qayyum segera turun dari katil Arqish. Menyimpan segala mainan anaknya ke dalam bakul kecil di atas kabinet.

Dia duduk di sofa di penjuru bilik. Kaki disilangkan dan dia mendail nombor seseorang. Tidak sampai seminit, panggilan itu terangkat.

"Aku nak kau tambah pengawal jaga depan bilik anak aku. Lepas ni, aku nak setiap kali doktor atau perawat yang keluar masuk bilik anak aku...mesti diperiksa dulu. Aku taknak orang yang mencurigakan masuk ke bilik anak aku dan tanpa kebenaran dari aku..."

Luke di hujung talian hanya mengangguk patuh. "Baik. Kenapa? Ada yang mencurigakan ke dekat sana?"

Qayyum memandang iPad di atas ribanya. "Ya. Arqish bagitahu aku dia nampak musuh aku. Jadi, aku nak kau lepaskan ketatkan lagi keselamatan dekat sini. Aku taknak jadi apa-apa dekat Arqish. If I know, Arqish tergores sikit je...korang semua mati!"

Tut! Luke terkebil-kebil memandang skrin telefonnya yang bertukar gelap. Nasib dia dapat ketua macam Qayyum. Luke segera kembali masuk ke dalam biliknya. Luka pada hari itu masih belum sembuh.





































"Abang! Kita kena buat sesuatu! Qira taknak anak kita tu makin jauh..."

Nur Aqira memandang suaminya yang masih leka menatap skrin TV yang memaparkan drama entah apa-apa itu. Nur Aqira tidak duduk diam apabila mengetahui bahawa Helina- perempuan yang dia benci duduk sebumbung bersama anak lelakinya.

"Apalagi awak nak Qira. Abang dah penat lah dengan semua ni. Qira tak rasa bersalah ke musnahkan kebahagiaan anak Qira sendiri. El tu pun orang asing anak saudara kita jugak..."

Entah kenapa, Farish Amri semakin lelah. Dia tidak mahu lagi mengikuti perancangan gila dari isterinya. Dia tahu, Qayyum akan bahagia bersama Helina. Selama ini dia terlalu buta, penuh dengan dendam. Kalau lah Firash Aryan- papa dia tidak membuka matanya dan memperjelaskan hal sebenar mungkin saat ini dia masih lagi ada dendam dengan Helina.

"What?! Abang!"

Nur Aqira membulat mata tidak percaya. Perubahan sangat drastik dari semuanya. Dia segera duduk di sebelah suaminya. Memandang lelaki itu dengan riak tidak percayanya.

"Abang gila ke apa?! Memang taklah saya nak musnahkan kebahagiaan anak saya sendiri..." jeritnya.

Farish Amri melepaskan keluhan. Dia menjeling Nur Aqira di sebelahnya. "Habistu, yang awak tak habis-habis nak pisahkan El dan Qays tu dah kenapa? Biarlah dia orang tu...lagipun dia orang dah ada anak lah..."

Nur Aqira makin membesarkan matanya. Sungguh, suaminya benar-benar surah berubah. Nur Aqira mendengus tidak puas hati. Peha suaminya ditampar kuat.

"Awak ni kenapa huh? Main tampar-tampar pulak" tegas Farish Amri. Tak ada angin, tak ada ribut dirinya pula kena tempiasnya.

"Abang tu...tak akan nak biarkan Qays tu dengan perempuan macam err...macam perempuan tu...saya nak sebut nama dia pun rasa jijik. Kalau bukan sebab dia, tak adanya lahir budak haram tu...tak wujudnya budak haram tu...dia yang perangkap anak kita. Bagi ubat perangsang. Lepastu, lari tinggalkan Qayyum..."

Farish Amri melepaskan keluhan. Dia memandang wajah isterinya. "Cucu kita. Bukan anak haram. Walau apapun dah jadi, itu semua dah lepas. Bukan mereka hendakkan semua tu. Dah takdir sayang. Jadi, kita tak boleh salahkan El dan Qays"

"Huh! Abang cakap memang macam tu. Dulu bukan main lagi benci. Sekarang...heh saya tak percaya abang berubah secepat ni. Apa yang papa dah basuh awak huh? Sampai macam ni sekali berubah!"

Nur Aqira meninggikan suaranya. Tidak lagi ada rasa hormatnya pada orang yang bergelar suaminya. Farish Amri terus bangkit dari sofa. Merenung tajam wajah Nur Aqira.

"Watch your tone Nur Aqira! I'm you husband. Bukan kawan. Jangan babitkan papa dalam hal ni!"

Nur Aqira mencebikkan bibirnya. "Abang tu yang dah buta. Saya tak lagi. Eh, kalau abang nak tahu...El tu dah guna-gunakan keluarga kita. Itu sebab semua orang bela perempuan tak guna tu...dan saya tak akan maafkan dia dan tak akan pernah hilang rasa benci ni..."

Farish Amri menarik nafas dalam-dalam. "Sudahlah Qira. Lupakan. Kita sama-sama dah tua. Boleh berfikir matang. Jangan salahkan El dalam hal ini. You don't know the truth"

Nur Aqira segera berdiri. Menentang mata suaminya dengan berani. "Qira tahu dan Qira tak pernah silap. Disebabkan El jugak...anak kita hampir mati! Mati abang! Dan saya tak akan maafkan orang yang hampir nak bunuh anak saya semudah tu...dia tak layak terima kemaafan dari saya!"

Dum! Farish Amri mengucap panjang. Hati isterinya masih penuh dengan kebencian. Farish Amri mengurut pelipisnya. Rasa kesal mula hadir kerana tidak mampu menjernihkan kembali hubungan kekeluargaan mereka.

Kata-kata Firash Aryan terngiang-ngiang di telinga. Membuatkan dia sedar, yang dia sudah salah menilai seseorang itu dan menumbuhkan rasa benci tanpa mengetahui perkara yang sebenarnya.


'Kamu belum tahu Rish. Banyak perkara yang Ara lalui selama ni...mungkin kamu dah dibutakan hati...kebencian yang kamu tanam itu buatkan kamu tidak dapat menilai ketulusan hati Ara. Kejadian tu...bukan salah Ara. Dia cuma mangsa keadaan...kamu dan isteri kamu tiba pada masa yang tak sepatutnya dan memilih untuk membencinya. Ara dan Qayyum. Mereka sama-sama terjebak. Papa dah bagitahu hal sebenarnya dan papa harap kamu lepas ni jadi lebih bijak dalam mengendali situasi. Papa sayang anak-anak papa...'


Farish Amri meraup wajahnya. Kalau lah dari dulu lagi papa dia menceritakan perkara sebenar, pasti tidak akan jadi hal sebegini. Banyak dosa dia pada Helina. Pada keluarganya. Dia sendiri tidak layak lagi untuk bergelar seorang insan yang dan ayah yang baik.

"Ya Allah...aku gagal jadi ketua keluarga yang baik..."

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro