ZH - 61

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Kiesha tersenyum melihat Farel yang asyik mencangkul tanah dan melayan mesra pekerja-pekerjanya. Walaupun tidak ramai, Farel gembira dapat membantu mereka bekerja demi menampung hidup. Senyuman di wajah Farel, membuatkan Kiesha tidak lepas memandang wajah maskulin itu.

"Dah jatuh cinta ke?"

Kiesha tersentak mendengar teguran dari belakang. Cepat-cepat dia alihkan pandangan dia dan memandang kebun pisang di hadapan dia. Hael di belakang terkekeh suka melihat riak kelam kabut Kiesha. Dia sudah perasan lama, Kiesha kalau ada peluang pasti merenung wajah Farel.

Hael meletak bakul rotan yang terisi terung dan bendi itu di atas pondok yang di duduki oleh Kiesha. Dia memandang Kiesha atas bawah. Sudah macam gadis pingitan penampilan Kiesha. Berbaju kurung kedah dan berkain batik.

"Kau dah habis ke kutip bendi dengan terung?" Kiesha mengalih perbualan mereka.

Hael mengangguk. Topi jerami di atas kepalanya di buka dan dikibas ke wajahnya. Sudah tiga minggu mereka berada di kampung Farel. Hael memutuskan untuk menolong Farel di kebun lelaki itu. Ternyata, sudah memuaskan.

Farel dapat belajar benda yang baru. Kiesha juga sama. Semakin mesra dengan penduduk kampung disitu kerana Farel memperkenalkan mereka sebagai saudara jauhnya. Setiap kali bertembung dengan pendudukan kampung, Hael dan Kiesha tidak lekang melemparkan senyuman mereka.

"Aku rasa nak tinggal kat sini terus lah Iq. Rasa tenang....damai je...tak sibuk macam kat bandar" tutur Kiesha sambil tangan dia berbaju dengan rambutnya.

"Eleh kau. Alasan! Mesti kau tak nak tinggalkan si Farel tu kan? Kan?" Usik Hael sambi mencuit hidung Kiesha.

Kiesha tertunduk malu. "Hish kau ni! Jangan lah kuat-kuat! Kan dia dengar malu aku!" Tegur Kiesha separa berbisik.

Hael galak mengetawakan Kiesha. Hingga menarik perhatian Farel yang sedang berbual dengan seorang pekerjanya. Dia memerhati Hael yang asyik tergelak dan Kiesha yang kelihat menunduk-nunduk kepala dari jauh.

"Aku pergi sana dulu. Kalau kau nak balik...jangan lupa bawa balik sekali lebihan sayur dengan pisang!" Pesan Farel pada lelaki itu.

"Okay. Terima kasih Rel!"

Farel hanya mengimbas tangannya. Tiada hal lah. Farel mendekati Hael dan Kiesha yang rancak berbual. Kedatangan Farel membuatkan Hael dan Kiesha terus terdiam. Kiesha terus mengalihkan pandangan mata dia. Tidak sanggup menatap wajah Farel yang nampak kacak habis dengan tubuhnya dibasahi keringat peluh.

"Rancak borak. Korang borak apa tu?" Soal Farel ingin tahu.

Hael segera geleng. "Borak biasa je Rel. Pasal kampung kau...tenang je sini...tak macam bandar. Aku rasa macam dah tak nak balik" ujar Hael laju.

Farel mengangguk. Dia mengambil tempat di sebelah Hael. Tak akan lah dia nak duduk sebelah Kiesha. Walaupun, hati dia berdebar juga setiap kali bertemu pandang dengan Kiesha. Namun, segera ditepis perasaan dia itu memikirkan darjat dia dan Kiesha yang sangat jauh. Macam langit dan bumi.

Kiesha membuang pandang melihat sekeliling. Mata dia terhenti menatap bayangan tubuh manusia tidak jauh dari tempat mereka berehat. Kiesha mengecilkan mata dia. Dia membulatkan mata dia, melihat bayangan lelaki yang memerhati mereka dengan senyuman sinis seakan memberi amaran.

Kiesha segera menyonggol lengan Hael. Membuatkan perbualan Hael dan Farel terhenti. Kiesha mendekati Hael dan berbisik perlahan di telinga Hael.

"Kau pandang pukul empat..."

Hael segera mengikut arahan Kiesha. Dia melihat bayangan seorang lelaki di sebalik semak samun. Mata mereka saling bertentangan. Tidak lama itu, bayangan lelaki itu hilang. Hael tersenyum sinis. Akhirnya, orang yang dinantikan muncul juga.

"Korang pandang apa?"

Hael dan Kiesha tersentak. Farel turut memandang ke arah tempat itu namun dia tidak melihat apa-apa sebaik rimbunan pokok dan semak samun yang berada di luar kawasan pagar kebunnya. Tiada apa-apa pun.

"Oh aku tengok burung tadi. Weh, jom lah balik. Balik aku dah melekit ni. Nak mandi..." bahu Farel ditepuk oleh Hael.

Segera dia melompat turun dari pangkin pondok itu. Diikuti oleh Kiesha. Mereka sama-sama melangkah ke arah van burum milik Farel. Van yang selama ini dia gunakan untuk menjual hasil kebunnya di pasar malam dan pasar tadi.

Hael ketika itu melihat sebuah kereta terpakir tidak jauh dari kawasan kebun Farel. Hael senyum sinis. Dia membuat isyarat tangan dan dia rasakan si pengintip itu melihat isyarat tangan dia dan terus bergerak pergi dari situ.

"Iq? Kau nak balik tak? Tercegat apa lagi kat situ? Ada apa-apa ke?" Farel menjengul kepalanya di luar tingkap.

Hael segera geleng. Dia membuka pintu van itu dan duduk di sebelah Farel. Kiesha duduk di belakang bersama tiga buah bakul berisi hasil kebun Farel. Van buruk Farel mula bergerak meninggalkan kawasan kebunnya.

Hael menghantar pesanan ringkas kepada anak-anak buah abangnya yang berjaga diam-diam tanpa pengetahuan sesiapa. Dia yakin, kemunculan tiga lelaki itu pasti membuahkan khabar tidak baik.























Helina mendengus kasar melihat suaminya yang sejak tadi tidak beranjak dari katil dengan Macbook di atas ribaan lelaki itu. Sudah tiga jam, suaminya asyik menghadap Macbook dan hanya sesekali dia tinggalkan Macbook. Itu pun kerana ke bilik air dan mengambil minuman. Kemudian, disambung balik kerjanya.

Helina sudah bosan kerana asyik terperap di dalam bilik itu. Baru saja dia habis membuat panggilan video dengan Darwin. Lelaki itu yang menjaga kembar sementara tiada dia dan dibantu oleh Luke yang sesekali melihat aktiviti kembar di sana atas arahan suaminya.

Arqish sudah sembuh dari penyakit leukimianya dan semakin aktif dan sihat. Helina mengucapkan terima kasih kepada suaminya, yang berkorban demi kesembuhan anak mereka. Helina memutuskan untuk baring di atas sofa.

Tangannya ditekapkan ke atas perutnya yang sedikit membuncit. Dia tersenyum dan tidak sabar melihat perutnya membesar. Momen yang sering dinanti-nantikan para ibu. Dulu, sewaktu dia mengandung kembar perutnya umpama belon yang ingin meletup.

Sakit pinggang. Bengkak kaki. Memang pergerakkan dia cukup terbatas pada waktu itu. Namun, Helina gembira kerana dia berjaya melahirkan kembar ke dunia dengan selamat. Walaupun kudratnya sekerat pada waktu itu.
Dia berharap bayi kali ini adalah perempuan. Entah kenapa, Helina sangat menginginkan anak perempuan. Dia boleh mendandan anaknya nanti. Mengaturkan fesyen baju. Pasti comel. Helina sebenarnya cemburu melihat pendekatan kembar dan suaminya.

Asyik-asyik daddy yang dicari kembar. Dia diketepikan, membuatkan dia berasa cemburu apabila diendahkan oleh kembar. Tanpa Helina sedar, setiap perlakuan dia dilihat oleh Qays yang berada di atas katil. Sejak kejadian di bilik tempoh hari, membuatkan Qays selalu berada di samping Helina.

Walaupun dia sedang membuat kerja, ekor mata dia tajam memerhati si isteri yang asyik mengusap-usap perut dan mengelamun itu. Qays membuat keputusan untuk menutup Macbook nya dan diletakkan di atas kabinet di tepi katil. Kaki dia turun dari katil dan berjalan perlahan mendekati si isteri.

"Jom.."

Helina terkejut mendengar suara suaminya membuatkan dia hampir saja mahu terjatuh dari sofa. Mujurlah, Qays pantas bertindak dengan memeluk kemas pinggang isterinya. Matanya mencerlung tajam, membuatkan Helina menunduk ketakutan. Qays membetulkan duduk isterinya dengan wajah tegangnya. Hampir luruh jantungnya.

"Hati-hati. Kau tak sayang budak tu ke?" Soalnya dalam nada keras. Qays menutup TV menggunakan alat kawalan jauh yang diletakkan di atas meja kopi itu.

"Salah awak sebab buat saya terkejut macam tu. Lainkali bagi salam, tak adalah saya terkejut macam tu sekali..." getus Helina dengan wajah kesalnya.

Dia memandang Qays yang berdiri di hadapan dia. "Awak dah selesai ke kerja awak tu?"

Qays hanya mengangguk. Dia melihat jam di dinding sekilas.  Sudah pukul 5 petang. Patut lah otak dia terasa penat dan lehernya berasa lenguh. Sudah lama dia menghadap kerjanya.

"Ikut aku"

Qays menarik tangan Helina. Terkocoh-kocoh Helina mengikuti langkah Qays yang besar itu. Pintu bilik di buka dan ditutup. Helina menjadi tertanya-tanya di dalam hati. Qays pula hanya diam, dengan tangan kiri dimasukkan ke dalam poket.

Sampai di tingkat bawah, mereka bertembung dengan Renny dan pembantu yang lain. Renny dan yang lain segera menunduk hormat.

"Tak payah masak makan malam ni. Masakkan untuk yang lain je..." pesan Qays datar. Hanya mendapat anggukan dari Renny dan pembantunya yang lain.

Qays membawa Helina ke garaj keretanya. Pintu garaj itu terbuka luas apabila lelaki itu meletakkan tapak tangan kanannya di atas alat pengesan itu. Helina mengerut dahi dan hanya akur mengikut tarikkan tangan suaminya.

Audi R8 menjadi pilihan Qays. Pintu kereta dibuka lebar untuk Helina. Wanita itu masuk ke dalam kereta dengan wajah kelirunya. Qays segera beralih ke bahagian pemandu dan mula menghidupkan enjin kereta. Helina ingin membuka mulut untuk bertanya kepada suaminya, namun dikatup kembali. Takut pula menanya Qays apabils melihat riak tegang lelaki itu.

Selama setengah jam memandu, kereta Qays berhenti di sebuah Restoran Jepun. Mata Helina membulat besar melihat restoran itu. Riak terujanya cuba dikawal. Memang dia mengidam untuk makan makanan Jepun. Tapi, macam mana suaminya boleh tahu.

Qays mengenggam tangan Helina erat dan mereka memasuki restoran itu. Qays laju memberitahu namanya, dan mereka dibawa oleh seorang pelayan di restoran itu. Qays sudah menempah satu bilik VIP. Mereka bersila di atas kusyen dengan selesa. Pelayan itu menyerahkan menu kepada Qays dan Helina.

Setelah membuat pesanan, Qays bersandar selesa di dinding sambil membuka telefonnya. Sedangkan Helina diam memerhati suasana bilik itu. Terasa berada di Jepun dengan dekorasi bunga sakura dan bilik itu berlatar belakangkan batang buluh. Diiringi alunan lembut muzik Jepun. Membuatkan suasana menjadi tenang.

Tidak lama itu, pesanan mereka tiba. Mata Helina membulat lebar melihat hidangan yang diidamkan olehnya berada di hadapan mata. Helina cuba menahan perasaan dia.

Qays segera meletakkan telefonnya di atas meja. Dia memandang Helina yang diam di hadapan dengan wajah menunduk. Sebelah kening dia terjungki tinggi melihat reaksi si isteri.

"Makan..." arahnya tegas.

Helina lambat-lambat mengambil pengepit. Dia memilih sushi sebagai menu utama untuknya makan. Qays menahan senyum.

"Erm...macam mana awak tahu saya nak makan semua ni?" Soal Helina ingin tahu. Mata dia bulat memandang Qays.

Qays hanya menjungkit bahu acuh. "Perut aku tiba-tiba rasa nak makan..." balasnya datar.

Helina terangguk-angguk. Dia terus menyuap dimsum dengan mulut ternganga luas. Helina tidak kisah dah cara makan dia tidak ayu. Janji dia puas kerana makanan yang dia idamkan selamat masuk ke dalam perut.

Qays mengeleng kepalanya. Dia hanya mengambil beberapa saja makanan Jepun. Kerana dia bukan mengemari sangat makanan dari negara matahari terbit itu. Dia memang niat mahu membawa Helina ke sini kerana semalam dia mendengar Helina mengigau dan menyebut-nyebut nama makanan Jepun sambil mengusap perutnya.

Jadi, Qays membawa Helina ke sini. Dia gembira melihat Helina begitu lahap makan makanan di hadapannya tanpa menoleh kiri kanan. Qays tersenyum. Dia akan simpan kemas detik manis ini. Kerana dulu, dia terlepas detik melayani masa mengidam si isteri. Kali ini, dia akan pastikan dia akan mengikuti segala kemahuan Helina dan memastikan anak dalam kandungan Helina sihat.





























Hanz memeluk tubuh memandang kedua anak saudaranya yang bermain di belakang mansion milik Helina. Keduanya nampak ceria dan suka sekali kerana dapat menyentuh kuda peliharaan Helina. Tawa mereka sampai ke pendengaran Hanz yang berdiri di luar kandang kuda.

"Awak tak nak masuk ke?"

Hanz menoleh. Dia hanya mengeleng dan tersenyum nipis. Fara mengamati wajah Hanz dari sisi. Kacak. Tidak hairan lah, perempuan di luar sana mengejar Hanz. Fara mula berfikir, hampir semua keturunan Helina kacak dan cantik. Fara sendiri terasa di jauh di bawah mereka.

"Mana kawan kau?" Hanz perasan Fara asyik memandang wajahnya. Dia hanya membuat wajah biasa saja. Dah biasa di pandang membuatkan Hanz hanya beriak tenang.

"Pergi bakeri. Ada pelanggan yang minta refund sebab kek yang dia tempah tak siap pada hari sepatutnya. Jadi Laila ke sana sebab pelanggan tu tempah bawah nama dia" jelas Fara tanpa dipinta.

Bakeri milik Helina semakin terkenal. Mereka berdua lelah, tapi berasa gembira kerana ramai pelanggan datang membeli di bakeri mereka. Penat memang penat, tapi apabila mendapat feedback yang baik dari pelanggan mereka membuatkan mereka berdua berasa amat gembira.
Hanz tersenyum dan melambai tangan pada si kembar yang menunggang kuda dan diawasi oleh Keding dan Mat. Si kembar semakin hari semakin lincah dan nakal. Membuatkan mereka semua sentiasa berhati-hati. Leka sebentar, si kembar sudah hilang dari pandangan mata. Alih-alih dah berada di belakang mansion bermain dengan binatang peliharaan kakaknya.

"Patut lah sunyi. Kalau tak ada je mulut becok dia tu..." komen Hanz selamba.

Laila terkekeh perlahan. Dia setuju sangat-sangat. Jika Laila ada, pasti ada perang mulut antara Hanz dan Laila. Ada saja benda nak digaduhkan mereka berdua. Penghuni mansion itu jadi pening melihat adu mulut mereka berdua.

"Kau tak rindu Iq ke?" Usik Hanz. Tiba-tiba dia teringatkan si sepupu yang berada jauh dari mereka.

Automatik, wajah Fara menjadi merah. Hanz terkekeh melihat rona wajah Fara. Suka dia mengusik Fara apabila Hael tiada. Malah, mereka tahu Fara dan Hael sedang bercinta walaupun mereka tidak memutuskan untuk memberitahu yang lain lagi.

"Hish! Memandai je awak ni!"

Hanz makin kuat menghambur tawanya. "Eleh kau! Dengan yang lain kau boleh main sorok-sorok. Tapi dengan aku, memang tak boleh lah. Aku tahu. Macam lah aku tak nampak, selama ni korang dating kat belakang mansion diam-diam"

Fara terasa mahu menyorok dalam tanah ketika itu. Pecah sudah tembelang dia. Nasib baik, tiada sesiapa di sekitar mereka. Hanz makin terkekeh melihat riak cuak Fara. Ini kalau Hael tahu dia mengusik kekasihnya, mahu mengamuk lelaki itu.

"Hish! Diam lah awak!" Marah Fara dengan wajah malunya.

Hanz segera menekup mulutnya. Namun, riaknya masih nakal mahu mengusik Fara. Membuatkan gadis itu berasa sangat malu dan geram dalam waktu yang sama.

"Kalau rindu cakap...sebab malam-malam aku selalu video call dengan Iq! Kalau kau nak sampaikan ayat-ayat cinta kau sekali pun boleh hehe..." makin giat Hanz mengusik.

Fara yang terlalu geram terus membaling rating pokok yang dikutipnya tadi ke dada Hanz. Setelah itu dia beredar sambil mengomel kecil kerana tidak puas hati Hanz asyik membahan dia. Hanz terkekek seorang diri.

"Amboi kau, seronok ye usik anak dara orang" tegur Asy yang tiba-tiba muncul.

Hanz segera mengawal riak wajahnya. Dia menjungkit kening pada Asy. Bila masa pula mamat ni muncul? Dia memandang Asy atas bawah atas bawah. Asy yang melihat pandangan mata Hanz segera menyilang tangan ke dadanya.

"Woi! Aku normal lagi tau!" Kata Asy keras. Gila!

Hanz mengukir senyuman sinis. "Aku tak tertarik dengan lelaki jambu macam kau. Jadi, jangan nak perasan sangat lah..."

Asy mendengus geram. "Muka aku yang macam Lee Jong Suk ni kau kata jambu! Ni muka ni, yang selalu buat perempuan tak tidur malam kau tahu tak! Kau tahu apa?" Panas saja hati Asy mendengar kutukan Hanz.

Kecil besar dia pandang adik ketuanya. Ada yang kena pelangkung kan. Asy menahan sabar.

"Kau dari mana? Tiba-tiba je muncul macam jin"

Asy menjuling matanya ke atas. "Macam biasa. Kau buat apa kat sini? Aku tengok kemain kau gelak tawa dengan Fara...jangan kata kau nak caras sepupu kau punya..." mata Asy tajam merenung wajah Hanz.

Hanz menjungkit bahu acuh. Dia memasukkan kedua tangan ke dalam poket seluarnya. Asy mengamati wajah Hanz yang hanya beriak biasa.

"Tak ada masa. Kau tu patutnya cari perempuan..."

Seusai berkata sebegitu, Hanz terus beredar meninggalkan Asy yang tercengang sendiri. Tidak lama itu, dengusan keluar dari mulut Asy. Terkena pula dia! Asy membaling anak panah yang digunakan olehnya memburu di hutan di belakang mansion tadi ke atas tanah.

Dia beredar dengan riak wajah geramnya. "Kau tunggu...aku dah ada awek aku akan tayang dekat kau! Jambu tak jambu! Jambu ni lah ramai sangkut! Huh!"

Asy mengomel terus hingga ke bilik kawalan. Membuatkan para pengawal di sekitar mansion memandang dia dengan riak hairan. Jarang lah mereka melihat Asy bercakap seorang diri seperti orang tidak waras. Biasanya datar saja wajah lelaki itu.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro