1- Tuan Puteri

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"DAH berapa kali bonda cakap, berhenti minum! Tengok apa dah jadi! MACAM NI KAMU MASIH TAK SERIK LAGI!?". Kuat Puan Sri Khalida menengking anak daranya itu. Tan Sri Amin juga ada di situ bersama anak lelaki mereka yang juga merupakan satu-satunya abang kandung Haura Dayana, Harris Khaizuran.

Tangan Puan Sri Khalida naik memegang lengan Haura yang kini mempunyai parut kekal akibat kejadian yang berlaku tiga minggu lepas. Kejadian di mana Haura diserang lelaki tidak dikenali di kelab malam dan diselamatkan oleh si hero yang juga tidak dikenali.

"Chill, bonda. I'm just going to my friend's birthday party". Haura masih lagi dengan nada selambanya. Baginya, bondanya ini memang selalu membebel. Setiap kali Haura mahu keluar, pasti Puan Sri Khalida akan bebel dahulu. Kalau Harris yang nak keluar, tiada pula suara yang terbit. Tak adil!

"Don't ask me to chill, Haura Dayana. Haura ingat bonda bodoh sangat ke sampai Haura nak tipu bonda macam tu. With this kind of attire, I doubt you are going to any party! Haura nak pergi kelab kan?!". Suara Puan Sri Khalida semakin kuat. Kalau boleh sampai nak bergegar rumah tu. Tan Sri Amin dan Harris hanya mampu berdiam diri.

"Ya! Haura nak pergi kelab malam! Yang bonda sibuk sangat ni kenapa?!". Haura membalas kencang tengkingan bondanya.

Suasana sunyi sebentar.

"Fine. Bonda benarkan Haura pergi ke mana saja Haura nak pergi, apa saja yang Haura nak beli. Bonda akan benarkan semuanya". Puan Sri Khalida berjalan semakin hampir dengan Haura.

"Bonda ni kenapa? Bonda jangan macam-macam eh. I won't appreciate it if you freeze my credit card--".

Kata-katanya terpotong sendiri apabila terlihat figura maskulin Harris berdiri di hadapannya, bersebelahan Puan Sri Khalida dengan mulut yang terbuka ingin mengucapkan sesuatu.

" Kad kredit you takkan dibekukan tapi I dah bincang dengan mama papa untuk gajikan bodyguard untuk jaga you. He will accompany you wherever you go, he will help you manage your expenses atau dalam erti kata lain, dia yang akan pegang kad kredit you...".

"Apa abang mengarut ni?! Haura tak nak!". Bentak Haura. Beg tangannya dilempar kasar ke atas lantai di sebelah tempatnya berdiri.

"I dah malas nak layan perangai mengada you, Haura. Bonda dan papa pun sama. I dah jumpa dengan bodyguard you tu dan dia cakap dia sanggup jaga kera versi manusia macam you ni". Harris terkekek di hujung katanya. Sempat ya kau mengata adik sendiri?

"You panggil I kera?!". Tangan Haura diangkat tinggi untuk menampar lengan sasa abang kandungnya itu namun suara deheman Tan Sri Amin menghalang. Takut dengan suara deheman yang Haura tahu adalah merupakan satu amaran buatnya itu, tindakannya terhenti.

Ya, Haura takut dengan papa. Papa tak banyak cakap tapi papa menggerunkan!

"Ugh! Apa-apa jela! Yang penting, Haura tak nak bodyguard!". Amuk Haura lagi.

Sesaat selepas itu, terdengar deruman enjin kereta daripada luar rumah banglo tiga tingkat itu. Senyuman berpuas hati muncul di bibir Harris. Masak lah kau dik!

"Too late, princess". Nama panggilan manis itu memang Harris sahaja yang suka guna untuk memanggil atau membahasakan diri Haura Dayana. Kerana baginya, Haura memang bak puteri. Rupa paras, tingkah laku dan layanan yang diberikan kepadanya persis seperti seorang puteri raja. Haura Dayana sangat mengada!

"Abang! Tak nak la! Tak nak bodyguard!". Haura memeluk lengan Harris. Berusaha untuk memujuk si abang namun Harris tayang muka selamba. Muka tak makan dipujuk seperti selalu.

"You mengada macam ni lagi, I tambah lagi satu bodyguard". Suara Harris itu membuatkan Haura terasa macam nak luku aje kepala si abang. Geram! Terus di lepaskan pelukan tangannya daripada lengan Harris dan memeluk si ibu pula.

"Ha nak apa?". Tanya Puan Sri Khalida. Senyuman disimpan, wajah dibuat-buat garang. Hatinya sebenarnya tercuit melihat kelakuan manja Haura. Anak perempuan kesayangannya. Puteri mereka sekeluarga.

"Pujuk la abang tu...".

"Pujuk untuk apa?".

"Haura tak nak bodyguard...". Rengek Haura manja.

"Bonda tak boleh nak buat apa. Semua ni abang kamu yang uruskan. Lagipun, dah sampai dah pun orangnya". Puan Sri Khalida menggosok-gosok lembut rambut anak gadisnya yang berwarna kemerahan itu. Dicat, bukan asli ya.

"Dia dah masuk ke bonda?". Bisik Haura perlahan sambil badan mamanya dipeluk semakin erat. Mukanya disembam ke dada wanita tua itu. Badannya membelakangi pintu utama membuatkan dia tak boleh nak lihat samaada Encik Pengawal Peribadi sudah masuk atau belum.

"Assalamualaikum". Belum sempat Puan Sri Khalida mahu menjawab soalan si anak gadis, suara garau itu menyapa pendengaran Haura.

"Waalaikumussalam, masuk lah". Tan Sri Amin menjemput lelaki itu untuk masuk dan terdengar lah tapak kaki yang semakin menghampiri. Semakin kemas juga lah Haura memeluk figura ibunya. Tak mahu lepas!

"Jangan nak mengada sangat, princess". Harris berpesan namun pesanan itu dibiarkan seperti angin lalu oleh Haura.

"Bonda, Haura tak nak...".

"Simpan sikit mengada kamu tu, Haura. Malu dekat orang". Puan Sri Khalida meleraikan pelukan ketat Haura itu dan berundur ke belakang. Membuatkan Haura betul-betul berdiri di hadapan Encik Pengawal Peribadi.

Ruang tamu itu kembali sunyi. Ada lah sayup-sayup kedengaran Tan Sri Amin bercakap di corong telefon tak jauh daripada situ setelah dia meminta izin pergi untuk menjawab panggilan daripada tempat kerja.

"Kamu duduk lah dulu. Aunty pergi buat air". Jemput Puan Sri Khalida lalu berlalu ke dapur sebelum sempat Haura menahan untuk tidak pergi.

Kini, di ruang tamu itu hanya tinggal Haura, Harris dan Encik Pengawal Peribadi.

'Bonda ni!'. Getus Haura dalam hati.

"Tak nak duduk ke, princess?". Harris senyum mengejek seraya menepuk-nepuk tempat duduk kosong di sebelahnya. Across him, duduknya seorang lelaki tegap berkulit rona sawo matang berambut hitam pekat.

"You diam eh abang". Haura mencerlungkan matanya tajam ke arah Harris.

"Cik Haura Dayana?". Sebaris nama itu disebut oleh pemilik suara garau tersebut.

"Ya, I lah tu". Haura menjawab tanpa sedikitpun berpaling ke arah Encik Pengawal Peribadinya itu.

"We have matching--".

"What?". Belum sempat si Encik Pengawal Peribadi nak menghabiskan katanya, Haura terlebih dahulu berpaling ke arahnya dan alangkah terkejutnya dia apabila matanya terpandang sesosok tubuh yang pernah dia temui tiga minggu lepas.

Ya, dia yakin itu dia. Encik Parut Terbakar!

Ya, Haura kenal dengan parut terbakar yang berwarna merah berbentuk separuh hati yang terbelah di mata kanan lelaki itu.

"You?!". Jeritnya kuat.

"Mulai sekarang, dia akan jadi pengawal peribadi you, princess". Tutur Harris.

"Ghibran, ini adik aku. Haura Dayana. Princess, ni kawan I merangkap bodyguard you, Zayd Ghibran". Haura langsung tak berminat nak tahu nama lelaki berparut di wajah itu.

"I do hope you boleh beri kerjasama dengan dia, Haura sebab I dah penat sangat nak melayan perangai mengada you ni".

"Kenapa pula? Selama ni tak pernah pula abang mengungkit!". Marah Haura. Tidak dihiraukan lelaki bernama Zayd Ghibran di hadapannya tika itu.

"I ada hidup sendiri juga, princess. I dah umur 30 tahun dah tahun ni. I akan kahwin, I akan ada keluarga I sendiri. Takkan lah I nak jaga you je sepanjang hidup I. I takkan dapat selalu ada dengan you, princess". Jelas Harris. Penuh berhati-hati agar hati tuan puteri comel itu tidak terluka. Haura memang gedik tapi dia jenis yang cepat terasa dan mudah menangis sekali dengan pakej sukar dipujuk.

"Jadi I ni bukan keluarga you, macam tu?!". Tengking Haura.

"Tak--".

"I benci you, abang". Haura menghamburkan kata-katanya dan berlalu pergi keluar rumah. Harris pula hanya mampu meraup wajahnya. Haih, pasti adiknya sedang terasa... Apa boleh buat, Harris sudah seakan-akan terbiasa dengan perangai Haura yang satu ini setelah 25 tahun hidup bersama si gadis sebagai adik beradik.

Harris kemudiannya mengalihkan pandangannya ke arah Ghibran.

"Go after her. This is your first job".

"Copy". Ghibran di mod bekerjanya.

Kerja pertama Zayd Ghibran pada hari ini adalah untuk memujuk Tuan Puteri Intan Payung Haura Dayana yang sedang merajuk.

Hello!
First chapter is here, sayang-sayangku!

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro