11- Purple Heart

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"SAKIT tak?". Haura menyentuh-nyentuh 'tangan' kiri Ghibran itu. Naik simpati pula dia kepada lelaki itu. Kan dah cakap, mood Haura terhadap Ghibran ini tidak menentu.

Ghibran geleng perlahan.

"Tak sakit".

"Kenapa tak sakit?". Haura masih dengan pandangan risaunya.

"Macam mana nak sakit, Cik Haura? Dah jadi besi dah semuanya pun. Dah tak rasa apa-apa". Kalau duduk dengan Haura ni, ada je perbuatan gadis ini yang boleh membuatkan Ghibran tersenyum manis. Haura Dayana yang seorang ini terlalu comel!

"Kenapa boleh jadi macam ni?". Haura masih lagi menyentuh-nyentuh tangan kiri besi milik Ghibran itu. Betul-betul besi. Makanan di hadapannya yang sudah lama sampai itu, Haura pinggirkan. Fokusnya masih terletak pada tangan besi Ghibran ini.

"Cik Haura tahu istilah 'Purple Hearts' tak?". Tanya Ghibran. Soalan yang ditanyakan ini merupakan mukkadimah sebelum dia memulakan cerita masa lalunya. Cerita tentang bagaimana tangan yang dulunya sempurna ini, kini sudah digantikan sepenuhnya dengan tangan besi.

Haura mengangguk.

" Tahu. I pernah tengok cerita dengan tajuk yang sama. Kalau tak silap I, Purple Hearts tu macam anugerah yang tentera-tentera akan dapat kalau mereka tercedera dalam mana-mana misi kan? Tapi tu bukan untuk soldiers dekat US aje ke?". Tahu la juga Haura serba sedikit tentang anugerah itu selepas dia menonton filem Amerika Syarikat lakonan Nicholas Galitzine dan Sofia Carson itu.

" Betul. Purple Hearts tu macam medal yang akan dianugerahkan kepada tentera yang cedera dalam pertempuran. Kalau mereka meninggal, ahli keluarga mereka yang akan dapat medal tu. Simbolik kepada pengorbanan mereka. And yes, Purple Hearts are only for the US armies who have been wounded or killed. Kisah saya lebih kurang macam tu la tapi bezanya saya tak dapat Purple Hearts". Ghibran menerangkan dengan lebih lagi.

"You dapat apa? Macam mana you boleh jadi macam ni sebenarnya?". Banyak betul soalan yang sedang berlegar di kepala Haura. Kalau boleh, semua benda dia nak tanya.

"Sebelum saya berhenti daripada tugas saya sebagai anggota TLDM, tepatnya lima tahun lepas, saya terlibat dalam satu misi. Nama misi tu Ops Helang. Misi untuk membanteras lanun-lanun dekat Laut Sulu. Misi tu berjalan lancar pada mulanya. Sampai lah satu anggota lanun tu mengebom diri dia sendiri dekat atas kapal tu. Masa tu, kapten dah suruh semua anggota kumpulan kami berundur tapi... ". Cerita Ghibran terjeda sebentar.

"... saya degil, Cik Haura". Dia tertawa di hujung ayatnya.

"Kenapa? You buat apa?".

"Saya nampak seorang tebusan masih di atas kapal yang terbakar tu. Tak jadi saya nak berundur, saya ingkar arahan kapten saya. Saya pergi selamatkan dia. Allhamdulillah, tebusan tu selamat. Saya sempat bawa dia naik ke atas bot pasukan saya. Tapi saya sendiri tak sempat nak naik bot tu bila kapal lanun tu meletup buat kali kedua. Serpihan kapal tu tertindih tangan kiri saya". Tangan kiri besi miliknya itu dikerling sekali.

Terus tangan Haura naik menekup mulutnya sendiri. Tragis betul kisah Ghibran. Selama ini dia ingat Ghibran tenang, tiada la kisah hitam pahit buat dirinya.

"Kapal tu tenggelam. Begitu juga dengan saya. Dalam masa saya tenggelam ke dasar laut tu, saya sempat dengar kapten saya bercakap daripada earpiece yang masih saya pakai".

"Dia cakap apa?". Haura seakan-akan seperti kanak-kanak 5 tahun yang sedang fokus mendengar cerita.

"We have one KIA. Leftenan Zayd Al Ghibran".

"Killed in Action? But you... you are still alive".

Ghibran angguk.

"Lepas je saya dengar ayat tu, saya terus tak sedarkan diri. Seminggu kemudian, saya terbangun di sebuah rumah di sebuah perkampungan di Jolo, Filipina. Orang kampung dia rawat saya sampai saya sembuh dan mereka juga la yang hantar saya pulang semula ke Malaysia. Balik je ke Malaysia, terus saya jumpa mommy. Saya minta maaf dengan dia sebab dah buat dia risau. Dua hari lepas tu, saya ke markas TLDM di Perak dan saya laporkan segala apa yang dah terjadi dekat kapten dan pihak atasan saya".

Markas Pemerintahan Armada Barat, Lumut, Perak Darul Ridzuan. Tempat dia mana Ghibran bekerja dahulu. Kalau tiada misi, di situ lah akan dia berada.

"Diorang cakap apa?".

"Mereka marah saya sebab dah ingkar arahan kapten saya sendiri. Well, I could have died but allhamdulillah, Allah masih panjangkan umur saya. Kerana pengingkaran arahan itu, saya digantung kerja dan dibawa ke US untuk rawat tangan kiri saya. Tangan yang dah tak dapat berfungsi masatu digantikan sepenuhnya dengan tangan besi ni. Tapi parut ni, tak boleh nak buat apa dah. Kekal". Parut terbakar berbentuk sebelah hati di matanya itu disentuh. Oh jadi, macam tu rupanya Ghibran dapat parut itu.

"Balik semula ke Malaysia, saya dianugerahkan dengan Pingat Jasa Malaysia dan selepas tu, saya resigned". Tamat la sudah cerita Ghibran. Tapi masih ada lagi persoalan di kepala Haura.

"Kenapa berhenti?".

"Kerana rasa bersalah. Kalau saya boleh ingkar arahan kapten saya sekali, tak mustahil saya akan buat untuk kali kedua. Jadi, untuk tetap menyandang jawatan sebagai Leftenan pasukan TLDM masatu, saya rasa tak layak. Saya rasa saya anggota tentera yang tak bertanggungjawab". Sampai sekarang, Ghibran kesal dengan diri sendiri.

"Tapi... Tu bukan salah you pun. Naluri you sebagai manusia, lebih-lebih lagi sebagai seorang tentera untuk selamatkan tebusan tu. You--".

"Cik Haura... Ingkar arahan adalah salah satu kesalahan terbesar seorang anggota tentera boleh buat".

"Kalau macam tu... Kenapa selepas lima tahun, you pilih untuk jadi pengawal peribadi I? Kenapa you terima tawaran Abang Harris?". Soalan Haura itu dibiarkan tergantung apabila Ghibran hanya tersenyum lalu sambung makan nasi lemak di hadapannya itu.

HAURA sedang marah. Langkahnya laju masuk ke dalam rumah. Tempat tujuannya hanya satu. Ruang tamu. Tempat di mana Harris selalu lepak pada waktu-waktu begini. Langkah lajunya itu diikuti dengan tenang oleh Ghibran daripada belakang. Dia tahu apa yang Haura sedang fikir dan apa yang gadis itu akan lakukan dengan mencari Harris.

"Yang you ni lambat sangat kenapa? Laju sikit!". Terus Haura berpaling ke belakang semula lalu tangan kiri besi Ghibran itu ditarik oleh Haura agar lelaki itu mempercepatkan sedikit langkahnya. Ada sesuatu yang perlu gadis itu selesaikan dengan Harris.

Jalan punya jalan, akhirnya langkah Haura terhenti betul-betul di hadapan Harris yang sedang berdiri membelakanginya untuk mengambil kunci kereta di atas kabinet televisyen itu. Barangkali hendak pergi melepak di luar pula.

Harris pusing sahaja badannya, terus dia tersenyum melihat wajah adik kandung kesayangannya ini. Namun dia pelik, kenapa Haura nampak macam marah aje? Dia ada buat salah ke?

"Awalnya princess bal--".

"Bonda dengan papa ada dekat rumah tak?". Haura memotong percakapan Harris dengan pertanyaan itu. Dia kena pastikan line clear dulu.

"Takde. Bonda dan papa pergi--".

PAM!

Sekali lagi, kata-kata Harris terpotong sebelum sempat dia menjelaskan tentang keberadaan orang tua mereka itu. Tapi kali ini bukan lagi terpotong dengan percakapan Haura, melainkan tamparan kuat yang diberikan oleh gadis itu ke pipi Harris. Sungguh kuat sehingga tertinggal kesan merah di pipi si abang. Mujur tidak luka sahaja hujung bibir Harris.

Sempat Harris mendesis kesakitan, posisi kepalanya yang terteleng akibat ditampar oleh Haura tadi dibaiki semula agar dia dapat melihat di gadis.

"Haura Dayana!". Bergegar rumah itu apabila namanya diseru kuat oleh Harris. Lelaki itu terkejut. Terkejut dengan tamparan yang diberikan kerana dia tahu, Haura seorang gadis lembut yang tidak pernah suka akan kekasaran. Bukan Harris sahaja yang terkejut, Ghibran juga turut sama. Namun lelaki itu hanya memilih untuk berdiam diri.

"WHAT?!".

"APA YANG YOU TENGAH BUAT NI?! Takde angin, takde ribut. Tiba-tiba datang tampar I! Kalau I ada salah, cakap". Harris marah. Harris marah Haura buat pertama kalinya sepanjang 27 tahun dia hidup bersama dengan gadis itu.

"MEMAMG! MEMANG YOU ADA BUAT SALAH!". Tengking Haura kembali. Tangan kiri Ghibran yang dipegangnya masih belum dilepaskan.

Tarik nafas, hembus nafas.
Tarik nafas, hembus nafas.

Harris mencuba sedaya upaya untuk bertenang kerana dia tahu, jikalau Haura sedang marah dan dia juga sedang marah, akan jadi lebih teruk nanti. Dan Harris tahu, hati perempuan itu lembut. Kalau dia tersalah cakap sedikit, pasti Haura terluka. Dia marah tapi dia tak nak sakitkan hati adiknya itu.

"Fine, princess... Now tell me. What did I do wrong to you?". Suara Harris yang kuat menengking tadi sudah berubah menjadi lembut semula. Semarah mana pun dia terhadap Haura sekarang ini, dia tidak pernah mahu melukai hati gadis itu sedikitpun.

"Not to me! But to Ghibran!".

Serta-merta mata Harris terkalih pada Ghibran yang sedari tadi berdiam diri. Sedikitpun jejaka itu tidak berkata apa. Mungkin tidak mahu ikut campur dalam hal dia dan Haura ini.

"I nak tanya you, abang. Jujur dengan I. Sebelum you ambil Ghibran sebagai pengawal peribadi I, you kenal tak dia? Tahu tak kisah silam dia?!". Soalan-soalan Haura itu membuatkan Harris terdiam seribu bahasa. Satu, dia sedang menyusun ayat untuk menjawab soalan-soalan itu. Dua, dia terkejut kerana Haura sudah tahu akan hal ini. Dia dah jangka yang Haura akan marah. Dia tahu.

" JAWAB LA HARRIS KHAIZURAN!". Pekik Haura lagi setelah beberapa saat lamanya Harris mendiamkan diri.

"Ya, I tahu--".

PAM!

Dan sekali lagi pipi Harris ditampar oleh si gadis. Kali ini Harris tidak marah. Dia tahu, ini silap dia.

"Cik Haura--". Dan kalini ini juga, Ghibran cuba menghentikan Haura.

"You diam, Ghibran!". Haura memberi amaran.

"Dalam banyak-banyak orang atas dunia ni, you chose a person with a disability to be my bodyguard huh?! Apa you takde hati perut ke, Harris?! You tahu betapa degilnya I, betapa nakalnya I, betapa banyaknya I akan susahkan dia kalau dia jadi pengawal peribadi I and you still chose him?! You tak kesiankan dia ke? You nak dia handle manusia macam I ni?".

Mungkin akan nampak macam dramatik tetapi Haura memang macam ni. Dia akan cepat kesiankan orang. Lebih-lebih lagi, dalam situasi ini, Ghibran; lelaki yang sudah kehilangan sebelah daripada tangannya. Dan sekarang lelaki yang sama perlu menjaga dirinya? Gadis yang degil dan mengada dan suka buat hal ini? Dia tak terbayang kalau dia tak pernah tahu akan hal ini, sampai bila lah dia akan menyusahkan Ghibran. Tambah pula dengan trauma masa lalu di Filipina dulu yang belum pulih dalam diri Ghibran. Harris tak terfikir ke it will be troublesome for Ghibran to be Haura's bodyguard? Ya, itu yang membuatkan Haura marah.

Panggil lah Haura Dayana dramatik sekalipun. Segedik-gedik mana pun dia, nasib orang lain juga perlu diutamakan. Kalau Ghibran tetap menjaga dirinya yang sudah serupa manusia liar ini, apa nak jadi dengan lelaki itu? Silap-silap, tangan kanannya pula yang hilang nanti.

Haura tarik lagi tangan kiri Ghibran ke hadapan lalu sarung tangan hitam yang menutupi tangan besi itu dibuang lalu dicampak ke lantai.

"You see this, Harris?!".

"I do, princess". Harris menjawab dengan rasa bersalah. Dia tahu, dia tak patut suruh Ghibran yang pikul tanggungjawab untuk menjaga adiknya yang satu ini. Banyak lagi orang lain yang lebih berkemampuan. Silap dia kerana tidak memikirkan perasaan Ghibran dan sekarang membuatkan Haura risau tentang nasib yang akan menimpa lelaki itu jikalau Ghibran terus menjadi pengawal peribadi adiknya itu. Tapi... Harris punya sebabnya yang tersendiri.

By the way, apa sebab Harris tetap nak gajikan Ghibran sebagai pengawal peribadi Haura erk?



Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro