15- First Friend?

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

SELAGI tak cukup 12 jam waktu bekerja Ghibran, selagi tu dia tak akan balik. Itu prinsip kerjanya. Dan sekarang ini dia sedang berdiri di sisi Haura yang sedang duduk di sofa di rumah keluarga Tan Sri Amin itu. Ada hal yang perlu mereka bincangkan.

"You buat apa siang tadi, princess?". Suara Harris kedengaran tegang. Ya, dia tahu tentang kejadian siang tadi. Kejadian di mana Haura memaksa Ghibran untuk berpura-pura menjadi teman lelakinya. Ini mesti Ghibran yang laporkan semuanya dekat Harris ni. Ish, tak boleh simpan rahsia langsung!

Agak-agaknya kan... part yang Ghibran cium pipi Haura tu... lelaki tu cerita tak dekat Harris?

"Buat apa, apa? Kerja la". Jawab Haura secara acuh tak acuh sambil menilik kukunya. Seolah tidak gentar sedikit pun dengan nada tegang Harris itu. Ghibran pula yang risau untuknya.

"Can you please just once, just one time, answer me properly? Please, Haura Dayana". Harris memang penyabar orangnya kalau dengan Haura tapi kalau dah banyak kali dia bersabar, tak tahan juga dia. Akan terlepas juga amarahnya nanti.

"Yang you sibuk sangat ni kenapa? Oh, I know... You takut media kecoh lepastu diorang serang you atas apa yang I buat siang tadi kan? Apa yang you gelabah sangat ni? Chill sudah lah". Haura memandang malas wajah abangnya itu.

"Sumpah Haura, I dah penat layan karenah you yang tak sudah-sudah nak buat hal. Tak sudah-sudah nak menyusahkan--".

"What did you just say?". Haura perlahan-lahan bangun daripada duduknya dan melangkah mendekati Harris. Puan Sri Khalida yang masih duduk di sofa bersama Tan Sri Amin kelihatan gelisah melihat pergaduhan yang bakal tercetus antara dua anak kandungnya ini.

" I said, I have had enough with you troubling me. I dah malas nak jaga you, Haura". Tiada lagi panggilan mesra berbunyi 'princess' itu dan hal ini la yang membuatkan Haura sedar yang Harris sudah betul-betul penat melayannya.

"You promised me! You promised to take care of me forever! Haura ni adik abang!". Pekik Haura membuatkan Puan Sri Khalida semakin risau dan cuba ingin menenangkan anak daranya itu namun Tan Sri Amin menghalang.

"Only if you behave properly from now on. No more buat hal, no more buat media kecoh dengan sebab yang mengarut. No. More. Kalau ada lagi, then I will break the promise I have made". Kata-kata Harris itu cukup untuk membuatkan Haura mengamuk di situ juga. Namun, dia tahan sehingga habis merah mukanya.

"Fine! Fine! Abang boleh hidup dalam dunia abang sendiri. Tak perlu kisahkan Haura lagi! Bila media cari abang nak tanya tentang Haura, abang cakap je yang adik abang dah mati! Atau abang cakap je abang dah tak kenal Haura! Itu yang abang nak kan?!". Tengking Haura kuat membuatkan Harris bangun daripada tempat duduknya dan tangannya diangkat tinggi untuk menampar wajah adiknya dek kerana kata-kata gadis itu yang dianggap sudah keterlaluan itu.

Namun, tak sempat tangannya diturunkan ke pipi Haura, ianya seakan terhenti di udara. Ditahan oleh seseorang.

"Don't lay your hand on her, Harris. She's important to me more than you know". Bisik Ghibran ditelinga Harris membuatkan lelaki itu dengan serta-merta berundur ke belakang. Puan Sri Khalida dan Tan Sri Amin yang sempat mendengar kata-kata Ghibran itu memandang sesama sendiri.

Haura yang menyaksikan segala hal itu makin serabut jadinya. Dia mencapai beg tangannya dan kunci kereta yang diletakkan di atas meja kopi itu secara menonong lalu berlari keluar daripada rumah itu.

SAMPAI sahaja dia di hadapan Mercedes G-Class nya, sewaktu dia ingin membuka pintu kereta yang berkunci itu, dia baru perasan yang kunci di tangannya tidak mempunyai keychain Pinky Pie.

"Eh?". Terhenti sekejap air matanya yang mengalir tadi dek kerana kekeliruan yang tiba-tiba hadir.

Haura pun belek lah lagi kunci yang dipegangnya itu. Makin bertambah keliru dia dibuatnya. Kunci itu bukan sahaja tiada rantai kunci Pinky Pie itu, malahan kunci ini juga tiada lambang Mercedes! Ini bukan kunci Mercedes! Yang ada cuma lah lambang Chevrolet yang berwarna kuning keemasan itu.

"Ini...".

"Itu kunci saya, Haura. Awak nak bawa kereta saya ke, nak lari rumah ni?".

Haura berpaling ke belakang dan terlihat Ghibran berjalan mendekatinya. Dengar sahaja cara percakapan kasual yang dituturkan oleh Ghibran itu membuatkan Haura menilik jam tangannya.

Patut lah kasual semacam aje. Dah pukul 8.03 malam rupanya. Cepat betul berubah. Macam Transformers.

"Siapa cakap?! Ambil lah balik ni!". Terkocoh-kocoh Haura berjalan ke arah Ghibran lalu meletakkan kunci itu dengan kasar ke atas telapak tangan si jejaka. Tetapi malang tidak berbau saat Haura sekali lagi cuba untuk pusing ke belakang dan lari daripada Ghibran apabila kakinya yang masih memakai kasut tumit tinggi itu terpeleot lalu dia jatuh terduduk ke atas lantai.

"Oww!!!". Jeritnya kuat.

"Ish lantai ni!". Dia memukul-mukul lantai tempatnya jatuh tadi sehingga merah kedua telapak tangannya. Lepastu mula lah nak melalak dekat situ. Yela kaki dah sakit, pakej pula sekali dengan kedua tangannya yang turut juga sakit. Memang si manja ni menangis teruk la.

"Sakit...". Satu...

"Jahatnya lantai ni...". Dua...

"Sa...". Tiga...

"SAKITNYAAA!!! HUWAAAA!!!". Dan di situ juga la Haura menangis dan merengek seperti budak lima tahun yang baru lepas jatuh basikal. Habis tacapan mukanya mulai cair. Kasut tumit tinggi itu dilepaskan daripada kedua kakinya lalu dicampak jauh daripadanya.

Baru sahaja Harris yang muncul di hadapan pintu itu mahu pergi menolong tuan puteri kesayangannya itu, tindakannya terhenti apabila Ghibran terlebih dahulu duduk bersila di atas lantai berhadapan dengan Haura. Ingin membantu gadis itu.

"GHIBRANNN!!! SAKITTT!!!". Pekik Haura sehinggakan jiran di pagar sebelah kelihatan seperti mahu menjenguk melalui pagar mereka untuk melihat apa yang terjadi. Malam-malam pun sibuk nak jaga tepi kain orang.

"Ya, tahu. Saya tengokkan boleh?". Pinta Ghibran lembut.

"TENGOK AJE LA! HAAAA SAKITTTT!!!". Makin lama, makin kuat pula perempuan ni melalak. Hampir tercabut telinga Ghibran dibuatnya. Manusia bernama Haura ni memang takde butang nak perlahankan suara dia ke? Boleh pekak Ghibran kalau hari-hari macam ni.

"Haura... Saya tahu awak tengah sakit sekarang ni tapi boleh perlahankan sikit suara tu? Jiran-jiran dan intai dah tu". Pesan Ghibran sambil-sambil tangannya membelek pergelangan kaki Haura yang membiru itu.

"TAK BOLEH! I SAKIT LA! YOU TAK FAHAM KE!?!!". Lengan Ghibran dihempuk berkali-kali oleh si gadis itu menandakan yang Haura betul-betul marah sekarang ni. Yela, orang tengah sakit, dia suruh diam pula!

"Faham, Haura Dayana... Jangan lah pukul saya, nanti saya pula yang sakit". Pujuk Ghibran. Sakit wo Haura pukul. Sampaikan lengan Ghibran dah rasa macam nak lerai sahaja daripada bahu ni. Tangan kecil je, dia punya pukul tu pedas!

"Macam ni... Saya bawa awak pergi klinik, lepastu kita keluar makan. Nak?".

Terus reda sedikit tangisan Haura apabila ditawarkan untuk ditemani makan oleh Ghiran. Haura suka makan!

"Tapi waktu kerja you dah habis".

Sob...
Sob...

Masih kedengaran ya sisa tangisan Haura itu. Budak manja, memang susah lah nak berhenti menangis. Bertabah lah kepada sesiapa yang bakal menjaga Haura selepas ini.

... ehem, ehem, Zayd Ghibran, ehem, ehem...

"Takpe. Saya teman sebagai kawan. Boleh?".

"Tapi you kan tak nak kawan dengan I...". Tertunduk Haura saat dia menuturkan kata ini. Teringat pula di akan pernyataan Ghibran beberapa hari lepas.

"Change of plan. From now on, me, Wan Zayd Al Ghibran bin Wan Zulkarnain is Haura Dayana binti Amin's first friend no matter dalam waktu berkerja ataupun bukan. Is that okay with you?".

Haura tersenyum segaris sebelum akhirnya dia mengangguk laju.

"Pergi klinik dulu lepastu saya teman awak makan, okay?". Tanya Ghibran buat kali kedua.

"Okay!".

"Jom". Ghibran bangun dan tangannya dihulurkan untuk disambut oleh Haura bagi membantu gadis itu untuk bangun berdiri.

"Dukung boleh? Hehe... Kaki I sakit...". Rengek Haura dengan suara manjanya seraya kedua belah lengannya disuakan ke hadapan. Menunggu Ghibran untuk mendukungnya.

Sangkanya, Ghibran akan menolak. Yela, Ghibran ini tak nampak macam lelaki yang tidak akan sesuka hati menyentuh perempuan (kecuali kes siang tadi). Tapi Haura cukup terkejut apabila Ghibran betul-betul mendukungnya; bridal styled, lalu berjalan ke arah Camaro hitamnya yang terparkir di luar pagar yang terbuka itu.

"Betul-betul dukung erh?".

Ghibran hanya membalas dengan sebuah senyuman.

'Anything for you, cheri'.

"You are indeed so important to him more than anyone would know, Haura". Harris yang sedari tadi memerhatikan mereka itu hanya mampu tersenyum.

Puan Sri Khalida yang berada di belakangnya lalu berkata, "Harris... Harris dah sedia nak lepaskan Haura?".

"She will forever be my princess, bonda. Macam dia cakap, dia adik kandung Harris. Sampai bila-bila dia akan jadi adik kandung Harris. But now... tanggungjawab Harris dah selesai".

"You have been a good brother to Haura, Harris. Papa bangga dengan Harris". Bahu Harris ditepuk dua kali oleh Tan Sri Amin.

'Haura. Tanggungjawab abang untuk Haura dah selesai. Abang harap, Haura boleh terima semuanya. Abang minta maaf... Haura akan selalu jadi puteri kesayangan abang'.

I only have hope left for this story just because of the cuteness of Haura Dayana. Kalau tak, memang author unpublish T-T...

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro