27- Carrot Susu

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"ELOK-ELOK makan tu Haura. Abang risau takut awak tercekik tulang ikan tu karang". Ghibran menegur Haura yang tampak penuh berselera menjamu ikan celup tepung di tepi pantai itu. Sampai habis hujung bibirnya terkena sos cili. Sudah la kawasan itu terdapat luka kecil kesan tamparan Elman tadi.

"Elok-elok lah ni". Haura menjeling Ghibran tajam. Amboi, marahnya. Yela, siapa aje suka diganggu ketika makan kan?

"Garangnya, Haura. Tu mulut tu dah tak sakit ke?".

Geram dengan Ghibran yang seolah-olah sedang menganggunya makan itu, dia meletakkan baki ikan yang dipegang dengan kasar ke dalam pinggan yang ada di hadapannya itu sebelum mencebikkan mulutnya. Tubuhnya dipeluk. Marah!

" Yela yela, abang tak kacau awak makan dah. Awak makan la. Abang tunggu". Puas menjeling Ghibran, Haura akhirnya menghentikan perbuatannya yang seolah-olah sedang merajuk hangat-hangat tahi ayam itu sebelum akhirnya menyambung makan ikan celup tepungnya.

Laju betul mulutnya mengunyah. Ikan ni sedap! Haura suka.

"Ni berapa hari abang boleh guna perkataan 'abang' dengan Haura ni? Haura dah tak marah abang? Abang takut nanti awak pukul abang je kalau abang terus guna perkataan ni". Ghibran menyindir Haura di hujung katanya kerana dia ingat lagi sewaktu Haura betul-betul marah akan dirinya apabila buat pertama kalinya dia menggunakan semula nama panggilan itu di hadapan si isteri sebulan yang lepas.

"Tiga hari".

"Je?". Kecewa Ghibran dibuatnya. Paling lama diharapkannya ialah seminggu. Sekurang-kurangnya sampai dia akhirnya perlu pergi lapor diri nanti.

Ya, hal pekerjaan Ghibran sudah selesai. Dia akan meneruskan pekerjaannya sebagai salah seorang anggota di pejabat Angkatan Tentera Laut Diraja Malaysia di Perak. Dengan syarat, kalau dia diminta untuk berlayar atas apa sebab sekalipun, dia akan sekeras-kerasnya menolak. Baginya, dengan kekurangannya ini, dia sudah tidak berkemampuan untuk berkhidmat melindungi negara. Biar la dia duduk di belakang tabir sahaja.

"Haura masih marahkan abang selagi abang tak bagi tahu Haura sebab kenapa abang tinggalkan Haura lima tahun lepas. Ni Haura baik dengan abang pun sebab Haura kesian dekat abang lepas abang kena pukul dengan Elman tadi". Haura sudah mulai berkata-kata dengan nada seriusnya. Ikan tadi diletakkan kembali ke dalam pinggan.

"Kenapa susah sangat abang nak bagitahu Haura? Dah sebulan Haura tunggu". Haura menyambung katanya. Ayatnya yang terakhir itu kedengaran sayu sahaja.

"Abang nak Haura ingat abang dulu". Jawapan Ghibran membuatkan Haura terdiam. Terpaku. Apa maksud Ghibran?

"Abang nak Haura ingat abang betul-betul dulu. Even when you never say it, deep down, I know that I am nowhere in your memory. Haura langsung tak ingat abang kan? Dalam hati Haura yang mungkin ada terukir sikit nama abang dulu, mesti dah hilang kan? Sebab tu lah abang nak Haura ingat abang dulu. Abang nak Haura ingat semua tentang kita dulu. Abang tahu permintaan abang ni melampau. Abang minta maaf". Masuk je kali ini, dah berapa ribu kali Ghibran meminta maaf. Sekalipun tidak dibalas oleh Haura. Susah.

"Kalau nanti keadaan dah kembali seperti dulu, di waktu di mana nama abang dah kembali ke memori Haura... Haura bagitahu abang. Abang akan cerita kan semuanya daripada awal sampai akhir. Kenapa abang tinggalkan Haura dan macam mana Haura boleh tak ingat abang langsung. Abang tahu semua dan abang akan ceritakan semua dekat Haura bila dah sampai masanya nanti". Panjang lebar Ghibran berkata-kata. Memberikan penjelasan dan alasan yang cukup boleh diterima oleh Haura. Dalam erti kata lain, Ghibran menyuruh Haura untuk menunggu dan Haura boleh melakukan hal itu.

"Tapi... Macam mana Haura nak ingat? Betul lah abang cakap, Haura langsung tak ingat abang. Kosong. Seolah-olah abang ni orang asing yang tiba-tiba muncul dan mengaku jadi suami Haura". Haura berkata jujur. Tidak guna dia menyembunyikan perasaannya yang satu ini.

"As I already said, you have me now. You don't have to do anything alone anymore because from now on, I will help you with everything. Abang akan tolong Haura untuk ingat abang kembali. Untuk Haura ingat memori kita".

Perlahan-lahan Haura mengangguk. Dia nak menangis sebenarnya tapi air matanya ditahan. Nanti tak pasal-pasal eyebags berkilo di bawah mata. Balik daripada kampung ni, dia ada photoshoot. Susah lah nanti kalau ada eyebags.

"So now, tak payah pening-pening. Haura makan aje dulu".

"Okay...".

"Haura nak bungkus apa-apa tak? Abang boleh pesankan". Tanya Ghibran. Dia nampak berselera sangat Haura makan tadi, jadi baik lah kalau dia tapau bawa balik rumah Tok Zain sikit. Nanti takut tengah malam, bini nya ini tiba-tiba lapar kan? Atau takut-takut la ikan celup tepung ni masih terngiang-ngiang di kepala Haura pukul 3 pagi nanti.

"Tak nak la, Haura dah kenyang". Si isteri menggosok-gosok perutnya sendiri menandakan yang dia sudah betul-betul kenyang. Mana taknya, dia sudah menghabiskan dua ekor ikan celup tepung, sepinggan sotong celup tepung dan sepinggan udang celup tepung. Nak kata Haura makan banyak? Ya. Jangan judge.

"Betul ni?". Ghibran jadi curiga dengan Haura. Kaum Hawa ni bukan boleh diagak. Cakap je tak nak, nanti pagi-pagi buta melalak nak itu ini.

"Abang tak percayakan Haura ke?". Sudah mula dia mahu menayang muka mencebiknya itu.

"Percaya, Haura. Abang nak pastikan aje". Dalam hati sebenarnya 50/50. Dia yakin nanti tengah malam, Haura akan merengek kelaparan. Sama seperti isteri-isteri lelaki-lelaki lain. Dah nama pun perempuan, memang sukar dijangka. Maka dengan itu, Ghibran sudah bersiap-sedia untuk redha jika tidurnya bakal terganggu malam nanti.

"BANGUN...".
"GHIBRAN...".
"ABANG...".

Kan aku dah cakap. Haura ni sama aje dengan isteri-isteri lain kat luar sana. Mengandung tak mengandung, kalau dah namanya isteri memang semua sama aje.

Bahu Ghibran yang sedang tertidur lena di lantai yang berlapikkan tilam lembut itu digoyang-goyangkan oleh Haura. Bergerak-gerak badan Ghibran dibuatnya.

"Hm... Haura?". Dalam keadaan yang masih mamai, dia bangun daripada pembaringannya dan bersandar di sisi katil. Sempat dia menguap sekali sebelum akhirnya matanya dicelik sepenuhnya untuk memandang Haura.

"Haura dahaga...". Oh, dahaga.

"Jom abang teman pergi dapur". Tanpa aba-aba, Ghibran menawarkan dirinya sebagai peneman. Ala, setakat Haura nak minum air putih. Apa lah sangat kalau dia temankan kan? Risau juga dia kalau terjadi apa-apa kepada gadis ini di dapur nanti jikalau tidak berteman.

"Abang...".

"Ya, Haura. Abang kat sini".

"Haura nak minum air carrot susu boleh". Ha sudah. Yakin je tadi ingatkan Haura nak minum air putih aje. Sekali dia request carrot susu tengah-tengah malam ni. Mana la Ghibran nak cari ni.

"Mana abang nak cari carrot susu malam-malam ni, cheri?".

"Ish, mana lah Haura tahu! Abang carikan la. Ini semua salah abang tau". Aik? Ghibran pula yang dipersalahkan? Member tu baru aje bangun kurang daripada 3 minit yang lepas.

"Kenapa salah abang pula ni, Haura?". Tergeleng-geleng kepala Ghibran melayan karenah Haura yang satu ini.

"Salah abang sebab abang tak tidur dengan Haura atas katil semalam menyebabkan Haura mimpi yang Haura minum carrot susu lepastu Haura craving. Kalau abang tidur sebelah Haura semalam, mesti Haura tak mimpi bukan-bukan". Lah, macam tu pula?

"Eh, bukan awak ke yang suruh abang tidur kat bawah semalam? Bukan-".

Pap!

Belum sempat Ghibran dah habiskan ayatnya, Haura mendebik dulu lengan sasa lelaki itu. Mendesis dia kesakitan. Sakit wo, tangan kecil tu berbisa.

"Salah Haura juga ke? Abang tu yang tak bantah kenapa?". Haura menjeling Ghibran.

"Yela, Haura. Salah abang. Tapi mana abang nak cari carrot susu ni?". Enggan memanjangkan pergaduhan mereka, Ghibran iyakan sahaja semua kata-kata Haura situ. Membiarkan isterinya menang dalam pergaduhan kecil ini.

"Abang buatkan boleh?". Terkedu sekejap Ghibran mendengar permintaan Haura itu. Bukan apa, cuma... Dia bencikan lobak merah. Makan, minum, sentuh, bau, semua dia tak suka buat jika melibatkan lobak merah. Entah kenapa. Sejak daripada dia kecil lagi, memang sudah begitu.

" Abang suruh Anika buatkan esok boleh? Atau abang suruh dia beli aje".

Laju Haura menggeleng.

"Tak nak. Haura nak sekarang. Haura rasa, carrot lebih yang diorang guna untuk kenduri siang tadi ada lagi dalam peti ais atuk. Ada dalam dua batang macam tu, Haura tengok siang tadi. Abang buatkan eh?".

Ghibran berfikir sebentar sebelum akhirnya dia mengangguk. Takpela, Ghibran. Mengalah dengan isteri sekali sekala. Apa salahnya kan?

Tanpa berkata apa, Ghibran bangun daripada duduknya dan menyarungkan sehelai baju T yang ada disangkut di penyangkut baju di belakang pintu. Lilitan kain pelikat di pinggangnya itu dikemaskan.

"Abang marah Haura ke?". Perlahan sahaja Haura bertanya.

"Tak, Haura". Abang tengah fikir macam mana abang nak atasi kebencian abang pada lobak merah tu nanti. Setengah daripada ayatnya dikatakan dalam hati sahaja. Malu lah dia jika Haura tahu dirinya yang merupakan bekas Leftenan pasukan TLDM ini bencikan lobak merah sampai macam tu sekali.

"Abang tak marah Haura la. Jom teman abang dekat dapur. Ke awak nak duduk dalam bilik je tunggu abang?". Ghibran membuka mulutnya lagi di saat dia lihat Haura masih duduk bersimpuh di atas lantai bilik itu, bersebelahan dengan tilam lembutnya.

"Haura takut duduk sorang-sorang...".

"Jom, cheri. Teman abang kat dapur". Tangan Haura dipaut olehnya lalu gadis itu dibantu untuk berdiri.

🥕 Missing part... 🥕

Tersengguk-sengguk Haura menunggu Ghibran yang sedang membasuh dua batang lobak merah itu. Dia mengantuk sebenarnya. Tapi kalau dia tertidur, siapa yang nak minum carrot susu tu nanti kan?

"Ni abang buatkan carrot susu banyak-banyak ni, Haura nak minum sampai bila?". Tanya Ghibran yang sedang membelakangi isterinya itu.

"Haura minum selagi kita dekat kampung. Abang simpan aje dalam botol kosong nanti lepastu letak dalam peti ais. Boleh kan?".

"Boleh... Haura suka betul dekat lobak merah ya? Jadi macam Pie pulak dah". Ghibran ketawa kecil.

"Abang samakan Haura dengan rabbit?!".

"Pie comel. Haura pun comel". Ghibran berpaling ke arah Haura sambil membawa dua batang lobak merah itu ke hadapan si isteri yang sedang menongkat dagu di atas meja makan di dapur itu berhadapan dengan sebuah papan pemotong dan sebilah pisau. Kerusi di hadapan Haura ditarik lalu diduduki oleh Ghibran.

Dia kemudiannya mulai memotong lobak merah itu.

Sunyi seketika suasana apabila Ghibran fokus memotong.

"Ni abang dah buatkan Haura carrot susu ni, Haura masih nak benci abang sampai mati?". Soalan deep itu tiba-tiba sahaja keluar daripada mulut Ghibran membuatkan lidah Haura kelu.

Siapa geng tak suka carrot dekat sini?
Angkat tangan anda!

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro