33- Untukmu Aku Bertahan

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

HARI ini, Ghibran ada hal berkenaan pekerjaannya yang perlu dia selesaikan. Sudah dia tanyakan kepada Haura samaada wanita itu ingin mengikutinya ataupun tak namun Haura berkata tidak. Alasannya, penat perjalanan daripada Kelantan ke Kuala Lumpur masih belum hilang. Jadi, dia mahu berehat sahaja di rumah.

Maka, untuk mengelakkan Haura daripada terus bersedih dek kerana hal semalam, Ghibran menjemput seseorang untuk menjaga wanita itu di rumah mereka. Siapa? Nantikan...

"Hai, princess". Ya, orang itu ialah Harris Khaizuran. Orang yang Haura paling tak nak tengok buat masa sekarang. Kisahnya, Haura masih terasa kes dia ditampar oleh Harris lebih kurang sebulan yang lepas.

Haura menjeling sahaja figura yang sedang duduk berhadapan dengannya itu. Sejak daripada Ghibran bergerak ke Perak tadi, sudah 80 000 ribu kali Harris menyapa Haura. Satu sapaan pun Haura tak balas. Dia buat tak tahu je. Malas nak melayan abang tunggalnya itu. Haura masih mahu merajuk!

"Princess, you still marahkan I ke?". Harris mengeluh sekali sebelum akhirnya dia mengajukan soalan itu. Walau apa pun caranya, Harris perlu berbaik dengan adik manjanya ini. Bonda dan papa sudah mulai bising kerana Haura sudah lama tidak balik ke rumah hanya kerana pergaduhannya dengan Harris.

"You boleh diam tak? I tak nak bercakap dengan you". Haura akhirnya bersuara setelah lama mendiamkan diri.

"You just did". Harris senyum senget membuatkan Haura segera berpaling ke arahnya. Alat kawalan jauh televisyen dan jajan yang dipegang diletakkan secara kasar ke atas meja kopi di ruang tamu itu. Matanya tajam mencerlung ke arah Harris. Dia betul-betul tiada angin nak layan Harris hari ini. Kalau boleh, dia nak duduk sorang-sorang. Dia penat.

"Ghibran suruh teman aje kan? Yang you banyak mulut sangat ni kenapa?".

"You pula kenapa asyik nak marah I je?". Soalan Harris ini makin membuatkan hati Haura membara. Dia yang rasa malas nak melepaskan amarah tadi, kini sudah terbakar marak. Boleh Harris tanya soalan bodoh macam tu?!

"You tanya I?! Tanya la diri sendiri tu!".

"Kalau sebab I tampar you haritu, I minta maaf. Bukan niat I nak lukakan you. You pun tahu macam mana sayangnya I dekat you kan? You adik I, Haura. I tak akan pukul you sesuka hati. I slapped you that day because you talked to your husband s--".

"Apa? Kurang ajar? Haura bercakap dengan dia kurang ajar? Abang takut dia terasa? Habis tu Haura ni? Haura ni macam mana? Siapa nak kisahkan perasaan Haura?". Bergetar suara Haura menjelaskan perasaannya yang sudah terbuku lama. Perasaan geram dan sedih terhadap perlakuan Harris terhadap dirinya. Perasaan yang menganggap tiada satu pun manusia yang kisah akan apa yang dia rasa.

" Tak, bukan tu maksud abang--".

"Abang tahu kan dia buat apa dekat Haura? Abang tahu kan?! Haura terluka, abang! Lepas lima tahun baru dia muncul balik dan Haura tak ingat satu benda pun tentang dia. Tentang kami! Abang ingat Haura tak terluka ke? Abang ingat Haura tak sakit hati? I felt so useless, so frustrated that I know absolute nothing! Ada abang kisah tentang tu? Ada abang tanya apa yang Haura rasa? Yang abang tahu... Ghibran! Ghibran! Ghibran!". Haura menengking abangnya.

" Haura Dayana!". Terus Harris bangun daripada duduknya. Dia berjalan ke arah Haura yang masih terduduk itu. Berdirinya dia di hadapan Haura ini sedang menahan diri daripada menceritakan segala yang terjadi lima tahun lepas. Tapi... dia sudah berjanji dengan Ghibran...

'Maafkan aku, Ghibran'. Bicaranya di dalam hati.

"Dia pun terluka, Haura... Dia nampak kuat tapi dia pun terluka. Haura ingat Ghibran suka-suka aje ke nak pergi tinggalkan Haura selama lima tahun lamanya tu? Haura ingat dia sanggup? Dia tanggung luka dia sendiri selama lima tahun lamanya. Luka rindukan isteri sendiri yang dia tak boleh nak jumpa langsung. Haura ingat dia sanggup ke? Setiap hari, Haura... Setiap hari dia datang jumpa abang. Merayu dekat abang untuk jumpa Haura. Haura ingat Ghibran tu kuat sangat ke? Mungkin depan Haura, ya. Dia tak pernah tunjuk dekat Haura apa-apa yang dia rasa. Sebelum abang tanya Haura apa yang Haura rasa, Haura pernah tak tanya suami Haura tu apa yang dia rasa? Lima tahun terpaksa berjauhan dengan isteri tercinta, bila dah ada peluang jumpa balik... macam ni Haura layan dia?". Ulasan panjang Harris itu betul-betul membuatkan Haura terdiam. Lelaki itu pun terluka...?

" Jangan lah penting kan diri sendiri sangat, Haura. Fikir la juga perasaan Ghibran. I mengaku silap I sebab tampar you haritu. But if you proceed to talk to him like that, I have to educate you. You tak boleh kurang ajar dengan dia sebab Ghibran tu suami you yang dah korbankan segalanya untuk you. You kena tahu tu, Haura".

GHIBRAN melipat kedua lengan kemejanya hingga ke siku. Tiga butang teratas kemeja itu juga turut dibuka. Panas! Dia baru sahaja pulang daripada menguruskan hal kerjanya di Perak. Ya, Ghibran pergi balik hari kerana tidak sanggup untuk meninggalkan isterinya sendiri di rumah lama-lama.

Pintu utama yang dibuka tadi dikunci semula daripada dalam dan apabila dia baru sahaja berpaling membelakangi pintu itu, hampir sahaja jantungnya tercabut. Di hadapannya sekarang berdiri Haura yang memakai baju kelawar dan muka yang ditampal dengan sheet mask. Naik ke dada tangan Ghibran. Mengusap-usap kawasan itu untuk menenangkan diri sendiri.

"Assalamualaikum isteri saya". Ghibran tersenyum memandang Haura. Haih, hilang penat memandu seharian apabila mata itu menatap wajah si isteri yang comel molek itu.

"Waalaikumussalam".

"Haura tunggu saya ke?". Soal Ghibran.

"Aku ada masak untuk kau. Dekat dapur". Haura tidak menjawab soalan suaminya itu. Sebaliknya, dia menukar topik. Malu lah dia kalau dia mengaku yang dia memang sedang menunggu Ghibran tadi.

"Ya? Isteri saya ni masak apa?". Sebenarnya... Ghibran tahu yang Haura ni kurang pandai sikit memasak. Ada sesetengah lauk yang Haura pandai, sesetengah lauk kalau dia masak memang hangus dengan periuk-periuk sekali. Bimbang juga la Ghibran dibuatnya tatkala ini. Namun, dia kekalkan senyumannya. Dia bersyukur kerana Haura sanggup masakkan makan malam untuknya.

"Tom yam. Itu je yang aku pandai. Kau nak makan ke tak? Kalau tak nak, tak apa. Aku simpan je dalam peti ais".  Haura perasan aje wajah Ghibran yang seakan-akan kepenatan itu. Jadi, dia tak mahu memaksa. Namun... kecewa juga la dia jika Ghibran menolak untuk merasakan masakannya.

"Siapa cakap saya tak nak makan?".

"Aku takut kau dah makan tadi". Perlahan sahaja suara Haura berbicara.

"Ya, saya dah makan. Tapi kalau isteri saya yang masak untuk saya, saya sanggup makan lagi sekali". Ghibran masih lagi mengekalkan senyum manisnya. Wajahnya penat namun senyuman langsung tak pernah pudar buat Haura. Betul lah apa yang Harris cakap, dia juga penat dan terluka cuma dia tak tunjuk saja.

"Jom, teman saya makan?". Ajak Ghibran.

Haura mengangguk lalu mengikut langkah si suami yang sedang ke dapur itu.

Berjalan punya berjalan, akhirnya sampai lah ke dapur. Haura duduk di atas kerusi bertentangan dengan Ghibran. Dia tak mahu makan sebab dia dah makan tadi. Jadi, dia hanya teman Ghibran sahaja. Tunggu suaminya itu merasa masakan yang dimasak buat lelaki itu.

Nasi dicedokkan ke atas pinggan Ghibran lalu Ghibran menyendukkan sendiri dua senduk kuah tom yam masakan Haura ke atas pinggannya. Lalu, tangannya ingin mencapai satu lagi lauk untuk melengkapi hidangan itu namun... tangan Ghibran terhenti. Dahinya berkerut sedikit tak dapat dikawal.

"Tak payah buat muka macam tu kalau tak nak makan. Aku tahu aku tak pandai goreng telur". Haura ingin menarik pinggan yang berisi telur dadar hangit itu ke arahnya untuk menjauhi Ghibran namun lelaki itu sempat menarik kembali pinggan itu ke arahnya.

"Apa yang tak pandai? Ini pandai lah ni. Menjadi je saya tengok". Ghibran lalu mengambil sepotong daripada telur dadar hangit itu lalu meletakkannya ke atas pinggannya.

"Tadi kenapa buat muka berkerut?".

"Sebab seronok tengok telur dadar unik yang isteri saya gorengkan untuk saya ni". Aduh! Ghibran ni! Pandai sahaja dia memutar belit ayatnya menjadi ayat semanis gula. Haura nak merajuk pun tak jadi macam ni!

"Menipu".

Ghibran tertawa kecil sebelum menyuapkan sesuap nasi bersama sedikit telur dadar itu ke dalam mulutnya. Bukan nak menipu tetapi baginya telur dadar itu memang sedap. Cuma, pahit sikit la.

"Tak sedap lah tu". Haura bersuara.

"Sedap, Haura". Dan Ghibran pun makan lagi dan lagi. Sampai bertambah nasi dua kali! Sungguh membuatkan Haura terpaku. Dia masak tom yam dan telur dadar hangit aje kut.

"Kenapa Haura masak untuk saya harini?". Soal Ghibran setelah pinggannya licin.

"Kau penat kan?". Ghibran tanya dia, dia tanya Ghibran balik.

"Hm?".

"Kau pun penat kan? Kau pun terluka kan? Kau pun sedih kan?".

"Apa awak cakap ni, Haura?". Keliru Ghibran dibuatnya.

"I cooked for you as a sign of asking you for your apology. Aku tahu, aku bukan isteri yang baik. Aku kurang ajar dengan kau. Aku lukakan hati kau sebagai seorang suami. Aku... Aku nak minta maaf...". Tertunduk Haura di saat menuturkan kata-katanya itu. Dia sebak apabila teringat semula apa yang diperkatakan Harris siang tadi.

Dia sangka Ghibran akan kepelikan namun lelaki itu hanya tersenyum.

" Terima kasih". Kata yang diucapkan oleh si suami.

"Huh?". Wajahnya diangkat untuk memandang Ghibran semula. Wajah yang penuh dengan kekeliruan.

"Saya dah lama tak makan tom yam Haura. Terima kasih sebab dah ubatkan rindu saya dekat masakan awak. Saya hargai usaha awak, Haura". Ghibran menepuk-nepuk perlahan ubun-ubun Haura.

Comel dooh!

Anyway...
This is the last chapter buat masa sekarang kerana author anda ini sedang berada dalam keadaan kritikal (final papers for final sem).
So, author tinggalkan sekejap sayang-sayangku selama dua minggu, okay?
Jangan rindu tau sob sob...

See you after two weeks!






Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro