36- Almost Revealed

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

PINTU utama itu dikatup oleh Haura.

Sham juga sudah pulang ke rumahnya sebelum sempat dia bertemu dengan orang yang dipintanya untuk dipertemukan dengannya itu tadi. Dia dihalau oleh Haura setelah Haura menganggap semua ceritanya itu dusta dan hanya disebarkan kepadanya untuk memfitnah Ghibran.

Tapi...

"Haura percayakan abang, kan?".

Berpaling sahaja Haura sejurus selepas dia siap mengunci pintu itu, suara garau itu bergema di segenap ruangan rumah. Ghibran kini berdiri tidak jauh daripadanya dengan rambut yang masih lembap.

"Kau dengar semuanya ke?". Soal Haura seraya dia menantang hebat pandangan mata layu Ghibran. Sepasang mata yang seolah merayu agar si isteri mempercayai dirinya lebih daripada orang luar.

Ghibran mengangguk. Benar. Dia sudah berdiri di situ sejak awal lagi. Ghibran mendengar segala apa yang diceritakan oleh Sham.

Ghibran kemudian mengulang semula soalannya...

"Haura percayakan abang, kan?".

"Macam mana aku nak percayakan kau bila kau tak pernah ceritakan apa-apa pun dekat aku? Apa lagi yang kau rahsiakan daripada aku, Ghibran? How much more time do you wanna wait until you tell me the whole story?". Haura melangkah mendekati Ghibran.

"Abang dah cakap Haura... Abang nak--".

"Stop. Stop using that nickname. Aku... Aku dah ingat kau, Ghibran! Apa lagi yang kau nak tunggu? Kau nak tunggu sampai beribu fitnah lagi sampai ke telinga aku ni baru kau nak bagitahu aku cerita sebenar?". Marah Haura. Jujurnya, dia keliru. Dia tidak tahu kepada siapa dia harus percaya. Dia dambakan kebenaran dan Sham datang bercerita, bukannya Ghibran. Itu sahaja jawapan yang dia punya.

Ghibran kehilangan katanya.

" I know... I can only trust you. You are my husband after all... But he came with a story while you don't even have any. Aku keliru. Aku tak tahu kepada siapa aku nak percaya, Ghibran. Kenapa semua orang nak seksa aku macam ni?". Tanpa sedar, kedua mata cantik itu mengalirkan airnya. Haura menangis.

Tak sanggup melihat isterinya menangis seorang diri, Ghibran segera membawa Haura ke dalam dakapannya. Dia sudah tidak kisah jika wanita itu mahu memarahinya sekalipun. Dia tidak kisah.

Tangannya menggosok-gosok bahagian belakang Haura seraya wanita itu menangis teresak-esak di dalam pelukannya.

"I wanna know the truth, Ghibran. Apa yang jadi dekat aku. Macam mana aku boleh lupakan kau. Kenapa kau tinggal aku selama 5 tahun tu. A-apa yang dah jadi dekat anak kita. Aku nak tahu semua tu, Ghibran. Please tell me everything, I can't bear the suffering anymore. It hurts me, Ghibran". Tangan kecilnya menumbuk-numbuk dada si suami. Haura betul-betul terdesak untuk mendengar cerita itu keluar daripada mulut Ghibran sendiri. Dia sudah tidak sanggup ingin mendengar suara-suara mindanya yang sibuk menghasutnya agar mempercayai fitnah yang ditabur oleh Sham itu tadi.

"Abang minta maaf, Haura...".

"Tell me the truth!". Desak Haura lagi. Dia menjerit bersama tangisannya yang masih tersisa.

"I will tell you the truth. Kita balik rumah bonda sekarang. Bonda, papa, mommy, Anika and Harris will be my witnesses. Our wedding album will be my witness in my defence when I tell you the story. Kita balik rumah bonda dan abang akan ceritakan semuanya dekat Haura. Kita balik rumah bonda sekarang, ya?". Ghibran melepaskan pelukannya dan memegang kedua belah pipi basah Haura. Matanya merenung lembut ke dalam mata Haura. Dia kemudiannya menarik kepala Haura agak mendekati bibirnya lalu dahi licin Haura dicium sekilas.

" Whatever the truth is, abang sayang awak, Haura. Abang sayang awak. Abang sayang awak sebagai isteri abang. Abang nak awak tahu yang abang tak pernah dan tak akan pernah benci awak, Haura".

"EH anak bonda! Kenapa balik tak bagitahu?". Baru sahaja Puan Sri Khalida mahu memeluk erat anak gadisnya itu, dia mengundur kembali. Dahinya berkerut. Ya, dia perasan. Ada sesuatu yang tidak kena dengan Haura. Tidak. Bukan Haura sahaja. Ada sesuatu yang tidak kena dengan pasangan itu. Kedua anak dan menantu Puan Sri Khalida terlihat muram sahaja tatkala ini.

"Assalamualaikum, bonda". Ghibran mengukir senyuman nipis seraya menghulurkan tangannya untuk menyalami tangan wanita tua itu. Maka disambut lah tangan itu oleh Puan Sri Khalida. Namun tidak bagi Haura. Haura langsung tidak berasa ingin berinteraksi dengan sesiapa kecuali suaminya tatkala ini.

"Waalaikumussalam, Ghibran. Duduk dulu meh". Ajak Puan Sri Khalida. Dia ingin memimpin Haura, namun Haura menolak. Ini bukan lah kebiasaan wanita muda itu kerana kalau setiap kali Haura balik ke pangkuan bondanya, dia akan melekat dengan wanita separuh abad itu. Namun, kali ini tidak.

"Ghibran minta maaf, bonda. Haura...".

"Tak apa, bonda faham. Ghibran dan Haura duduk lah dulu. Bonda pergi panggil papa dan Harris". Kata Puan Sri Khalida seolah sudah mengerti apa yang bakal terjadi. Meskipun semuanya seolah-olah berjalan dengan begitu cepat sekali...

"Ghibran ajak mommy dan Anika datang ke sini, boleh bonda?".

Puan Sri Khalida mengangguk seraya tersenyum manis. Senyuman manis yang menyimpan seribu satu rasa. Dia sangat risau akan keadaan Haura setelah wanita itu mengetahui semua kebenarannya nanti.

Puan Sri Khalida lalu pergi mendaki tangga rumah itu untuk memanggil Tan Sri Amin dan Harris.

Ghibran lalu berpaling ke arah isterinya yang kelihatan sungguh tidak bermaya itu. Sisa air mata masih melekat di segenap ruang pipi comel milik wanita itu. Rambut merahnya agak berserabai.

"Kita duduk dulu ya, Haura?".

Haura mengangguk lemah. Ghibran lalu membawa wanita kesayangannya itu untuk duduk di atas sofa di ruang tamu itu. Dia juga mengambil tempat di samping Haura. Sempat Ghibran mengeluh seketika tatkala dia melihat Haura yang masih seolah-olah tiada emosi itu. Hanya air mata yang masih tidak henti mengalir perlahan. Haura kaku.

Tanpa bicara, Ghibran mengusap rambut Haura lalu mengenggamnya dalam satu tangan. Tangan besinya mencapai getah rambut hitam yang ada pada tangan kanannya lalu rambut isterinya itu diikat dengan kemas. Tiada langsung juntaian yang tersisa. Rambut Haura yang tadinya berserabai kini sudah terlihat kemas setelah diikat oleh Ghibran.

Act of service.

"Mesti Haura panas kan? Abang dah tolong ikat rambut awak. Lega sikit tak? Atau Haura nak abang turunkan sikit suhu aircond?".

Haura langsung tidak menjawab soalan-soalan yang diajukan oleh Ghibran itu. Sebaliknya, dia membaringkan kepalanya ke atas riba Ghibran. Air matanya masih tidak berhenti mengalir. Dia penat. Dia mahu berehat.

" Haura nak tidur?".

Haura angguk.

" Tidur la. Nanti abang kejut awak bila semua dah ada dekat sini, ya?".

Haura mengangguk lagi sebelum Ghibran mencium sekilas bahagian tepi kepalanya lalu bertindak mengusap perlahan rambut kepala si isteri.

"Abang sayang awak, Haura". Kali keempat buat hari ini.

Dan Haura hanya mengangguk perlahan.

'Haura...'.

Okay, lepas je chapter ni, kita akan masuk chapter flashback (lima tahun lepas) which ada three of them. Nanti author fikirkan dulu sama ada nak triple update ataupun tak ya? Hehe...

Also, esok last paper final saya.
Doakan saya sayang-sayangku, semua 🥹

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro