48- Longing For You

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

USAI menunaikan solat fardhu isyak yang diimamkan oleh Ghibran itu, Haura cepat-cepat bergerak ke hadapan Ghibran sebelum sempat suaminya itu berpaling ke belakang untuk menghadapnya. Terkejut sikit Ghibran dibuatnya.

Tangannya dihulurkan kepada Ghibran. Dia nak salam Ghibran!

Usai bersalam dengan si suami, belum sempat Ghibran mahu bangun untuk melipat sejadah, Haura terlebih dahulu membaringkan kepalanya ke atas riba Ghibran. Ghibran tak sempat nak tanya apa-apa pun. Dia biarkan sahaja. Fikirnya Haura mungkin mahu bermanja setelah sekian lama.

"Sayang kenapa?". Ghibran bertanya sambil mengelus lembut kepala Haura yang masih tersarung dengan telekung merah jambu miliknya itu.

"Haura rindu abang". Haura berbicara dengan suara lembutnya. Pelik Ghibran dibuatnya. Dah ada depan mata, masih nak rindu ke? Ke dia yang salah dengar ni?

"Abang kan ada dekat dengan awak ni. Masih rindu juga?". Ghibran tertawa kecil. Lucu melihat telatah isterinya yang tak menentu ini.

Haura mengangguk.

"Haura rindu nak berbual dengan abang. Haura rindu nak dating dengan abang. Haura rindu nak luangkan masa dengan abang. Macam dulu-dulu... Mesti abang ni best friend Haura kan dulu? Iyala, Haura mana ada kawan lain kan?". Terangguk-angguk Ghibran mengiyakan segala kata-kata Haura.

Memang sejak dulu, walaupun dalam tempoh yang singkat, dia saja lah yang ada di sisi Haura. Haura tiada kawan lain melainkan dirinya. Jadi, selain daripada memikul nama sebagai seorang suami kepada Haura Dayana, Zayd Ghibran juga merupakan sahabat terdekat dan terbaik untuk wanita itu. Meskipun tempoh masa mereka bersama hanya sebatas waktu yang pendek, semua yang Haura lakukan akan bersama dengan Ghibran.

Haura nak food hunting, Ghibran yang teman. Haura nak shopping, Ghibran sanggup berlenguh kaki menemani isterinya itu. Haura nak karaoke, Ghibran sanggup sertai isterinya itu sekali sampai nak tercabut anak tekak.

Hidup Haura hanya ada Ghibran.

"Hujung minggu ni kita pergi dating macam dulu-dulu. Nak?". Ajak Ghibran.

"Tapi abang kan sibuk...".

"Sibuk untuk weekdays sahaja, Haura. Hujung minggu abang nak luangkan masa dengan awak". Apabila mendengar kata-kata itu dituturkan oleh Ghibran, dengan serta-merta Haura bangun daripada pembaringannya menghadap Ghibran. Senyuman paling ceria ditampal diwajahnya.

"Betul ni?". Haura bertanya untuk kepastian.

"Betul".

"Okay...kalau macam tu... Haura nak kita pergi cafe hunting esok sebab Haura ada tengok dekat TikTok tadi ada kafe baru buka. Dia jual carrot cake! Abang kena rasa kek baru tu dengan Haura, okay?".

Gulp!

Kelat air liur ditelan Ghibran. Dengar sahaja nama sayur itu disebut, terus 'takut' dia dibuatnya. Dalam banyak-banyak sayur, kenapa lah lobak merah yang paling Haura gemari yang mana sangat bertentangan dengan Ghibran. Ghibran tak suka lobak merah!

"Kalau abang minum kopi aje lepastu tengok awak makan kek tu boleh?".

"Alah... Kenapa? Abang tak suka ke makan kek dengan Haura?". Sikit lagi mulut Haura nak membentuk huruf U terbalik.

"Abang bukan tak suka makan kek dengan awak, sayang. Abang tak suka lobak merah. Sayur tu sendiri, masakan yang ada sayur tu, dessert, air. Semua yang melibatkan sayur tu la abang tak suka". Ghibran membuat muka berkerut di hujung katanya. Betapa tak sukanya dia dengan lobak merah.

"Lepastu Haura kena makan sorang-sorang lah ni?".

"Tak apa, nanti abang pesan kek coklat untuk abang, okay? We can still have a cafe date together. Kan?".

"Hm...". Haura meletakkan jari telunjuknya ke dagu dan menayangkan wajah seolah-olah dia sedang berfikir keras. Keras sangat berfikir sampai kalau boleh nak terkeluar mentol bercahaya di atas kepalanya itu. Alah, yang macam cerita-cerita kartun tu. Tahu tak? Tak tahu sudah.

"Boleh?". Ghibran bertanya lagi untuk memastikan.

"Hm, okay okay. Boleh lah...". Haura akhirnya memberi kata putus sambil tersenyum-senyum. Tak sabar nak keluar dating dengan suami sendiri hujung minggu ni!

"Lagi? Kita nak buat apa lagi hujung minggu ni selain daripada pergi kafe tu?".

"Haura nak ajak abang tengok wayang, nak ajak abang pergi taman. Mana-mana taman yang cantik. Dekat situ nanti boleh ambil gambar cantik-cantik. Haura nak simpan gambar kita banyak-banyak supaya nanti Haura dah tak lupa 'kita' dah. Lepastu kita pergi tasik boleh? Mana-mana tasik pun tak apa. Haura nak tengok sunset dengan abang".

Melihat matahari terbenam bersama suaminya itu ialah aktiviti yang paling dirindui oleh Haura. Dia masih belum boleh ingat sepenuhnya tentang apa yang mereka sudah lakukan di waktu yang lalu namun dia tahu mereka pasti pernah melihat matahari terbenam bersama-sama kerana dirinya sendiri menyukai aktiviti itu. Segala aktiviti yang Haura gemari mesti akan diikuti oleh Ghibran kan?

"Okay, boleh. Tapi awak tak nak balik rumah bonda? Takut-takut lah awak rindukan orang rumah sana atau Pie". Meskipun cuti hujung minggunya hanya lah dua hari, dia okay sahaja jika isterinya meminta untuk pulang ke Kuala Lumpur bagi melawat keluarga wanita itu.

"Cuti hujung minggu kan sekejap aje. Kesian lah abang kena ulang-alik nanti. Haura nak drive, abang tak kasi".

"Kalau macam tu, hujung minggu ni kita keluar dating dulu. Hujung minggu depan kita balik KL nak?". Ghibran memberi cadangan. Dia tahu meskipun Haura tak pernah bersuara tentang kerinduannya terhadap keluarga di Kuala Lumpur, dia tahu wanita itu rindu.

"Abang larat ke?".

"Untuk awak, semua abang larat". Cheesy!

"Hehe, okay! Abang janji tau?". Haura menghulurkan jari kelingkingnya ke arah Ghibran.

"Ya, abang janji. But, I don't do pinky promise anymore".

"Aik? Lepastu abang berjanji dengan apa?". Berkerut sedikit dahi Haura dibuatnya. Pelik-pelik betul la Zayd Al Ghibran ni. Takut kita!

"I do kisses".

Chup!

Lantas Ghibran mencium lembut dahi bersih Haura itu membuatkan wanita di hadapannya itu blushing teruk! Iyala, tiba-tiba sahaja cium dahi orang. Untuk seal promise pula tu!

"Ha macam tu abang berjanji".

"Mana ada orang pernah buat macam tu kalau berjanji".

"Itu cara spesiel abang. Orang lain mana boleh tiru sebab tu takde orang pernah buat". Ghibran membela dirinya sendiri dengan hujah yang hm...bernas? Ya, mungkin bernas. Mungkin juga entah apa-apa. Suka hati kau lah Ghibran...

"Okay, then we are good now. Kira jadi, okay?".

"Iya, Haura sayang".

"Hehe, sayang abang jugak!". Haura bergerak semakin mendekat dengan Ghibran lalu memeluk kemas badan yang agak sasa itu. Mukanya disembam pada dada bidang Ghibran.

'Terima kasih abang... Rindu Haura pada abang dah terubat'. Bicara hati Haura.

Maaf, update lewat sikit keke...


Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro