Special Chapter

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

HAURA menggosok-gosok matanya yang masih terpisat-pisat usai bangun daripada tidur itu. Dia bangun sebaik sahaja azan subuh berkumandang. Dia bangun daripada mimpi yang baginya sangat itu indah. Mimpi dia tidur berpelukan Ghibran.

Ya, mimpi.

Kerana buka sahaja mata, Ghibran tiada lagi di sisinya.

Haura mengeluh perlahan sebelum dia berjalan ke arah bilik air yang terletak di dalam bilik tidurnya itu untuk memberus gigi dan mengambil wudhuk bagi menunaikan kewajipan kesemua umat Islam pada awal pagi. Solat subuh.

Kunci pintu bilik air dipulas sebelum dia melangkah masuk menuju ke arah  singki untuk memberus gigi.

Sempat dia lihat wajahnya yang agak tidak terurus itu di cermin. Matanya sembap, hidungnya agak merah dan masih ada kesan aliran air mata pada kedua-dua belah pipinya.

Haura mengusap wajahnya sekali sebelum menghembuskan nafasnya dengan agak kasar. Dia lalu mencapai berus giginya dan diletakkan ke atas si berus gigi sedikit ubat gigi.

Berus itu lalu dibawa ke dalam mulut lalu Haura menggosok giginya seperti biasa.

Usai tindakannya yang satu itu, dia berkumur lalu menuju ke arah pili air yang betul-betul ada bersebelahan dengan singki untuk mengambil wudhuk.

Buka sahaja pili air itu, terus ada aliran air dingin yang menyentuh kulit Haura. Menggigil juga dia namun dia tahan. Takkan lah hanya kerana air yang sejuk ini, dia nak berhenti mengambil wudhuk kan? Mana nak sahnya solatnya nanti.

Perlahan-lahan Haura mengambil wudhuk sehingga selesai. Dia mencapai satu tuala kering yang tersangkut di tempat penyangkut bilik air itu untuk mengelap wajahnya. Nanti kalau tidak dilap, berjeragat pula kain sembahyangnya jika terkena air.

Serta-merta dia teringat akan suaminya; Ghibran. Biasanya, Ghibran lah yang akan membantu Haura mengelap wajahnya dek kerana Haura terlalu mengantuk untuk melakukan hal itu dengan sendirinya. Selalunya pada waktu subuh lah.

Tapi sekarang...

"Kau kena buat semuanya sendiri, Haura...". Haura bermonolog.

Tuala itu diletakkan kembali ke tempat penyangkut sebelum dia berjalan keluar daripada bilik air.

Haura melangkah ke arah tempat penyangkut telekungnya di dalam bilik tidur itu. Sampai sahaja di situ, telekung berwarna merah jambu dicapai olehnya sebelum disarungkan ke kepala. Jatuh telekung itu menutupi seluruh aurat rambut dan badannya yang terdedah.

Sampai masa dia mahu menyarungkan kain pula, ada suara garau yang menegur.

"Nak solat tak tunggu abang pun".

Haura terpana.

Itu merupakan suara yang sama yang Haura dengarkan dalam mimpinya semalam. Suara yang sama milik kepada manusia yang paling dia rindui tatkala ini.

Suara milik Zayd Al Ghibran.

Dia lalu berpaling ke belakang. Tepatnya ke arah pintu masuk bilik tidurnya itu.

Di situ dia terlihat ada sebuah bayangan figura yang sedang tersenyum ke arahnya. Bilik itu agak gelap namun jelas Haura dapat melihat senyuman yang tertampal pada wajah figura itu.

Senyuman Ghibran.

"Abang?".

Haura perlahan-lahan melangkah ke arah figura itu namun belum sampai betul-betul di hadapan manusia yang ditujunya, langkah Haura terhenti lagi. Dia menggelengkan kepalanya berkali-kali.

Haura yakin ini semua hanya lah sebuah mimpi indah.

Ya, Haura yakin bahawa sekarang ini, dia hanya sedang bermimpi seperti semalam.

"Haura betul ni nak solat tak nak tunggu abang? Biasanya awak suka solat berimamkan abang". Ujar figura itu lagi. Haura nampak dengan matanya, di dalam kegelapan itu, tangan figura itu naik lalu menekan suis lampu yang ada di tepi pintu bilik.

Maka, terang lah dunia Haura.

Terang juga lah pandangannya terhadap si figura.

Benar.

Figura itu ialah Ghibran.

"Solat dengan abang, boleh?". Pinta lelaki itu dengan suaranya yang lembut membuatkan bibir Haura membentuk huruf U terbalik, matanya bertakung, ingin menangis.

Betul lah, itu Ghibran.

"Abang...". Haura seru lembut nama panggilan itu sebelum dia berlari ke dalam pelukan Ghibran, membatalkan wudhuknya.

Dia memeluk kemas batang tubuh Ghibran seraya menyembamkan wajahnya ke dada si suami.

"Haura tak mimpi macam semalam kan? Ini memang betul-betul suami Haura kan?".

Ghibran membalas pelukannya sembari mengusap lembut bahagian belakang badan Haura yang tersarung dengan telekung itu.

"Semalam pun Haura tak mimpi. Abang memang ada dengan awak semalam. Awak memang tidur peluk suami awak semalam". Ghibran berkata dengan lembut.

"Tapi kenapa Haura bangun, abang hilang?". Haura bertanya dengan suaranya yang tersedu-sedan menangis.

"Abang turun ke dapur, minum air sekejap. Abang balik pukul 3 pagi semalam, sayang. Tak sempat nak teguk air, sempat tegur mama dan papa saja. Lepastu terus abang datang dekat awak. Abang rindu awak...". Jelas Ghibran.

Memang betul. Sampai sahaja Ghibran di rumah Tan Sri Amin ini pada pukul 3 pagi semalam (hari ini), terus dia bergegas ke bilik Haura. Tan Sri Amin dan Puan Sri Khalida hanya sempat disapa begitu sahaja. Untungnya, mereka faham. Ghibran terlalu merindui isteri tercintanya itu.

"Haura pun rindu abang".

"I know...".

Ghibran melepaskan pelukannya lalu mencium lembut dahi isteri tercintanya itu.

"KAPAL tu memang karam tapi Gib dan yang lain tersadai di pesisir pantai. Gib tak tahu jugak dekat mana. Kami berusaha untuk cari bantuan tapi makin hari, kecederaan kapten dan ada satu lagi anggota yang lain tu semakin teruk. Kecederaan Gib saja yang tak teruk sangat. Jadi, Gib cuba sedaya upaya untuk tolong mereka. Lebih kurang seminggu juga kami tersadai di situ. Terpaksa berusaha sedaya upaya untuk survived. Bantuan sampai sehari selepas kapten dan anggota tu meninggal dunia. Seharian Gib tinggal di pulau tu dengan mayat mereka berdua".

Cerita Ghibran itu membuatkan Haura, Tan Sri Amin, Puan Sri Khalida dan Harris tercengang. Cekal betul lelaki itu bertahan hidup di pulau entah di mana-mana bersama dua orang lagi rakan setugasnya yang sudah tercedera parah. Seminggu bukan lah waktu yang singkat.

"Tapi kenapa dalam tv dia tak laporkan sekali tentang kau waktu dia temukan mayat kapten dan rakan setugas kau tu?". Soal Harris tatkala rasa curiga memenangi mindanya.

"Aku pun tak pasti, Ris. Kesal juga aku. Tak pasal-pasal aku dah risaukan semua". Jelas Ghibran.

"Tak apa la, Ghibran. Yang penting, Ghibran dah balik dengan selamat. Alhamdulillah". Puan Sri Khalida memanjatkan rasa syukurnya.

"Kalau tidak, memang hari-hari lah isteri kau tu melalak". Harris menjuihkan bibirnya ke arah Haura yang sedari tadi memeluk kemas lengan Ghibran seolah tidak mahu lepas itu.

"Mana ada I melalak!". Haura memprotes.

"Ada. Yang bawah mata you tu apa? Eyebag berkilo-kilo, lagi nak cakap tak melalak". Harris ketawa besar di hujung katanya. Terasa gembira pula dapat mengusik si adik walhal member tu baru sahaja terubat kesedihannya.

"Harris... Cuba sensitif sikit". Pesan Tan Sri Amin, serta-merta membuatkan tawa Harris terhenti.

"Sorry, papa". Harris tersenyum kekok seraya menggaru-garu kepalanya yang agak gatal itu. Sedap sangat mengusik, kan dah kena sound tu. Padan muka!

"Ghibran balik rumah mommy tak nanti?". Soal Puan Sri Khalida.

"Balik petang nanti, mama. Tapi semalam Gib dah mesej dah mommy. Mommy pun faham yang Gib nak balik sini dulu untuk jumpa Haura". Ghibran mengusap lembut tangan si isteri.

SAMPAIKAN ke dalam kereta di saat Ghibran sedang memandu pun, Haura tak lepas daripada memegang tangan lelaki itu.

"Tak boleh bergerak lah abang kalau awak pegang tangan abang macam ni". Ghibran menegur seraya tersenyum kecil. Dia tidak kisah pun sebenarnya. Sebelah tangannya mengawal stereng, sebelah lagi dipegang oleh Haura.

"Bagus lah kalau abang tak boleh bergerak. Nanti abang tak ada chance nak tinggalkan Haura lagi". Jelas Haura. Tangan suaminya itu digenggam semakin ketat.

"Jangan genggam ketat-ketat, sayang. Sakit tangan awak tu nanti". Pesan si suami. Iya la, yang digenggam Haura itu ialah tangan kiri besi Ghibran.

"Haura tak kisah". Biasa lah, bukannya wanita itu mahu mengambil kira pesanan Ghibran. Nanti sendiri yang degil, sendiri yang sakit lepastu sendiri yang menangis.

"Haura tak kisah kalau sakit pun sebab yang Haura tahu, Haura tak nak lepaskan abang lagi. Haura tak nak sia-siakan suami Haura lagi. Haura tak sanggup". Suara Haura mulai melembut. Sedih pula dia bila mengingatkan dirinya yang berdegil tidak mahu menemui Ghibran sebelum dia pergi dan menghilang pada tempoh hari.

"Kalau macam tu, genggam lah, sayang. Genggam lah tangan abang sampai bila yang awak nak sebab abang pun tak sanggup lagi nak hilang daripada hidup Haura".

"Haura sayang dan cintakan abang sangat-sangat". Ucap Haura tiba-tiba seraya matanya memandang lembut ke arah Ghibran.

Ghibran membaca tangan Haura yang mengenggam tangannya itu ke bibir sebelum mencium lembut kekuranya.

"Abang sayang dan cintakan awak juga, Haura".

BETUL-BETUL TAMAT NI.

Hai sayang-sayangku!
Seperti yang dijanjikan (atau tidak?), ini lah special chapter ZAYD GHIBRAN yang tak seberapa daripada saya. 

Saya harap terjawab lah semua persoalan yang ada pada minda sayang-sayangku semua, ya?
Jika ada yang masih keliru tentang apa-apa sekalipun, boleh komen dekat bawah.

Maaf kalau SC ni tak menarik dan membosankan atau tak mencapai expectations semua :( Serta, abaikan juga segala typo (kalau ada) hehe :D

I love yall!

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro