26-THe SeCReT iS ReVeaLeD

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng


I LoVe You♡

Lay datang ke rumah luhan hari ni. Dia ingin memberitahu segalanya apa yang haechan telah ceritakan padanya. Memandangkan jihyo tiada di rumah hari ni, dia ingin luangkan masa cuti weekend nya di rumah temannya itu.

Luhan meletakkan secawan gelas guava juice di hadapan lay.

"Ada apa kau nak jumpa aku ni?" Kukunya ditiup-tiup.

Lay menggelengkan kepala. Kawan dia sorang ni kalau tak buat perangai macam yeoja memang tak sah. Ada je yang dia nak nampak macam yeoja. Jihyo pun tak macam luhan.

"Aik, sejak bila pulak aku tak boleh datang rumah kau? Aku kan kawan kau." Lay bersuara sayu. Dia agak terasa sebenarnya.

Luhan mengeluh. Alah... alah... merajuk pulak budak sorang ni.

"Tak lah... aku pelik je. Kau bukannya nak datang rumah aku kalau aku tak ajak. Dah lah lama tak dengar berita pasal kau. Lepastu ni tiba-tiba muncul depan rumah aku pagi-pagi buta macam ni. Terganggu tidur I tau. Hish..." Rambutnya diselak ke belakang. Aura handsome nya terserlah.

"Tch...pagi buta sajat kau. Sekarang ni dah lepas time lunch tau! Kau tidur pukul berapa hah semalam Xi?" Kepala kawannya ditolak ke belakang.

Luhan mendengus.

"Hish... cakap jelah apa yang kau nak cakap. Yang aku tahu aku nak tidur. HUARGHHHH!!!" Luhan menguap. Mulutnya dibiar terbuka tanpa cover.

Lay melemparkan pandangan jengkel. Ni kawan siapa ni? Kutip bawak balik sila.

"Aku sebenarnya dah dapat info pasal aktiviti jihyo sepanjang kau mangkat selama ni." Air jusnya dihirup sedikit sekadar untuk membasahkan tekak.

Luhan membaling bantal ke arah lay. Geram pulak dia.

"Otak kau mangkat." Luhan mendengus geram.

"Kau nak tahu ke tak? Kalau kau tak nak tahu, aku nak balik rumah aku dah." Ugut lay.

"Hish... sikit-sikit ugut. Ugut jelah yang kau tahu. Tak ada benda lain ke?"

"Kau nak tahu ke tak? Aku tanya tu je. Yang kau jawab lebih-lebih ni dah kenapa? Period lagi?" Keningnya dijungkit.

Luhan melepaskan keluhannya. Perlahan-lahan kepalanya diangguk.

Lay tersengih kecil. Luhan mengalah dengan dia. Bangga kejap.

"Jihyo kerja selama ni."

"Buat apa kerja? Tak cukup ke duit yang aku masukkan bulan-bulan? Haih... bukannya aku tak mampu nak tampung hidup dia." Luhan mengeluh.

Lay menggeleng.

"Kau tu oppa tiri dia tau bukannya oppa kandung dia. Aku rasa dia segan nak guna duit yang kau bagi, jadi dia kerja lah."

Luhan hanya mengangguk. Ada betulnya juga.

"Sambung..."

"Dia bekerja sebagai girlfriend for rent. Pelanggan dia membuat tempahan di dalam satu apps di play store. Bayaran kepada perkhidmatan jihyo, dibayar dengan jumlah yang lumayan. Memandangkan setakat ni semua customer dia semuanya dari keluarga berada." Jelas lay.

"Jadi.... dia mainkan perasaan lelaki?" Luhan memandang wajah lay meminta penjelasan.

Lay berdeham.

"Aku tak pasti." Lay memandang luhan yang sedang mengurut pelipisnya.

"Kau panggil budak tu balik." Suaranya kedengaran kasar.

"Lu...han..." Lay cuba memegang bahu lelaki itu tetapi tangannya pantas ditepis.

"AKU CAKAP PANGGIL BUDAK TU BALIK!!! SEKARANG!! KAU CAKAP DEKAT DIA, SAMA ADA DIA NAK BALIK SENDIRI ATAU AKU YANG DATANG JEMPUT DIA NANTI. AND CALL BUDAK-BUDAK YANG JIHYO BAGI SERVIS TU!! SURUH DIORANG DATANG RUMAH NI!" Luhan meninggikan suaranya.

Lay terkedu dengan tingkah laku luhan tetapi pantas dia menurut kata lelaki itu.

Luhan menjeling lay sekilas. Langkahnya dibawa ke bilik tidurnya. Dia nak tenangkan diri sebentar.

Lay hanya menghantar pemergian rakannya dengan ekor mata.

"Hello, jihyo. Balik sekarang. Luhan nak jumpa kau. Emergency."

Setelah itu, nombor haechan pula didail.

"Haechan... bawak semua namja-namja tu ke rumah luhan nuna sekarang. Luhan nuna nak jumpa diorang. Cepat! Sayang kau. Tata."

.
.
.
.
.

Pintu rumah agam itu ditolak. Berkerut dahinya apabila terdapat ramai manusia di ruang tamu rumahnya. Luhan buat kenduri arwah lay ke?

Langkahnya diatur ke ruang tamu. Wajah bangtans dipandang pelik. Jantungnya berdegup kencang.

"Semua dah ada ke?" Luhan jalan ke arah mereka semua.

Luhan melabuhkan punggungnya di sofa single. Jihyo turut melakukan perkara yang sama. Luhan memandang adiknya tajam.

"Anything to explain?" Suaranya kasar, tak selembut selalu.

"Explain? Apa? Hahaha... apa yang kau cakap ni? Aku tak faham lah." Jihyo ketawa kekok.

Nafas luhan bertambah kasar. Lay cuba menenangkan rakannya itu tetapi tidak berhasil.

"Song jihyo, serius talk! Siapa diorang ni semua? Apa hubungan kau dengan dia? Apa yang kau dah buat dengan diorang semua! Bagitahu aku segalanya apa yang kau buat sepanjang aku tak ada dekat korea ni. Jujur. Kau tipu aku, gelas ni mendarat dekat kepala kau." Luhan memegang gelas kaca yang berisi jus guava itu.

Jihyo menelan liurnya kelat. Dia takut untuk cakap dan dia juga takut kalau gelas kaca tu mendarat dekat kepala dia.

"Jihyo, say something please." Lay mula bersuara. Dia tak nak sebarang kecederaan berlaku.

Jihyo melepaskan keluhan lemah. Dah tiba masanya untuk dia berterus terang dengan luhan.

"Diorang... customer hyo, tapi sekarang kitorang dah jadi kawan. Hyo mengaku yang hyo salah." Kepalanya ditundukkan.

"Siapa yang cadangkan dekat kau untuk buat kerja yang macam ni? Sebab aku rasa otak pandai kau tak boleh berfikir sampai tahap ni." Luhan memeluk tubuh.

"Ji....soo..." bibirnya diketap.

Haechan terkejut mendengar perkara itu. Patutlah lancar sahaja percakapan teman wanitanya semalam. Rupanya dia punca semua ini berlaku.

Bangtans hanya jadi pemerhati pergaduhan adik-beradik itu.

"Ok... so... Kim namjoon. Aku tak percaya yang kau khianati aku. Kau nak aku pukul kau ke? Aku dah pesan kan pada kau untuk jaga jihyo, tapi kau pun terlibat sekali. Haih... namjoon!" Dahi namjoon ditepuk perlahan. Geram.

Namjoon hanya mendiamkan diri. Dia tahu dia salah. Seokhin menggosok belakang badan temannya itu.

"Oppa! Bukan salah namjoon, tu salah jihyo. Hyo yang tawarkan dia benda ni sebab nak dia tutup mulut. Sorry..." Dia memandang wajah abang tirinya takut-takut.

Luhan melepaskan keluhan. Wajah adik kesayangan dia dipandang sayu.

"Tak cukup ke dengan apa yang aku dah bagi dekat kau? Aku tak pernah ajar kau mainkan perasaan orang hyo. Kalau sorang, aku boleh hadam lagi. Ni, tujuh orang! Kau rasa akal tak waras aku ni boleh terima ke semua ni? Kalau aku tak siasat pasal aktiviti kau selama ni, mesti aku still akan ditipu kan? Ya, tuhan.... serius aku kecewa dengan kau, hanat!" Luah luhan. Suaranya sayu sahaja.

Jihyo rasa bersalah. Dia tahu mungkin hari ni hari last dia dekat Korea. Oppa nya pasti akan suruh dia ikutnya balik ke Paris.

"Takpe... aku faham. Aku tahu kau dah jatuh cinta dengan salah seorang antara diorang dan aku yakin diorang pun sama. Sebab benda ni melibatkan banyak hati, jadi aku nak selesaikan semua sebelum terlambat. Korang mengaku siapa yang ada perasaan dekat adik aku? Jangan risau, aku tak akan terkam korang sebab aku bukannya gay macam haechan." Wajah bangtan ditatap.

Haechan tersentak.

"Eyy... apa ni mention-mention orang? Orang straight ok... orang dah couple dengan perempuan ok bukannya lelaki. Eyyy.... lay hyung! Tengok nuna ni!" Tubuh lay dipeluk dari tepi. Bibirnya termuncung-muncung.

Lay hanya membiarkan. Malas nak layan perangai dua ekor itu, manja!

Bangtans mengangkat tangan mereka kecuali namjoon. Mereka semua pelik, leader mereka itu hati batu ke apa?

"Namjoon hyung?" Seru taehyung.

Namjoon tersengih.

"Aku tak pernah anggap jihyo lebih daripada adik aku." Namjoon mengukir senyuman. Baginya, biar lah omma nya carikan jodoh untuknya. Tak ada gunanya rebut anak dara orang yang tak akan jadi miliknya.

Jihyo tersenyum terharu. Dia rasa bersalah kerana turut meletakkan insan yang tidak bersalah sama ke situasi sekarang.

"Kim seokjin, min yoongi, jung hoseok, park jimin, kim taehyung dan jeon jungkook." Lay mengenalkan mereka kepada luhan.

"Aku tahu lah." Luhan menjeling lay.

Lay berdecit. Manakala harchan menahan tawanya.

"Korang betul-betul cintakan adik aku? Kalau ragu-ragu dengan perasaan korang, korang boleh blah duduk dekat namjoon." Dia menatap bangtans. Tiada yang mengundur diri tanda mereka benar-benar serius mahukan jihyo. "Ok... aku harap korang boleh terima sesiapa sahaja yang jihyo pilih dengan hati terbuka. Jangan disebabkan seorang perempuan, hubungan persahabatan korang putus, retak, pecah. Sebaliknya jadikan itu sebagai pengajaran hidup korang. Ada yeoja yang lebih baik tunggu korang dekat luar sana." Nasihat luhan. Dia tak nak hubungan baik itu bertukar ke sebaliknya.

Mereka mengangguk. Luhan tersenyum kecil. Wajah adiknya ditenung.

"Jihyo... want to make a confession? Siapa pun yang kau pilih, pastikan keputusan tu betul." Luhan memberikan nasihat kepada adiknya. Dia tak mahu adiknya kecewa di kemudian hari.

Jihyo hanya menggangguk. Jantungnya berdebar-debar.

"Jihyo dah buat keputusan. Hyo dah jatuh cinta pada salah seorang dari diorang."

"Siapa?"

"Kim Taehyung...I love you" Wajah lelaki yang bernama Kim Taehyung dipandang dengan senyuman malu.

《BeRSaMBuNG...》

Hero ff ni dah didedahkan. Jadi hero Song jihyo dalam ff ini ialah 《Kim Taehyung》.

Maaf kepada yang readers yang vote untuk member yang lain selain Kim Taehyung kerana saya tidak memilih pilihan anda.

Maaf kalau hambar.

Next Chapter: In l0vE♡

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro