29- FaMiLY aGReeMeNT~♡

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng


Kim Yerim atau lebih dikenali sebagai Yeri memandang adiknya tajam. Kim taehyung memandang kakaknya pelik.

"Kau dah kenapa pandang-pandang aku macam tu? Aku tahu lah aku handsome tapi tak payah lah pandang aku macam nak terkam. Kita ni adik beradik nuna, tak boleh berkahwin." Taehyung memeluk tubuhnya. Senyuman manis diberikan khas untuk kakak yang tercinta.

Yeri melepaskan keluhan. Wajah adiknya dipandang jengkel.

"Kau dah kenapa cakap kat aku macam tu kambing? Kau tu tak handsome pun and tak ada maknanya aku nak terkam kau hanat!" Yeri menjeling wajah taehyung.

"Habistu... kau dah kenapa pandang aku macam tu?" Dia memandang yeri pelik.

"Kenapa kau tiba-tiba datang rumah ni? Bukan kau duduk dengan bangtans ke? Takde lah.... aku bukannya tak suka kau datang rumah ni tapi pelik lah pelik. Kau tu bukannya nak balik sini, kalau aku tak suruh kau balik. Hantu mana yang masuk dalam badan kau ni, dik?" Yeri melemparkan pandangan kosong.

Taehyung terpana. Teruk sangat ke dia?

"Aku balik sini pun sebab aku nak cakap something dekat kau."

"Kau nak cakap apa?" Dia dah agak dah. Taehyung tak akan balik sini kalau tak ada benda yang dia nak.

Taehyung memandang wajah kakaknya bersama senyuman kotaknya.

"Aku nak kahwin."

"HAH?! APA?!" Yeri menyoal sekali lagi untuk kepastian.

"Aku nak kahwin." Taehyung mengulang sekali lagi apa yang dia kata.

Yeri terkejut.

"Kau nak kahwin dengan siapa hah? Ada ke yeoja yang tahan dengan perangai kau ni, tae? Benda kahwin ni tak boleh bawak main tau. Ni bukannya macam kau main kahwin-kahwin masa kau kecik kecik dulu. And benda ni tak lawak tau taehyung." Dia sudah bercekak pinggang. Wajah taehyung dipandang tajam.

Taehyung mengeluh.

"Aku tak main-main lah nuna. Aku serius. Aku tahu lah semua benda tu. Aku dah besar lah, Yeri." Taehyung membuat muka bosan. Dia dah besar lah.

"Kau...kau nak langkah bendul ke kim taehyung?" Air matanya mula bertakung.

Mata taehyung membesar terkejut. Pantas kepalanya digelengkan.

"Mana ada aku nak langkah bendul tapi nak buat macam mana? Jodoh aku sampai awal daripada kau." Taehyung menjungkit kedua belah bahunya.

Yeri menenangkan dirinya. Kalau dia bersedih pun, tiada gunanya. Taehyung memang akan tetap dengan pendiriannya.

"Huh... aku nak tengok gambar bakal adik ipar aku. Aku nak tengok, cantik tak dia tu?" Yeri cuba mengukir senyuman diwajahnya walaupun dia sedang sebak ketika ini.

Taehyung menghulur smartphone nya pada Yeri. Yeri menyambut huluran tersebut. Gambar seorang wanita yang tersenyum manis sambil pegang bunga matahari menghiasi pandangannya.

"Woah... cantik! Pandai kau pilih calon isteri eh tae. Aku suka. Arghhh jom... sekarang jugak kita pergi jumpa keluarga dia. Siapa nama budak ni?" Yeri sudah terloncat-loncat gembira. Hilang perasaan sebak di dalam dirinya.

Taehyung ketawa kecil melihat kakaknya.

"Okay... jom kita pergi jumpa keluarga jihyo." Taehyung tersenyum kotak. Dia tak sabar nak pergi rumah keluarga kekasihnya.

"Jihyo?" Dahi yeri berkerut-kerut.

"Song jihyo... nama dia."

Yeri meng'ouh'kan.

"Ok... dah jum kita pergi rumah jihyo kim!" Yeri menjerit teruja.

Taehyung menggeleng kepala. Ada-ada sahaja kakaknya itu.

•♫•♬•

Song jihyo menghidang air dan sepinggan biskut di atas meja. Wajah Taehyung dijeling.

Luhan memandang Taehyung bersama seorang wanita yang agak cantik di hadapannya.

"Taehyung... siapa yeoja ni?" Dahinya dikerut-kerutkan tanda pelik. Takkan Taehyung curang dengan Jihyo kot.

"Ni ka---"

"Hi... I nuna Taehyung, Kim Yerim. You boleh panggil I Yeri. Nice to meet you." Yeri menghadiahkan senyuman manisnya.

Luhan terkedu melihat senyuman itu. Cantik...

"Hi... I Xi Luhan. Oppa tiri kepada Jihyo. Nice to meet you too." Luhan tersenyum malu.

Jihyo memandang luhan jengkel. Shy shyton pulak kembar sajat ni. Dia memandang ke arah Yeri.

"Hi... unnie. Saya jihyo." Jihyo melambai tangannya pada Yeri.

"Hi... baby!" Taehyung membalas lambaian jihyo. Mukanya turut dicomelkan.

Jihyo tersenyum kekok.

Yeri memandang pasangan itu kekok. Hello... orang single disini.

"Luhan... I sebenarnya ada hajat datang sini." Wajah luhan dipandang bersama senyuman nipis.

"Hajat apa?" Keningnya terjungkit.

"I nak kahwinkan Taehyung dengan Jihyo. Since Taehyung kata dia dah melamar jihyo untuk jadi isteri dia. I harap you setuju." Yeri cuba ukir senyuman walaupun dia kelihatan gelisah.

Luhan menjeling pasangan kekasih itu sekilas. Dia diam memikirkan hal itu. Dua minit kemudian, pandangannya kembali memandang wajah cantik Yeri.

"Kitorang pergi sana dulu tau." Pantas taehyung menarik tangan jihyo pergi dari situ.

Luhan menghantar pemergian mereka dengan ekor mata. Dia kembali memandang Yeri.

"I benarkan diorang berkahwin." Kelihatan berat sahaja dia mahu menutur ayat itu. Bersediakan dia melepaskan adiknya itu?

"Baguslah... I happy sangat-sangat. Terima kasih sebab setuju. I hargai sangat-sangat." Tanpa sedar, dia memegang tangan luhan. Senyuman manisnya terukir.

Luhan terkedu. Tangannya dipandang.

Yeri memandang tangannya. Lantas pegangan itu dilepaskan.

"Sorry... I terlalu excited tadi. Sorry again." Yeri menundukkan kepalanya tanda dia bersalah.

"Eh, it's okay. I okay je." Luhan mengukir senyuman manis untuk menghilangkan perasaan bersalah Yeri.

Yeri kembali memandang luhan. Wajahnya dimaniskan. Mereka saling berpandangan. Jantung masing-masing mengepam laju.

Adakah ini cinta?

•♫•♬•

"Woah, baby! Luhan hyung setuju lah! Yeayyyy kita akan kahwin!!!" Taehyung memeluk tubuh kekasihnya. Dia teruja dengan hal itu.

Jihyo membalas pelukan taehyung. Dia pun gembira dengan berita itu. Pelukan dileraikan. Dia mengintai memandang ke arah Yeri dan Luhan.

"Tae... saya rasakan yang luhan dengan Yeri unnie sepadan lah. Diorang sweet tau bila bersama." Jihyo teruja melihat drama Luhan dan Yeri. Sekurang-kurangnya dia tahu yang Luhan minat terhadap perempuan bukannya lelaki.

"Macam kita. Sweet je bila bersama." Pipi jihyo ditarik manja. Comel.

Jihyo mendengus. Dia tampar lembut pipi Taehyung. Taehyung tersenyum nakal.

CCUPP

Jihyo terpana. Pipinya yang tadinya ditarik manja kini dikucup oleh taehyung. Jihyo tertunduk malu.

Taehyung melepaskan ketawanya. Suka dia melihat pipi gadis itu merah-kemerahan akibat malu.

《Bersambung...》

Next Chapter: WeDDiNG PLaNNeR WiTH BaNGTaNS~♡

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro