🧸 25| Surat

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Aara dan El memandang sesama sendiri. Pelik.

"Dirah ada kacau kau tak tadi?" soal Hairul cemas memandang tubuh Aara dari atas hingga bawah.

"Woi mata tu jaga!" tegur El sambil mencekak pinggang memandang wajah Hairul tajam.

Hairul menjeling El sekilas lalu memandang Aara semula.

"Ada tak?" soal Hairul lagi.

Hairul menghela nafas lega apabila melihat gelengan Aara sebagai jawapan.

"Dirah kat mana eh? Kat kantin aku cari tadi tak ada pun," gumam Hairul pada diri sendiri. El yang mendengar pantas bersuara.

"Dia dekat bilik rawatan lepas kena WWE dengan aku tadi."

El menarik tangan Aara pergi dari situ meninggalkan Hairul yang sedang bingung dengan kata-katanya.

Aara mengambil tempat biasa sementara menunggu El membeli makanan.

"Nama akak Aara Elina ke?" tanya seorang lelaki berbadan chubby yang sudah berdiri di hadapan meja.

"Ya saya. Kenapa eh?" balas Aara hairan melihat pelajar tingkatan satu menegurnya tiba-tiba. Macam mana aku tahu? Aku tengok warna tanda nama dialah.

"Ini ada surat untuk akak." Lelaki itu meletakkan surat dan mengangkat kaki daripada situ. Aara mengambil dan membukanya.

To my beloved enemy,

Senyum dan bahagialah selagi mampu, be ready for giving me a lot of tears

Your hate ,

HZG


Aara melipat kertas menjadi kecil lalu masuk ke dalam poket baju sekolahnya.

"Nah," Aara mengambil huluran El iaitu mee goreng dan air milo secawan. El hanya membeli air mineral dan roti berperisa coklat sahaja.

"Hello gadis-gadis...."

Aara dan El menoleh memandang gerangan.

Izzan. Anaqi. Airil. Mereka bertiga melabuhkan punggung di kerusi berhampiran.

"Aara tak lama lagi nak tunang. Kau bila pula El?" Pertanyaan Izzan telah menarik perhatian mereka bertiga kecuali El .

"Tak ada orang yang nak," jawab El tenang sambil membuka penutup botol air mineral. Nasib baik El jenis yang tidak cepat melenting kalau tidak sudah lama Izzan kena hempuk dengan El.

"Aku nak." Laju sahaja Izzan membalas.

Puff!

El tidak sengaja memberikan semburan air yang berada di dalam mulutnya tepat pada wajah Izzan. Hampir semua pelajar memandang ke arah meja mereka berdua.

"Err sorry Izzan," ucap El memandang wajah basah si Izzan tanpa rasa serba salah.

Aara menahan diri daripada ketawa manakala Anaqi dan Airil tersenyum senget memandang wajah Izzan yang sudah mendung akibat terkena semburan cinta dari El.

"Tapi salah kau juga. Siapa suruh tunjuk perangai buaya kau. Aku suka perangai lelaki sejati bukan buaya macam kau huh," ujar El cuba menafikan debaran di dadanya. Tenang El tenang, bisik El di hati.

"Aku boleh je jadi lelaki sejati khas untuk Aisyah Elmaira tau," kata Izzan sebelum melangkah ke tandas lelaki yang berdekatan. Terkebil-kebil El memandang susuk tubuh Izzan semakin hilang dari pandangannya.

"Aara." Panggilan dari Anaqi membuat Aara tersentak pantas membalas pandangan redup Anaqi sambil mengangkat kening.

"Balik tunggu aku. Kita balik sekali. Riz biar dia balik sorang," pesan Anaqi sebelum beredar diikuti Airil dari belakang.





Aara memusingkan pen sambil melihat Cikgu Maira sedang memberi penerangan tentang jenis-jenis ayat.

"Aara. Bagi saya satu contoh ayat," pinta Cikgu Maira secara tiba-tiba. Aara masih lagi merenung papan putih yang penuh dengan nota perbezaan ayat sekolah rendah dengan sekolah menengah.

HZG, apa maksudnya eh? getus Aara dalam hati.

"Aara Elina !" panggil Cikgu Maira sedikit kuat suaranya. Aara tersentak lalu memandang Cikgu Maira.

"Err. Ya cikgu? Apa cikgu cakap tadi?" tanya Aara tenang. Sengihan di wajahnya ditunjukkan pada Cikgu Maira.

"Saya suruh awak bagi saya satu contoh ayat, Aara Elina."

"Beberapa hari yang lepas, Milah dan Abu telah mengadakan majlis pertunangan secara kecil-kecilan--" Jawapan Aara membuatkan semua rakan kelasnya memandangnya pelik kecuali Dirah dan Riz. El pula sudah menepuk dahi.

Aara mengerut kening mengingati semula ayat yang dia sebutkan apabila perasan dengan pandangan mereka.

"Kenapa? Salah ke cikgu?"

"Err betul cuma jarang orang bagi contoh macam tu, awak nak bertunang ke?" Cikgu Maira soalnya kembali. Semua menanti jawapan dari mulut Aara.

"Salah tu cikgu. Saya tak cakap yang saya nak bertunang tapi dalam ayat saya tu kisah cinta Milah dan Abu. Dan saya bukan Aara bukan Milah hehe." balas Aara selamba pura-pura tidak faham soalan cikgu. Nak menafikan pun rasa bersalah takut betul-betul terjadi pula nanti.

Tergeleng kepala Cikgu Maira melihat Aara yang tidak menjawab soalannya.

"Itu sahaja ulang kaji kita pada hari ini. Sekarang untuk kerja sekolah kau orang, saya bagi sikit je," kata Cikgu Maira memandang semua pelajarnya.

"Cari 5 perkataan di sekeliling awak kemudian bina ayat okay?" sambung Cikgu Mairah. Tangannya mula mengemas barang di atas meja.

Kring !

Loceng berbunyi menandakan waktu pulang telah tiba. Pelajar 5 Akaun mengucapkan terima kasih kepada Cikgu Maira sebelum keluar dari kelas.

Aara berjalan di tepi koridor tingkatan 6 bersama beg sekolahnya yang berwarna merah jambu. Mata mula memandang sekeliling dan terhenti pada dua susuk tubuh lelaki yang pernah mengganggunya. Ya Allah tak ada orang lain ke aku nak terserempak kali ni, rungut Aara sedikit cemas.

"Eh hai Aara," tegur dua lelaki yang masih tidak ketahui namanya. Satu tangan mereka berada ni beg sekolah Aara membuatkan Aara terasa beban yang digalas olehnya semakin berat.

"Ish alihkanlah tangan tu!" marah Aara dengan menggerakkan tubuh badan ke kiri dan kanan. Dia melihat Anaqi yang baru keluar dari kelas pantas menjerit nama lelaki itu.

"Anaqi!"

Anaqi memandang ke arah jeritan tadi. Kakinya turut mengatur langkah pada mereka bertiga.

"Iqram? Fakhrul?" Anaqi berasa hairan dengan kehadiran rakan sekelasnya ada bersama Aara.

"Awak. Dia orang berdualah yang kacau saya haritu." Anaqi memandang lama wajah Aara yang cemberut sambil memeluk tubuh itu.

Kenapalah kau selalu buat degupan jantung aku berdetak laju. Haish comel! Anaqi mampu berkata dalam hati sahaja.

Anaqi memandang semula dua rakan sekelasnya tajam.

"Kau buat apa lagi kat sini? Nak aku suruh pengetua buat meet and greet dekat kau orang berdua lagi?" soal Anaqi dingin.

Aara terkebil-kebil melihat perubahan Anaqi sebagai ketua pengawas itu sehingga dua lelaki tadi yang mengganggunya kecut perut terus beredar.

"Wah," Ucapan kagum Aara tidak sengaja dilepaskan.

Anaqi memandang Aara semula dengan pandangan redup tetapi masih lagi dingin seolah-olah sedang menahan amarah.

"Kau memang suka berahsia eh?" tanya Anaqi serius.

Anaqi berdecit apabila menerima anggukkan daripada gadis pujaannya tanpa rasa serba salah.

"Nanti kalau aku jadi suami kau, tahulah aku nak ajar budak degil macam kau ni." Anaqi terus melangkah pergi ke arah tangga.

"Dia nak tahu apa dari aku sebenarnya ni?" tanya Aara perlahan sampai tidak sedar kehadiran Airil dan Izzan di sebelah.

"Dia dah tahu pasal kau dapat surat kat kantin tu," jawab Izzan selamba. Airil yang mendengar kata-katanya lalu memberikan ketukan di kepala si Izzan.

Pap!

"Kau lupa ke apa Izzat pesan?" Izzan cuba mengingati pesanan abang kembarnya.

"Jangan bagitahu Aara pula. Aku nak dia sendiri sedar yang dia tak boleh berahsia pasal perkara ni. Lagi-lagi dengan abang-abang dia."

Izzan tersengih memandang Airil menandakan pesanan Anaqi sudah diingat. Airil menjelingnya tanda menyampah.

"Pesan apa tu?" sampuk Aara membuatkan mereka berdua memandang sesama sendiri. Izzan meneruskan langkah ke tangga dan turun menuju ke arah kereta Anaqi.

"Budak kecik jangan sibuk," tegur Airil terus memegang beg sekolah Aara supaya tidak ketinggalan di belakang.

"Ish saya dah besar lah," rungut Aara dengan memuncungkan bibir. Tersenyum senget Airil melihat gelagat Aara seperti arwah adik kandungnya, Inarah.

Aku harap kau masih ada kat sini Inarah huh, kata Airil perlahan hanya dirinya sahaja mendengar sambil menahan sebak.





Anaqi dan Izzan menunggu kehadiran Aara bersama Airil yang masih lagi tidak kelihatan.

"Weh sorry lambat. Aara jalan macam siput," sapa Airil memandang rakannya. Aara di sebelah hanya menunjukkan protes dengan menghentakkan kaki beberapa kali menyuruh Airil melepaskan pegangan di beg sekolahnya tapi Airil hanya buat tak tahu sahaja.

"Dah jom." Airil menolak kuat tubuh Aara masuk ke tempat duduk sebelah pemandu. Nasib baik Aara dapat menyeimbangkan diri kalau tidak, habis bibirnya melekat dekat stereng kereta Anaqi.

Anaqi memulakan perjalanan pulang ke rumah dengan bacaan doa naik kenderaan. Aara kembali bersuara setelah habis membaca doa.

"Saya bagi tahu along, awak tolak saya," marah Aara tanpa memandang Airil yang sudah tersenyum sinis tanda tak kesah.

"Tak nak bagi tahu ke pasal surat tadi?" tanya Anaqi tiba-tiba membuatkan Aara terdiam. Suasana penuh dengan gurauan berubah menjadi serius.

Apa yang membuatkan Anaqi marah sebenarnya ni?

Hey, tinggalkan vote boleh?💖

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro