Special Chapter [3]

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Aara dan rakanya yang lain merenung rumah banglo dua tingkat di hadapan mereka.

"Macam kosong je," komen Aara memecahkan kesunyian antara mereka.

"Betul tu," sokong Dilah lalu menekan lecong rumah di tembok. sebelah pagar mewah itu.

Ting tong~

Pagar mewah itu terbuka dan mereka melihat seorang lelaki muda sedang menyarung selipar sebelum mendekati mereka yang berada di depan itu.

"Yes? Who are-- Aara right?" El dan yang lain memandang Aara hairan. Aara kenal mat saleh ni?

"Er yup it's me Aara, hai!" balas Aara teruja melihat anak mata berwarna hijau itu. Kawan-kawannya masih bingung dengan situasi tersebut hanya mendiamkan diri.

Andronico nama diberi.

"What are you doing here?" Niko mengerut kening memandang mereka berlima. Aara tersengih.

"Ni rumah Faris Adnan kan? Sepatutnya saya yang tanya awak, awak buat apa kat sini?" soal Aara kembali. Eh dia ni faham bahasa Melayu ke? bisik Aara dalam hati.

Nico tergelak kecil sambil menggelengkan kepala.

"Faris Adnan tu adik kandung sebapa aku. Sebelum ada yang tanya, aku jawab dulu okay. Warna mata aku ni sebab ikut genetik mak aku." Jatuh rahang mereka berlima memandang Nico tidak percaya. Nico memeluk tubuh membalas pandangan Aara sahaja.

"Mesti kau ingat aku ni umur sebaya dengan Riz kan, little twin?" Mendengar sahaja gelaran itu pantas Aara memarahnya.

"Hei! Itu Riz je boleh panggil gelaran itu. Awak jangan nak sibuk okay." Aara menjeling tajam wajah Nico yang sudah tersengih itu. Sinis pula tu, apahal?!

"Eh, kau orang!"

Semua menoleh gerangan. Faris Adnan.

"Weh, kita orang rindu kau!" ucap El kuat. Dirah,Dilah dan Dhia menggelengkan kepala menafikannya.

Faris menahan diri daripada ketawa melihat gelagat El dan rakan-rakannya yang lain kemudian mengalihkan pandangan ke arah Aara lalu mengangkat kening.

"Kau, tak rindu aku?"

"Tak nak ajak kita orang masuk ke?" soal Aara tanpa menjawab persoalan Faris.

"Jomlah masuk." Aara yang membuntuti El terhenti apabila Niko memegang hujung lengan baju sekolahnya.

"Kau orang masuk dulu. Aku ada benda nak cakap dengan little twin ni." Aara menggulingkan mata ke atas tanda menyampah. Lagi dilarang lagi disebutnya.

Semua masuk ke dalam rumah meninggalkan Aara bersama Nico di halaman rumah. Nico menariknya duduk di kerusi berdekatan.

Niko berdehem memulakan perbualannya.

"Dario tu umur 18, Syahmi pula umur 17 tahun. Aku sama dengan Dario." Cerita Nico tiba-tiba.

Aara mengangguk faham maksudnya Nico dan Dario sebaya dengan along dan angahnya lah.

"Kita orang kenal dari kecik sebab mak kita orang kawan rapat ummi." Terdiam Aara mendengar panggilan 'ummi' itu sehingga sekarang dia tidak berjumpa dengan wanita itu.

"Kita orang pun tahu apa yang Hana buat kat kau." Aara mendiamkan diri sahaja.

"Hana tak boleh tahan kot bila mak dia dengan Riz tu asyik sebut pasal kau je sebab tu lah dia berdendam dengan kau macam tu sekali." Aara membuat muka meluat.

Masalah kau ke masalah aku?

"Harini ummi bawa Hana balik Jepun semula." Aara menoleh ke arah Nico setelah mendengar kata-kata lelaki itu.

"Tak bahaya ke?" soal Aara selamba membuatkan Nico memandangnya tajam.

Aara mengalihkan pandangnya tanpa rasa serba salah.

"Kau nak cakap dia gila?" Badan Aara mengigil kecil mendengar suara dingin Nico.

"Lamanya borak. Jomlah masuk. Tak elok berdua-duaan dekat luar ni."

Aara pantas mengangkat kaki masuk ke dalam meninggalkan Nico dan Faris.

"Woi!" Faris dan Niko memandang sesama sendiri.

"Siapa lambat masuk dalam, dia anak katak," tutur Faris cepat.

Faris dan Niko berlari masuk ke dalam rumah.

"Sorry ya ini je ada." Faris menghidangkan tetamunya air oren bersama samyang carbonara yang sudah diletak perencah.

"Wow samyang pink!" jerit Aara teruja namun kembali muram. Er tak apa kot kalau makan satu pinggan je, Anaqi bukan tahu pun, getusnya di hati.

"Kenapa?" tegur Faris. Aara hanya menggelengkan kepala. Tanpa dia sedari, El sudah tersenyum senget melihat Aara tetapi El mendiamkan diri sahaja.

"Jom makan!"

Mereka mula menjamu selera dengan gembira sehingga terlupa tujuan sebenar mereka singgah ke rumah Faris itu.






Aara melangkah masuk ke dalam rumah sambil memandang ke bawah sahaja. Seronok sangat jumpa Faris sampai lupa tengok jam.

"Kau pergi mana, pukul 6 baru nak balik?" Aara mengigit bawah bibir menahan tangisan. Teringat kata-kata Anaqi pada hari pertama mereka berdua solat subuh berjemaah.

Flashback

Aara mencium belakang tangan Anaqi manakala Anaqi melabuhkan bibir hangatnya di dahi Aara.

"Kalau aku tak panggil kau dengan gelaran sayang tu maksudnya aku betul-betul marah kau. Boleh tak?" Terkebil-kebil Aara memandang anak mata Anaqi yang sudah merenungnya.

"Boleh ke tidak?" Anaqi menarik isterinya ke dalam dakapannya.

Dagu Aara diletakkan di atas dada bidang Anaqi lalu mendongak memandang semula wajah suaminya itu.

"Kalau saya cakap tak boleh?" Sengaja Aara tidak menjawab persoalannya tadi.

"Kenalah boleh. Mana ada orang marah cakap baik-baik." Aara mencemberutkan muka tanda tidak setuju.

"Kasar sangatlah kau aku tu. Kalau saya nangis nanti macam mana?" Tangan Aara melingkari pinggang Anaqi erat. Matanya tidak terlepas dari anak mata Anaqi.

"Aku buat bodoh jelah," jawab Anaqi tanpa riak.

Aara memuncungkan bibir tidak puas hati dengan jawapan Anaqi.

"Awak tak sayang saya lah tu."

Anaqi merungkaikan tangan Aara dari pinggangnya lalu bangun keluar dari bilik meninggalkan Aara tanpa balasan.

Niat Anaqi mahu mengusik, ayuh kita nangiskan Aara.

"Ish tak sweet langsunglah encik husband ni," rungut Aara sambil melipat sejadah.

"Aku dengar sayang."

Aara menoleh ke arah pintu melihat Anaqi menyandarkan diri pada dinding sebelum berlalu pergi tetapi sempat mengeyitkan mata kepadanya.

"Eh?!" Aara memegang dadanya dapat dia merasakan jantungnya berdegup laju.

End Flashback

"Pergi rumah Faris," jawab Aara perlahan tanpa memandang renungan tajam Anaqi.

"Buat apa sampai lama kat rumah orang? Kau dah ada suami kat rumah ni kau tahu tak?"soal Anaqi geram dengan isterinya yang pulang lewat itu.

"Borak-borak je dengan Faris. Lama tak jumpa," jawab Aara lagi semakin perlahan.

"Dengan Faris ke dengan mat saleh kawan Riz tu?" Aara yang dari tadi menahan tangisan bertukar kepada menahan ketawa.

Husband kita cemburu ke? Eheks, bisik Aara di hati.

"Solat asar dah ke belum?" Aara menjatuhkan kepala. Mata masih memandang lantai. Maklumlah lantai lagi menyenangkan hati daripada renungan tajam encik suami itu.

"Pergi mandi tukar baju. Malam nanti abang-abang kau datang makan malam kat sini." Aara pantas mengangkat kepala lalu mendekati Anaqi dan mencium kedua-dua belah pipi suaminya.

"Okay. Janganlah cemburu baby, Anaqi saya lagi hot berbanding Niko bermata hijau tu."

Terkesima Anaqi dengan tindakan selamba Aara. Sebelum ni nak kena ugut baru nak buat. Alasannya sebab malu. Malulah sangat...

"Yeay my brothers nak datang!" jerit Aara sambil berlari masuk ke dalam bilik sempat dia mencium pipi mama yang baru muncul di ruang tamu.

"Kenapa dengan Rara tu?" tanya mama pelik dengan sikap menantu kesayangannya itu.

Anaqi mengangkat bahu tanda tidak tahu kerana malas mahu menceritakan perkara tadi.

Mama mengangguk faham lalu melangkah ke dapur semula.

"Aku marahlah tadi bukan cemburu ish," rungut Anaqi sendirian.

"Abang Izzat cemburu? Cemburu tu bukan ke orang tengah cium-cium tu?" soal Rayyan baru sahaja muncul.

Anaqi membuntangkan mata memandang Rayyan.

"Itu cumbulah pandai. Eh mana kau belajar perkataan ni? Jangan cakap kau tengok drama bukan-bukan?" tuduh Anaqi memandang Rayyan tajam.

Rayyan tidak berkelip mata melihat abangnya tiba-tiba mahu marahnya.

"Abang Izzan ajar," jawab Rayyan polos sahaja mukanya.

Anaqi menepuk dahi mendengar nama yang keluar dari mulut adik bongsunya itu.

Memang nak kenalah Izzan ni haihh~





Malam menjelang tiba. Anaqi masih mendiamkan diri selepas menunaikan solat isyak berjemaah.

Merajuk ke baby?

"Baby," panggil Aara meleret memandang Anaqi sedang bermain telefon pintarnya tanpa menghiraukan isterinya di sebelah.

"Baby," panggil Aara sekali lagi sambil melanggarkan bahunya ke bahu Anaqi perlahan.

"Baby! Saya nak awak bayar balik hutang awak harini," kata Aara mula serius lalu menyilangkan tangan ke dada.

Anaqi mula mengerut kening memandang Aara. Sebelah kening diangkat. Telefon pintarnya sudah diletakkan di atas meja kecil yang berdekatan.

"Aku mana ada hutang apa-apa dekat kau," balas Anaqi tidak puas hati apabila Aara menuduhnya tiba-tiba.

"Adalah. Dari balik rumah tadi sehingga sekarang, awak tak ingat hutang awak pada saya? Seriously Izzat Anaqi?!" tutur Aara dengan nada sedikit tinggi membuatkan Anaqi terasa hati tanpa dia sedari.

Anaqi menarik nafas terlebih dahulu dan dihembus perlahan-lahan kemudian memandang isterinya semula dengan pandangan redup.

Aww, my Anaqi is back.

"Aku hutang apa dengan kau, sayangku intan payung gebu-gebu macam bomboloni ni? Ha apa? Hutang apa?" soal Anaqi bertubi-tubi sambil mencubit kedua-dua pipi tembam Aara perlahan.

Aara menahan ketawa apabila Anaqi samakan dia dengan bomboloni. Kenapa comel sangat awak ni? gumamnya di hati.

"Baby hutang attention," jawab Aara manja dengan membuat wajah sedih meminta simpati encik suami.

"Alo ciannya isteri kita ni tak dapat attention ya harini?" Anaqi melayankan sahaja perangai manja Aara yang tiba-tiba muncul itu.

"Malam nanti eh? Sekarang kita keluar turun bawah dulu. Kesian abang-abang kau tunggu kat ruang makan tu. Dah kebulur agaknya sekarang."

Hey, tinggalkan vote boleh?💖

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro