🗝️ 19| Baby

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Enam bulan sudahpun berlalu, Kini El memandang cermin membelek tubuhnya yang membesar itu.

"IZZAN AYSAR!!"

Izzan yang berada di dalam bilik air tersentak. Hujung tuala diselitkan ke pinggang lalu melangkah keluar.

"AWAK TENGOK BERAT SAYA DAH NAIK!! PERUT SAYA PUN DAH BUNCIT HUWARGHHHHH!!"

Izzan tercengang melihatnya. Di sudut hati menyesal kerana belikan penimbang berat badan Angry Bird itu di Shopee, tengok sekarang semua penghuni dalam rumah mamanya kena hadap perangai meroyan isterinya.

"Saya dah gemuk ke syuben?" Izzan menggaru kening mendengar soalan yang keluar dari mulut El. Ni salah jawab tak tidur tenang aku malam ni.

Jika El memanggilnya selain daripada awak atau namanya sendiri itu ialah tanda-tanda tidak baik. Air liur ditelan kesat.

"Taklah mana ada gemuk," jawab Izzan ringkas dengan harapan dapat melarikan diri daripada menghadap isterinya sekarang.

"Tipu. Kalau saya tak gemuk kenapa awak tak cakap saya kurus? Kenapa mesti guna perkataan TAK GEMUK?!" kata El perlahan dan diakhiri dengan suara lantang apabila menyebut dua perkataan terakhir itu.

Izzan mencium seluruh wajah isterinya membuatkan El menahan diri daripada mengeluarkan senyuman malunya.

"Aku pakai baju dulu okay." El mengangguk sahaja. Amarahnya tadi hilang serta merta.

El memandang perutnya lalu mengerut dahi. Tangan ditekan sedikit perut buncitnya itu. Permukaan perut El bergerak sedikit serentak El mengerang kesakitan perlahan.

"Aww aww sakitnya. Macam baby ten--" El terdiam seketika dia teringat bulan ini termasuk harini sudah lima bulan dia tidak datang bulan. Mamanya juga berkata dia kelihatan seperti orang sedang berbadan dua tetapi El hanya menafikan sahaja.

"Termenung apa tu dear?"

Izzan memeluk erat tubuh El dan terhenti apabila perasan pergerakan pada perut El. Mereka memandang sesama sendiri.

"Kau mengandung ke dear?" El mengangkat bahu tidak tahu. Muntah tak pernah dan badan rasa lenguh-lenguh pun tidak. Aktif sahaja El hari-hari. Siap membuat zumba dengan Rayyan dan anak-anak Aara setiap hari Sabtu lagi hm.

"Jom pergi klinik?" cadang Izzan teruja. El memandang wajah Izzan lama. Matanya berair. Sebak.

"Aw-- awak janganlah berharap sangat. Saya tak nak hampakan awak," balas El perlahan dan terselit nada sedih. Kalau dia betul-betul disahkan gemuk macam mana? Buat malu je jumpa doktor bagai.

"Okay okay jangan sedih dah. Pakai tudung. Kita pergi klinik sekarang."

        El dan Izzan memandang wajah doktor perempuan itu. Hati berdegup kencang apabila melihat wajah serius doktor.

"Tahniah Puan Aisyah mengandung lima bulan tapi--" Mereka terkejut selepas doktor memberitahu kandungan El sudah lima bulan. Senyuman mereka tadi kembali pudar mendengar perkataan 'tapi'.

"Puan Aisyah tolong jaga kandungan dengan elok. Jaga pemakanan. Jangan lasak sangat, ingat baby tu sudah lima bulan. Macam-macam boleh jadi," pesan doktor lembut.

El mengangguk laju. Izzan sudah menyumpah serana doktor di hadapannya itu tapi wajah Izzan masih memberikan senyuman.

"Untuk soalan awak tadi tu, biasalah. Kadang kita pun tak perasan sebab memang tak ada tanda-tanda orang mengandung. Nyawa yang ada dalam perut tu pun kadang nak suprise kan parents dia. Jadi cadangan awak untuk berjumpa dengan doktor tu adalah keputusan yang tepat. Apa apa pun jangan lasak sangat ya, Puan Aisyah."

Mereka mengucapkan terima kasih sebelum melangkah keluar dari bilik dokter. Setelah selesai mengambil vitamin untuk ibu hamil, mereka keluar dengan perasaan gembira.

Pegangan dieratkan lalu dihayunkan ke depan dan ke belakang. Pandangan aneh orang sekelilingnya hanya dihiraukan. El dan Izzan berjalan ke arah kereta.

Izzan menutup pintu kereta sebaik sahaja El melabuhkan punggung di kerusi kereta. Dia berjalan menuju ke pintu bahagian pemandu dan membukanya.

Izzan menghidupkan enjin kereta selepas menutup pintu keretanya. Dia memandu kereta untuk pulang ke rumah.

×××

Majlis kesyukuran diadakan kecil-kecilan selepas seminggu lepas El dan Izzan memberitahu keluarga angkat El. Semua keluarga terdekat dijemput. Makanan hanya daripada tempah dalam talian sahaja.

"Wah tahu tahu dah lima bulan? Takkan El tak tahu yang dia tu mengandung?" tegur Zafran aneh. Izzan mengangkat bahu sebelum bersuara.

"Mungkin janin tu kecik tapi dalam masa yang sama El pula suka pakai baju besar-besar tu yang aku tak perasan," terang Izzan bersahaja. Rakan-rakan yang lain mengangguk faham.

Izzan memandang susuk tubuh isteri bersama Datin Marina sedang berselera makan nasi minyak dari jauh. Rakan-rakannya sudah tersengih nakal.

"Janganlah usya, awek aku tu. Tak selesa dia nak makan." Izzan yang mendengarnya lantas membenam wajah Zemir di bantal kecil berdekatan itu. Lama.

"Woi mati juga abang aku nanti." Baru Izzan melepaskan Zemir daripada hukuman selepas ditegur oleh Riz. Padan muka, suka hati dia je anggap bini aku tu awek dia.

"Assalamualaikum!"

Mereka memandang sesama sendiri. Mereka bangun dan melangkah laju ke pintu utama.

"FAKHRUL!!"
"IQRAM!!"

Semua penghuni rumah menoleh ke arah pintu. Fakhrul dan Iqram sudah memberikan senyuman manis sebagai balasan.

"Izzan! Ajak kawan kamu tu masuk!" tegur Dato Azman melihat sekumpulan jejaka itu masih berada di hadapan pintu.

"Baik daddy!" Mereka masuk dan duduk kembali di tempat sebelum ini.

      El mengangkat kepala mencari Izzan selepas puas mengisi perutnya. Perutnya yang sudah membuncit ke depan dan lebih menonjol sebelum ini diusap lembut.

"Baby ni rindu baba dialah mummy," ujar El perlahan. Datin Marina menggelengkan kepala dengan perangai baru anak angkatnya. Sudah dapat apa yang dia nak baru ingat suami?

"Mengada. Pergilah cari dekat ruang tamu tu." El pantas bangun berlari anak ke depan mencari Izzan.

Izzan terbuntang melihat El berlari sambil matanya seolah-olah mencari seseorang. Dia bangun menuju ke arah El.

"Hui dah lupa ke doktor kata jangan lasak sangat. Yang kau berlari ni kenapa?" tegur Izzan dengan nada tegas.

El menoleh ke kiri lalu memeluk tubuh suami. Dia mendongak memandang mata Izzan.

"Saya rasakan--" Dia sengaja mempamerkan wajah simpati kepada suaminya. Izzan mengangkat kening melihat wajah El itu.

"Nak apa? Nak penampar-- Auch! " seloroh Izzan lalu mengaduh sakit kerana dicubit menggunakan kuku pada perutnya.

"Tajamnya kuku! Kau tidur nanti siaplah dengan jari jari kau sekali aku kerat," ujar Izzan geram sambil mengusap cubitan El.

"Nak cubit tempat lain boleh tapi kat perut janganlah. Aku dah ada fourpack sekarang jangan disebabkan kuku kau yang tajam nak mampuih tu bocor fourpack aku," rungut Izzan tanpa sedar dia telah memberitahu perkara yang El tidak tahu.

"Wah serius? Nak tengok!" Baju Melayu suami lantas diselak namun terhenti kerana Izzan menahan tangannya.

"Jangan buat hal kat sini, dear. Aku ketuk kepala kau guna helmet Fakhrul kat luar karang."

"Fakhrul tu bukan geng Hairul ke?" Izzan mengangguk tanda mengiakan pertanyaan El.

"Dia orang baru je datang. Tengah amik makan kat dapur," kata Izzan lembut.

El angguk faham sebelum merebahkan dagu di dada bidang Izzan.

Izzan mendiamkan diri sahaja. Dia merelakan anak matanya menjadi tatapan mata El.

"Wa sayang lu manyak manyak," ucap El perlahan. Terkedu Izzan mendengarnya. Selama dia mendirikan rumah tangga bersama El, semua dipenuhi gurauan kasar dan bahasa kasar sahaja malah tiga perkataan yang biasa budak couple baru nak up selalu sebut ala ala barat itu pun membuatkan El rasa nak terkeluar anak tekak mendengarnya.

"Wa sayang lu juga, manyak manyak manyak. Aish patut kau malu apahal aku yang malu pula ni. Aku nak nyorok dalam bawah kain kaulah." Izzan mula mencangkung lalu menyelak kain bagi memberi ruang untuk kepala Izzan masuk.

El menepuk dahi melihat gelagat Izzan. Rakan-rakan Izzan yang perasan mula memandang Izzan tidak percaya. Nasib baik El memakai seluar panjang di dalam kainnya.

"Tak sabar sangat tu, bini tengah mengandung sibuk nak buat lagi. Stupid bin Adabi betul," bisik Zemir kepada Riz. Anaqi dan Zafran sudah memicit kepala. Airil? Sudah bangun melangkah ke arah Aara dan anak-anak Aara.

"Oh baru tahu stupid tu jantan," balas Riz polos.

"Iyelah kalau betina kang muncullah suara-suara perempuan yang tidak puas hati tu." Zemir mengadu. Riz memandang wajah Zemir.

"Siapa?"

"Aara dengan El tu lah. Nanti bila kita ni balas ada je spesis orang yang tak bersisik tu backup. Ni ha dua orang yang sibuk tenung kita daripada tadi. Lagi sorang dah berambus dah. Ha jangan lupa yang kecil-kecil cili padi tu tapi mulut mengalahkan mak bedah jiran aku." Riz menoleh ke depan lalu mengusap dada. Anaqi dan Zafran merenung mereka berdua tajam.

"Aku sakit perutlah along, aku nak pergi tandas dulu eh?" Riz menarik kuat tangan Zemir. Mereka berjalan ke arah Izzan yang masih tidak mengeluarkan kepalanya itu. Mereka menepuk kuat punggung Izzan serentak.

PAP!

"LARI!!" jerit Zemir dan Riz sambil berlari ke arah dapur mencari tandas.

Izzan mengeluarkan kepala dengan wajah masam memandang El. Izzan tak kesian kat bini dia ke yang berdiri daripada tadi?

"Dear! Bontot aku sakit!" rengek Izzan kuat menyebabkan semua penghuni dalam rumah itu menggelengkan kepala mendengarnya.

"Jom masuk bilik. Saya ubatkan" pujuk El. Izzan terus bangun menarik El untuk naik ke atas.

"Haa eloklah tu. Dapat pasangan gila macam tu nanti anak keluar dari hospital bahagia terus."

Aara menghamburkan gelak mendengar omelan Airil terhadap El dan Izzan itu.

×××

Keesokan harinya, Izzan mengambil cuti untuk membawa El ke taman menemui sekumpulan kanak-kanak itu memandangkan sekarang masih cuti sekolah.

"ABANG BUAYA!!!"

Lima budak perempuan memeluk tubuh tinggi Izzan kemudian mereka mengalihkan pandangan ke arah El.

"Akak ke kesayangan abang Izzan ni?" El mengangguk polos.

"Akak El ke Akak Hawa?" tanya Melda ingin tahu.

"Akak El," jawab El sepatah. Masih kekok mungkin.

"Patutlah. Mungkin akak lagi comel daripada Adelia sebab tu abang Izzan suka kat akak hm. Kita share boleh?" soal Adelia. El memberikan senyuman lalu mengangguk tanda setuju. Budak kecik dah tercrush laki kita, layankan ajelah.

Mereka berjalan bersama mengeliling taman itu sambil berborak kosong dengan sekumpulan kanak-kanak perempuan itu sehingga senja.

"Bye akak! Bye abang! Kita orang balik dulu." El dan Izzan melangkah ke arah tempat parkir. Mereka dalam perjalanan pulang ke rumah.

Tiba-Tiba...

"Izzan saya rasa saya nak makan lima batang aiskrim Cremeria lah. Terliur tengok iklan kat tv pagi tadi."


















Keep vote and comment ! 🌈

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro