LFDW - Chapter 23

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng


Shawn merenung tajam kearah Kyra. Dia sudah naik bengang dengan perangai Kyra yang masih tidak pernah berubah dari dulu lagi. Disebabkan cinta semuanya berubah dengan sekelip mata sahaja.

"Abang tanya ni kenapa Kyra buat macam tu dekat Hazel?tolong jawab soalan abang!" Kyra hanya mendiamkan diri. Dia sudah naik menyampah dengan soalan abangnya.

"Kyra ingat abang tak tahu yang Kyra ni suka buli pelajar lain termasuk Hazel. Pleaselah Kyra, tolong move on. Apa yang istimewa sangat dekat Xavier tu?abang tak rasa pun dia sesuai untuk Kyra,"

"Suka hati Kyra lah nak buat apa. Ini hal Kyra bukannya hal abang!dan tolong jangan sesekali tentukan dimana yang baik untuk Kyra!kalau aku kata nak Xavier maksudnya dia aku punya selama-lamanya!"

"Habis tu kenapa Kyra nak buli Hazel?kalau dia nak berkawan dengan Xander pun apa masalahnya?

"Dia rampas Xander dari aku!sekarang Xander dah tak layan aku macam dulu lagi. Mungkin abang masih tidak faham apa sebenarnya yang Kyra plan nak buat,"

"Kau cuba nak berapat dengan Xander untuk dapatkan Xavier semula kan?eh kau sedar tak diorang tu adik beradik dan kau tak pernah terfikir ke yang Xavier tu benci kau jadi itu bermaksud Xander pun akan benci kau. So jangan hairan kenapa Xander tak layan kau dengan baik!" Shawn tersenyum sinis.

Kyra yang begitu marah terus menolak pasu kaca yang berada di atas meja ruang tamu sehingga hancur berkecai.

"Xavier takkan benci aku. Walau macam mana sekali pun aku akan pastikan Xavier cintakan aku semula dan sekarang ni aku perlu fokus Xander. Aku ada special plan khas untuk dia tapi kalau perempuan tak guna tu cuba nak hancurkan plan aku untuk kali ni nahas dia aku kerjakan!"

"Kyra listen carefully. Kau jangan berani nak libatkan Hazel dalam plan baru kau tu kalau tak aku sendiri yang hancurkan plan kau tu!" Shawn memberi warning kepada Kyra. Matanya memandang tajam ke arah adiknya.

"Do I care?aku boleh buat apa sahaja asalkan apa yang aku inginkan itu berhasil. Abang ingat Kyra takut sangat dengan warning abang tu. You'll never can't stop me!" Kyra berkata dengan sinis sebelum berlalu meninggalkan ruang tamu.


___________

Pagi itu, Hazel membantu ibunya mengangkat dua beg yang berisi pakaian. Hari ini adalah hari sabtu dan juga hari penerbangan Katherine dan Sebastian ke Mexico.

Hayden memasukkan semua beg dan keperluan yang lain ke dalam bonet kereta.

Hazel terus memeluk ibunya dengan erat bagaikan tidak mahu melepaskan ibunya untuk pergi. Katherine menggosok kepala Hazel dengan lembut lalu mencium pipi anak kesayangannya itu.


"Jaga keselamatan sepanjang mumy dan daddy tidak berada di rumah. Dengar cakap abang kamu tu kalau dia buli Hazel nanti mumy tarik balik duit di akaun bank dia. Biar padan muka abang kamu tu,"

"Mum...bukan Hayden yang buli Hazel tapi Hazel yang buli Hayden. Trust me or not but this is so true mum," kata Hayden sambil merenung tepat ke arah Hazel. Dia yang pembuli tapi aku pula yang dituduh.

"Ala dia yang selalu buli Hazel boleh pula tak mengaku takut duit kena tarik lah tu," Hazel ketawa mengejek.

"Dah berhenti bergaduh. Lepas ni jangan pula berperang mulut je kerja. Hayden tolong jaga adik kamu bukannya tahu bergaduh je. Hazel kamu pula tolong dengar cakap abang kamu,"

"Okey daddy," jawab Hayden dan Hazel serentak siap buat tabik hormat lagi. Katherine hanya menggelengkan kepalanya.

Kris hanya memandang keluarga kecil itu dari jauh. Sesekali bibirnya mengukir senyuman apabila melihat Hazel yang sempat lagi bermanja dengan Katherine.

"Mumy, daddy jangan lupa video call dengan Hazel dan Hayden bila sampai di sana tau," kata Hazel yang masih dalam pelukan ibunya.

"Sure, mumy tak akan lupa. Don't worry about that,"

"I will miss you mum and dad,"

"Jaga keselamatan adik kamu. Kalau ada apa-apa yang berlaku tolong call daddy secepat mungkin," ujar Sebastian sambil mengusap bahu anak sulungnya itu.

"Baiklah daddy," balas Hayden dan terus memeluk ayahnya untuk kali terakhir.

"Lets do family hug together!"

Selesai membuat family hug, Hazel dan Hayden melambaikan tangan mereka begitu juga dengan Katherine dan Sebastian.

Kereta vios yang dipandu oleh Sebastian pun meluncur jauh meninggalkan kawasan perumahan itu.

"Dah jom masuk dalam rumah," kata Hayden dan terlebih dahulu berjalan menuju ke pintu namun dia hampir sahaja terjerit kerana terkejut apabila melihat Kris yang berada di hadapannya.

"Fuh nasib baik aku tak ada sakit jantung bro," Hayden menghela nafas lega. Dadanya pula diusap beberapa kali. Dari mana pula dia datang ni tak nampak pun tadi. Bisik dalam hati Hayden.






Enjoy🍀

TERUSKAN BACA KALAU NAK TAHU PERKARA-PERKARA MISTERI DI DALAM CERITA INI

Thanks sudi baca❤❤









Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro