LFDW - Chapter 3

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng


Aku meletakkan beberapa gambar keluarga di atas meja ruang tamu. Buku-buku cerita kegemaran aku pula aku susun di rak buku jenis Display bookcase. Rak jenis seperti ini sememangnya sudah menjadi kegemaran aku sebab tak memakan tempat jika mengaturnya secara baik. Bentuknya yang ringan dan mudah dipindah itu juga boleh dijadikan model ideal jika ingin menata perabot kembali.

Sedar tak sedar jam dinding telah pun menunjukkan pukul 7:20 malam. Aku segera meregangkan tangan setelah seharian menyusun atur rumah amaklumlah baru berpindah ke rumah baru. Pastinya memang penatlah jawabnya.

"Hazel...I'm going to buy some food with your father. I know you feel tired just get some rest after this and I will call you later when the food is done,"

"Okey mum. How about Hayden?"
baru aku tersedar yang aku tak jumpa Hayden sejak petang dan kali terakhir bercakap dengannya semasa berada di dalam kereta.

"Maybe he is already sleep. You know your brother well," ujar Katherine. Aku mengganguk faham seraya tersenyum.

"Then, I'll go now. See you later sweetheart," Katherine mencium dahi anaknya sebelum dia berlalu keluar.

Aku pun segera naik ke tingkat atas dan sempat menjenguk Hayden yang telah pun tidur dengan lena siap berdengkur lagi. Your world is so lucky bro. Bisik hati Hazel.

Aku pun menuju ke bilik dan segera mengunci pintu. Nak kena mandi ni rasa melekit dah badan ni. Tuala dan pakaian aku bawa sebelum masuk ke dalam bilik mandi.

Selesai sahaja membersihkan diri dan memakai pakaian aku pun membuka telefon dan bersandar di katil. Mesej dari dua orang kawan baik di sekolah lamaku aku balas dengan perasaan yang amat rindu walaupun baru sehari tidak berjumpa.

Hampir 30 minit aku berchatting dengan mereka sebelum mata aku mulai terasa berat. Aku pun menghantar mesej yang terakhir kepada mereka sebelum menutup lampu bilik.

Hazel yang sedang diulit mimpi indah terjaga dari tidurnya apabila terdengar bunyi derapan tapak kaki yang datang dari balkoni biliknya.

Dia dengan pantasnya memasang lampu bilik namun malangnya tidak menyala. Apasal pula elektrik ni tetiba tak ada? Aku cuba memasang lampu meja namun yang amat menghairankannya lampu meja aku pula menyala namun lampu bilik tidak menyala. Apakah?

Ketika itu masih kedengaran lagi derap tapak kaki dari luar balkoni. Aku segera mengambil telefon dan cuba memasang flashlight. Aduh!waktu genting ini jugalah bateri telefon aku low sebab terlupa cas sebelum tidur tadi.

Tanpa membuang masa, Hazel terus mencari benda yang boleh digunakannya untuk menyelamatkan diri. Manalah tahu ada pencuri yang nak ceroboh masuk dalam rumah. Namun dalam keadaan yang gelap gelita ini, mana mungkin aku dapat melihat jalan kang terlanggar almari pula nanti siapa yang susah.

Aku perlahan-lahan berpaling ke arah pintu sliding namun tangan mula meraba-raba mencari sesuatu di rak. Ah!kesah apa aku tak nampak apa-apa pun lantaklah!janji dalam bilik aku ni tak ada lipas.

Eh sekejap!Aku tak salah tengok kan tadi tapi aku...tak pasti...sama ada itu?

Dalam cahaya yang samar-samar aku melihat satu susuk makhluk entah apa nak panggil. Manusia ke alien atau pencuri atau juga h.a.n.t.u. Air liur ditelan perlahan. Bulu romanya pula sudah mula meremang.

Aku segera memusingkan semula kepala dan perlahan-lahan menghadap ke arah sliding door cuba menginginkan kepastian dengan apa yang aku lihat sekilas sebentar tadi.

Ketika ini aku dapat merasakan jantung aku berdegup begitu kencang tatkala melihat seseorang sedang bersandar di sliding door sambil berpeluk tubuh. Matanya kelihatan seperti memandang tepat kearahku. Namun malang sekali aku tidak dapat melihat wajahnya dengan jelas.

Nak jerit tak boleh. Tekak ni macam tak berikan aku kerjasama. Nak lari tapi kaki aku bagaikan diikat. Apa semua ni?

Tiba-tiba sahaja lampu bilik Hazel terpasang membuatkan dia terjerit dek kerana terkejut. Aku memandang semula ke arah pintu sliding dan berharap makhluk itu sudah menghilang namun dia masih tetap setia berdiri di sana.

Mata aku mula tak berkelip. Apa yang aku nampak sekarang ni bagaikan mimpi. Lelaki sekacak macam ni datang dari mana pula?tak mungkin tersesat di bilik aku. Getus dalam hati Hazel. Namun ketakutan masih menguasai dirinya ketika ini. Oh no!apa yang harus aku buat ni. Ya Tuhan, jauhkanlah aku dengan keluarga aku dari segala perkara buruk yang terjadi malam ini. Doa Hazel dalam hati.

Lelaki itu mula berjalan perlahan menuju ke arahku dan aku dengan pantasnya mengambil bantal. Ah!bantal pun okey jadilah. Lelaki misteri itu segera menghentikan langkahya di tepi katilku dengan wajah yang penuh serius.

"Who...who...are...you...dont you dare to come near me or I will call the police," aku turun perlahan-lahan dari katil dan masih memegang erat bantal yang menjadi peneman setiaku ketika ini.

Lelaki misteri itu hanya merenung aku dengan pandangan yang sukar untuk aku tafsirkan. Please say something and what type of creature are you handsome boy.
Getus dalam hati Hazel.

"Im not like what you think. An alien?Robbers? Im not all of that. What are you think am I look alike pretty girl?" lelaki itu berkata dengan senyuman sinisnya.

I think he has a sweet voice but he is so annoying at the same time. How can he read my mind?oh no what type of creature are you.

"Oh before that my name is Kris. And you?" dan dengan penuh selambanya dia duduk di atas katil Hazel dengan wajah yang tidak bersalah.

"Get off from my bed!I dont know who are you!" tanpa sengaja bantal yang dipegang Hazel terbaling ke arah Kris namun bantal itu berjaya ditangkap oleh lelaki itu. Hazel terus memandang ke arah lain apabila Kris menghadap semula ke arahnya. Oh no!oh no!nasib bantal je kalau benda tajam yang aku terbaling tadi tak ke mati namanya nanti.

"You just know my name and why should I get off? This is my room pretty girl," ujar Kris seraya menjeling sekilas ke arah Hazel.

Terbeliak mata Hazel mendengar balasan lelaki misteri di depannya sekarang. Rasa takut sebentar tadi diganti dengan perasaan geram dan marah. Yang paling dia tak dapat terima apabila lelaki itu mengatakan yang bilik ini adalah biliknya. Hazel mengetap bibirnya dan berfikir bagaimana dia mahu menghalau lelaki misteri itu.

"Get out from my room or I will shout!I dont even know where the hell are you come from?datang secara tiba-tiba lepas tu cakap yang ini bilik dia. Eh kau jangan nak memain dengan aku ye!" Hazel menuding jari ke arah Kris. Sungguh dia panas hati saat ini namun dia masih boleh mengawal kemarahannya dengan kesabaran yang masih tersisa.

Kris terdiam sejenak. Lelaki itu menunduk memandang ke bawah lantai dengan wajah yang kelihatan mendung sahaja. Hazel pula terdiam sebentar. Tangan diturunkan perlahan-lahan. Aku ni kejam juga ya, boleh pula main tuding jari ni. Tapi lelaki misteri ni pula dah kenapa? Aku ada tersalah cakap ke tadi.




What are you guys think and who is actually Kris?

Enjoy🍀

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro