LFDW - Chapter 33

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Kris bersandar di dinding berdekatan dengan tingkap sambil memandang Hazel yang sedang menulis sesuatu di buku. Dia berada di kelas Hazel sekarang kerana dia tidak mahu gadis itu dibuli tetapi tiada seorang yang dapat melihat Kris kecuali Hazel sahaja.

Hazel mengahlikan pandangannya ke arah tingkap namun matanya seperti ternampak sesuatu di sebelah tingkap. KRIS?apa dia buat dalam kelas ni.

Kris memberi isyarat senyap lalu sempat mengenyitkan matanya. Hazel menekup mulutnya untuk menyembunyikan senyumannya. Silap hari bulan dia dianggap gila kalau senyum seorang diri.

"Perhatian!cikgu Oliver suruh semua pergi di padang. Wajib!kita semua kena gerak sekarang!" ketua kelas memaklumkan arahan yang diterimanya dari cikgu Oliver.

Semua pelajar lelaki bersorak gembira manakala pelajar perempuan pula mengeluh. Mesti takut kulit berubah warna maklumlah di padang tu panas.

Semua pelajar mula beredar menuju ke padang dan tinggal Hazel lagi seorang yang belum keluar. Kris menghampiri Hazel.

"Kenapa tak jalan?tunggu saya ke?" Kris berbisik ke telinga gadis itu dengan suara yang sengaja dilembutkan. Hazel lantas menjarakkan sedikit kedudukannya dengan Kris. Sah!hantu ni dah makin menjadi-jadi.

"Tak...mana ada tunggu. Saya dah nak jalan ni," Hazel menjadi gagap apabila memandang mata Kris yang terlalu mengancam. Oh no!

"Shh...jangan balas nanti orang tengok kau bercakap seorang diri. Jom saya teman kau pergi padang," Kris menghulurkan tangannya kepada Hazel.

Dia yang bagi soalan tadi tapi dia suruh aku jangan balas pula.

"For what?" Hazel berasa pelik apabila Kris menghulurkan tangan kepadanya.

"Peganglah baru sweet..." Kris berkata dengan senyuman yang nakal. Terus terbeliak mata Hazel mendengar jawapan Kris.

"Ni dekat sekolahlah. Kalau pelajar lain nampak saya macam pegang tangan seseorang tapi tak ada pula yang berdiri di sebelah saya. Kau rasa?" Hazel berkata separuh berbisik kerana takut kalau ada pelajar melalui kelasnya.

"Maksudnya kalau di luar sekolah bolehlah?Nak juga kau pegang tangan saya kan ingat tak nak,"

"Ma...mana ada!ishh!" Hazel lantas mencubit pinggang Kris.

"Tengok tu mula dah jadi nakal. Kan sweet kalau hari-hari macam ni," Kris mengenyitkan matanya.

"Okey stop. Saya tak nak bercakap dengan kau dah. Saya nakal pun sebab kau ajar,"

"Eleh nak salahkan saya pula. Betul ke kau tak nak bercakap dengan saya dah. Sanggup ke?" Kris sengaja menguji gadis itu.

Hazel semakin geram. Memanglah tak sanggup eee...geram pula aku dengan hantu ni. Tak pernah lagi aku jumpa hantu macam ni sebelumnya.

"Ish...saya dah terlambat pergi padang ni. Kau nak saya kena denda ke apa?"

"Of course tak nak. Jomlah..."

"Tau takpe..."

Sampai sahaja di padang semua rakan-rakan sekelas Hazel sudah pun mula membuat pemanasan badan kecuali Xander. Lelaki itu hanya duduk berdiam diri di bawah pokok sambil termenung jauh.

Hazel teragak-agak menuju ke arah Xander namun Kris menghalangnya dengan muka selamba. Bertuah punya hantu!

"Kenapa?"

"Tak payah pergi sana...Xander stress tu," kata Kris yang seakan tahu keadaan Xander.

Hazel mengerutkan dahinya. "Kau kenal Xander?" tanya Hazel yang ingin kepastian.

"Memang pun saya kenal sebab dia adik Xavier. Kita semua dah lama kenal sebenarnya," kata Kris tanpa menyedari yang dia telah pun terlanjur mengatakan sesuatu.

"Dah lama kenal?sejak bila lagi?"
tanya Hazel dengan pelik.

"Sejak ke...tak adalah...saya gurau je," Kris menghembus nafas lega. Nasib tak terlepas cakap.

Beberapa pelajar junior yang lalu lalang di kawasan berhampiran padang itu sudah mula berbisik memandang Hazel yang mereka lihat sedang bercakap seorang diri.

"Senior yang cantik tu rupanya gila,"

"Dia tengah bercakap seorang dirilah. Aku ingat dia normal rupanya ada sakit mental pula,"

"Kita kena sebarkan tentang ni kepada semua pelajar nanti ada yang terkawan dengan orang gila pula,"

Kris memandang pelajar itu. Aku
hafal muka-muka ni siap kamu kalau sebarkan satu sekolah tentang ni. Ada yang tak tidur malam ni nanti.

Budak-budak ni nak je aku baling guna kelapa. Biar ada benjol besar dekat kepala diorang. Bisik hati Hazel dengan geram apabila melihat pelajar junior itu sedang berbisik kearahnya.

"Hazel...kau buat apa berdiri dekat sini?" tanya Xander yang datang menuju ke arah Hazel. Kris hanya memandang Xander dengan pandangan kosong.

"Nothing. Lagipun malas saya nak join aktiviti diorang tu. Kau tak join ke?"

"Tak naklah. Saya tak ada mood.
Btw kau dah okey ke?"

"Kau dah tahu?"

Xander menganggukkan kepalanya. "Kyra tunjukkan saya video rakaman tu tadi sebab itulah saya tak ada mood. Perempuan tu saja nak cabar kesabaran saya,"

Hazel memandang Kris yang berdiri di sebelahnya. Macam mana dia buat ye?saya boleh nampak dia tapi kali ni Xander tak boleh nampak dia. Hazel sempat lagi bertanya dalam hati.

"Saya tak faham dengan Kyra. Mesti ada je benda yang dia tidak puas hati,"

"Dia pergunakan saya untuk dapatkan abang saya. Jadi dia tak nak ada perempuan selain dia yang rapat dengan saya. Itulah Kyra..."

Kris hanya mendengar setiap apa yang dikatakan oleh Xander. Adakah Kyra juga pergunakan aku untuk dapatkan Xavier?





Enjoy🍀

Jangan lupa tekan vote dan komen😀terima kasih!










Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro