LFDW - Chapter 44

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng


Di dalam kelas pelajar diberi latihan ulangkaji untuk persediaan peperiksaan akhir tahun bagi pelajar form 5. Tidak lama lagi mereka akan menghadapi final exam begitu juga dengan menamatkan persekolahan.

Xander mencuri pandang kearah Hazel. Setiap kali dia memandang gadis itu dia akan tertanya tanya. Dia sedar atau tidak yang Kris tu bukan manusia?macam mana Kris dan Hazel boleh bercinta pun dia tidak tahu. Itu yang membuatkan dia semakin risau jika dibiarkan begitu sahaja.

Bukannya kebiasaan Kyra akan cari masalah diawal pagi tapi kenapa hari ini tak?Bisik hati Hazel. Bukan apa tapi dia cuma berasa pelik dengan keadaan hari ini.

"Xander...kau ada nampak tak Kyra datang sekolah hari ini?"

"Dia tak datang sekolah hari ini. Kenapa?"

"Tak adalah saya nak tanya je,"

Hazel berfikir sendirian. Semalam tak silap aku Kris pergi jumpa Kyra. Maknanya kalau Kris memang pergi munculkan diri depan Kyra itu bermaksud Kyra tak datang ke sekolah hari ini disebabkan Kris.

Kalau memang betul kenapa Kyra tak nak datang. Kris ada cakap sesuatu ke?

"Hazel kau tengah fikirkan apa tu?" tanya Xander.

"Saya cuma fikirkan jawapan untuk soalan ulangkaji ni," bohong Hazel. Xander melihat kertas ulangkaji Hazel. Masih ada beberapa lagi soalan yang belum diselesaikan.

"Saya nak jadi tutor sekarang. Mari saya ajar," kata Xander sambil tersenyum.

Shawn berjalan di sepanjang koridor universiti. Tiba-tiba matanya tertancap pada seseorang. Ini termasuk kali ketiga dia terserampak dengan Xavier.

Masing-masing memandang dengan pandangan yang sukar ditafsir.

"Xavier. Rasanya kita macam tak pernah sembang walaupun berada di universiti yang sama," kata Shawn yang memulakan perbualan.

"Buat apa nak sembang dengan kau?buang masa aje sama juga dengan adik kau," balas Xavier dengan sinisnya. Dia sememangnya tidak akan pernah berbaik dengan Shawn lagi lagi Kyra yang membuatkan hubungan kawannya dengan Kris terputus.

"Aku tanya elok elok kau balas dengan cara ini. Eh aku tak fahamlah kenapa Kyra pilih lelaki tak guna macam kau ni," kasar sahaja suara Shawn ketika itu.

Xavier tersenyum sinis. Lelaki tak guna?well.

"Siapa yang tak guna aku atau adik bangang kau tu?kalau masa boleh diputarkan kembali aku tak akan tengok mahupun bercakap sepatah dengan adik kau!sekarang mesti dia happy kan dengan hidup dia lepas dah hancurkan hubungan kawan aku dengan Kris!"

Xavier terpaksa mengawal amarahnya ketika itu kerana masih berada di universiti.

"Untuk pengetahuan kau aku tak pernah backup Kyra kalau dulu memang ada tapi sekarang kau nak cakap apa pun dekat dia aku tak terasa. Kau nak tahu kenapa?sebab dialah perempuan yang aku suka tersakiti.
Hari hari dijadikan bahan buli di sekolah tapi aku selalu lindungi Hazel tanpa dia tahu,"

Hazel?bukan tu adik Hayden ke?Bisik dalam hati Xavier.

"Kau maksudkan ni adik Hayden ke?" tanya Xavier.

Shawn menganggukkan kepalanya.

Kenapalah dalam banyak banyak perempuan di dunia ni Hazel juga yang dia pilih. Getus hati Xavier.

"Good luck je lah," kata Xavier tetapi mempunyai makna di sebalik ayatnya itu.

Shawn membalas dengan senyuman sinisnya.

_________________________

Hazel tersenyum gembira memikirkan kepulangan ibu bapanya dari oversea.
Almaklumlah tak sabar nak jumpa kedua dua ibu bapa yang amat dirindui.

"Hazel aku nak keluar pergi rumah kawan kejap. Kalau kau pun nak keluar jangan lupa pulang awal sebab malam ni kita pergi airport jemput mumy dan daddy," kata Xavier yang sempat mengingatkan adiknya.

Hazel tersenyum seraya mengangguk.
Alamak aku hampir terlupa nak jumpa dengan Shawn di taman. Dia terus berlari menuju ke biliknya untuk mengemaskan diri. Hayden pula sudah bergerak menuju ke rumah Xander.


Hazel sempat mencari kelibat Kris namun dia langsung tidak melihat lelaki itu. Dia pun terus menuju ke taman yang berhampiran dengan kawasan perumahannya.

Dari jauh kelihatan seorang lelaki yang sedang berdiri membelakanginya. Ternyata Shawn yang terlebih dahulu sampai dari Hazel.

"Hye sorry saya hampir tak sedar kau datang. Duduklah di sebelah ni," ujar Shawn. Matanya tidak lepas memandang Hazel ketika itu kerana dia suka melihat outfit yang dipakai Hazel sekarang.

"So kau nak cakap apa?Btw saya lambat sampai ke?" tanya Hazel perlahan.

"Taklah. Tak apa saya sanggup tunggu walau berapa lama pun hanya untuk kau," kata Shawn membuatkan Hazel berasa sedikit lain dengan kata-kata Shawn.

"Okeylah sebelum tu saya nak tanya. Hazel okey tak kalau saya ajak Hazel keluar untuk dinner atau invite ke prom?"

Dinner?prom?apa yang dia nak sampaikan sebenarnya ni. Bisik hati Hazel.

"Bergantung kepada keadaan dan saya tak dapat bagi jawapan sekarang," balas Hazel. Kalau diikutkan hati dia tidak mahu terima pelawaan Shawn itu pun.

"Its okey. Soalan seterusnya boleh tak kalau saya nak kenal Hazel dengan lebih rapat lagi?" ujar Shawn.

"Bukan kau dah kenal saya ke buat apa pula nak kenal dengan lebih rapat?" balas Hazel dengan pelik. Aish geram pula aku dengan dia ni.

"Sebab saya nak sangat rapat dengan orang yang saya sayang," Shawn tiba-tiba menjadi serius. Dia memegang tangan Hazel dan mula melutut.

Pada waktu yang sama Kris yang sedang mencari Hazel di sekitar kawasan perumahan ternampak mereka. Dia yang penat mencari Hazel dari sekolah sampai pulang tapi ini yang dia dapat. Ingat nak buat surprise tapi lain pula yang terjadi.

"Will you be my girlfriend?" ucap shawn dengan begitu lembut. Tangan Hazel masih lagi dipegangnya.

Kris masih lagi berdiri pada jarak yang tidak berapa jauh dari mereka.

"Shawn apa semua ni?saya ingat benda penting yang kau nak beritahu tapi kau ajak saya keluar sebab ni je?" Hazel menarik tangannya dengan kasar.

Kris terus berlalu dari kawasan itu bila merasakan apa yang dia lihat itu sangat menyakitkan hati. Lagi lagi lelaki itu adalah Shawn.

Hayden mengambil tempat duduk di sebelah Xander.

"Terpulanglah pada kau nak percaya atau tidak tapi aku nampak Hazel bersama dengan K...kris. Aku yakin diorang ada hubungan tapi-"

"Kris siapa?Kris yang kawan baik Xavier tu ke?"

Xander mengangguk.

"Jadi apa masalahnya kalau Hazel ada hubungan dengan Kris?aku tak ada hak nak suruh dia putuskan Kris,"

"Kau tak tahu ke yang Kris tu...Kris..."

"Kenapa?ish kau ni pun boleh jadi gagap,"

Sorry Hazel but I have to tell your brother this.

"Kris dah meninggal tahun lepas. Masalahnya sekarang Hazel bercinta dengan orang yang dah mati,"

Hayden terkejut, terdiam, terkaku dan tidak dapat bercakap apa-apa apabila mendengar apa yang dikatakan Xander saat ini. Jadi ini bermaksud selama ini aku berbual dengan orang yang dah mati. Tidaaaakk!






Enjoy🍀

Akhirnya Hayden dah tahu😧

♡vote ♡comment






Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro