LFDW - Chapter 48

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng


Kris menghentikan langkahnya membuatkan Hazel pun turut menghentikan langkahnya.

"Kenapa?"

"Hazel tunggu sini kejap. Saya nak jumpa Kyra sekejap je nanti saya datang balik jangan pergi mana-mana," kata Kris.

Belum sempat Hazel membalas Kris sudah lenyap begitu sahaja. Hm rasanya kenapa Kris nak jumpa Kyra? Bisik dalam hati Hazel. Dia menunggu Kris di bawah pohon rendang dimana kawasan itu dikelilingi pelbagai jenis bunga.

Kyra berundur ke belakang apabila Kris tiba- tiba sahaja menghalang perjalanannya.

"Kris saya minta maaf tolong jangan apa apakan saya..." Kyra mengangkat kedua-dua tangannya.

Setiap kali Kris munculkan dirinya Kyra akan berasa sangat takut kerana dia masih lagi menyimpan rahsia besar daripada pengetahuan Kris.

"Aku nak kau jelaskan semua malam ni juga. Kalau kau masih belum bagi jawapan, aku akan pastikan hidup kau tak akan aman lepas ni. Kalau kau nak aku tak munculkan diri depan kau lebih baik kau beritahu sekarang!"

Kyra tidak membalas apa-apa. Dia hanya diam menunduk. Dia takut memandang Kris apatah lagi melihat mata yang sungguh menikam itu.

"Kau nak lari mana sekali pun aku tetap jumpa kau. Jangan harap kau akan terlepas selagi kau belum jelaskan perkara yang sebenar. Ingat tu!"

Kyra terpana. Macam mana dia boleh tahu apa yang aku tengah fikirkan sekarang ni. Memang aku nak cari jalan macam mana nak larikan diri dari dia.

Kyra perlahan lahan memandnag ke hadapan namun dia mendapati Kris sudah pun hilang. Lega sedikit hatinya namun memikirkan kembali apa yang dikatakan Kris tadi dia semakin menjadi takut.

Xander mencuri pandang ke arah Kris. Bukan selalu boleh nampak hantu ni jadi ambilah peluang selagi masih ada.

Hazel yakin yang mesti Xander sudah lama tahu tentang perkara ini. Kris yang berdiri di sebelah Hazel membalas senyuman Xander apabila Xander tersenyum ke arahnya. Tapi masing masing ada gaya senyuman entah fake ke tidak.

"Kalau kamu nak berbual saya boleh bagi ruang," kata Hazel yang seakan akan tahu mereka seperti ingin berbual antara satu sama lain.

Hazel pun berlalu meninggalkan mereka.

"Kris boleh tak aku tanya sesuatu?" kata Xander yang memulakan bicara. Kris menganggukan kepalanya.

"Dah berapa lama kamu berdua?aku maksudkan kamu bercinta dah berapa lama?"

"Dah masuk sebulan. Macam mana kau tahu?"

"Hehe aku tak sengaja bro. Aku nampak hari tu dekat taman," balas Xander sambil tersengih.

"Tapi tulah apa yang aku risaukan kalau satu hari nanti aku akan tinggalkan Hazel. Aku takut kalau dia tak dapat terima,"

Xander menepuk bahu Kris perlahan. Aku pun risaukan yang itu sebenarnya. Takut kalau cinta itu hanya menyakitkan hati mereka hanya kerana dunia yang berbeza.

"Xavier?" kata Xander.

"Kenapa kau nak sebut nama dia pula?" balas Kris dan tiba-tiba menjadi dingin.

"Err...tak adalah," balas Xander sambil menggarukan kepalanya yang tak gatal. Hadoi kenapalah mulut ni suka main lepas cakap je.

"Kris boleh lagi tak aku tanya satu soalan. Tapi...jangan marah pula,"

"Tak aku tak marah selagi kau belum tanya,"

"Masa kami lawat kau di hospital waktu itu kami diberitahu oleh doktor yang kau dilanggar tapi tak tahu pula siapa yang langgar. Kau masih ingat lagi tak orang tu?"

Kris menghelakan nafasnya sebelum menjawab soalan Xander.


_________________________


Malam itu Kyra tergesa gesa menuju ke rumah Xavier. Nasib baiklah petang tadi dia memaksa Shawn memberikannya alamat rumah Xavier.

Kyra berdiri di luar pagar rumah keluarga Xavier sambil menekan loceng beberapa kali. Dia memandang ke kiri dan kanan manalah tahu Kris tiba-tiba datang.

Xavier memandang pelik ke arah figura seseorang yang sedang berdiri di pagar rumah. Nampak dari jauh kelihatan seperti seorang perempuan.

Langkah terus dituju ke arah pagar yang automatik terbuka. Shit!kenapalah aku jadi rabun tadi. Perempuan ni pula yang datang.

"Xavier please help me..."

"Kau ni dah kenapa asyik nak minta tolong aku je. Kau blah sekarang!"

"Please Xavier...Kris nak datang
tolonglah I..."

Xavier memandang Kyra setajam tajam mata burung helang. Kenapa aku pula dia merayu nak minta tolong sedangkan Kyra yang punca utama.

Tiba-tiba angin bertiup dengan kencang sehingga membuatkan mereka berasa menggigil kesejukan tambahan pula malam itu terasa begitu sejuk.

Kelihatan Kris muncul dan pada masa yang sama angin terus bertiup. Kyra berdiri di samping Xavier dengan selambanya dia memegang lengan Xavier.

Xavier terpaku sehinggakan dia tidak menyedari yang Kyra memegang lengannya. Matanya dan mata Kris bertembung seketika.

"Kris..." panggil Xavier yang masih lagi tidak percaya dengan kehadiran Kris.

"Kyra aku bagi kau masa 5 minit untuk jelaskan dan kau diam!" kata Kris lalu menunjukkan jarinya ke arah Xavier.

Xavier menepis tangan Kyra dengan kasar. Suka hati mak bapak dia je nak pegang tangan aku.

"Xavier tolonglah I..." rayu Kyra.

"Kau jelaskan semuanya dan itu sahaja yang mampu membantu diri kau sendiri,"

"Sa...saya tak nak," balas Kyra takut takut.

"Kau nak aku bunuh kau sekarang juga!" suara Kris semakin meninggi.

"Kris-" Xavier yang baru ingin bersuara dipintas oleh Kris.

"Aku kata kau diam!diamlah!kau kawan paling tak guna!sekarang mesti kau gembira bila tahu aku dah mati kan!kau puas kan tengok aku menderita!dan kau Kyra aku ikhlas dalam hubungan tapi kau balas dengan cara macam tu!kau curang dengan dia tanpa jelaskan apa apa!kau tau tak macam mana sakit yang aku rasa waktu itu!" kata Kris yang sudah tidak dapat mengawal kemarahannya ketika itu.

"Apa yang kau fikir sebenarnya bukan macam tu Kris. Kyra tipu kita. Kau ingat lagi tak yang dia cakap dekat kau yang dia nak buat prank?masa tu dia sebenarnya dah tipu kita itu sebenarnya bukan prank. Dia terima kau sebab dia nak dekat aku. Dia tipu aku yang dia dah putus dengan kau tapi hakikatnya belum. Itulah aku dan dia bercinta lagipun aku ada beritahu kau untuk inginkan kepastian tapi Kyra dah cakap awal awal dengan kau untuk jawab ya,"

Xavier terus memberitahu perkara yang sebenar.

Kris memandang Kyra seolah oleh dia ingin membunuh gadis itu sekarang juga. Dia tidak sangka Kyra menipunya dia dengan Xavier. Dia masih lagi ingat dimana Kyra membawanya untuk membuat prank tetapi sebenarnya ada yang tersembunyi di sebalik permainannya itu tanpa dia sedari ketika itu.





Enjoy🍀







Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro