LFDW - Chapter 55

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Malam itu Xavier datang ke rumah Hazel untuk berjumpa dengan Kris kerana masih banyak perkara penting yang harus dia beritahukan.

Apabila Kris yakin Hazel sudah tertidur barulah dia keluar berjumpa dengan Xavier.
Dia tahu Xavier datang berjumpa dengannya kerana ada hal penting.

Mereka menuju ke taman belakang rumah kerana tempat itu sesuai dan tidak ada yang menganggu perbualan mereka. Nasib baik juga semua keluarga Hazel sudah tertidur.

"So macam mana tadi?sebelum tu saya nak minta maaf sebab tak dapat join. Masih banyak lagi perkara yang aku perlu selesaikan," kata Kris namun ada udang di sebalik batu dengan kata-kata yang baru sahaja dilontarkannya.

Xavier mengeluh perlahan. Dia pasti yang Hazel tidak memberitahukan Kris tentang Kyra dan Shawn. Walau macam mana sekali pun Kris perlu tahu semua itu kerana tiada rahsia antara persahabatan mereka.

"Everything's fine tapi masalah satu. Kyra dan Shawn. Dua beradik ni tak lari dari buat masalah. Aku dah serik dengan perangai diorang berdua ni. Ada saja yang mereka rasa tidak puas hati padahal masalah itu datang berpunca dari mereka sendiri. Yang lebih merisaukan lagi keselamatan Hazel," terang Xavier.

Hazel tak beritahu tentang perkara ni tadi patutlah mood dia macam down je. Bisik hati Kris.

"Aku ada plan sesuatu untuk mereka juga tapi aku nak cari masa yang sesuai. Aku faham sangat dengan perangai Kyra tu lagi lagi kalau dia dah buat plan dengan abang dia. Kau kena hati-hati juga Xavier sebab Kyra tu dia boleh buat apa-apa sahaja termasuk membahayakan diri sendiri. Kau pun tahu perangai dia macam mana. Sebiji macam pyscho," kata Kris.

"Kris kau kena perhatikan Hazel selalu sebab Shawn tu macam ada sesuatu yang dia cuba plan untuk dapatkan Hazel. Tadi dia ada cuba bawa Hazel tapi nasib baik timing aku betul. Keselamatan dia tu macam terancam dan perkara ini juga merisaukan,"

Kris memikirkan sesuatu seketika. Dia paling pantang kalau musuhnya cuba untuk mendapatkan miliknya.

"Masa aku untuk pergi tak lama lagi Xavier..." nada Kris menjadi perlahan. Xavier memandang Kris dengan pandangan terkejut.

"Maksud kau ni kau akan tinggalkan dunia tak lama lagi?"

Kris menganggukkan kepalanya. Sebenarnya belum tiba masa dia mahu memberitahu sesiapa tentang kepergiannya tetapi dia terpaksa.

"Aku rahsiakan perkara ini dari pengetahuan Hazel sebab aku tak nak dia rasa sedih," keluh Kris.

"Kris aku tak tahu nak cakap apa. Tapi aku tak yakin kalau Hazel dapat terima semua tu,"

Kris mendiamkan dirinya untuk seketika. Dia tahu sukar untuk dia meninggalkan Hazel dan gadis itu juga tidak
mudah untuk menerima kenyataan.

"Aku faham dan aku tak boleh tinggalkan dia begitu sahaja and thats mean I need your help Xavier. Kau satu satunya kawan yang aku amat perlukan terutamanya apabila tiba waktu yang paling sukar untuk aku lalui,"

"Tak apa. Aku akan bantu kau sejauh mana yang aku mampu sebab aku sendiri tak nak kawan aku tanggung semua beban ni .Just say it and I will help you my friend," balas Xavier. Dia tahu bukan semudah untuk Kris lalui perkara seperti itu dan dia memang sudi untuk membantu kawan baiknya sendiri.

"Tapi aku rasa dengan cara macam ni sahaja yang dapat membantu diri aku,"

Kris menghentikan ayatnya. Sukar untuk dia memberitahu apa yang dia ingin meminta pertolongan dari Xavier dan dia takut jikalau Xavier tidak bersetuju.

"Just go on. Aku okey je..." kata Xavier.

"Do you still remember Xavier?we've made a promise when we are at the age of 9," kata Kris. Pada masa yang sama dia sangat berharap agar Xavier masih dapat mengingati kisah lalu itu.

Melihat Xavier yang seperti berusaha ingin mengingati kembali perjanjian mereka sewaktu mereka berumur 9 tahun Kris terpaksa terus straight to the point.

"Ingat lagi tak aku pernah cakap dekat kau dulu kalau aku yang pergi dulu dan tidak dapat bertemu dengan Hazel aku nak kau jaga Hazel untuk aku dan itu adalah perjanjian kita. Kau dan aku sudah betjanji untuk bersetuju dan sekarang aku minta sangat supaya kau dapat bantu aku Xavier," kata Kris dengan penuh pengharapan.

Bagi Kris, dia dan Xavier adalah orang yang sama. Mereka seperti dua insan yang tiada bezanya.

Ketika itu Xavier masih lagi dengan perasaannya sendiri. Dia tidak pasti kalau Hazel dapat menerimanya. Dia sendiri buntu apa yang akan terjadi jika dia menanyakan hal ini kepada Hazel suatu hari nanti.

"I remember it Kris," balas Xavier tetapi dengan nada yang perlahan.

"This is the only way that I can do for Hazel. Kau dan aku tiada bezanya Xavier. Kita adalah yang sama," kata Kris.

Xavier diam sekali lagi. Fikirannya bercelaru saat ini. Apabila Xavier berdiam diri begitu lama Kris terpaksa give up.

"Tak apalah kalau kau tak dapat bantu aku. Aku faham perasaan kau Xavier," sejurus berkata Kris bangun dari tempat duduk dan ingin beredar namun langkahnya terhenti apabila Xavier memanggilnya semula.

"Kris. Aku dah kata tadi yang aku akan bantu kau sejauh mana yang aku mampu. Tentang tadi aku bersetuju jaga Hazel untuk kau. You are right Kris we are the same and nothing different between us. Aku rela kalau ini yang terbaik untuk kau Kris lagipun kau dah banyak tolong aku terutama sekali kau maafkan aku tempoh hari,"

Kris tersenyum lega mendengar jawapan dari Xavier. Masalah pertama telah pun selesai.

"Dan satu lagi bukan setakat jaga Hazel untuk aku sebab aku tak nak ada orang lain yang cuba nak dapatkan dia jadi kau kena kahwin dengan Hazel,"

Terbuntang terus mata Xavier mendengar ayat terakhir Kris. What the fish?dia ni biar betul?






Enjoy🍀

So macam mana😂dapatkah
Xavier menggantikan tempat Kris atau Shawn yang berjaya dapatkan Hazel😯

Vote.Comment.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro