LFDW - Chapter 59

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng



Hazel tersedar apabila dia disimbah air yang begitu sejuk secara mengejut. Dia perlahan-lahan memandang sekeliling di mana dia berada di tempat yang agak sunyi dan dijaga oleh dua orang pengawal yang berbadan besar.

Dia mengalihkan pandangannya ke arah susuk tubuh yang amat dia kenali. Kyra tersenyum dan Hazel tahu yang dia telah diculik.

"Akhirnya sedar pun kau. Nasib je nyawa kau belum melayang sebab aku nak tengok kau menderita dulu," ujar Kyra yang tidak ubah seperti seorang pelakon wanita yang memegang watak jahat.

"Manusia macam kau ni yang patut berhadapan dengan derita-"

PANG!

Pipi Hazel ditampar dengan kuat oleh Kyra.

"Kau jangan nak kurang ajar Hazel!aku dah lama bersabar dengan kau. Aku benci kau Hazel!aku benci bila kau rapat dengan orang yang aku sayang. Aku cemburu bila tengok kau bersama dengan Xavier. Tapi sekarang aku akan balas setiap apa yang kau buat dekat aku. Perlahan lahan kau akan tanggung. Jangan fikir ada hero nak selamatkan kau sebab tempat ni sangat tersorok. Kalau kau nak tahu tempat ni dalam hutan dan bila-bila masa je ada binatang yang kelaparan makan kau hidup- hidup!" lalu kepala Hazel ditunjal dengan kuat. Kyra tersenyum sinis sekali lagi.

"Kau manusia paling teruk yang aku pernah jumpa. Kau terlalu fikirkan balasan cinta dari Xavier sehingga kau sendiri yang terjerat dengan semua tu. Disebabkan tu juga kau anggap aku dan Xavier mempunyai hubungan sedangkan semua tu tak ada. Kau tak pernah pun terfikirkan tentang diri kau dan kau hanya pentingkan sesuatu yang kau inginkan.Tak ada maknanya kau nak buat seseorang menderita kalau orang tu tak mempunyai kesalahan," balas Hazel. Renungan tajam Kyra hanya dia hiraukan sahaja.

"Aku tak suruh pun kau jawab. Kau tau tak setiap kata kau tu buat aku semakin nak buat kau sakit!kau nak aku simbah air panas dekat muka kau ke?boleh juga biar fun sikit,"

Shawn yang baru sahaja masuk telah membatalkan niat Kyra itu.

"Tak apa. Biar aku yang uruskan dia,"

Kyra berdiri lalu membisikkan sesuatu pada abangnya. Shawn hanya mengangguk faham.

Kyra sempat menjeling tajam pada Hazel sebelum berlalu keluar dan membiarkan Shawn menyelesaikan semuanya.

Hazel segera memandang ke arah lain apabila perasan Shawn memandangnya begitu lama. "Hazel bagitahu aku. Kau cinta aku atau tak?" tanya Shawn yang masih belum berputus asa.

Hazel tersenyum sinis dengan soalan itu. Aku tak akan pernah suka dengan lelaki pembunuh jadi jangan pernah letak harapan. Bisiknya dalam hati.

Kata-ata itu hanya disimpan di dalam hati takut pula kalau Shawn mengamuk. Silap hari bulan semua haiwan dalam hutan ni keluar.

"Jawab aku Hazel. Please honey..." kata Shawn lagi dan terus-menerus memaksa Hazel untuk menjawab soalannya.

Pergi blah dengan honey kau tu sebab semua tu palsu.


***

Xavier tersandar lemah di dinding apabila mendapat tahu tentang kehilangan Hazel. Dia memandang wajah Kris seakan-akan tidak percaya.

"Kris...aku tak sangka semua ni..." lemah sahaja kedengaran suara Xavier. Walaupun dia bukan kekasih Hazel tetapi dia dapat merasakan satu perasaan yang datang menjengah di dalam dirinya dan sukar untuk dia tafsirkan semua itu.

"Aku nak bantuan kau Xavier sebab aku sendiri tak tahu macam mana Hazel boleh hilang. Aku larang dia jangan keluar dari mall seorang diri kelmarin tapi masih degil. Kawan dia pula suruh jalan di lorong yang sunyi. Tak ke namanya bahaya?"

Xander yang baru sahaja turun dari tingkat atas terus menuju ke arah abangnya dengan Kris.

"Korang cerita pasal apa ni?err...sorry sebab menganggu kamu," kata Xander. Takut pula dia memandang wajah Kris ketika ini. Lebih lebih lagi wajah Kris yang semakin kelihatan pucat bila dilihat dengan lebih jelas.

"Hazel hilang..."

"Haa!hilang?please tell me this is just a joking guys!" membulat mata Xander mendengar ayat yang baru sahaja keluar dari mulut abangnya.

"This is not a joking. Kami cakap ni bukan sekadar main-main!"

"Since when did she missing?kenapa tak call pihak polis?" kata Xander.

"Kelmarin. Buat masa sekarang ni kita kena cari maklumat dulu. Apa gunanya kalau minta bantuan pada pihak polis kalau kita sendiri belum selidik perkara ni. Apa kita nak jawab bila berhadapan dengan polis nanti?kita sendiri juga yang susah," panjang lebar Xavier berkata.

"Korang rasa Hazel kena culik ke?kejap aku nak try call dia dulu," Xander mendail nombor telefon Hazel namun telefon Hazel seperti berada pada mode silent. Tidak ada sambutan padahal selalunya kalau dia menghubungi Hazel panggilannya mesti akan disambut.

"Not working," Kris dan Xavier mengeluh perlahan.

"Kalau aku tahu siapa punya angkara semua ini jangan harap dapat hidup aman lagi.
Meringkuplah dalam penjara bertahun tahun," marah Xander dengan hati yang tidak puas hati.

"Siapa musuh paling dekat dengan Hazel?" Ujar Xander.

Mereka berfikir sebentar.

"Shawn?Kyra?"

"Dua beradik ni je yang aku syak sekarang ni. Diorang ni berani ambil risiko untuk dapatkan sesuatu. Selagi mereka belum dapat keinginan mereka selagi itulah rancangan mereka sentiasa berjalan,"

Perubahan pada wajah kris sangat ketara ketika ini.

"Aku nak selesaikan perkara ni secepat mungkin sebab aku tak punya banyak masa lagi," kata Kris.




Enjoy🍀

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro