LFDW - Chapter 81

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng


Xavier tersenyum sendiri memikirkan moment antara dia dan Hazel semasa mereka berada di bukit pagi tadi.

Akhirnya dia berjaya juga melembutkan cara layanan Hazel terhadapnya. Walaupun garang namun masih tetap ada sifat kelembutan di dalam hati gadis itu.

Xander mengambil tempat duduk di sebelah abangnya. Dia memandang riak muka Xavier yang lain macam je dimana dia kelihatan seperti seorang yang gembira di sepanjang masa.

"Happy nampak. Aku tengok kau ni macam orang yang tengah mabuk cinta pun ada," ujar Xander diikuti tawanya.

"Memang betul pun apa yang kau cakap tu," balas Xavier sambil tersengih macam kerang busuk.

"Wow!dia dah okey dengan kau ke untunglah bro," tanpa  bertanya Xander dapat menebak apa yang terjadi dan tanpa sengaja dia telah menepuk bahu abangnya begitu kuat.

Xavier sempat mengusap perlahan bahunya hasil tepukan maut dari adiknya. Dia pun terus menganggukkan kepalanya. "Tapi itulah aku tengah tunggu jawapan dari dia,"

Melihat reaksi abangnya itu, dia pun mula memikirkan sesuatu dan sepertinya ada satu rancangan yang paling menarik buat Xavier.

"Aku ada rancangan..." kata Xander dengan senyuman yang sukar ditafsir.

"Apa dia?"


***


Hazel membaringkan dirinya di atas katil.
H

ujung minggu ni dia memang bosan sebab terperap dalam rumah sahaja. Nak keluar pun, Sofia dan Jade tidak dapat menemaninya keluar disebabkan masing-masing ada hal.


Hmm Xavier...?kelmarin dia dah kata yang dia akan bawa aku keluar tapi masih tak muncul muncul pun sampai sekarang. Dia dah lupa janji dia tu ke?

Hazel mengeluh perlahan. Aku kan tak penting buat apa nak kisah?lebih baik aku tidur.

Hazel yang baru sahaja ingin melelapkan mata terganggu apabila pintu biliknya diketuk. Dia mula mendengus geram kerana dia memang pantang kalau ada manusia istimewa yang menganggu waktu tidurnya. Kacau betul!

Pintu dibukanya dengan muka yang tegang. Hazel mengerutkan dahinya apabila melihat Hayden yang tercunggap cunggap ingin menarik nafas. Terus dibatalkan niatnya yang baru ingin meletuskan api kemarahan sebentar tadi.

"Kau ni dah kenapa?baru selesai ikut larian marathon ke apa?"

Hayden pantas menggelengkan kepalanya. "Hazel kau kena pergi di airport sekarang. Xavier akan berlepas pada pukul 9:00 pagi.
Dia pergi ke Australia untuk menyambung belajar mungkin bertahun tahun baru dia kembali ke sini. Dia sampaikan salam-"

Belum sempat Hayden menghabiskan ayatnya, Hazel tidak lagi ingin mendengar apa-apa ayat yang keluar dari mulut Hayden. Tanpa menghiraukan baju tidur yang masih tersarung di tubuhnya dia terus berlari keluar dari rumah. Namun sempat mengambil kunci kereta dan dompetnya.

Air mata Hazel jatuh saat itu. Sampai hati Xavier tidak memberitahunya yang dia akan pergi ke luar negara hari ini. Dia dah kata yang dia nak bawa aku keluar tapi lain pula yang terjadi. Monolognya dalam hati.

Hazel memecut laju kereta yang dipandunya. Hanya berbaki tiga puluh minit lagi sebelum penerbangan Xavier berlepas.

What!asal aku malang sangat?dahlah roadblock!

Malang sungguh nasibnya hari ini. Jika berkesempatan aku nak luahkan perasaan aku kepada Xavier sebelum dia berlepas. Argh!apasallah aku kena berhadapan dengan bermacam-macam masalah sejak kebelakangan ni?

Jam telah pun menunjukkan pukul 8:56 pagi. Hazel berlari sepantas kilat menuju ke dalam airport kalau ikutkan hati mau saja dia berkaki ayam dan terus berlari ke arah tujuan utamanya.

8:57

Orang ramai yang menghalang laluannya melambatkan lagi pergerakkannya.

8:59

Disebabkan terlalu tergesa-gesa Hazel terlanggar seorang wanita yang memegang kertas.

"Sorry miss..." Hazel mengutip kertas yang terjatuh lalu diberikan semula kepada wanita itu.

"It's okey," balas wanita itu.

9:01

Hazel memandang notice board di airport itu. Dia melihat jadual penerbangan ke Australia yang baru sahaja berlepas sebentar tadi.

Luluh hatinya ketika itu. Terasa tubir matanya mulai panas. Dia perlahan-lahan terduduk di atas lantai dan menangis teresak esak bagaikan kehilangan seseorang yang amat penting dalam hidup. Saat itu dia hanya mengabaikan orang sekeliling yang mula memerhatinya. Apa yang dia hiraukan saat ini ialah Xavier. Ya, hanya lelaki itu sahaja.

"Why you didn't tell me early Xavier?I hate you!kau sanggup tinggalkan saya sedangkan kau dah kata yang kau akan berada di samping saya selama-lamanya. I hate you!"
Tangisan Hazel semakin menjadi jadi dan sepertinya tangisan itu didengari semua orang di dalam airport.


"Im here dear," kata satu suara dari belakang.


Hazel memusingkan badannya menghadap ke belakang.

Xavier tersenyum apabila Hazel terus sahaja memeluknya. Plan berjaya!thank you Xander, Hayden. Bisik dalam hati Xavier perlahan.

"Shh...dont cry Hazel. Saya tak pergi mana mana pun just stay here with you," kata Xavier dan cuba meredakan tangisan Hazel.

"Kenapa tak beritahu saya dari awal yang kau akan sambung belajar di luar negara and why you suddenly ada kat sini bukan kah dah berlepas tadi?"

"And why are you here dear?"

"Sebab saya nak jumpa kau untuk kali yang terakhir bila saya dapat tahu yang kau akan sambung belajar di Australia. Saya juga nak luahkan perasaan saya yang saya nak kau berada di samping saya selama-lamanya!"

Hazel menyatakan kebenaran tanpa berselindung lagi. Jujur dia katakan dia tidak mampu kehilangan untuk kali yang kedua.

Xavier meleraikan pelukan. Dia mengenggam erat kedua dua tangan Hazel dan matanya menatap wajah gadis itu sedalam-dalamnya.

"Walau apapun yang akan terjadi saya tak akan pernah tinggalkan kau. Saya janji saya akan sentiasa berada di samping kau buat selama lamanya. Untuk kali yang kedua,
Hazel Anderson will you marry me?" Xavier melutut dan tangan kanannya memegang tangan Hazel dan tangan kirinya pula memegang satu cincin yang berkilauan.

"Yes, I do!"

Kedengaran tepukan gemuruh dari orang yang lalu lalang di dalam airport itu.

Xavier menyarungkan cincin itu pada jari manis Hazel lalu mengucup dahi Hazel lama.

"Thank you dear. In your ups and downs, I will always be there by your side. I will always love and cherish you. I love you my future wife," dia tidak mampu lagi mengucap syukur di dalam hati kerana akhirnya doanya dimakbulkan. Thank you God!


Hazel tersenyum. Tak sangka akhirnya dia dapat menerima Xavier hadir dalam hidupnya. Kris saya harap kau akan sentiasa tenang di sana dan sekarang saya dah pun penuhi permintaan kau dan saya janji selepas ini saya akan teruskan kehidupan saya bersama dengan Xavier dan tak akan pernah melupakan kisah antara kau dan saya.

"Xavier terima kasih kerana hadir dalam hidup saya dan tolong jangan tinggalkan saya lagi kerana saya takut kehilangan buat kali yang kedua. I love you too my future husband!"

Xavier membisikkan sesuatu di tepi telinga Hazel.

"Sebenarnya dari awal kami dah rancang buat plan ni tak sangka dear sanggup pergi di airport untuk cari sayakan?its okey your future hubby tak akan tinggalkan future wife dia sampai bila-bila. I love you deep in my heart dear," pipi Hazel dikucupnya bersama dengan satu senyuman nakal.

Hazel lantas mencubit pinggang Xavier. "Ouh jadi korang dah berjaya kenakan saya lah tu kan. Jahatlah!"

"Auch sakit benar cubitan bakal isteri saya ni. Awlolo janganlah merajuk...jom balik baju tidur yang dear guna tu cute sangat," Xavier sengaja menekankan ayat baju tidur itu. Sengaja mengenakan gadis di hadapannya.

Xavier lantas mencempung badan Hazel buat kali yang kedua. "Turunkan
saya, malulah orang tengok," ujar Hazel dengan wajah yang mula kemerahan. Bahu Xavier sempat dipukulnya perlahan.

"Boleh tapi dengan satu syarat kiss pipi dulu,"

"Fine!"

CUP!

"I love you dear!thanks for the sweet kiss!"

"I love you too!!"

Gembira tak terkata ketika dia bersama dengan Xavier dan perangai Xavier yang hampir sama dengan Kris itu membuatkan dia terjatuh cinta dengan lelaki itu setiap detik, saat dan minit. Semoga cinta ini berkekalan buat mereka berdua selama lamanya!



Enjoy🍀

Dah hampir sampai di
Penghujung tinggal
Satu chapter lagi!😆💗💗💗💗💗💗💗💗💗💗💗💗💗💗💗💗💗💗💗💗💗💗💗

Support always🌻


Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro