Bab 8: Demam

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

DING Dong!! Ding Dong!! Ding Dong!!

"Rudy!" laungnya dari luar.

Loceng pintu ditekannya berulang-ulang kali. Marah bercampur kecewa bersama keliru berlari serentak di dalam hatinya. Lelaki memang selalu macam ni ke?

Marah, kecewa dan keliru, semuanya atas asbab yang sama. Dia penat-penat bangun pagi buatkan bekal untuk Rudy, tapi lelaki itu pula yang tidak hadir hari ini. Rasa macam apa yang dia buat untuk lelaki tu sia-sia belaka.

"Rudy, awak keluar sekarang!"

Sekali lagi satu jeritan yang lantang, keluar dari mulut gadis kecil yang bertudung kuning itu.

Habis sahaja kelas akademi tadi, dia terus berlari ke sini. Sekarang baru dia tahu, di mana Rudy tinggal sebenarnya. Jadi Jet memang tahulah apa yang terjadi pada Rudy selama ini? Berani Jet menipu dirinya!

Makin naik darah Iman tika ini. Ergh!

Panas panas panas.

Stres stres stres.

Sakit otak. Sakit hati. Sakit dada.

Ding Dong!! Ding Dong!! Ding Dong!!

Jet yang berada di dapur tercekik tulang ikan akibat terkejut dengan serangan bagai ribut daripada loceng rumahnya. Tergapai-gapai tangannya hendak mencapai secawan air yang terletak di hujung meja.

"Apa... apahal nih?" soalnya cuba, mencari nafas yang tersekat tadi.

Dia bingkas bangun dari atas kerusi dan melangkah ke pintu. Tekan loceng pon tak boleh nak rilek. Siapa nih? Dengus Jet dalam hati.

Nasib baiklah kedua-dua ibu bapanya sibuk bekerja sehingga lewat malam. Kalau tidak, sudah lama dihambatnya dengan penyapu orang jakun yang tak pernah jumpa loceng rumah ni.

Sebelum Jet membuka pintu rumahnya, dia menyelak langsir pada tingkapnya terlebih dahulu ingin melihat manusia mana yang tekan loceng serupa nak roboh ni.

Keningnya langsung ternaik ke atas. Macam tak percaya dia dengan apa yang dia lihat. "Iman?"

********

"MANA dia? Mana bilik dia?" tanya Iman, terus menyerbu masuk ke dalam rumah Jet tanpa salam. Amboi, perangai lawanya.

"Weyh, kejap..." terkocoh-kocoh Jet berlari mengejar Iman. Badan kecik tapi kaki laju naw.

"Berani betul dia ya?" Iman melilau mencari satu-satunya lelaki yang membangkit kemarahannya.

"Weyh, kalau ya pun duduklah dulu," kata Jet, cuba untuk menenangkan amarah Iman yang sedang membara.

Tidak jumpa dengan apa yang dicari, dia lantas memaling ke arah Jet. "Saya nak awak tunjukkan saya bilik dia." arah Iman, mempedulikan ajakan Jet tadi.

Tiada masa lah dia nak duduk minum air makan bagai. Dia nak Rudy! Dia hendak bercakap dengan landak itu.

"Haa?" ternganga Jet mendengar ayat yang terkeluar dari mulut Iman. Weyh, agaklah weyh, datang-datang terus cari bilik jantan.

Melihat respon Jet, Iman mendengus kasar. "Ah, lantaklah. Saya cari sendiri!" pekiknya, mula mendaki anak tangga rumah Jet.

Jet masih lagi berdiri di situ terkulat-kulat. Ni rumah siapa sebenarnya ni? Dia meraup mukanya dan pantas mengejar Iman semula.

Iman bergerak ke sebelah kanan. Matanya mendarat pada sebuah bilik yang tidak tertutup pintunya. Tanpa berfikir panjang, dia terus meluru laju ke arah bilik tersebut.

Namun tiba-tiba sahaja Jet berlari melepasinya dan menutup pintu bilik itu, lalu menghalang Iman daripada terus memasuki bilik tersebut dengan sebelah tangan.

Tersentak Iman dengan tindakan Jet. Aih, laju betul dia berdesup. Tadi tak nampak pun.

"Ni tak boleh. Bilik aku, kau jangan masuk." Jet sudah berdiri di hadapan biliknya sekaligus memberi amaran. Bilik anak teruna kan? Reti-retilah bayang macam mana.

Muka Iman diraup lembut. Dia mengatup matanya, lalu menarik nafas dalam. Apa yang dia dah buat ni? Masuk rumah orang terus marah-marah.

Iman mula memarahi dirinya kerana berkelakuan seperti budak-budak. Inilah sebabnya, mengapa marah adalah api syaitan. Tengok? Silap hari bulan boleh buat malu sendiri.

Melihat Iman yang sudah beransur tenang, Jet mengambil peluang untuk slowtalk dengannya. "Kau ni, asal? Tiba-tiba datang rumah aku? Rumah ni bukannya ada apa-apa pun," katanya, lembut.

Mata Iman membuntang besar. Dia terseringai kembali marah. Darahnya yang mula hendak surut naik kembali.

"Tak ada apa-apa? Awak cakap rumah awak tak ada apa-apa?" soal Iman sepatah-patah. Muka dan matanya memang ngeri habis.

Jet tergamam. Otaknya tiba-tiba sahaja berhenti berfungsi. Dia salah cakap ke tadi? Sebelum sempat Jet hendak membuka mulut, Iman sudah pun menyambung katanya.

"Kalau rumah awak tak ada apa-apa, kenapa Roza cakap Rudy tinggal dalam rumah awak?" soalnya, menunding jari ke arah Jet.

Lelaki itu tersentak. Roza cakap apa!

Iman mendengus halus. "Jadi selama ni, awak memang tahulah pasal khabar Rudy? Sampai hati awak tak bagitahu saya," marahnya tetap mengawal nada.

Lidah Jet automatik kelu. Dia hendak menjelaskan pada Iman, namun kepalanya masih ligat menyusun ayat.

Mata Iman mula terasa pedih. "Awak bagitahu Roza tapi tak bagitahu saya? Awak tahu tak saya dah naik gila cari dia hari-hari?" ungkitnya, bersama getaran halus pada nadanya. "Nak tebalkan muka saya lagi, tanya pasal Rudy dekat awak hari-hari, awak ingat saya tak malu?"

Jet pantas menggeleng. "Iman, sumpah aku tak bagitahu Roza, man. Dia yang tahu sendiri, serius aku tak bagitahu sesiapa." terangnya pantas, sambil mengangkat sebelah tangannya ke atas.

Tergamam Iman. Roza tahu sendiri?

Iman pantas mengatup matanya. Aduh, air mata jangan kau menjatuhkan saham aku kat sini. "Kenapa awak sorok dia daripada saya? Kenapa awak tak nak bagitahu saya?" soalnya, tenang dari sebelum ini. Namun masih kecewa.

Jet melepaskan nafas, berat. "Aku.. minta maaf, weyh. Bukan aku tak nak. Tapi aku tak boleh," katanya

"Kenapa tak boleh?" soal Iman lagi.

"Sebab aku yang suruh."

Iman dan Jet, lantas menoleh ke arah suara yang tiba-tiba muncul dari entah mana.

"Kau buat apa kat sini?" tanya Rudy, memandang tepat ke arah Iman.

Iman terkaku melihat Rudy yang baru sahaja menapak keluar daripada biliknya.

Tanpa menunggu Iman menjawab, Jet melangkah mendekati kawannya itu. "Asal kau bangun?" soalnya, perlahan.

Rudy mendengus. "Aku bangunlah, dengar orang memekak kat luar." jawabnya, perlahan tapi cukup keras.

Tersentak Iman terusnya. Daripada nada Rudy pun dia sudah yang lelaki itu sedang marah sekarang ni. Yela, siapa je yang tak marah, bila orang kacau kita tengah rehat, kan? Iman akui dengan kesilapannya.

"Kepala kau okay?" soal Jet.

Rudy menggeleng, perlahan. "Pening sikit," katanya, sambil memicit lembut kepala sendiri. Dia melangkah masuk ke dalam biliknya semula.

"Sini aku tolong kau," tawar Jet, setelah melihat kesukaran Rudy hendak berjalan.

"Tak apa. Aku boleh jalan sendiri," tolak Rudy, pantas. Dia berhenti dihadapan pintu biliknya, dan berkalih sedikit ketepi. "Kau baliklah. Tak elok duduk dalam rumah yang ada ajnabi. Nanti apa pulak orang kata." Rudy terus menapak masuk ke dalam lalu pintu ditutup rapat.

Bagai sembilu yang mencucuk tangkai hati, Iman tersentap dengan teguran lelaki itu. Rudy tahu dengan maksud ajnabi? Belum pernah dia jumpa dengan non-muslim yang tahu banyak fasal Islam.

Jet yang perasan dengan reaksi Iman, berjalan mendekati gadis itu. Dia pun tak sangka dengan apa yang dia dengar daripada Rudy tadi. Jarang kita jumpa non-muslim tegur muslim. That was spicy.

"Sorry la pasal Rudy tadi." Jet memohon maaf bagi pihak Rudy.

"Tak apa. Macam tak kenal pulak dia macam mana. Lagipun betullah tu apa yang dia cakap tu. Memang salah saya pun," aku Iman dengan kesalahannya.

Dia mengetap bibirnya dan tersenyum hambar. "Rudy tak sihat, ke?" soalnya pula.

Jet mengangguk. "Pagi tadi masa aku nak kejut dia, badan dia memang panas teruk. So, aku suruh je dia duduk rumah, rehat."

"Oh..." Iman mengangguk, faham. "Dah makan ubat?" soalnya.

Jet mengeluh panjang seraya menggeleng perlahan. Dia berdiri bersilang lengan. "Dia tak nak makan. Aku dah suruh tapi dia tak nak. Dia kata nak rehat je."

Iman berdecit kecil. "Mana boleh macam tu," gumamnya, menggigit bawah bibirnya berfikir. Dia mengangkat kembali mukanya memandang Jet. "Saya pinjam dapur awak boleh?"

Kening Jet tercantum. "Buat apa?"

"Nak masak bubur. Dia tu mesti tak makan lagi, kan?" tebak Iman, sudah boleh agak. Kalau ubat tak gerak, ni lagikan makan? Hmm, haram.

Jet tergelak kecil seraya mengangguk. Betullah tu. Sebab sebelum dia ke sekolah, dia sudah sediakan makanan untuk kawannya itu.

Namun, balik sahaja dia daripada akademi, makanan itu tak bersentuh langsung. Gerak seinci pun tidak. Nampak sangat dia berkurung.

"Jadi saya pinjam dapur awak, ya?" pinta Iman lagi.

Jet mengangguk, membenarkan. "Pakailah. Dapur ada kat sebelah meja makan yang besar bawah tu," beritahunya.

Iman mengangguk, faham. "Okey, terima kasih," ucapnya, mengukir senyuman nipis. Dia lantas menuruni anak tangga dan bergerak ke dapur Jet.

Jet memerhati sahaja Iman sehingga bayang gadis itu benar-benar hilang di pandangan matanya.

Kau tengok Rudy. Engkau yang batu tu pun, ada yang ambil berat fasal kau tau. Aku yang baik lagikan handsome ni, tak ada siapa pun yang nak. Sedih betul single! Gertus hati Jet.

Dia terus melangkah ke arah biliknya, malas hendak melayan perasaan. Nanti dia juga yang kemurungan asyik memikirkan masa depan.

Bagi golongan yang seperti Jet ini, tak usahlah kamu percaya apa yang dia cakap, ye? Tak ada siapa nak konon. Padahal dia yang kaki reject awek-awek cun yang confess kat dia selama. Dasar memilih!

Tapi bagus juga dia tolak. Budak sekolah lagi kot, agaklah. Gatal betul nak bercinta-cintun. Spender pun bapak payung. Heh! Ada hati nak couple-couple. Maksiat!

 

═ ∘◦❦◦∘ ═

 

Dulang yang berisi semangkuk bubur dan segelas air suam, ditatang oleh Jet untuk dia bawa ke bilik Rudy. Dia mendaki anak tangga sehingga ke atas.

Sampai sahaja dia, di hadapan bilik kawannya itu, diketuknya terlebih dahulu. "Weyh, aku masuk tau." Jet berkata dari luar.

Tiada jawapan.

Jet sekadar menjongketkan bahunya ke atas. Sudah menjadi perkara biasa buat dirinya. Yalah, siapa jelah aku?

Jet memulas tombol pintu itu, lalu dengan perlahan dia menapak masuk ke dalam. Pintu bilik itu ditutup semula, lalu dia melangkah ke arah katil bersaiz queen, dan meletakkan dulang tersebut di atas meja bersebelahan.

Pandangan matanya mendarat pula pada Rudy yang sedang berbaring di atas katil. Rudy hanya mengenakan sehelai t-shirt putih dan seluar panjang. Lengannya diletakkan di atas muka menutup matanya dan tangannya pula sedang memegang termometer.

Jet mengambil termometer itu daripada tangan Rudy dan secara tak sengaja, telah mengejutkan lelaki itu.

Rudy merengus perlahan dan meraup mukanya. "Kau nak apa?"

Jet berdiri berpeluk tubuh. Tangannya diletakkan ke hadapan macam cara orang formal ingin berucap. "Aku datang ke sini, hendak menyampaikan satu amanat." jawabnya.

"Haa?" ternaik kening Rudy, tak faham. Dia memandang Jet dengan mata yang separuh tertutup.

"Tu ada bubur Iman buatkan untuk kau. Dia dah balik dah. Sebelum dia balik tu, dia ada pesan dekat aku suruh cakap dekat kau..." Jet berhenti di tengah ayat.

Dia berdehem sebelum membuka mulutnya. "Saya dah masakkan bubur untuk awak, awak jangan lupa makan tau. Ubat pun saya dah letak dalam bubur tu sebab saya tahu awak ni memang jenis yang susah nak makan ubat. Jadi makan, ya? Kalau awak tak makan macam mana nak sembuh? Sekian daripada Akak Iman disampaikan oleh aku," kata Jet, meniru suara dan cara Iman bercakap. Tersenyum dia di akhir kata.

Rudy mendengus dan menjuling ke atas. Perlu ke sampai macam tu sekali. Matanya menoleh pula memandang mangkuk berisi bubur di sebelah. Dia mencebik. "Memang patut pun kau masak untuk aku. Sebab kaulah aku demam," gertus Rudy.

"Kau cakap apa?" soal Jet, terseringai. Sejak bila pula kawan aku pandai membebel ni?

Rudy sekadar mengerling Jet sekilas dan hanya menggeleng. "Tak ada apa."

Malas hendak berfikir panjang, Jet mengangkat sebelah bahunya. Dia memusingkan badannya, berura-ura hendak keluar. Tombol pintu dicapainya.

Dia memandang Rudy sebelum melangkah keluar. "Kau makan tau. Penat Iman masak tadi. Nanti aku naik, aku nampak still ada bubur tu, aku report kat Iman," ugut Jet, terus keluar. Pintu ditutupnya rapat.

Rudy mencebik. Kau ingat aku ni budak kecik ke nak main report-report bagai. Ceh.

Rudy melepaskan keluhan berat. Siling dan kipas yang berpusing atas ditenungnya. Kemudian matanya, dikalih pula pada bubur yang dimasak Iman.

Nak makan ke tak nak? Rudy mengetap rahangnya, berfikir. Ah, makan jelah. Perut pun memang dah lapar.

Rudy membetulkan posisinya, lalu bersandar pada kepala katil dan mencapai mangkuk yang berisi bubur itu. Panas. Bisik hatinya. Sudu diambilnya, lalu dia meniup dahulu sebelum menyuap ke dalam mulut.

Luas terbuntang mata Rudy. Sedap! Belum pernah dia makan makanan yang sedap macam ni. Rudy menelan buburnya dan hendak mengambil satu suap lagi.

-Apa ni?-

-Bekal saya. Awak ambillah-

Badan Rudy mengeras tiba-tiba. Jantungnya tak semena-mena berdegup laju. Peluh sejuk juga turut sama mengalir membasahi dahi.

Apa tu? Sudu pada tangannya langsung dilepaskan. Dia membawa tangannya ke kepalanya yang sudah mula berdenyut sakit. Rudy memejamkan matanya. Muka sudah berkerut habis.

Apa yang terlintas di kepalanya tadi? Dia kenal benar dengan suara-suara tu. Itu suara dia dan Iman. Iman nampaknya sedang memberikan bekalnya pada Rudy. Tapi dia tak ingat pula tentang peristiwa itu.

Rudy melepaskan nafas, panjang. "Memori aku ke?" soalnya pada diri sendiri.

Banyak sebenarnya soalan yang bermain di fikirannya. Seperti mengapa Iman memberi bekal kepadanya. Apa sebenarnya yang terjadi pada hari itu?

Rudy menyasarkan rambutnya kebelakang, kusut. Apa semua ni? Dia kemudiannya, menundukkan kepalanya memandang bubur di tangan.

Ke bukan memori aku tapi... bubur ni?

Rudy mengerakkan rahangnya. Ubat apa yang Iman letak dalam ni? Ubat perangsang ke? Ish, tak mungkinlah. Tak akanlah Iman kejam sangat nak buat macam tu. Tapi boleh jadi juga. Kan? Fikir Rudy sendiri.

Tenung punya tenung, sudah lebih seminit dia menatap mangkuk itu. Nak makan ke tak nak? Kalau tak makan membazir pula nanti. Tapi kalau dia makan, datang balik flash tu macam mana? Dahlah menyakitkan kepala.

Rudy meraup mukanya berkali-kali. Dekat sini, nak tak nak dia kena makan juga. Sebab apa? Sebab sekarang ni dah pukul 5:30 petang dan sejak pagi tadi lagi dia tak makan apa-apa. Dia berkurung sahaja di dalam bilik membongkang.

Yalah, nak keluar buat apa? Biliknya pun dah ada bilik air. Boleh kata rumah Jet ni, semua bilik ada bilik air. Maklumlah, anak orang kaya kan?

Rudy akhirnya, mengalah. Makan jelah. Bukannya mati, pun. Kalau tak makan tu baru mati. Dia mengambil kembali sudu itu, lalu perlahan-lahan dia menyuap ke dalam mulutnya semula.

Tak kira banyak mana pun Rudy tipu orang, namun dia tetap tidak boleh menipu diri sendiri. Sedap, weyh! Serius!





═════════
[AKAN DIEDIT]
Total words: 2.3k

Sorryy la klu bab ni cam hambar aje macam penulisnya juga

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro