1 | Abang?

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Gadis itu melangkah tidak bermaya memasuki bilik rawatan di mana ibunya ditempatkan. Dia mengukir sebuah senyuman hambar sebaik sahaja matanya bertentangan dengan sepasang mata berwarna hazel milik si ibu.

"Mummy...." Kakinya melangkah mendekati katil tempat ibunya sedang terlantar baring itu. Matanya mula berkaca, bila-bila saja air matanya akan mengalir gara-gara hatinya terlalu hancur melihat keadaan si ibu yang amat sangat lemah ketika ini.

"Anna my baby..." Suara lemah Elina kedengaran sayu. Tangannya didepakan, ingin mendakap puteri kesayangannya itu, Anna.

"Jangan tinggalkan Anna, Mummy....." Tangisan yang ditahan sedari tadi akhiranya tumpah sebaik sahaja dia didakap oleh Elina. Gadis belia yang baru menginjak usia 19 tahun itu menangis sekuat hati di dalam pelukan sang ibunda.

"Oh Anna.... My baby, I'm not leaving, Sayang..." Elina bersuara meski kedengaran sangat perlahan.

Anna menangis semahunya di dalam dakapan si ibu. Pelukannya semakin dieratkannya, seakan-akan tidak mahu ibunya dirampas orang.

"Anna, Mummy ada benda nak bagitahu sebenarnya. Would you like to hear me?" Kata-kata Elina membuatkan pelukan erat Anna terlerai. Gadis itu memandang wajah pucat si ibu dengan penuh tanda tanya.

"Bagitahu apa, Mummy?"

Elina tersenyum tipis. Tangannya membuka laci yang bersebelahan dengan katilnya lalu sebuah kotak ditarik keluar dari dalam laci tersebut.

Rasa ingin tahu dalam diri Anna semakin membuak-buak sebaik sahaja melihat kotak usang yang sangat familiar itu. Seingat Anna, itu kotak yang sama yang selalu Elina tatap ketika mereka di rumah.

"Bukalah..." Elina menyerahkan kotak berwarna merah lusuh itu kepada Anna.

Dengan ragu-ragu gadis itu membuka kotak tersebut. Tak lama kemudian kerutan di dahi Anna semakin bertambah apabila melihat betapa banyaknya foto polaroid kanak-kanak di dalam kotak tersebut.

"Ini gambar—"

"Iya. Gambar kamu semasa kecil dulu." Elina memotong kata-kata Anna.

Anna mengambil gambar yang menarik perhatiannya. Gambar seorang kanak-kanak lelaki yang sedang mendukung seorang kanak-kanak perempuan yang kelihatan lebih kecil berbanding dirinya.

Anna tergamam. Dia kenal kanak-kanak perempuan di dalam gambar itu.

Itu gambarnya semasa kecil dahulu.

"Who is this, Mummy?" Soal Anna sambil menunjukkan gambar di tangannya pada si ibu.

Elina hanya tersenyum. Gambar yang ditunjuk oleh Anna disentuhnya. Air mata Elina tiba-tiba sahaja mengalir di kedua belah pipinya.

"Ini abang kamu, Anna."

"Hah?!"

Dan empat patah perkataan dari Elina itu cukup untuk membuatkan Anna tersentak.

----

So.... Sepatutnya chapter ni mak Anna mati tapi aku tak sampai hati nak taip part tu. Plus aku teringat Mama. So yeahhhh btw,

Cover by aaeraajee hehehehe lawa bukannnnn

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro