3 | Not The End

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Anna menghabiskan masa hampir satu jam di dalam bilik air. Dia membiarkan saja dirinya basah di bawah pancuran air dingin itu sehinggalah dia merasakan dirinya mulai tenang. Setelah lama berada di dalam bilik air, Anna segera keluar untuk masak makan malam.

Setelah memakai pakaian tidurnya Anna melangkah keluar dari bilik. Dahinya berkerut mendengar telefon rumah yang berbunyi tiada henti bagaikan tiada hari esok itu. Kakinya melangkah ke tempat meja telefon rumah berada.

"Hello?"

"Anna? Kamu ke mana? Puas Aunt cuba hubungi kamu, tapi phone kamu tak aktif."

Anna berkerut dahi apabila mendengar suara Aunt Susanne di hujung talian.

"Aunt Susanne? Sorry Aunt, phone saya habis bateri tadi. Sekarang pun masih charge." Balas Anna.

Kedengaran suara tangisan Susanne secara tiba-tiba. Entah kenapa Anna mula rasa tak sedap hati.

"Kita lupakan pasal phone kamu. Aunt ada berita buruk nak beritahu pada kamu, Anna..."

"Berita apa, Aunt??"

"Anna, Mummy kamu......"

Jantung Anna mula berdegup kencang menunggu Susanne menghabiskan ayatnya. Dalam hati tak putus-putus dia berdoa supaya berita yang hendak disampaikan oleh Aunt Susanne bukan berita yang dia fikirkan.

"Mummy kamu dah tak ada, Anna... Elina dah pergi tinggalkan kita."

Tetapi sepertinya Tuhan sedang tidak berbaik hati untuk mengabulkan doa Anna ketika itu.

Ganggang telefon terlepas dari tangan. Anna jatuh terjelepuk di atas lantai mar mar rumah. Gadis itu menangis, meraung sekuat hatinya.

Kenapa?

Kenapa Tuhan selalu kejam padanya?

-----

Anna berdiri di tepi liang lahad sambil memegang bingkai gambar Elina. Air matanya sedari tadi mengalir tanpa henti. Hatinya hancur tak bersisa melihat keranda yang menempatkan jenazah Elina yang dimasukkan secara perlahan-lahan ke dalam liang lahad tersebut.

"Mummy...." Sesekali mulutnya menggumam, memanggil Elina meski dia tahu semua itu sia-sia kerana ibunya sudah tidak akan bisa menyahuti panggilannya lagi.

"Anna kamu kena kuat sayang. Tuhan lebih sayangkan Mummy kamu." Susanne memeluk bahu Anna, cuba memberikan kekuatan kepada anak saudaranya itu.

"Kenapa secepat ini Mummy tinggalkan Anna? Kenapa Tuhan selalu jahat dengan Anna? Apa salah Anna, Aunt? Kenapa Tuhan rampas Mummy daripada Anna? Kenapa, Aunt? Kenapa?!!" Anna menjerit frustasi.

Mata para hadirin yang hadir untuk memberikan penghormatan terakhir pada mendiang Elina tertumpu pada Anna yang sedang menangis itu. Ada yang memerhati dengan pandangan simpati, ada yang mengeji dan ada juga yang menghakimi.

Tetapi Anna langsung tidak menghiraukan perhatian yang diterima. Dia terus-terusan menangis sambil dipeluk oleh Susanne yang masih cuba menenangkannya.

"Jangan macamni, Anna. Tuhan tak pernah kejam dengan hamba-Nya. Semua yang terjadi ada hikmah, Anna." Ucap Susanne.

Anna mula tenang. Matanya memandang hampa ke arah keranda Elina yang mula dikambus dengan tanah. Tetamu yang hadir juga sudah mula mencampakkan bunga putih yang dibawa mereka ke dalam liang lahad itu.

'This is not the end for us, Mummy. This is not the end.' Getus hati Anna. Air matanya mengalir lagi namun kali ini tangisannya tidak diiringi sebarang suara mahupun jeritan.

#####
Dahla bye aku nak nanges

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro