❪ 00︰34 ❫

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌
Morning Sickness
⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌

Assalammualaikum dan hai! 👀

Yayan update sebab ramai yang minta update sebab nak tahu apa jadi 😂 bukan dekat wattpad je, dekat whatsapp pun ada yang pm tanya 😍

Alhamdulillah, korang buat yayan sedar yang masih ada yang menanti update dari fanfic ni 😊😍

Selamat membaca! 💕

⎈ ⎈ ⎈ ⎈ ⎈

Penyambut pelanggan membukakan pintu untuk Haneul sebaik melihat dia menghampiri restoran itu. Harini dia dan Jaehyun akan berjumpa semula setelah berminggu - minggu tidak berjumpa. 

Mata Haneul ligat memerhati sekeliling restoran yang dikunjungi oleh ramai pelanggan dan berbagai jenis pelanggan. Namun dalam reramai yang ada di situ, matanya tekun mencari seseorang yang dirindunya. Jaehyun.

Senyuman perlahan - lahan terukir apabila matanya akhirnya menjumpai orang yang ingin dicari. Lelaki itu memilih tempat di tepi dinding kaca restorang yang menunjukkan suasan di tepi bandar. Teman lelakinya terlalu ralit termenung sehingga tidak sedar yang dia sudah melabuhkan punggung di kerusi bertentangan.

 " Jaehyun-ah? " Haneul memegang lengan teman lelakinya yang digunakan untuk menompang dagu. 

" E-eo! Bila awak sampai? " Soal Jaehyun dengan terkejut apabila gadis yang dirinduinya itu sedang tersenyum manis di hadapan matanya. Terasa bagaikan mimpi.

" Baru saja duduk. Awak tengok apa tu? Kusyuk semacam je. " Haneul turut melemparkan pandangannya ke luar dinding kaca tebal, cuba meneka apa yang sedang diperhatikan Jaehyun sehingga langsung tidak sedar teman wanitanya yang cantik sedang berada di hadapannya. (EH! EH!)

" Saja, cuma cuba untuk hilangkan bosan masa tunggu awak sampai. " Haneul mengangguk faham. 

" Awak sihat? " Jaehyun cuba untuk memulakan perbualan. Ya, dia mengaku yang perbualan mereka tidak sehebat dahulu. 

" Saya sihat je. Awak pula? Ada skip makan tak setiap hari? Yelah, awakkan sibuk dengan U, terlangkau pula nak waktu makan. " Walaupun kata - kata itu tidak ditujukan sebagai satu ungkapan sinis, namun hati Jaehyun terasa bagaikan dipanah.

 Dia sendiri yang membohongi gadis itu dengan mengatakan yang dia mempunyai banyak urusan di universiti sehingga tidak mempunyai masa untuk berhubung dengan gadis itu walhal hakikatnya hanya dirinya sahaja tahu pada ketika itu tentang ke mana dia telah menghilangkan diri.

Jaehyun mengukirkan senyuman nipis. " Ya, saya sibuk dengan kerja dekat U. " Liur yang terasa berpasir, ditelan kelat.

" Eh! Awak, tak pesan air lagi ke? " Haneul bertanya setelah menyedari yang langsung tiada sebekas air pun di atas meja mereka.

" Tak, belum lagi. Tadi saya tak terasa dahaga jadi saya fikir nak tunggu awak dulu barulah nak pesan. " Si gadis mengangguk faham.

" Kalau macam tu, biar saya yang pergi pesan. " Haneul berura - ura ingin bangun namun Jaehyun segera menahan. 

" Gwaenchana, biar saya yang pergi. Awak baru je sampai. " Lelaki itu segera bangkit daripada kerusinya dan kemudian melangkah ke kaunter pesanan. 

⎈ ⎈ ⎈ ⎈ ⎈

Dari ruang tamu yang kosong, kedengaran bunyi seseorang yang sedang memuntahkan isi perutnya yang kosong. Isi perutnya bagaikan sudah tiada apa - apa lagi kerana dia langsung tidak mempunyai selera untuk menjamah apa - apa. 

Tubuh yang lemah perlahan - lahan didudukkan ke lantai. Dia sudah tidak lagi mempunyai apa - apa tenaga yang tinggal. Perut yang kempis namun berisi itu dipegang, Dia tidak menyalahkan benda hidup yang berada di dalam perutnya ini kerana telah membuatkan dia mengalami perkara sebegini namun itu menggembirakan hatinya kerana sudah tahu yang dia sedang menghamilkan anaknya sendiri.

Beberapa hari yang lalu, Saetan melakukan ujian kehamilan melalui air urinnya dan keputusannya positif, dia telahpun hamil. Dia gembira dengan keputusan itu namun pada masa yang sama dia takut. Takut untuk melihat respon Jaehyun setelah mengetahuinya.

Tangan Saetan berpaut pada jakuzi bilik air apartmentnya. Dia cuba bangkit namun dia benar - benar tidak berdaya.

Dari pintu biliknya yang terbuka, wanita itu dapat mendengari kata laluan rumahnya ditekan seseorang. Seseorang sedang memasuki rumahnya. Yang mengetahui kata laluan rumahnya tidaklah ramai, malah sebelum ini dia jarang membawa sesiapa masuk kecuali sahabat baiknya, Jo Yuri.

" Saetan-ah. " 

" Saetan-ah. " Bibir pucat Saetan mengukirkan senyuman nipis apabila tekaan hatinya benar. Itu ialah Yuri.

" Yah! Tan-ah! " Dia melangut memandang Yuri yang sedang berdiri di muka pintu bilir air. Senyuman yang masih terukir, diberikan pada Yuri yang sedang terkejut.

Wanita yang sebaya dengannya itu melempar beg tangannya ke tepi lalu menerpa ke arahnya dan membantunya bangkit dari lantai bilik air yang sejuk. 

" Kenapa dengan kau ni nyah? " Yuri bertanya. Rakannya Saetan dipapah ke katil sebelum perlahan - lahan membiarkan wanita itu berbaring. 

Saetan menyelimutkan tubuhnya. Dia benar - benar letih tetapi dia langsung tidak merungut. Setiap wanita akan lalui perkara yang sama sepertinya semasa mengandungkan anak sendiri. 

" Sebab nilah kau dah lama tak datang kerja? Aku fikir kau ni dah mati dah, rupa - rupanya baru nyawa - nyawa ikan. " Wajah Yuri dipandang. 

Terbiasa dengan mulut tempayan wanita itu. Sememangnya sakit mendengarnya namun sudah lali. Itu sahajalah cara Yuri menunjukkan sikap 'ambil kisah'nya.

" A-aku.. Aku penatlah weyh.. " Saetan tidak mempunyai masa untuk bertikam lida dengan rakannya.

" Ya. Aku tahu. " Belakang tangan ditekapkan ke dahi wanita itu. 

" Badan kau tak panas pun, pahal kau teruk sangat ni? " Yuri masih dengan sikap ingin tahunya. Dia mendaki naik ke atas katil lalu duduk di sisi rakannya. 

" Ri.. kau bagi aku tidur sekejap boleh? Kejap lagi kalau aku dah okay, aku cerita dekat kau. " Yuri akhirnya mengalah. Selimut ditarik sehingga ke leher, membiarkan Saetan yang kini sudahpun terlena.

Yuri mengeluh berat lalu memerhati sahabat baiknya itu tidur. Yoo Saetan mungkin ialah seorang perempuan yang liar di mata - mata orang yang tidak mengenalinya dengan rapat tetapi baginya yang telah bersama dengan Saetan sejak kecil lagi, dia telah kenal semuanya tentang wanita itu.

Saetan ialah seorang anak yatim piatu yang kehilangan ibu bapa sejak hari pertama dia dilahirkan. Hari kelahirannya merupakan hari kematian ibu bapanya. Setelah majlis pengebumian, urusan penjagaan Saetan ditolakkan ke sana ke mari oleh kedua - dua pihak keluarga ibu bapanya sehinggalah salah seorang dari mereka bercadang untuk menghantarnya ke rumah penjagaan anak yatim, tempat di mana dia berjumpa dengan Yuri.

Berlainan dengan Yuri, kedua - dua orang tuanya sendiri tidak mahu menjaganya lalu menghantarnya ke situ. Setelah meningkat remaja, pasangan suami isteri yang merupakan pasangan yang mempunyai perniagaan masing - masing mengambil Saetan sebagai anak angkat. Namun Saetan tidak mendapat kasih sayang yang dia inginkan kerana mereka langsung tidak mempunyai masa untuknya.

Saetan membesar menjadi gadis yang liar ditambah pula hidup dalam kekayaan membuatkan dia menjadi bebas. Kelab malam bagaikan tempat biasa yang dia kunjungi, arak bagaikan minuman kegemarannya dan berfoya - foya ialah sebahagian dari hidupnya. 

Yuri masih teringat kata - kata Saetan sewaktu dia menemani wanita itu ke bar untuk minum bersama. Wanita itu ada berkata yang dia ingin meninggalkan dunia yang sudah lama Yuri tinggalkan ini, namun dia masih tidak menjumpai waktu yang sesuai. Yuri benar - benar berharap wanita itu akan berubah.

⎈ ⎈ ⎈ ⎈ ⎈

Doktor muda yang terkenal dalam dunia kedoktoran disebabkan rupa paras dan kehebatannya dalam bidang pembedahan itu, melangkah masuk ke dalam lobi hospital.

Berpuluhan pelawat hospital telah dilewati Jungkook semasa menghampiri lif. Sememangnya hospital tidak pernah kurang dengan kunjungan pelawat yang datang di atas berbagai sebab.

Hari ini dia akan bekerja syif petang namun dia datang lebih awal untuk menyiapkan laporan pesakitnya ataupun memeriksa keadaan pesakitnya tanpa perlu tergesa - gesa untuk memeriksa satu persatu. Mungkin juga dia boleh menyiapkan laporan - laporan kerja yang belum habis.

Di sepanjang di mana dia berjalan, mata - mata yang dilintasinya langsung tidak dapat melarikan pandangan mereka darinya. Sehelai kemeja berwarna biru tua yang dituck-inkan ke dalam seluar slack hitam yang dipakainya, sudah cukup membuatkan mereka tidak keruan melihatnya.

Pakaian itu simple namun sangat selesa. Lagikan pula jika dia memakai pakaian yang renyah, bimbang sukar untuk ditukar semasa ada pembedahan mengejut.

Sudah bertahun - tahun bekerja dalam bidang ini, Jungkook sudahpun peka dengan segala perkara. Pekerjaan sebegini juga yang mengajarnya untuk berdisiplin dan sentiasa mengamalkan perkara yang mendatangkan kebaikan.

Pintu lid terbuka luas saat dia menghampirinya seolah - olah sememangnya sedang menunggu kehadirannya. Sesampai di tingkat bilik kerjanya berada, Jungkook keluar dari lif dan memasuki ruang koridor.

Kaunter jururawat dihampirinya. Sebuah mesin semak kehadiran yang terlekat di dinding bersebelahan, kad kakitangannya yang berkod itu dilayangkan di hadapan pengimbas.

Sememangnya susah untuk kakitangan hospital untuk menyemak kehadiran mereka jika tiada kad sendiri. Jungkook juga pernah kehilangan kad kakitangannya beberapa tahun lalu, terpaksalah dia menulis surat pada pihak atasan untuk meminta kad baru dibuat.

" Ei, Doktor Jeon. Awal sampai harini. " Sapa Nami, rakan baik kepada Hwayoung, pembantu Jungkook.

Kumpulan jururawat di situ sememangnya ramah. Ada - ada saja karenah mereka menyapanya dan kakitangan - kakitangan yang lain.

Lelaki itu tersenyum. Matanya naik sebentar memandang wanita yang pernah menjadi mangsa amukan gila Saetan tempoh hari.

" Banyak kerjalah, Cik Nam. Muda - muda macam ni pun kerja bertimbun, terpaksa berlari ke sana ke sini. Rasa - rasanya boleh bersara awal saya. " Guraunya.

Seperti biasa, jenakanya disambut baik oleh mereka.

Fail laporan pesakit dibuka dan diselak satu persatu. Meneliti semula perkembangan mereka supaya dia boleh berbuat sesuatu di masa akan datang bagi memulihkan mereka.

" Aik, doktor! Mana boleh doktor bersara awal dari saya. Kalau doktor bersara awal, saya nak jadi pembantu siapa? " Hwayoung mencelah.

Dia berjalan keluar dari meja kaunter itu menghampiri doktor itu.

" Mana boleh saya tinggalkan, Cik Hwayoung sorang - sorang. Saya bergurau je, Cik Hwayoung. Kalau bersara awal, siapalah yang nak tanggung hidup saya? Berkahwin pun tidak lagi. Inikan pula nak ada anak. " Jungkook mengeluh sengaja.

Hwayoung tersenyum. " Cik Yoo kan ada. "

Senyuman Jungkook sedikit memudar apabila nama tunangnya itu disebut. Pembantunya itu segera perasan akan perubahan air muka lelaki itu apabila gurauanya tiada sahutan.

" Saya salah cakap ke, doktor? " Hwayoung panik.

Lelaki itu segera menggeleng. " Takda apa - apalah. Saya cuma terfikir tentang sesuatu. "

Ya, dia ada terfikir akan sesuatu. Terfikir tentang Saetan yang masih belum memberi respon pada mesej yang dihantarnya beberapa hari lalu.

Entah apa pulalah masalah yang wanita itu lakukan sehingga hilang buat masa yang lama sebegini.  Sememangnyalah dia gembira kerana dia tidak lagi diganggu namun dia masih risau tentang wanita itu.

⎈ ⎈ ⎈ ⎈ ⎈

" Huh?! Apa kau cakap ni, Saetan? "

( cam lain je bunyi ✺◟( ͡° ͜ʖ ͡°)◞✺ )

Terbeliak mata Yuri mendengar cerita rakan baiknya itu. Langsung dia tidak percaya rakannya yang berjiwa bebas itu kini terperangkap dengan status sebagai seorang wanita mengandung.

Saetan mendiamkan dirinya. Wajah Yuri diperhatinya dalam diam. Dia tahu, wanita itu masih belum percaya akan kandungannya.

" Kenapa kau buat macam ni weyh? " Soal Yuri, bingung.

Wanita itu tersenyum nipis. " Kau yang nak aku berubahkan? Sekarang ni aku tengah berubahlah. " Jawabnya.

" Yelah, tapi kenapa sampai macam ni? Kenapa dengan lelaki yang tak kenal kau? Kau tu tunang Jungkook, Tan. " Rengus Yuri.

" Apa bezanya kalau dengan lelaki yang aku tak kenal ataupun dengan Jungkook? Dah bertahun - tahun, Ri. Aku jadi tunang dia. Takda sedikit pun perasaan dia dekat aku. Apa gunanya aku je yang terhegeh - hegeh nakkan dia? " Saetan mengekalkan senyumannya. Yuri diam maknanya kali ini dia betul.

Yuri sendiri tahu bagaimana hubungannya dengan Jungkook. Status tunang cuma di mulut sahaja walhal lelaki itu langsung tidak mempunyai perasaan padanya.

Dia dan Jungkook bertunang pun hanya kerana keluarga Jungkook yang sudah lama Saetan kenali. Appa Jungkooklah yang yang mencadangkan mereka mengikat pertalian.

" Habis tu, kau dah tak jumpa lelaki tu lepas dia tinggalkan kau macam tu je? " Saetan mengangguk.

" Seminggu lepas last aku jumpa dia, aku dah start tak sedap badan. Maybe sebab tengah terima bayi dalam perut. "

" Ya tuhan, bodohnya kau ni. Kenapalah aku still jadi kawan kau ni? Setiap masa menyusahkan hidup aku je. " Yuri menggepal rambutnya.

" Lagipun, kau expect dia nak tunggu dengan aku dekat situ lepas tahu apa yang aku dah buat dekat dia? " Sekali lagi Yuri terdiam.

" Sekarang ni, kau nak buat apa? Ni, anak dalam perut kau ni, kau nak buat apa? " Perutnya yang masih kempis ditunding.

Tangan Saetan serta - merta naik mengusa perutnya. Bibirnya yang merekah kerana kering itu mengukirkan senyuman lebar. " Anak ni... Mestilah aku nak jaga. "

" Bab kau nak jaga ni, aku takdalah kisah mana. Sebab aku sendiri pun boleh tolong apa yang patut tapi.. " Mata Yuri yang memandang perut yang berselimut itu naik memandang bakal ibu itu.

" Kau mampu ke jadi ibu dan ayah budak ni dalam masa yang sama? Nak besarkan dia tanpa seorang ayah? Nak biar lelaki tu tak tahu yang kau mengandungkan anak dia? "

" Memanglah aku nak berjumpa dengan Jaehyun dan bagitahu dia pasal anak ni. Tapi sekarang bukan masanya. Aku still tak larat nak bergerak banyak. " Keluh Saetan.

" Hmm. Suka hati kaulah. Nak mati sekarang pun aku dah tak kisah, sendiri cari nahaskan. " Lancang sahaja mulutnya menembak.

Namun kata - kata wanita itu tidak setanding perbuatannya. Dia masih kisahkan wanita itu. Selimut Saetan dibetulkannya. Sejahat manapun wanita itu, Saetan tetap rakan baiknya.

" Malam ni gamaknya aku kena jaga kau dekat sinilah. " Leter Yuri sebelum membaringkan tubuhnya di sebelah Saetan.

" Suami kau tahu ke? " Saetan mengerling Yuri yang memandang ke arah siling.

" Tak tahu lagi. Kejap lagilah aku mesej dia. Lagipun dia tak balik untuk beberapa hari ni sebab sibuk bekerja. " Saetan hanya mengangguk faham.

" Anak - anak kau pula? "

" Ada dekat rumah mak mertua aku. Katanya alang - alang Junsu takda dekat rumah, dia kata nak biar diorang tidur beberapa hari dekat sana. Aku kasi jelah. Diorang dah tua ni nak buat apa je selain layan cucu - cucu. "

Rakannya di sebelah tersenyum sendiri. " Hidup kau dah berubah dah kan, lepas kahwin dengan Junsu. Sebab dialah kau dah berhenti pergi kelab malam. "

" Yelahkan. Lepas dia buat aku malu dengan tiba - tiba confess kata dia suka dekat aku masa dekat kelab malam. Tch. Gila laki aku tu rupanya. " Yuri menggeleng - gelengkan kepalanya, terkenang semula kisah memalukan itu.

" Sekurang - kurangnya dia betul - betul boleh terima kau walaupun kau macam ni. Aku ni? "

Yuri meletakkan tangannya ke belakang kepala. " Kau tu, sebenarnya ada je lelaki boleh terima kau, sama macam Junsu terima aku, tapi kau tu. Kau sendiri cari nahas tidur dengan boyfriend orang. Kan dah mengandung anak haram sekarang. " Bidasnya.

" Diamlah bodoh. Kau fikir anak aku tak dengar apa mulut cibek macam kau tengah bercakap? Anak aku lahir nanti, memang taklah aku nak bagi kau jenguk muka anak aku. " Saetan berdecit.

" Buat apa aku nak tengok? Mesti muka anak kau hodoh. " Saetan menolak kasar kepala wanita itu.

Dah ada anak pun mulut tak reti nak tapis. Macam manalah suami dia boleh tahan dengan perangai dia?

" Ei! Muka Jaehyun tu handsome, keyh. Mestilah anak aku ikut muka dia. Aku haraplah anak aku ikut dia. " Saetan tersenyum membayangkan bagaimana rupa anaknya jika dia mirip Jaehyun.

" Hmm. Kalau ikut kau, gerenti jadi pelacur tak pun gigolo bila besar. " Terpadam lamunannya mendengar kata - kata Yuri.

" Dahlah, penat cakap dengan perempuan sial macam kau. Baik aku tidur. " Saetan memusingkan tubuhnya membelakangi wanita itu.

Hatinya terasa ringan setelah menceritakan kesemuanya pada Yuri. Ya, walaupun mulutnya sebegitu. Dia berasa lega kerana ada orang untuk dia bergantung harap.

⎈ ⎈ ⎈ ⎈ ⎈

Bersambung... 💕

Okay, done! 😍 yayan bebas dari writer block yg menyinggah sekejap 👀

Sebenarnya yayan writer block pun sebab lebih banyak luangkan masa edit video, main zepeto pastu buat benda bukan - bukan 😆😂 tapi ada juga sibuk kelas online 👀

Harap menggembirakan hati korang! ❤

© ALL RIGHT RESERVED
_chaefreude┃13.11.2020

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro