❪ 00︰38 ❫

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌
Letting Go
⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌
Carry On┃Victon (Seungsik)

Assalammualaikum dan hai ✨ maaf kerana terpaksa mengambil masa yang lama untuk update 😣

Terima kasih untuk yang masih menunggu update dari fanfic ni 😊❤ dan happy 50K! 🎊

Selamat membaca! 💃🏻


❀ ❀ ❀ ❀ ❀

Haneul mematikan enjin keretanya. Kunci kereta ditarik. Dia melepaskan tali pinggang keledarnya. Pintu kereta dibuka dan dia melangkah keluar setelah mencapai beg tangannya.

Deringan telefon bimbit yang berbunyi itu langsung dia tidak hiraukan. Kata laluan rumah ditekannya dan dia membolos masuk. Kasut tumit tingginya dibuang dari kakinya tanpa peduli untuk menyusunnya. Dia menyarungkan selipar rumah.

Bunyi bising dari televisyen membuatkan dia menghampiri sofa yang terletak di tengah - tengah ruang tamu. Beg tangan dan kunci keretanya dijatuhkan ke lantai, menarik perhatian abangnya.

Dia berjalan mendapatkan Jimin yang sedang bersandar pada penghadang sofa sambil melunjurkan kakinya di atas sofa yang berlengkuk L itu. Jimin yang sedang bermain telefonnya itu segera meletakkan telefonnya ke tepi.

Haneul menjatuhkan tubuhnya ke atas tubuh abangnya. Dia memeluk tubuh lelaki itu dan membenamkan wajahnya ke leher lelaki itu. Menghirup bau badan lelaki itu yang menenangkan.

Jimin tidak bersuara. Hanya membelai rambut panjang gadis itu sahaja. Dia benar - benar kenal siapa adiknya. Haneul akan bergelagat seperti ini ketika dia memerlukan seseorang untuk memeluk dan menenangkannya.

Ubun - ubun gadis itu dikucupnya bertalu - talu. Kebelakangan ini dia sangat sibuk dan tidak sempat meluangkan masa dengan adiknya. Ketika dia cuti pula, Haneul langsung tidak lekat di rumah. Jadi dia agak rindu akan gadis yang sentiasa bermanja dengannya itu.

" Oppa rasa Han buat perkara yang betul ke? " Dia bertanya. Wajahnya langsung tidak diangkat namun Jimin boleh tahu apa ekspresi yang ditunjukkan si adik.

" Apa yang Han dah buat? " Jimin bertanya semula. Tangannya tidak henti - henti membelai rambut Haneul.

Haneul menjauhkan wajahnya dari leher si abang dan kini memandang wajah Jimin. Barulah Jimin dapat melihat dengan jelas wajah gadis itu yang merah dan sembap itu.

" Han dah berpisah dengan Jaehyun. " Luahnya.

Jimin memandang Haneul dengan wajah tidak percaya. Dia menjongketkan keningnya.

" Kenapa? Cuba cerita dengan oppa. "

" Kalau Han cerita ni, belum tentu oppa percaya apa yang Han cakap. " Haneul memuncungkan bibirnya. Dia membenamkan kembali wajahnya ke leher Haneul.

" Mwoya? Han tak cerita pun lagi, macan mana oppa nak tahu yang apa yang Han cakap tu boleh dipercayai ke tidak. "

Si adik menjauhkan wajahnya dari leher si abang. Dia merehatkan kepalanya ke bahu lelaki itu dan terdiam sebentar. Cuba mencari cara untuk terangkan pada abangnya.

" Oppa kenalkan tunang Doktor Jungkook? " Soal Haneul.

Abangnya tidak menjawab tetapi mengangguk, Haneul dapat merasakannya.

" Oppa almost setiap hari tengok muka dia dekat hospital tu. Cumanya, kebelakangan ni je dia hilang tanpa sebab. Jungkook sendiri pun tak tahu mana dia pergi. " Jawab Jimin

" Jinjja? Doktor Jungkook tak risau ke? " Dia mengangkat wajahnya dan memandang si abang.

" Macam mana oppa nak kata eh.. Emm. Sebenarnya Jungkook bertunang dengan dia pun bukannya sebab Jungkook sukakan Saetan. Tapi semua tu sebab appa dia yang cuba satukan Jungkook sebab bimbang Jungkook takkan ada masa untuk cari kekasih memandangkan dia sibuk dekat hospital. " Terang Jimin. Haneul mengangguk sambil mulutnya berkata ' woah '.

" Sekejap! Han nak cakap dengan oppa macam mana Han boleh putus dengan Jae. Tapi apa kaitannya dengan tunang Jungkook? " Soal Jimin, pelik.

Haneul tersenyum nipis apabila oppanya mengungkit semula tentang itu. Tubuhnya dipusingkan membelakangi oppanya. Dia menyandarkan belakang tubuhnya ke dada oppanya.

Televisyen yang sejak tadi terpasang namun tiada yang menonton itu dikerling sebentar.

" Mestilah ada kaitan. " Jari jemari oppanya yang memeluk pinggangnya dimainkan.

" Oppa nak tahu kenapa Cik Yoo tak datang ke hospital kebelakangan ni? " Jimin hanya menghmmkan sahaja.

" Sebenarnya Cik Yoo tengah mengandung dan anak yang dia kandungkan tu ialah anak Jaehyun. "

" Ha?! " Walaupun dia membelakangi si abang, Haneul boleh bayangkan ekspresi lelaki itu pada waktu itu.

" Apa maksud Han? Macam mana diorang boleh kenal? " Jimin dilanda kebingungan.

" Han sendiri pun tak tahu macam mana diorang boleh kenal. Yang Han tahu semua ni berlaku masa kita pergi pedalaman. Cik Yoo ajak Han berjumpa tadi. Mula - mula tu memang Han terkejut sebab dia minta maaf dekat Han cakap dia banyak buat salah dekat Han semua tu. "

" Lepas tu dia cakap yang dia tengah mengandungkan anak Jaehyun. Dia cakap lagi ni semua salah dia. Dia yang ganggu Jaehyun dan buat Jaehyun tidur dengan dia. Dia nak Jaehyun bertanggungjawab atas anak dia. " Dia dapat mendengar hembusan keluhan Jimin di tepi telinganya.

" Jadi Han pergi cari Jaehyunlah? " Haneul mengangguk.

" Waktu tu Han dah panik dah. Masa Jae datang tadi, Han tampar dia. " Gadis itu ketawa kecil mengenang dirinya yang menampar wajah bekas teman lelakinya itu.

" Han minta dia bertanggungjawab tapi dia cakap dia taknak lepaskan Han. Tapi, Han cakap Han akan lebih bencikan dia kalau dia buat benda bukan - bukan. " Separa badannya dikalihkan dan dia memeluk leher Jimin.

" Betulkan apa yang Han buat tu, oppa? " Soalnya.

Tangan Jimin naik membelai rambut Haneul dan menepuk perlahan bahu Haneul untuk menenangkannya.

" Eo, apa yang Han buat tu betul. Mungkin Jae bukan untuk Han. Han dah buat yang terbaik. Jangan sedih - sedih lagi. " Pujuk Jimin.

" Eo, gomawo, oppa. " Walaupun dia sudah tenang namun masih terselit nada sedih di dalam kata - katanya.

Jimin hanya mengeluh kecil. Sedikit lega dan bangga dengan tingkah laku si adik melalui cerita yang disampaikannya. Walaupun Haneul terlalu manja, sekurang - kurangnya gadis itu tidak bertindak mengikut perasaannya sendiri.

Seandainya Jaehyun bukanlah hak Haneul, gadis itu sememangnya patut melepaskan lelaki itu untuk pergi daripada menyimpannya dan menyakiti dirinya sendiri kerana tidak dapat memiliki sesuatu yang sudah berada di tangannya.

" Lepas ni Han dah takda dah orang yang nak layan Han baik - baik macam Jaehyun. " Omel Haneul.

" Yang tu je Han fikirkan sekarang? Habis tu, apa oppa, eomma dengan appa buat dekat sini? " Jimin mempersoalkan omelan itu.

" Ani.. Bukan itu yang Han maksudkan. Selama Han dengan Jaehyun, dialah satu - satunya orang yang bukan ahli keluarga kita tapi selalu layan Han dengan istimewa. Untunglah Cik Yoo sebab dah dapat Jaehyun sekarang. " Terangnya.

" Oppa tak rasa Han dah takda orang yang akan layan Han macam tu. Walaupun takda Jaehyun, mungkin masih ada orang lain yang boleh layan Han sebaik tu. Han tak sedar ke? " Kata - kata si abang benar - benar membuat Haneul terkaku.

" Apa oppa merapu? Mana ada dah. " Haneul menoleh memandang Jimin dan mencerlung mata lelaki itu.

Jimin hanya ketawa kecil. " Adik oppa ni memang tak tahu ke, atau saja - saja buat tak tahu? Habis, Doktor Jeon tu? "

" A-apa pula kaitan dengan dia? " Haneul menjadi bingung apabila abangnya menaikkan nama Jungkook.

" Han tak perasan ke yang dia tu sukakan Han? " Soal Jimin.

Adiknya tidak membalas soalannya itu sebaliknya adiknya ketawa. Ketawa janggal.

" Dia?... Suka Han? Maldo andwae. Mustahillah. Macam manalah dia boleh sukakan Han sedangkan dia sendiri tak pernah sukakan tunang dia yang dah ada dengan dia selama bertahun - tahun tu? " Haneul cuba memberi penjelasan yang logik untuk membantah kata - kata abangnya.

" Mungkin... Dia tak sukakan tunang dia sebab dia betul - betul sukakan Han? Han expect dia sukakan dua perempuan dalam satu masa ke? "

Haneul menghembuskan nafas berat. " Oppa.. Han pernah sukakan dia tahu. Tapi dia tak balas pun perasaan Han. Oppa tak ingat ke, punca Han pergi ikut oppa pun sebab dia. "

" Sebab dia? "

" Hmm, semuanya sebab bekas tunang dia tu. Waktu tu jugalah Han jumpa Jaehyun tapi sekarang... Jaehyun pun tunang dia dah ambil dari Han. " Keluhnya lagi.

" Oh ya! Tadi Han keluar jumpa Jungkook, kan? Apa yang Han dengan dia bualkan? " Jimin menukar topik secara tiba - tiba.

Faham yang abangnya mungkin tidak tahu ingin berkata apa, Haneul bercadang untuk melayankan sahaja.

" Tak cakap apa - apa pun. Dia cuma ajak Han keluar memandangkan dia cuti je. " Haneul menjongketkan bahunya.

" Cuti? Mwoya! Dia tipu je tu. Sepatutnya harini dia ada syif dengan Hoseok hyung dan Seokjin hyung. "

" Molla. Mungkin dia nak berehatlah tu. "

" Jungkook takkan sesuka hati ambil cuti kalau sekadar nak 'berehat'. Ni semua mesti sebab dia nak keluar dengan Han, kan? Oppa dah cakap yang dia tu— ARGH! " Jimin memegang dadanya yang ditampar kuat oleh Haneul.

Dia memandang gadis itu dengan pandangan tidak percaya. Cerlungan si gadis dibuat endah tidak endah menahan sakit tamparan si gadis.

" Oppa ni selalu sangat buat - buat cerita. Dahlah, malas Han nak layan oppa. " Haneul mengutip kasar beg dan kunci keretanya yang jatuh di lantai.

Tanpa mempedulikan Jimin, dia berjalan ke arah tangga dengan menghentak - hentakkan kaki, menunjukkan protesnya akan Jimin yang suka mereka cerita.

" Mwoya? Oppa cakap benda betul tahu. Jungkook tu bukan lelaki yang suka buang masa! Dia buat semua tu sebab dia sukakan Han tahu! "

Itulah laungan terakhir si abang yang dia dengari sebelum menutup pintu biliknya.

❀ ❀ ❀ ❀ ❀

" Haneul! Park Haneul! Bukak pintu ni! " Haneul terjaga dek kerana laungan si ibu di muka pintu yang sedang mengejutnya bangun.

Gadis itu kelihatan serabut oleh kerana baru sahaja bangun tidur. Wajahnya pula masih lagi sembap kerana menangis semalam.

" Waeyo, eomma? " Sahutnya. Posisi baringan ditukar ke duduk walaupun tidak rela. Dia masih mahu kembali tidur namun semestinya tidak boleh kerana eommanya mengejutkannya bangun.

Wanita itu tidak akan berhenti mengejutnya sehinggalah dia bangun dari tidur.

" Ireonayo. Eomma dah nak pergi kerja dengan appa ni. Turunlah, sarapan. Kesian oppa makan sorang - sorang ni. " Haneul mengeluh, rambutnya yang kusut masai itu dirapikan menggunakan tangan sebelum diikat dengan getah rambut yang berada di pergelangan tangannya.

" Arasseo, eomma. Bagi Han basuh muka dulu, kejap lagi Han turun. " Dua kali ketukan pada pintu diberikan tanda isyarat okay.

Gadis itu bangkit dari katilnya dan terus ke bilik air. Katilnya yang berselerakan dibiarkan tanpa berkemas.

Usai membasuh mukanya, Haneul melangkah keluar dari bilik tidurnya dan menjurus ke tangga. Dia menghala ke dapur dan melihat appanya sudahpun menghabiskan secawan kopinya manakala eommanya pula sedang membasuh pinggan mangkuk yang telah digunakan mereka berdua. Manakala Jimin baru memulakan sarapannya.

" Oh, Han-ah. " Sapa appanya.

" Eo, appa. " Gadis itu meluru ke arah lelaki separuh abad itu lalu memeluk tubuhnya.

" Sudahlah, duduk. Makan, teman oppa. Eomma dengan appa dah nak pergi kerja. " Arahan si eomma membuatkan Haneul melepaskan pelukannya pada appa.

Kakinya dibawa ke kerusi sebelah abangnya di mana Puan Park baru sahaja menyediakan pinggan untuk dia gunakan. Tanpa menoleh ke arah abangnya yang tersenyum itu, Haneul mula menyenduk nasi goreng yang dimasak eommanya.

Bukannya dia tidak tahu sebab lelaki itu tersenyum - senyum macam kambing busuk itu. Semuanya kerana angkara semalam yang masih lagi belum habis.

" Adeul-ah. Duduk rumah elok - elok. Lepas makan, cuci pinggan mangkuk, lap meja makan bersih - bersih. Tengahari nanti, kamu berdua keluarlah pergi makan sama - sama. " Pesan Puan Park.

Dahi kedua - dua orang anaknya dikucup sebelum dia mengambil beg tangannya yang berada di kerusi yang didudukinya tadi.

" Arasseo, eomma. " Sahut Haneul.

Matanya menghantar eommanya ke pintu sebelum kedua - dua orang tua mereka keluar dari rumah meninggalkan mereka berdua.

Pandangannya tanpa sengaja beralih ke sisi kanannya di mana abangnya kini sedang memandangnya sambil tersenyum - senyum.

" Apa oppa ni? Senyum - senyum tah apa - apa. " Bahu lelaki itu ditolak geram.

" Wae? Oppa cuma senyum je tahu. Takkanlah senyum pun tak boleh. Han tak penah dengar ke yang senyum tu— " Tawanya meletus kuat apabila bahunya ditolak kasar oleh gadis itu sehingga badannya terhayun ke tepi.

" Diamlah! Moody terus hari Han tengok muka oppa ni! " Dengusnya. Lelaki itu kalau dah mula usiknya memang payah mahu berhenti.

" Arasseo. Arasseo. Oppa tak usik Han dah. Janganlah merajuk lagi. " Pipi Haneul dicuit, cuba memujuk si gadis.

" Dahlah! Jangan kacau Han nak makan. " Lengan oppanya ditepis kasar, tanda masih marah.

Jimin hanya tersenyum dengan gelagat itu. Langsung tidak terasa dengan perbuatan adiknya.

Ding! Dong~

Loceng rumah mereka ditekan. Haneul dan Jimin melangutkan kepala mereka memandang ke arah pintu.

Si gadis mengerutkan dahinya. Siapakah yang telah datang ke rumah mereka itu? Walhal selama ini amat jarang sekali untuk mereka sekeluarga menerima tetamu di rumah ini memandangkan rumah ini juga jarang berpenghuni.

" Nugu? " Soal Haneul.

Matanya melirik abangnya yang bangun dari kerusi dengan wajah gembira. Lelaki itu berlari anak mendapatkan pintu.

Adakah itu salah satu kenalan abangnya?

Walaupun terdapat beribu persoalan di dalam fikirannya, Haneul masih belum berganjak dari kerusinya. Dia menyambung menjamah makanannya.

Sehinggalah dia mendengar suara orang berbual. Suara itu datang dari pintu membuatkan dia segera mengangkat kepalanya untuk melihat siapa yang datang.

" —ulang tahun hospital. Oh! Haneul-ah! "

Ternganga gadis itu melihat seorang lelaki berpakaian kasual sedang menyapanya. Sehelai kemeja berwarna merah yang dituck-inkan ke dalam seluar slacknya yang berwarna krim.

Jeon Jungkook!!!

❀ ❀ ❀ ❀ ❀

Bersambung... 🐤

Maaf untuk chapter yang hambar ni 😌 maafkan patik 🙏🏻

© ALL RIGHT RESERVED
_chaefreude┃12.06.2021

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro