✦【PART 32】✦

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Part 32 : Keputusan Ujian DNA pt2

Chapter song : Round & Round by Heize

Nah! Double update!

❀ ❀ ❀

" Keputusan ujian DNA ni mengatakan yang Ch---- " Pintu rumah yang terbuka luas, mengejutkan mereka berempat.

Lebih mengejutkan ialah apabila figura Tuan Jeon muncul di muka pintu.

Tuan Jeon masuk dan memandang mereka seorang demi seorang.

" Korang buat apa dekat sini? " Soalnya, matanya tertumpu pada helaian kerta di tangan Taegyung.

" Apa dekat tangan kau tu, Gyung? " Soalnya, memandang Taegyung dan kertas berselang - seli.

" K-kertas? M-ana ada, tuan. " Kertas itu cepat - cepat disimpannya semula ke dalam sampul apabila ketua mafia itu menghampiri mereka.

Jimin dan Hoseok sudah terkaku kerana terkejut.

" Habis tu, apa korang buat dekat sini? Dan kertas tu untuk apa? " Kening dijongketkan, cuba mendapat jawapan dari mereka.
" A-aniyo, tuan. Tuan Jung suruh kami bentangkan balik apa Tuan Kim tengah bentangkan. " Jawab Doyum, bagi menutup kecemasan mereka.

" Ouh. Bagi aku tengok. Aku tak tengok lagi. " Tangan dihulurkan untuk meminta kertas itu, namun kedua - dua anak buah Hoseok itu hanya memerhatikan saja.

" Kenapa, kau tak nak bagi ke? " Soal Tuan Jeon, sinis.

" Bukan macam tu, Jungkook. Kertas tu tak siap lagi, jadi tak eloklah kau tengok. Nanti banyak pula benda yang kau tanya nanti. Tunggulah dulu kitorang habis bincang dulu. " Hoseok berdiri lalu mengambil sampul surat itu dari tangan Doyum.

" Dah tu. Kalau kertas kerja je, perlu ke korang sorok sampai macam tu sekali? " Matanya melirik sampul yang Hoseok sorokkan dalam bajunya.

" You know what about SUPRISE? " Kata Hoseok, gelabah.

" Aku tahu korang ada benda yang korang--- " Ayat Tuan Jeon terpotong apabila Yoongi masuk.
" Kau tunggu apa lagi Kook? Kata nak pergi ambil dokumen je. Lama aku tunggu ni. " Kata Yoongi, menyedarkan Tuan Jeon tentang tujuannya pulang dan menghentikan seketika sikap ragu lelaki itu.

" Oh ya! Betul juga. Kejap! Kau tunggu kejap. " Lelaki yang memakai pakaian formal itu berlari anak naik ke tingkat atas ke bilik tidurnya.

" Korang buat apa ni? " Soal Yoongi, selepas Tuan Jeon naik.

" Keputusan ujian DNA dah keluar. " Jimin berkata perlahan.
Yoongi menunjukkan riak terkejut. " Serious? So apa keputusan dia? "

" Tak tahu lagi. Baru je Taegyung nak bagitahu, Jungkook dah terjah masuk. " Kata Hoseok dengan nada sedikit menyampah.

" Okaylah. Lepas habis kerja kita keluar. " Mereka semua mengangguk.

" Ha. Korang sembang pasal ape? " Terjah Tuan Jeon. Makin dia ragu - ragu dengan diorang ni.

"  Sibuk jelah Jungbongok ni. " Decit Hoseok.

Tuan Jeon menjeling. " Dahlah Jungkook!! Jom pergi. Kau ada meeting lepas ni. " Tuan Jeon mengangguk.

Keempat - empat mereka menarik nafas lega. Hampir tercabut jantung apabila memikirkan Tuan Jeon yang menerjah tiba - tiba.

Hampir saja dia tahu apa yang mereka sedang bualkan.

" Aku dah cakap. Jungkook ada ke takde ke, same je bahaya dia. " Kata Jimin.

" Masalahnya sekarang ialah kau tak pernah cakap pun benda tu. " Hoseok membuat muka poker.

Jeon Doyum's pov

Kami memerhati Tuan Park dan Jung yang bergaduh kecil itu.

Taegyung membisikkan padaku supaya meminta diri dan berjumpa semula selepas Tuan Kim pulang. Jadi aku mengangguk setuju.

" Hyung. Kitorang nak minta diri dulu. Petang ni kitorang datang lagi. Rasanya kita tak boleh bercakap dalam rumah ni. " Kata Taegyung.

Tuan Jung berfikir sebentar sebelum mengangguk.

" Korang balik dulu. Petang nanti kita set masa balik. " Aku mengangguk.

" Kitorang minta diri dulu. " Aku berkata sambil menunduk hormat. Taegyung keluar terlebih dahulu sebelum aku, menuju ke keretanya.

Aku keluar lalu menutup pintu rumah. Kasut Converse yang aku pakai, aku sarung semula dengan kelam - kabut kerana Taegyung sudah menghidupkan keretanya.

Sempat lagi aku memandang sekeliling sehingga mataku tertumpu pada seorang lelak yang sedang memerhatikanku. Dan apabila dia sedar bahawa aku perasan tentang kehadirannya, terus dia memberikan senyuman sinis.

Siapa lelaki itu? Tetapi setahunya yang menjaga keselamatan rumah Tuan Jeon ni ialah anak buah Tuan Kim.

Maksudnya... Ada pengkhianat dalam kumpulan kami?

Aku kene siasat.

❀ ❀ ❀

Ya memang benar lelaki yang dikatakannya itu ialah anak buah Namjoon. Dan Namjoon sendiri tidak tahu tentang 'pengkhianat' yang wujud di kalangan anak buahnya.

Telefon bimbit dikeluarkan dari poket seluar, nombor telefon Tuan Taehyung didailkan.

" Tuan. Ada sesuatu yang terjadi dekat sini. " Katanya.

Selepas mendapat kebenaran dari 'tuan'nya untuk terus memerhati gerak - geri mereka, panggilan dimatikan.

Susah untuk dia membuat kerja kerana dia seorang saja yang menguruskan rumah itu. Dua orang lagi rakannya pula berada di mesyuarat yang sedang dijalankan Namjoon.

Mereka sudah berjaya setakat ini. Hanya perlu mendapatkan projek yang akan dilancarkan kumpulan Bombangtan saja. Seterusnya mereka boleh beredar dari kediaman musuh mereka.

❀ ❀ ❀

Namjoon dan Yoongi pulang dari tempat kerja setelah sibuk menguruskan hal masing - masing. Begitu juga dengan Tuan Jeon.

Isteri keduanya juga sudah pulang dari berjumpa dengan Seokjin.

Kini mereka sedang bermakan malam pula.

Selepas ini baru Namjoon bercadang untuk keluar.

" Lepas ni, korang pergi mana? " Soal Tuan Jeon, yang baru sudah menyisip jus oren dari gelasnya.

" Kitorang nak keluar kejap. Nak beli personal things dalam bilik tu pun dah berkurang. " Jawab Yoongi mewakili mereka.

Suasana di meja makan, masing - masing seperti melayan perasaan sendiri. Yelah. Siapa je selesa bila Pakiu muncul?

" Yoongi. Boleh belikan barang untuk I juga? " Soal Pakiu. Chopsticks besinya diletak ke atas meja. Gelas kaca diambil dan menyisip airnya.

Yoongi mengangkat kepalanya dari pinggan, memandang Pakiu, namun tidak lama itu, dia tersenyum miring. " I balik lambat, and why not you ajak suami you. " Yoongi menunjuk Tuan Jeon.

Lelaki yang baru saja habis makan itu terus bangun dari kerusinya. " I'm done eating. Aku pergi buat kerja dulu. " Lelaki itu terus beredar.

" Ouh! Jungkook busy. That's mean you have to go to supermarket by yourself. I'm done eating too, Bombangtan, come on. " 4 orang lelaki itu terus bangkit dari meja makan, meninggalkan dua orang isteri Tuan Jeon dan 3 orang anaknya.

" Bullsh*t. " Hambur Pakiu.

" Unnie. Please jangan keluarkan kata - kata kesat depan anak - anak. " Tegur Chaerin, walaupun Pakiu tidak pernah menyukainya.

" Eh kau diamlah, perempuan!! Dasar perampas suami orang. " Pakiu menghentak chopsticks besinya dan bangun dari kerusi secara kasar, dan mengangkat kaki naik ke atas.

Chaerin terdiam. Susah betul kalau berkahwin dengan suami orang. Difikirkannya suaminya itu duda, rupanya masih beristeri.

❀ ❀ ❀

Min Yoongi's pov

Kami berempat pergi ke sebuah restoran makanan segera yang beroperasi 24jam dengan hanya menaiki sebuah kereta.

Terlihat Taegyung dan Doyum sedang menunggu kami berempat di sudut tersorok dan jauh dari pelanggan - pelanggan lain. Mujur juga restoran itu tidak berapa ramai pelanggannya memandangkan masing - masing pasti sudah pulang ke rumah.

Aku, Namjoon, Hoseok dan Jimin duduk bertentangan dengan 2 orang anak buah Hoseok itu dengan Namjoon ditengah.

" So, apa result dia? Wait. Wait. Kenapa korang tak bincang dekat rumah tadi? " Soal Namjoon, pelik.

" Tadi Jungkook balik and sergah kitorang. Tu yang terhenti tu. Diorang cakap nak jumpa malam ni sebab takut Jungkook ragu kalau diorang duduk lama dekat rumah tadi. " Terang Hoseok.

" Okay. Okay. So, result dia apa? Positive or negative? " Soal Namjoon.

Sampul yang sama dikeluarkan dari beg galas mereka. Sampul itu dihulurkan pada Namjoon.

" Hyung bacalah, hyung tahu sendiri. " Kata Doyum.

Namjoon hanya diam, tangannya ligat mengeluarkan helaian tebal itu.

Riak wajahnya cuba menghadam perkataan - perkataan itu. Aku, Hoseok dan Jimin pula cuba menghadam dari ekspresinya.

Mulutnya mengeluarkan keluhan.

" So how? " Soal Jimin, tidak sabar - sabar mengetahui keputusannya begitu juga aku.

" Positif. " Sepatah perkataan yang keluar dari mulutnya membuatkan kami semua mengeluh.

" So,... Diorang memang adik - beradik? " Namjoon meraup wajahnya sambil mengangguk.

" So, kita nak buat apa sekarang? " Soal Taegyung.

" Perhatikan Chaerin dan Taehyung. Jangan biarkan diorang berjumpa. " Namjoon mengeluarkan arahan, sebelum menyandarkan badannya ke kerusi.

Sekali lagi kami mengeluh.

Masalah dah jadi makin rumit.

❀ ❀ ❀

Aku perhatikan korang je. Korang mesti komen "taehyung dengan chaerin ni adik - beradik eh?" "Taehyung ni abg chaerin eh?"

Sedangkan sebenarnya aku dah letak dekat characters dah.

Tengok atas tu.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro