𝟏𝟓

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Aku membontoti langkah Namjoon sehingga ke bilik misteri itu.


Sampai sahaja di depan pintu bilik tersebut, Namjoon menoleh ke arahku dan secara mengejut dia memeluk tubuhku.


"Janji jangan tinggalkan aku sayang." 


"Y-ya, aku janji." Aku berkata perlahan sambil cuba melepaskan pelukannya.


Namjoon tersenyum tawar dan memberi ku sebuah kunci. Mungkin ini kunci untuk membuka pintu bilik misteri tersebut.


"Aku pergi dulu." Namjoon ingin beredar dari situ tetapi segera aku menahan.


"Kau nak pergi mana?" 


"A-aku nak masuk bilik." Muka Namjoon menjadi resah tiba-tiba.


Dan ini membuatkan aku ingin cepat-cepat membuka pintu bilik misteri tersebut.


"Kau masuklah dalam bilik tu keseorangan. Aku nak-"


Belum sempat dia menghabiskan ayatnya, aku dengan sepantas kilat memasukkan kunci itu kepada tombol pintu tersebut.


Klik !


Ia terbuka.


Dan apabila aku menolak pintu tersebut, terasa satu tangan besar menekup mulutku.


Duniaku kelam dengan tiba-tiba.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro