17 | 𝑭𝒖𝒕𝒖𝒓𝒆 π’˜π’Šπ’‡π’†?

Màu nền
Font chα»―
Font size
Chiều cao dòng

(Ada org habaq story saya terlalu panjang;) so u geng, nak stay panjang or nak sy cut sikit. Yg selalu nya saya buat 3000, now 2000? Apa pendapat u geng?)

#pliskomen,sayataktahuapaygawksuka! Klw boleh sy nak readers sy suka and selesa dgn tulisan sy😭

Jika ramai yang mengatakan 3000 lebih ok jadi sy stay 3000 je. Jika 2000 lebih ramai, so mulai skrg sy start cut:)

Sy buat panjang" bukn apa geng, sbb taknak byk bab tuje🀣

*********


SUASANA yang sememangnya sepi kini sudah tidak apabila Hannaf membuka mulut. Sebelum dia membuka mulut sempat pandangan helang dilepaskan oleh jejaka itu. Gigi diketap kuat.

Dia mencebik bibir sengaja mahu menyindir lelaki itu.
"Aku bukan tak matang macam kau lah Zafry.." sindir lelaki itu dingin. Ye, dia bukan beria nak bergaduh dengan lelaki ini semata mata hanya asbab yang 'remeh'. Jejaka itu terus berlalu tatkala habis berbicara. Zafry dan Khadijah termangu seketika

"Cis! Kau takut ke sia*?!" herdik Zafry kuat. Khadijah berdengus kecil sambil menolak tubuh jejaka itu. "Kau ni apa masalah kau Zafry! Dah lah tu!" tak habis habis. Ingat sudah reda, rupanya masih ada lagi api. Biasalah, Zafry geng..

Langkah Hannaf tidak berundur sedikit pun. Dia masih menahan amarah dan sabar. Orang macam itu memang tidak mahu kalah, asyik nak betul saja. So kita buat tak tahu saja. Biar dia syok sendiri. Nanti lama lama dia diam and penat lah sendiri..

TAWA Far kedengaran disudut dapur itu. Lama lama tawanya terhenti apabila melihat Mardhiaa yang tiada apa apa riaksi itu. Si gadis meletakkan tangan menampung dagu malas. Dia memandang Far dihahapannya hambar.

"Kau ni.. support lah sikit member kau tengah buat lawak ni, kau boleh buat muka bosan. Tak sporting betul lah!" keluh Far senada. Kadang menyampah juga dengan Mardhiaa ini, orang beria buat lawak muka dia macam itu ajelah. Tiada yang lain. Nak nak pula sejak dia sudah bertemu dengan Zafry. Makin kemurungan lah Mardhiah

Mardhiaa mendiam

"Weh Dhiaa! Aku cakap dengan kau ni bongok!" kaki si gadis disepak dari bawah meja. Orang cakap dia buat derk sahaja. Mahu tidak naik angin

"Hm?" jawab dia malas. Far berdengus kecil

"Aku beria rancak berborak, kau buat reaction macam tu je? Sekurang kurangnya senyum lah sikit. Tak chill lah kau ni Dhiaa. Syukur sikit ada kawan yang boleh ceria kan kau even kau tak rasa bende tu lawak sekalipun, appreciate lah sikit!.." bebel Far Mardhiaa tarik wajah bosan. Bukan apa, dia malas nak beria buat terhibur dengan si Far ini.

"Takpe ah kau dah bosan dengan aku, pergi ah kau!" Far membuat nada seolah rajuk. Dia mengangkat kesemua pinggan diatas meja dan terus ke singki. Sibuk membelakangi si gadis. Dengan perlahan lahan Mardhiaa tersenyum nipis. Kekadang lucu juga si Far ini. Yes, memang dia terhibur sahaja dengan lawak bodoh si Far ini just dia tidak mahu beria tunjuk terhibur sangat.

Far memusingkan badannya melihat Mardhiaa. Dengan cantas Mardhiaa buat riaksi seperti tadi. Tidak senyum. Dia berdengus kecil

"Malas ah aku layan kau ni Dhiaa. Tak habis habis buat muka macam tu je. Penat tahu tak!" dia terus pergi dari dapur. Mardhiaa mencebik. Cis, sikit pun dah nak sentap! Dasar..

"Kalau kau penat halau je aku dari rumah ni. Aku tak suruh pun kau beria nak aku ada dekat rumah ni!" gumam Mardhiaa tidak memandang Far. Far menjeling.

Memasing ego..

"FUTURE WIFE?"

Bisik Zafry perlahan. Dia tersenyum senget. Lah mamat ni, dah ada awek rupanya. Sibuk mengscroll phone milik Hannaf dengan tiba tiba phone itu berbunyi bermakna ada satu panggilan masuk. Zafry dengan selambanya mengangkat panggilan tersebut. Phone ditekupkan ketelinga

"Hello Hannaf?" sapa Mardhiaa tatkala talian bersambung

Zafry diam lalu senyum sinis. Oh.. ini lah 'bakal' isteri dia itu.

"Hello."

Balas dia sedata.

"Aku tunggu kau dekat tempat biasa lah. Kau kat mana sekarang?" soal Mardhiaa laju

"Rumah."

"Aku tunggu kau dekat padang bola. Cepat ah sikit. Takde masa aku nak tunggu kau lama lama," cantas Mardhiaa sambil duduk dipondok berdekatan dengan padang bola disitu

"Ok. Lima minit aku sampai," talian terus dimatikannya. Dia mendiam. Kenapa tiba tiba dia nak masuk campur urusan mamat tak guna tu pulak! Ah lantak lah, tengah bosan ni, apa kata kita berlakon jadi dia.. HA. HA. HA

Zafry terus bergerak keluar dari rumah flat itu. Kebetulan pula harini Hannaf keluar lupa nak bawak phone. Haih, Hannaf Hannaf.. bodohnya kamu~

***************

MARDHIAA melihat jam tangan sports nya bersilih ganti. Haih, lama bukan main si Hannaf ini. Dia buat apa lah dekat rumah itu! Dia mengeluh berat!

Zafry tersenyum tipis melihat sosok tubuh seorang perempuan dari belakang sedang menunggu kehadiran nya. Eh salah Hannaf.. tapi dia aje yang sibuk nak jadi Hannaf..

"Sorry lambat.. lama ke?" soal Zafry sambil mendekati si gadis. Mardhiaa mula bangun berdiri tegak. "Haih! apehal kau lambat hah!?" herdik dia bengang. Lama kelamaan mereka terdiam seribu kata. Zafry yang mengenakan hoodie kelabu itu menutup separuh wajahnya sedikit. Dia termangu.. Ma-Mardhiaa??

"KAU!?"
"KAU!?"

Serentak ayat itu terkeluar dari mulut mereka. Mardhiaa sekali lagi terkedu. Apesal tiba tiba Zafry yang jumpa dia ini. Dia mahu jumpa Hannaf, bukannya Zafry!

"Kau.." ujar Zafry sambil pandang si gadis atas bawah. Bibirnya tidak lengkang dari tersenyum menjengkelkan

Mardhiaa tarik wajah blur. "Apa?"

"Ouh.. jadi kau lah 'future wife' dia tu?" kata Zafry sambil mencekup kan kedua belah tangan nya kedalam poket hoodie dia. Wajah dia mula serius. Meluat pun ada!

"Perangai pun macam iblis ada hati nak-"

"Apahal kau ni!? Apesal tiba tiba muncul ni? Kau salah tempat ni Zaf!" pantas Mardhiaa memotong ayat Zafry. Entah, angin tiada ribut juga tiada tiba sahaja mamat ni muncul tanpa dijemput! Dah kenapa?

"Kau tak payah nak buat buat bodoh lah Dhiaa!! Kau ada scandel dengan Hannaf kan!?" getus Zafry Mardhiaa terdiam. Ha? Hati dia blur tapi wajahnya masih selamba

"Aku? Aku ada scandel dengan Hannaf? Cis! Kau buat lawak apa ni?" jari dia menunding kearah wajah nya. Mati hidup balik pun dia tidak akan pernah ada perasaan dekat si Hannaf itulah!

Zafry mengetap gigi. "Habis tu apehal dia beria save nombor kau future wife bagai!? Eh kau sedar sikit diri kau tu Dhiaa! Kau tu musuh aku! Sampai bila bila pun aku takkan maafkan kau lah!" hambur Zafry separa menjerit. Mardhiaa terkedu. Apahal mamat tu, dah kenapa tiba tiba save nombor aku macam tu. Sejak bila pulak aku terima lamaran dia haritu!?

"Eh, excuse me? Itu Hannaf! Bukan aku. Sejak bila pulak aku couple dengan dia ni!? Dia je yang beria kat aku Zaf, aku anggap dia kawan je. Tak lebih dari tu. Yang kau jugak nak beria ni asal?" pantas dia menyoal.

Cemburu ke? Eh tak! Dia takkan pernah jatuh cinta dekat kau lah Dhiaa! Ingat tu!

Mardhiaa menyumpah seranah dirinya dalam hati.

"BODOH! engkau tu musuh aku! Lepastu kau nak kawin dengan mamat tu! Ke kau tak tahu aku dengan mamat tu takde apa apa kaitan!?" tungkas dia laju. Mardhiaa kalau berkahwin dengan Hannaf memang tidaklah jawabnya. Bukan soal cemburu tapi takkanlah musuh dia akan jadi 'kakak ipar' dia! Argh! Ini langsung tak masuk akal!

Mardhiaa cebik bibir

"Ye, aku tahu. Hannaf tu abang kau kan! Ouh kejap! Bukan kau tak mengaku ke dia tu abang kau? Kenapa kau nak kesah kalau dia nak bercinta and kawin dengan siapa pun?" pedas Mardhiaa. Memang dia agak terasa Zafry kerana tidak memberitahu kepadanya yang dia ada abang. Sejak dia berkawan dengan Zafry dulu langsung dia tidak tahu lelaki ini ada abang. Yang dia tahu dia ada kakak sahaja

Zafry kini terdiam. Haah lah! Kau kan anggap si Hannaf tu bukan siapa siapa pada kau Zafry. Apahal kau nak kesah kalau dia beria nak kawin dengan siapa?

Tiba tiba dia menyoal dirinya. Dia pun tak tahu kenapa dia panas sekarang

Rambutnya diramas kasar. "Arghh! Sekarang ni dendam aku dengan kau masih belum terbalas lagi! Lepastu ada hati kau nak kawin dengan mamat tu!? Kau fikir aku akan berdiam diri? Kalau aku tak boleh buat kau patah kaki sekali pun aku boleh buat kebahagiaan kau hancur Dhiaa. Aku nak kau rasa macam mana seksanya aku time aku dekat hospital tu!.."

Gumam Zafry dingin. Mardhiaa diam menatap anak mata lelaki itu. Matanya berkaca

"Zafry, berapa kali aku nak cakap dengan kau aku dengan Hannaf tu mana ada apa apa! Aku berkawan dengan dia semata-mata sebab aku nak berbaik and nak dekat dengan kau tu je! Kau fikir aku nak sangat berkawan dengan jantan tu?" tutur Mardhiaa laju.

LANGKAH Hannaf kian terhenti setelah mendengar penjelasan dari mulut si Mardhiaa itu. Apa? Mardhiaa berkawan dengannya semata-mata mahu berbaik dengan Zafry sahaja. Ini bermakna selama ini dia tidak ikhlas pun berkawan dengannya?

Hannaf mula membara. Fikiran dia waktu itu Mardhiaa memang mahu berkawan dengannya atas perjanjian mereka yang dibuat Mardhiaa sebelum mereka berkawan dahulu. Tapi dia fikir lama kelamaan Mardhiaa sudah mula ikhlas dengannya. Namun bila penjelasan itu terkeluar dari mulut Mardhiaa dengan sengaja dan dia pula terdengar, hati dia semakin panas. Dia masih ditembok melihat mereka berdua

ZAFRY terdiam seketika. Namun dia masih tidak puas hati

"And lepastu, bila kau cakap yang kau betul betul takde scandel dengan jantan tu kau fikir aku akan diam diri? Kau ingat Dhiaa, kau buat aku bukannya sikit. Malah terlampau banyak!" ujar Zafry sedata. Mardhiaa mengetap bibir

"Sampai sekarang masih aku tunggu dendam kau Zafry.. Mana dendam kau yang kau beria cakap kau nak balas tu? Mana? Sekarang, kalau kau kata kau nak patah kan kaki aku dua dua sekali pun aku tak kesahlah! Asalkan dendam kau tu reda. Aku dah penat lah Zaf. Aku nak kita berbaik, aku taknak kita macam ni! Aku nak kita yang dulu!" meleret Mardhiaa. Memang dia rindu vibe dia dan Zafry yang dahulu. Namun, apakan daya untuk dia putar kan masa kembali

Zafry ketap gigi kuat. Tangan digempalkan kuat. Tangan si gadis itu ditarik kuat dan dipulas kuat dari belakang. Mardhiaa memejamkan mata rapat seolah-olah rela dengan berbuat Zafry. Belakang badan si Mardhiaa ditumbuk bertubi-tubi hingga membuatkan dia tercium rumput padang bola itu. Mardhiaa cuba untuk bangun namun kaki kiri Zafry lebih pantas menyepak kuat tubuh si gadis. Dia bergolek. Mardhiaa mengetap bibir

Dia bangun perlahan-lahan. "SIKIT BARU ZAFRY! Patutnya kau ambik kayu pukul kaki aku sampai patah!!" jerit dia sengaja menguji kesabaran si lelaki. Zafry mengetap gigi. Koler baju Mardhiaa ditariknya dan penumbuk dihayun kan laju kepipi si gadis namun terhenti setelah satu suara menyapa mereka kuat

"ZAFRYY!!" jerit Hannaf lantang sambil mendekati mereka berdua. Zafry mencebik lantas sempat penumbuk itu melekat kepipi si gadis yang membuat akan Mardhiaa mengeluh sedikit. "Argh!" keluh Mardhiaa setelah badannya rebah ke rumput padang bola itu. Pipinya dipegang kuat. Sakit

Hannaf tarik wajah bengis. Tangannya laju mahu menumbuk pipi lelaki itu namun sempat ditahan Mardhiaa. Mardhiaa menolak kuat tubuh badan lelaki itu jauh dari mereka. Sibuk betul si Hannaf ini. Tak habis habis kacau mereka mahu bergaduh!

"Ini bukan urusan kau Hannaf. Ini urusan aku dan dia," tutur Mardhiaa sedata. Hannaf tersentak! Sampainya hati Mardhiaa berbicara begitu dengan nya

Wahah Zafry yang bengis tadi kini berubah menjadi lain. Dia tersenyum jahat. "Ouh.. haritu datang nak selamatkan makwe, then sekarang nak selamatkan 'bakal bini' pulak?.. " Hannaf terkedu. "Lek ah der. Kasi aku pijak sikit bakal bini kau ni kejap. Dah luyai nanti aku bagi ah kat kau balik.. amacam?!" pedas lelaki itu berkata. Hannaf semakin berapi

"Kau jangan sesekali sentuh Mardhiaa.." dingin suara itu berbunyi. Anak mata tajam mencerlung Zafry. Zafry berubah kembali serius

"HEI!! kau fikir Mardhiaa ni sapa!? Kau fikir dia ni syok kat kau ke bodoh!! Jangan mimpi lah set*n!! Yang kau nak acah acah hero ni apahal!? Dasar.." hambur Zafry kuat

"Aku takpernah usik awek kau Zafry, yang sekarang kau yang beria nak balas dendam tu apahal!? Memang salah tu berpunca daripada kau!! Kau yang mula Zafry! Lepastu kau acah acah nak tersakiti ni dah kenapa!? Dhiaa sekarang tak salah, yang salah nya kau! Kau yang tak boleh terima kenyataan!"

Lantang Hannaf bersuara. Memang sudah lama pendam geram dekat si Zafry ini. Pandangan helang Zafry mula muncul. Mereka kian bertembung mata buat sekian kalinya

Mardhiaa meramas rambut kasar. "SUDAH!!"

pandangan mereka kian teralih setelah jeritan kuat diberikan Mardhiaa. "Hannaf aku dah cakap kan ini bukan urusan kau, boleh tak kau jangan masuk campur!?" tajam anak matanya memandang Hannaf.

Lelaki itu mendiam. "Dhiaa aku just-"

"DIAM!" ayat lelaki itu kini terhenti. Mardhiaa memandang Zafry. "Zafry.. kau beria cakap kau nak belasah aku sampai aku hilang kaki kan!? Mana!? Buktikan lah! Mana Zafry! Mana dendam kau yang kau beria cakap kau nak balas dekat aku haritu!? MANA!?"

Zafry terdiam seribu bahasa. Dapat dia lihat air mata si gadis berkaca. Lidahnya tiba tiba menjadi kelu waktu ini.

Dalam beberapa lima belas saat mendiam. Zafry buka mulut.

"Aku tak sekejam kau lah Dhiaa.." tutur jejaka itu perlahan. Mardhiaa dan Hannaf terdiam. Waktu ini Mardhiaa dapat agak yang Zafry sebenarnya ego.. dia masih sayangkan dirinya tetapi dia diselebungi dengan ego..

Keadaan yang agak kekok itu membuatkan Zafry semakin hilang kata. Terus dia mengangkat kaki pergi dari situ meninggalkan mereka berdua yang masih hilang kata.

Mardhiaa tunduk pandang bawah. Dia tahu.. Zafry ego..

Hannaf pandang Mardhiaa biasa. Akalnya tiba sahaja teringat akan perjelaskan dari mulut Mardhiaa beberapa minit lepas

"Dhiaa aku nak tanya kau ni. Betul ke kau kawan dengan aku semata mata sebab kau nak berbaik dengan Zafry je? Dhiaa! Apa yang kau buta sangat ni, kau nampak sendiri kan dengan mata kepala kau yang dia tu tak sukakan kau! Dia bencikan kau Dhiaa. Kenapa kau masih terhegeh hegeh nak dekat dia lagi!?"

Mardhiaa membiarkan ayat itu seperti angin. Dia tidak mengendahkan makhluk disisinya itu. "Dhiaa kau dengar tak aku cakap ni!?" marah Hannaf. Geram pula Mardhiaa buat tak tahu saja.

"Ah!" keluh Mardhiaa lantas terus angkat kaki meninggalkan Hannaf yang masih berdiri terjegat disitu. Serabut dia, otaknya sudah masih fikirkan si Zafry. Dia pulak tak habis-habis sibuk!

Hannaf memandang pemergian si gadis dengan penuh geram


.
.
.
.
.
.
.
.

To be continue..

2299 words.. ha, sikit ke banyak tu?😌~

Puas dak? Ke nak sambungan lagi πŸ‘€

BαΊ‘n Δ‘ang đọc truyện trΓͺn: Truyen2U.Pro