37 | π‘·π’”π’šπ’„π’‰π’ π’Œπ’†?

Màu nền
Font chα»―
Font size
Chiều cao dòng

ZAFRY mengemas peralatan yang bersepah dimeja. Sesudah itu dia lap semua segala kotoran diatas meja makan tersebut. Mata teralih pada Mardhiaa yang sedang terangguk-angguk mamai dengan mata yang masih tertutup itu. Dia tersenyum nipis. Mengantuk sangat dah baby kite ni.. desisnya sendiri

Kaki melangkah kearah gadis itu. Tangan selamba menampung dagu Mardhiaa daripada terjatuh. Si gadis mula mencelikkan mata memandang Zafry.

"Hmm..."

Tutur Mardhiaa mamai. Mengantuk sangat harini. Mungkin sebab dia tidak tidur siang. Sebab itu malam ini mengantuk lain macam

"Dah lah, jom balik. Dah lewat ni," jarum jam dijeling sekilas ditangan. Hampir pukul 3 pagi

Mardhiaa perlahan lahan bangun kan dirinya. Mata yang kabur digosok perlahan. "Mana Jef?" tanya dia

"Dah balik."

"Kau dah siap kemas?" soal Mardhiaa sambil melihat sekeliling. Bersih

"Yelah sayangku oi~ kau dah kenapa," Mardhiaa pandang Zafry

"Asal kau kemas sorang-sorang? Kenapa tak kejutkan aku?"

Zafry tergelak kecil. "Manalah sampai hati baik aku ni, nak kejutkan kau. Tengok kau sedap tidur arn. Kesian pulak. So, aku buat sorang-sorang je. It's sokay," balas Zafry bersahaja

Mardhiaa terdiam

"Lain kali kejutkan jelah aku. Kesian kau kemas sorang-sorang!" marah Mardhiaa. Suka sangat buat kerja sorang-sorang. Apa guna dia ni kalau tak mahu kerjasama

Zafry diam. Cap dikepala ditanggalkan

"Dengar tak kau ni!" geram dia seraya menolak bahu jejaka itu

"Iyee... Dah dah, jom balik," selamba lelaki itu berbicara. Langkah Zafry diikuti Mardhiaa. Mereka serentak berjalan menuju ke motorsikal. 5 minit selepas itu, mata Mardhiaa tidak sengaja tertumpu pada sosok tubuh seseorang yang sedang membunuh manusia menggunakan senjata tajam. Terbeliak biji mata si gadis. Langkah dia terhenti lantas dia menahan Zafry menggunakan tangannya.

Lelaki itu turut juga ikut terhenti langkah. Mata dia menumpukan tangan Mardhiaa pada perut itu. Lama

"Eh! Ce kau tengok tu, apesal tu?" laju suara Mardhiaa agak berbisik. Makhluk yang misterius itu tidak jauh dari mereka. Lebih kurang 10 cm sahaja.

Zafry masih mendiam menatap tangan Mardhiaa di perutnya itu. Dah kau, mengdrama pulak kau kat situ ye... Mardhiaa pusing kepala melihat Zafry yang buat derk sahaja. Kepala jejaka itu laju ditarik dekat bertentangan dengan wajahnya.

"Eish! Tengok tu Zaf!" marah Mardhiaa. Si lelaki masih berkhayal memandang wajah Mardhiaa disebelahnya hampir 1 inci itu. Bibir mengukir senyuman tipis. Makin jelita wajah Mardhiaa ini lagi lagi tengok dekat dekat.

Mardhiaa ketap gigi geram dengan si Zafry ini. Orang serius dia main main!

Kedua tangan memegang kepala lelaki itu dan dipusingkan kasar menghadap makhluk misterius dihadapan mereka. Senyuman dibibir mati setelah mata kian memandang seorang manusia membunuh manusia menggunakan pisau tajam.

"Eh, apahal tu?" tanya Zafry serius

Kedengaran jeritan dan laungan suara lelaki mengerang kesakitan. Mereka berdua tercengang melihat adegan bunuhan dihadapan mata itu. Lama kelamaan, suara lelaki itu mati. Mungkin sudah tidak bernyawa lagi

"Phone, phone, phone!" laju suara itu meminta. Dush! Perut Zafry ditumbuk Mardhiaa kasar tanpa sengaja. Si lelaki sudah mengadu kesakitan

"Aduh! Sakit lah Dhiaa, kau ni. Mintak lah elok elok!" marah Zafry seraya memegang perut yang sakit itu

"Cepat lah phone mana!" gesa Mardhiaa lagi. Phone Mardhiaa yang berada didalam poket si jejaka dikeluarkan dan diserahkan kepadanya. Dengan pantas Mardhiaa merampas phone itu

Zafry mencebik

Butang rekod didalam phone tersebut ditekan kalut. Automatic saat butang rekod ditekan Mardhiaa, lampu bercahaya. Malam kan. Zafry terbeliak mata memandang manusia yang berhoodie gelap dan bermask hitam itu sudah memusingkan badannya melihat cahaya dari phone si Mardhiaa itu. Kerja gila kau ni Dhiaa!

"Eh Mar! Sini!" ujar Zafry kalut. Tubuh Mardhiaa lantas ditarik ketepi dinding untuk menyorok. Seram siot! Kut lah orang gila. Naya...

Makhluk itu perlahan lahan melangkah ingin tahu siapa yang mengintip dia tadi. Telinga si Mardhiaa dapat menangkap bunyi tapak kasut makhluk itu. Dengan kelam kabut dia menyeret tubuh si lelaki jatuh ke cenderung tanah dibawah. Mereka terjatuh berguling. Namun saat terhenti. Zafry tidak sengaja terjatuh atas si gadis. Kedua belah tangannya menampung badan daripada terus menindih gadis itu. Lelaki itu terdiam terkedu. Dalam masa masa yang serius ini, boleh pulak dia meroyan melihat Mardhiaa dihadapan matanya

Mardhiaa menunjukkan jari telunjuk dibibir. Isyarat suruh lelaki itu diam. 10 saat berlalu, Mardhiaa mengesyaki bahawa makhluk itu sudah pun berlalu. Dia dengan ganas menolak tubuh sasa Zafry diatas badannya. Lelaki itu memegang lengan yang sakit dek kerana ditolak ganas Mardhiaa

"Auch!" keluh Zafry perlahan. Mardhiaa menjeling

"Ish, kau ni lah Zaf! Aku baru nak rakam makhluk tu tadi," dengus Mardhiaa sambil menyisihkan pasir dibaju

"Kau ni pahal Mar? Beria sangat nak rakam dia? Kau nak viralkan ke apa," hairan Zafry. Dah kenapa Mardhiaa beria mahu merakam perbuatan makhluk misterius tadi?

Mardhiaa berdecit kecil. Entah lah kenapa tiba tiba dia mahu merakam adegan itu. Sebenarnya mahu tunjuk pada Far. Manalah tahu, si Far itu kan hebat sangat. Dia tahu ke kerja siapa. Lagipun dia masih siasat adentiti si Far. Masih tidak jumpa jumpa ni. Bila lah nak terbongkar semuanya! Rasa bagai geram akan dirinya sendiri kerana tidak dapat mengenali siapa sebenarnya rakan sendiri

.
.
.
.

Esok pun menjelang...

GERAK geri, tubuh badan Far itu membuatkan Mardhiaa tergamam. Macam sama... Tapi tak!

"Kau kenapa Dhiaa? Tengok aku macam nak cakap sesuatu je..." Far membuka kata. Mardhiaa dah lama sangat ni tengok dia. Nak cakap sesuatu tu, cakap ajela. Jangan diam aje. Meluat pula

Si gadis mendiamkan diri sebelum membuka kata. "Semalam arn Far, aku arn nak balik rumah dengan Zafry," ujar Mardhiaa. Far acuh tak acuh sahaja mendengarnya. Sebut sahaja nama Zafry. Terus dia menyampah

"Lepas tu arn, aku nampak ada sorang ni. Dia bunuh manusia weh. Guna senjata apa entah aku tak pasti. Tapi aku rasa pisau ah. Sebab aku dengar dia tikam perut laki tu bertubi tubi!" sambung Mardhiaa lagi. Damn!

Far tersentak kuat! Serius? Mardhiaa ke malam tadi yang dia lihat?

Walhal hati sudah tidak nyaman lagi, harap sangat Mardhiaa tidak dapat mengecam dia semalam. Dia masih memperlaku biasa

"Kau tahu ke siapa tu? Yela, kau arn tahu semua bende dekat flat ni," sinis Mardhiaa sengaja

"M-mana lah aku tahu. Kau fikir aku ni Tuhan ke semua mende tahu. Kalau macam yang kau cakap tu, aku pun tak tahu siapa," ujar Far bohong

"Takkan ah. Mustahil kau tak tahu," bantah Mardhiaa

"Ish, aku cakap tak tahu, tak tahu lah! Kau ni pahal Dhiaa? Takde benda nak cakap diam jelah!" marah nya tiba tiba. Mardhiaa masih selamba. Dah apahal minah ni nak marah-marah sekarang ni?

.
.
.

MATA mencelikkan biasa lantas dia duduk daripada baringnya tadi. Dengan selamba Far bangun tidur tanpa mamai kemudian terus berbicara seorang diri. Memula dengan berbicara serius dan pada akhirnya dia tertawa seorang diri. Dah macam psycho minah ni. Tetiba aja bangun tanpa mamai terus bercakap sendiri. Jam menunjukkan pukul 2 pagi. Mardhiaa barusan pulang daripada kerjanya tidak sengaja terpandang Far diatas sofa sana sedang berbicara seorang diri. Seolah-olah ada satu lagi makhluk yang sedang berbicara dengannya

Dahi berkerut memandang si Far. Bulu roma Mardhiaa tiba tiba naik mencanak. Entah kenapa. Seram jadinya lihat Far ini. Kaki mengatur pergi kearah Far untuk bertanya. Kang biar berterusan risau sampai ke pagi esok macam tu je dia

"Oi! Kau dah kenapa cakap sorang-sorang?" jerit Mardhiaa lantas Far membaringkan kembali tubuhnya kesofa. Mata ditutup rapat. Dia kembali nyenyak

Mardhiaa terkedu. Lah? Tidur dah? Mengigau ke apa minah ni?

Wajah yang nyenyak itu ditatap Mardhiaa sambil berdiri. Positif ajelah. Mungkin Far mengigau. Dia kembali ke bilik tidur

.
.
.

Esoknya...

"ARGH!" jeritan kuat Mardhiaa itu membuatkan Far berpaling melihat kearahnya. Dia memegang tangan yang sakit terseret dek pintu karat bilik air. Habis darah melimpah- ruah dari tangan kanannya itu. Far menahan tawa dari tadi akhirnya terlepas jua

Dia tertawa seorang diri

Terkedu Mardhiaa melihat reaksi Far itu. Bapak betul minah ni. Dia boleh gelakan aku? Aku tengah sakit ni!

"Si*l lah kau ni. Kau gelak gelak apa! Bodoh!" hambur Mardhiaa berang. Sakit hati tengok Far ketawakan dirinya itu. Sekarang ni serius, bukan kelakar ok!

"Tolong lah ambik kan tisu!" gumamnya laju. Far mencapai tisu diatas meja lantas memberikan kepadanya. Kasar Mardhiaa merampas tisu tersebut

"Kau fikir kelakar ke bangs*t!" herdik dia lagi. Far mati senyum.

"Sorry..."

Tutur dia biasa. Mardhiaa mengelap darah ditangannya itu. Tak normal betul Far ini. Bende yang serius dia boleh gelak-gelak!

"Sakit ke?" tanya dia polos

Tajam Mardhiaa mencerlung mata Far. Gigi diketap kuat. Bengis wajahnya tika itu

"Sakit! Sakit hati dengan kau sekarang ni! Bodoh! Tak guna punya perempuan!" bertubi tubi Mardhiaa bagi. Hilang sabar dia kalini. Rasa bagai mahu tumbuk aje muka tak bersalah Far itu. Mardhiaa berlalu pergi dengan perasaan amarah didada tidak lengkang. Kalau Zafry, mahu kecoh satu dunia dia sakit bergini. Kau ni Far, gile eak?

Far menatap pemergian dia biasa. Wajahnya seolah-olah tiada perasaan. "Rileks dah lah, kabut je..."

Omel dia sendiri. Mata tertumpu pada darah yang tertumpah pada lantai simen rumah. Ia duduk mencangkung menatap darah itu. Satu jari mencalit kan sedikit sebelum dia menjilat secebis darah di jarinya itu.

"Em. Manis," gumamnya

**********************

PUNGGUNG dilabuhkan ke bangku kerusi depan rumah Zafry. Tangan yang luka berdarah tadi ditahan menggunakan tisu. Zafry keluar rumah lantas terus duduk disebelah rakannya itu.

"Eh.. apahal tangan kau berdarah ni?" kalut Zafry seraya menarik lengannya

"Kene pintu bilik air."

Biasa Mardhiaa. Dia masih bengang dengan Far

"Lah.. kau ni Mar, lain kali hati hati lah sikit. Dah tunggu sini sat, aku ambik minyak gamat," ujar beliau gelisah. Jejaka itu sudah masuk kembali dalam rumahnya untuk mengambil barang yang mahu diambil nya tadi. Mardhiaa mendiam. Otaknya ligat berfikir tentang Far itu. Kenapa dengan Far? Sejak dua menjak ini. Perangai dia lain macam..

"Meh sini, aku sapukan," penutup botol minyak gamat dibuka Zafry kemudian tangan Mardhiaa ditarik. Gamat itu disapukan ke tangan si gadis. Mardhiaa hanya diam menatap kelakuan lelaki itu

"Zaf... Aku arn. Pelik dho dengan perangai Far tu. Semenjak ni, dia lain macam. Kadang, bende yang tak lawak dia gelak. Bende yang lawak dia tak gelak pulak," adu Mardhiaa. Habis sapu minyak gamat. Zafry pandang wajah si gadis

"Macam psycho dho..." sambung Mardhiaa lagi. Kekadang seram jugak tengok Far itu

"Hurh! Kau baru tahu ke dia psycho? Dia memang dari dulu ah psycho. Kau je baru tahu," selamba Zafry. Dia tidak lah 100% mengenali Far. Tapi dia tahu adentiti Far itu berbanding Mardhiaa. Sebelum Mardhiaa kenal Far, Zafry dan kawannya yang lain sudah mengenali dia

"Tapi, sepanjang aku kenal dia. Tak pernah-pernah pulak tiba-tiba dia perangai macam ni. Cakap sorang-sorang ah tengah malam. Pelik betul perangai dia sekarang."

"Itu sebab dia berlakon je depan kau Mar. Dia berlakon baik jela depan kau. Belakang kau, hruh! Bukan main. Tapi depan kau pijak semut arn tak mati. Aku pun pelik, apahal tiba tiba dia nak berlakon lemah depan kau," kekadang sewaktu Mardhiaa dan Zafry masih bermusuhan. Far seolah olah tidak mahu bergaduh dengan mereka apabila Mardhiaa berada dengannya

Dahulu, sewaktu Mardhiaa belum mengenali Far. Mereka tidak kira masa. Bergaduh lah 24 jam pun tidak cukup masa. Dan pergaduhan itu juga dimenangi oleh Far. Jarang lah nak tengok Far ini kalah dalam pergaduhan. Sebab setiap kali pergaduhannya pasti dan pasti ada senjata ganas yang dia bawa. Tidak dalam poket, rantai lehernya.

Mardhiaa diam. Lama kelamaan dia sambung berkata. "Hairan. Kenapa tiba-tiba dia jadi macam tu eak?"

Zafry tersenyum senget

"Sebab banyak sangat setan dalam badan tu. Sebab tu dia jadi macam tu. Sepanjang kau duduk dengan dia, ada kau nampak dia solat?" soal Zafry, Mardhiaa kian terdiam. Aah lah, memang hampir 2 tahun setengah dia hidup dengan Far itu, tidak pernah sekali pun dia lihat si Far solat. Langsung tak. Entah entah telekung pun tak ada

Dan memang tiada pun

"Tak.." balas Mardhiaa. Mata dia masih termenung menatap simen luar itu.

"Hm, see? Mana lah setan tak lekat. Sebab tu malam malam kau nampak dia cakap sorang-sorang tu," ngomel si lelaki biasa. Sebenarnya dia memang tidak berapa gemar melihat Mardhiaa tinggal dengan Far itu. Tapi nak buat macam mana. Kalau Mardhiaa keluar rumah pun, dia mahu tinggal dekat mana aje

Lama Mardhiaa termenung perasaan kasihan turut muncul dihati. Dahulu, Far pernah cerita padanya. Yang mak dan ayah dia langsung tidak ambil peduli tentang nya. Kekadang kesian. Kekadang seram dengan tingkah lakunya itu. Tapi Far, dia kurang kasih sayang...

.
.
.
.
.
.




To be continue....

β€’Pandangan awak tentang watak yang bernama Far?

β€’MAAP CHAPTER NI AGAK BOSSNN!! πŸ‘πŸ»πŸ™‚

BαΊ‘n Δ‘ang đọc truyện trΓͺn: Truyen2U.Pro