47 | ๐‘ด๐’‚๐’‚๐’‡ ๐’•๐’‚๐’Œ ๐’”๐’†๐’๐’ˆ๐’‚๐’‹๐’‚..

Mร u nแปn
Font chแปฏ
Font size
Chiแปu cao dรฒng

โ€œHm? Apahal tu?โ€ tanya Jefri sakarstick. Riak wajah biasa. Padahal hati sudah geram dengan si Mardhiaa yang selamba aje pergi tanpa meminta izin padanya. Kau fikir aku ni tunggul?

Lelaki itu diam tidak menjawab soalannya. Wajah diramas-ramas cuak. Wajah pucat. Tidak menyangka sungguh yang Mardhiaa akan keluarkan air mata. Sumpah.. kau bodoh Zafry! Hati menyumpah saranah diri sendiri

Berkeronyok kening Jefri memandang Zafry yang tidak tentu arah itu. Wajahnya kelihatan gelisah. Dia sudah berasa lain macam dengan si jejaka itu

โ€œEr, Jef. Aku blah dulu ah!โ€ katanya kalut. Cuak bercampur tidak senang lagi duduk. Tanpa menunggu jawapan dari si dia , terus dia berjalan menghidupkan enjin motor

โ€œEh, eh, eh! Senang-senang aje kau, nak berambus! Eh... WOII!โ€ terkeluar suara asli jantan lelaki itu saat Zafry sudah meluncur laju pergi dari gerai tersebut. Jefri pandang sekeliling seraya berdehem sedikit. Kalau-kalau ada orang yang memerhati nya. Huh.. nasib takde siapa nampak..

~***~

Satu SMS dihantar kepada Jefri sebelum dia buat keputusan dua hari tidak menghadiri kerja. Malas dan tidak rela mahu bertemu muka dengan si Zafry lagi. Sungguh kecewa. Kecewa! Kenapa Zafry sanggup mengkhianati dia buat kali ketiga! Dahulu dengan Akram, kedua mahu menjual dirinya. Dan ketiga... Apa ni? Nak kata kecewa Mardhiaa pada Zafry sudah banyak kali dia kecewa. Tapi, apakan daya. Hati yang kecewa itu masih mampu bertahan.

โ€œAih kau ni Zaf.. dah tiga hari awek kau tak datang kerja, kenapa?โ€ soal Jefri kepada si dia yang sedang menggoreng daging ayam. Zafry tidak melihat, dia masih tekun membuat kerja. Dua hari dia tidak mengganggu Mardhiaa sama ada menghantar pesanan mesej atau membuat panggilan. Apatahlagi berjumpa. Dia akui dan sedar akan kesilapannya. Dan dia tidak tahu mengapa dia lakukan begitu pada malam tersebut

โ€œOi, kau ni pekak ke apa? Aku cakap dengan kau ni, dia boleh pulak palau aku!โ€ geram aje. Potong gaji baru kau tahu! Zafry menjeling sekilas. Sekejap aje, tak lama kemudian dia pandang tempat asal

โ€œMana ah aku tahu. Dia sakit lah tu. Sebab tu dia cuti. Takkanlah dia tak bagi tahu kau kut.โ€

โ€œDia dah bagi tahu aku dah dia nak cuti. Tapi aku benarkan sehari aje. Ni dah melebih ni!โ€ Zafry diam. Marah sangat dia pada dirinya sampai kerja pun tidak mahu masuk. Memang sah lah dia tidak mahu bertembung dengan Zafry.

โ€œAku tanya kau, kau kan pakwe sejati dia.. takkan lah, kau tak tahu kan...โ€ suara itu menyindir Zafry. Dia merengus kecil

โ€œAku tak tahu.โ€

Ringkas Zafry lantas pergi dari situ. Mulut si Jefri berkumat-kamit mengejek lelaki itu. Gaduh lah ni. Macam lah aku tak tahu.. desisnya sendiri

PHONE ditangan kanan dipegang manakala jari tangan kiri sibuk mengorek lubang hidung. Dia ni, tak sah kalau tak selekeh! Mardhiaa berjalan memandang kiri kanan. Tanpa sengaja dia terpandang Farraz yang berada diatas motor berhadapan dengan kedai 7Eleven itu. Dengan selamba Mardhiaa bergerak menuju ke arah si dia lantas motor miliknya dibonceng. Kaget Farraz dengan kehadiran tidak diduga si Mardhiaa dibelakang

โ€œEh, apahal ni?โ€

โ€œWeyh. Drop aku kat gerai jap!โ€ selamba Mardhiaa menyuruh lelaki itu.ย  Farraz cebirkan bibir. Dah apahal tiba-tiba?

โ€œMana pakwe kau? Tiba-tiba je gone?โ€ sindir dia. Jari masih masuk ke dalam lubang hidung. Mardhiaa menjeling merengus meluat.

โ€œDia dah gerak dulu. Dah, cepat ah!โ€ belakang badan lelaki itu ditumbuk kasar. Meluat pun ada. Mamat ni memang tabiat ke apa korek hidung? Haih...

Sekali lagi dia menjebik

โ€œHak alah.. menyampah pulak aku...โ€ enjin motor dihidupkan. Dan laju motor itu meluncur pergi. Sebenarnya bohong aja Zafry sudah pergi dahulu. Kan sudah kata, malas dan malas nak menatap wajah lelaki itu!

Satu lagi, amarah belum terlerai. Sebab itu dia buat keputusan tidak mahu berjumpa dengan lelaki itu. Takut aje, kalau dia berjumpa dan dia akan ulang kesilapannya dahulu. Cukuplah dia sudah patahkan kaki kawan baiknya. Tapi itu pun, Zafry masih belum sedar...

.
.

Laju pecut motor itu berhenti betul-betul gerai burger si Jefri, tempat Zafry dan Mardhiaa bekerja sekarang. Hon dilepaskan Farraz beberapa kali. Zafry memanggung kepala. Terkilan dia melihat Mardhiaa dan Farraz bersama diatas motor itu. Terdiam seketika. Tak boleh nak kata apa. Memang salah dia, kalau dia tak cari bala. Tidaknya si Mardhiaa selamba naik dengan lelaki itu. Zafry diam tahan cemburu

โ€œWeyh, sotong! Bungkus kan aku burger daging satu! Satgi aku ambik!โ€ bicara Farraz separa menjerit. Jefri menjeling sedikit.

โ€œTakde mayonis!โ€ jerit dia lagi. Jefri membuat jari terbaik. Mardhiaa turun dari motor biasa. Mardhiaa, dengan tinggi yang mencecah hampir 170 cm itu. Turun motor pun senang. Kaki sudah hampir-hampir sahaja dengan Ta jalan. Dia bergerak menuju ke Jefri. Zafry ditepi langsung tidak dipandang nya

โ€œUi! Zaf!โ€ Zafry menjeling sedikit Farraz yang tersengih membongkok badan memulas-mulas throttle grip menjungkit kening beberapa kali

โ€œWeng Weng, jom!โ€ dia tersengih. Zafry melepaskan wajah tidak mahu. Lelaki itu terus berdecit

โ€œHek eleh... Poyo ah mat!โ€ Farraz laju pergi. Asap motor sengaja diberikan pada mereka disitu. Jefri menjebik geram

โ€œEyy, aku mamat ni kang haa! Bagi asap kentut dia, kau fikir wangi ke?โ€ sembur dia hampir hilang nafas

โ€œJef!โ€ panggil Mardhiaa menyedarkan lelaki itu. Dia memusingkan badannya sedikit

โ€œHa, kau ni Dhiaa. Baru nampak muka? Mana kau menghilang selama ni?โ€ tanya dia bercekak pinggang

Mardhiaa menayangkan senyuman tawar

โ€œAku, tak sihat sikit dho. Sorry ah. Kau marahkan aku ke? Baru dua hari. Tu pun harini aku paksa diri datang jugak.โ€

โ€œDua hari setengah!โ€ Jefri membetulkan ayat yang agak salah itu. Mardhiaa garu belakang kepala sedikit

โ€œHaa, sorry au.โ€ pinta dia lagi. Jefri menyilangkan tangan kedada

โ€œYelah!โ€ ucapnya biasa. Nasib lah dia ni seorang yang baik hati. Zafry perlahan merenung Mardhiaa yang sedang berborak dengan si lelaki itu. Dia mendiam.. tidak tahu bagaimana untuk berbicara maaf padanya.. Mardhiaa langsung tak mahu pandang wajah dia sekarang. Mungkin dia perlukan masa..

.

Barang semua sudah dikemaskan. Mereka bertiga bersiap mahu pulang kerumah. Mardhiaa menjeling Jefri

โ€œWeyh, Jef! Aku tumpang kau boleh?โ€ tanya Mardhiaa biasa. Jefri memandang Zafry yang terdiam menunduk itu. Selalu nya naik dengan Zafry. Tapi sekarang.. Jefri tersenyum nipis. Kes merajuk tak bertegur sapa lah ni. Kalau tidak, takde maknanya Mardhiaa buang tabiat tiba-tiba balik dengannya

โ€œBoleh je Dhiaa...โ€ meleret lelaki lembut itu

โ€œZaf... Bye~ aku balik dulu~โ€ wajah lagak dilepaskan pada lelaki yang tercengang itu. Dia melambai gedik. Sengaja aje mahu membalas perbuatan Zafry tika dia masih berbaik dengan Mardhiaa dahulu. Ouh, dulu kau beria sindir orang single sangat kan.. ha, hambik! Padan muka!

โ€œKau nak duduk seat mana Dhiaa?โ€

โ€œMana-mana ajelah!โ€ pintu belah kiri depan dibukanya selamba. Dia masuk ke dalam perut kereta. Jefri tersenyum sinis seraya kening diangkat beberapa kali pada Zafry yang sudah mencerlung tajam itu..

Tangan menggempal kuat. Nak marah lelebih pun tidak boleh. Dia berdengus kecil!

.
.

Kejap menaip, kejap dalam talian. Itu yang Zafry lakukan. Dia merenung gambar profile si Mardhiaa. Gambar dia. Ye, gambar dia dalam profile Mardhiaa. Sudah bertahun lamanya Mardhiaa menggunakan gambar lelaki itu. Walhal masa mereka bermusuhan, tetap juga dia menggunakan gambar itu. Orang bilang, orang yang tidak selalu menukar gambar profile ini setia. Dan auta itu betul pada Mardhiaa.

Serba salah dia pada si gadis masih belum surut apabila dia dan Mardhiaa tidak bertegur sapa lagi. Zafry resah. Jari menaip sesuatu. Butang send ditekan. Harap sangat Mardhiaa tidak seen mesejnya

(WhatsApp)

โ€œHai Mar.. kau free tak harini? Aku nak jumpa. Kau busy ke?โ€

Dalam lima minit begitu. Mesej itu seen Mardhiaa. Zafry mencengkam kuat rambut. Satu lagi mesej dihantar nya

โ€œKau masih marahkan aku ke? Aku mintak maaf...โ€
(Seen)

Mardhiaa mengetap bibir. Cis, maaf? Macam tu je Zaf? Kau ni takde otak ke takde akal? Menyirap darah Mardhiaa dengan si lelaki ini. Sakit hatinya amat. Kau fikir benda yang kau buat dekat aku haritu benda kecil?

Melihat Zafry yang sedang menaip sesuatu itu terus Mardhiaa malas nak dengar mamat ini membebel lagi. Nombor lelaki itu diblock olehnya biasa. Zafry terkejut. Apa? Takde gambar profile? Satu titik?

Ouh shit!

Bantal ditumbuk geram. Nombor Mardhiaa dipanggil Zafry. Selagi Mardhiaa tidak memaafkannya, selagi itu dia akan cuba untuk buat Mardhiaa maafkan dia!

Tut!

Talian dimatikan Mardhiaa geram. Memang tak faham bahasa betul lah mamat ni. Terus dia mengoff phone. Tidak mahu diganggu lagi. Sekali sekala memang si Zafry ini patut diajar!

Zafry diam. Air mata berkaca. Kenapa dia ikut kata nafsu pada malam itu. Kalau tidak, mesti hubungan dia dan Mardhiaa tidak akan renggang. Kau memang bodoh Zaf! Kau memang bodoh!

.
.

Pintu rumah dibuka Mardhiaa. Terkedu seketika memandang wajah yang tertonjol keluar Zafry dimuka pintu itu. Lelaki itu tersengih kecil membuat seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku pada mereka. Mardhiaa ketap gigi cantas pintu ditolak kembali. Zafry tersentak

โ€œMar... Mar kau marahkan aku lagi ke? Mar, aku sedar aku salah. Maafkan lah aku...โ€ rayu Zafry seraya melihat Mardhiaa dicermin tingkap rumahnya. Mardhiaa diam tidak pandang lelaki itu

โ€œKau berambus sekarang Zaf. Aku tak nak tengok muka kau...โ€ hambur Mardhiaa dingin. Zafry diam. Hati sedih tapi sengaja berlakon seperti dia hilang perasaan

โ€œNi, aku ada bawak cokelat favourite kau! Kau nak tak?โ€ plastik oren diperlihatkan kepada si gadis. Dia tahu, Mardhiaa kalau hilang mood. Bagi coklat atau menda manis pasti dia kembali sedia kala

โ€œBERAMBUS AH! Tak faham bahasa ke?โ€ tungkasnya laju. Zafry kini mendiam. Mardhiaa benar-benar serius marah padanya.. Ye, dia akui kesalahannya ini memang besar. Tapi, bukan dia yang minta semua ini

Mardhiaa laju berjalan masuk ke dalam bilik Zafry dan mengunci pintu. Zafry tersenyum lebar. Amboi, kau ingat aku bodoh. Cermin tingkap biliknya dibuka Zafry

โ€œCak...โ€

โ€œHa, dah jumpa...โ€ sakat lelaki itu membangkitkan lagi amarah si gadis. Dia mengetap bibir menahan kesabaran didada

โ€œZaf, aku tak main-main ah bodoh!โ€ herdiknya kuat. Tajam mencerlung ke arah Zafry. Dia menekur lantai simen dan menyandar kan tubuhnya pada dinding luar biliknya. Lelaki itu terduduk terseret di dinding.

Keadaan tiba-tiba sunyi seketika. Zafry diam memandang depan. Mulut nya tiba-tiba bernyanyi dengan nada tidak bersemangat

โ€œAdakala ku terlupa,
Adakala ku terleka..
Pabila bersua, keluar bersama temanku..
Hello sayang, tengah buat apa?
Mengapa muncung begitu...
Ala la la. Ala la la. Ku sayang padamu.โ€

โ€œHello sayang,
Jangan lama-lama nanti tidurku tak lena..โ€

โ€œDIAM AH!โ€ potong Mardhiaa laju. Orang tengah serius dia memain. Siapa aje tidak sakit hati. Ikutkan hati yang tengah membara dengan Zafry ini nak aje dia keluar belasah dia sekali lagi. Geram dek amat! Zafry terdiam. Dia kembali bangun berdiri dicermin tingkap bilik. Plastik yang terisi perbagai jenis cokelat dan gula-gula getah itu dijatuhkan pada tingkap perlahan.

Dia mengatur langkah pergi dengan perasaan yang sayu. Mardhiaa langsung tidak memandang kelibat lelaki itu. Dia masih dingin. Tegang dek wajah dengan sikap si Zafry ini

.
.

https://www.youtube.com/watch?v=-BiVicL1QmU


Kejadian itu berlangsung hampir setiap hari. Zafry hantar cokelat pada celah cermin tingkap biliknya untuk memujuk si gadis yang masih marahkan padanya itu. Lebih kurang satu minggu setengah mereka tidak bertegur sapa. Zafry beri ruang untuk Mardhiaa hilangkan amarah padanya. Tapi tidak lupa juga, setiap pagi mesti dia akan hantar cokelat pada si gadis. Berharap agar itu jadi penguat kata 'maaf'nya.

Kerusi ditarik Zafry lantas dia duduk sibuk mencelah mahu mendengar suara Mardhiaa dan Jefri. Sejak akhir-akhir ini. Dia tidak bertegur dengan Mardhiaa, asyik-asyik dengan si Jef aje dia sembang nya. Dengan dia langsung tidak! Cemburu juga lah kekadang. Nasib lah si Jef ini sotong!

โ€œBorak apa ni?โ€ soal Zafry tersenyum nipis. Mardhiaa berhenti bersuara. Keluhan kasar dilepaskan Jefri geram.

โ€œAish, kau ni. Semak ah!โ€

โ€œApa kau?โ€ balas Zafry dingin

โ€œDah, dah Dhiaa. Sambung je cerita. Hiraukan dia. Anggap je dia macam bunian, tak nampak!โ€

Zafry menjeling. Ey aku mamat sotong ni kang.. kecik beso, kecik beso aje dilihat nya..

โ€œDah ah. Aku nak cau lu.โ€ Mardhiaa terus pergi tanpa memberi ruang untuk mereka bersuara. Jefri ketap gigi pandang Zafry

โ€œEish! Kau ni lah, tengok dia dah pergi disebabkan kau!โ€ dengusan dilepaskan. Berombak dadanya marah. Nasib dia ni tidak reti marah orang sangat. Takut suara sebenar terkeluar aje

Zafry diam. Mardhiaa masih marahkan dia.. macam mana sekarang ni. Hidup dia terasa sunyi walhal Mardhiaa ada dihadapan matanya. Apa guna, ada depan mata tapi tidak bercakap sesama sendiri. Ibarat raga je mendekat, tapi jiwa menjauh.
.
.

Tubuhnya dipusing menghadap belakang. Tidak sedar dia terlanggar seseorang. Buk! Mata Mardhiaa dan Zafry saling memandang. Zafry menunduk wajah ke bawah

โ€œSorry...โ€ pinta Zafry mengalah. Padahal bukan dia yang langgar si gadis. Dia pula yang meminta maaf. Dia pergi dengan wajah polosnya itu. Wajah tidak lengkang dengan serba salah. Mardhiaa tiba-tiba terasa lucu. Dia tahan senyum. Tidak mahu Zafry nampak. Kang kalau nampak, hilang lah rasa serba salah mamat tu.

Sebenarnya amarah Mardhiaa mulai reda setelah hampir satu minggu setengah mereka tidak bertegur. Tapi sengaja aja, ajar sikit si Zafry ini. Bagi dia tidak mengulangi kesilapannya lagi.

.
.

โ€œMACAM mana lah aku tak boleh fokus, dah si mamat tu terjegat duduk dekat depan aku...โ€ bersungguh Jefri bercerita kepada Mardhiaa.

Zafry yang dari tadi melihat mereka berdua berbual itu mula sibuk menyampuk

โ€œHa'ah, aku pun sama jugak.โ€ sampuk dia tersengih buat-buat. Dia mahu bersembang juga, tapi tidak tahu mahu memulakan bagaimana. Takut kalau dia sampuk, Mardhiaa terluka lagi dengannya. Jefri menjeling sedikit Zafry

โ€œEngkau ni dah kenapa? Ha? Nak menyampuk dah lah tak pandai. Tiba-tiba je! Apa yang kau sama jugak ni!โ€ getus Jefri meleret. Zafry menunduk wajahnya. Senyuman yang mahu terlepas dikawal Mardhiaa. Mukanya berpaling sedikit ketepi tidak mahu mereka perasan yang dia mahu tergelak sebenarnya dengan sikap poyo Zafry ini.

Keadaan menjadi sepi seketika.

Jefri memandang bergilir-gilir Zafry dan Mardhiaa. Bibir mencebik sedikit.

โ€œKau orang ni dah kenapa? Huh? Tibe aje. Dah nak dekat dua minggu tak bercakap. Ada masalah apa-apa ke?โ€ tanya Jefri, prihatin. Soalan nampak prihatin. Tapi gaya bertanya nampak menyampah. Itulah Jefri..

Mereka diam. Zafry merenung wajah Mardhiaa polos. Muka sepuluh sen ditayangkan lelaki itu. Mardhiaa pandang tepi memeluk tubuh. โ€œKau tanya ah dia sendiri.โ€ balas Mardhiaa tenang

โ€œHm? Kau buat apa Zaf? Sampai si Dhiaa ni beria tak nak cakap dengan kau? Dahtu. Tak pernah-pernah naik dengan aku time balik. Tibe aje...โ€

Soalan si Jefri di biar bagai angin. Mata masih merenung Mardhiaa. Dia serba salah. Kalau boleh putarkan balik masa, dia tidak akan buat perkara begitu. Tak sangka betul dia. Yang Mardhiaa akan membencinya sampai begitu sekali.

โ€œEh kau ni... Sakit pulak hati aku bila bercakap dengan orang pekak macam kau ni kan!โ€ rengus dia geram dek soalan di palau. Mardhiaa menjeling lantas terus mengangkat punggung pergi dari situ. Menyampah Zafry yang tidak lengkang melihat nya

โ€œTakde apa lah. Kau tak payah sibuk kacau rumah tangga orang.โ€ selorohnya biasa

โ€œAmboi, amboi kau ni kan... Kekadang tu, siku aku ni rasa ringan aje nak menyingku orang yang ada depan aku ni sekarang. Bukan apa, dia dah lama tak makan gamaknya... Aku bertanya! Bukan busy body!โ€ sembur dia hampir meracik air liur lelaki itu. Zafry diam. Wajah muram tidak bermaya

โ€œEh, Jef... Aku nak mintak tips sikit dekat kau boleh? Tips pujuk perempuan...โ€ Jefri tergelak sinis. Tadi bukan main berlagak. Sekarang minta dekat dia pula tips nya

โ€œApe pasal aku yang kau bertanya nya?โ€

โ€œTolonglah... Yela, kau kan macam ni. Manalah kau tau cara pujuk perempuan ke..โ€ terbeliak biji mata si Jefri mendengar ayat itu. Eh! Ni dah melampau!

โ€œKau cakap apa tadi? Aku tak berapa dengar.. kau fikir aku yang lembut-lembut macam ni suka lelaki ke! Hah? Aku nampak aje macam ni. Tapi nafsu aku tetap pada perempuan! Jaga sikit mulut tu...โ€ bebelan Jefri buatkan Zafry garu kepala tak gatal

โ€œHaih, cepatlah. Boleh tolong tak ni?โ€

โ€œBoleh aje. Tapi kau kene bagitau aku dulu, kenapa kau bergaduh dengan Dhiaa? Apa yang kau buat dekat dia?โ€ tanya dia lagi. Sebenarnya mahu korek rahsia

Zafry terkedu. โ€œAdalah. Kau tak patut tahu.โ€

โ€œOk, kalau macam tu. Aku malas nak tolong.โ€ dia peluk tubuh. Gaya mahu mengugut lelaki itu. Memang dia tengah ugut pun. Zafry berdengus kasar

โ€œEish, payah ah mintak tolong dengan orang macam kau ni!โ€ Zafry berlalu pergi meninggalkan Jefri berseorangan. Pelukan tubuh dilepaskan. Dia pandang dalam Zafry. Curiga. Kenapa tiba-tiba Zafry dan Mardhiaa bergaduh? Lama pula tu. Selalu nya tidak sampai tiga hari dah berbaik semula. Kena soal siasat ni!

.
.

Pintu dikuak Mardhiaa dari dalam. Terdiam dia menatap sejambak bunga Daisy dirak kasut rumah si Zafry itu. Tangan mencapai bunga itu. Ada kad. Kad itu dibacanya dalam hati

โ€œI miss you.. I am sorry:(โ€

Mardhiaa keluh kecil. Mata tiba-tiba terpandang sosok tubuh seseorang yang sedang mengintip nya dari tangga flat itu. Bayang itu hilang saat Mardhiaa memandang. Mardhiaa menjeling. Tahu sangat ini daripada Zafry. Kau buat lah apa cara sekalipun! Tetap juga aku nak ajar kau cara menghormati 'perempuan'. Hurh, bagi bunga. Kau fikir aku hamak ke bunga ni semua? Cokelat takpe lah juga.

Sebenarnya ini idea daripada si Jefri pada Zafry. Lelaki itu sudah bilang yang Mardhiaa sangat-sangat tidak menyukai bunga. Tapi dipaksa Jefri untuk cuba dahulu. Manalah tahu, nampak saja bunga Mardhiaa tiba-tiba cair. Mahu tidak mahu sebab nak ambik hati Mardhiaa punya pasal, terpaksalah dia ikut cadangan merapu si Jefri itu

Zafry pegang dada yang berombak itu. Macam mana Mardhiaa boleh nampak dia yang intai tadi. Kedua belah tangan diangkat berdoa. Ya Allah, tolonglah ya Allah. Lembutkan lah hati dia untuk maafkan aku... Rayu Zafry bersungguh. Dia menarik nafas sebelum kepalanya memusing melihat Mardhiaa. Harap sangat Mardhiaa ambil bunga itu. Kalau Mardhiaa ambil, tanda Mardhiaa sudah maafkan nya. Kalau tidak...

Tersentak Zafry melihat bunga Daisy yang tercampak dilantai simen depan rumahnya itu. Kelopak bunga itu sedikit terselerak dek kerana campakkan kuat Mardhiaa. Pintu dikunci Mardhiaa. Zafry memandang sayu bunga itu...

Nampaknya.. Mardhiaa masih marahkan dia lagi...

.
.
.
.
.
.
.
.

To be continue....

โ€ข dont be sad Zaf. Mybe ada yang terbaik lagi :(

Bแบกn ฤ‘ang ฤ‘แปc truyแป‡n trรชn: Truyen2U.Pro