51 | 𝑴𝒂𝒓𝒂𝒉!

Màu nền
Font chα»―
Font size
Chiều cao dòng

⚠️ Lastly update before hiatus!

.
.
.

Tong!

Pintu rumah Fakhri dibukanya ganas. Terkejut beruk Fakhri dan Farraz di dalam. Si lelaki di pandang atas bawah. Nak kene mamat ni. Perlu ke sergah rumah orang sama macam tu sekali

"Weh, kau tahu tak Dhiaa kat mana? Aku call banyak kali dia letak. Aku text dia banyak kali dia seen. Rumah gelap gelita, aku macam panik gila. Sebab tu aku datang sini tanya kau orang. Dia keluar ni pun tak bagitau aku ni..." tanya Zafry gelabah. Hati mengesyaki bahawa ada sesuatu yang terjadi pada Mardhiaa

"Mana lah kita orang tahu. Yang kau ni dah apahal. Sergah-sergah masuk rumah orang. Takde adab ke apa..." Fakhri membalas senada campur dingin

"Tolonglah aku weh kau orang!" kalut Zafry Farraz menjebik bibir. Tak payahlah nak kalut.

"Entah-entah minah tu gi lepak kat mana entah. Kau je yang beria," ujar Farraz selamba

"Entahnya kau ni Zaf. Ce tenang sikit!" sampuk Fakhri menyampah

"Macam mana aku nak tenang! Cuba kau cakap?" mendidih hati. Rakan rakannya langsung tidak beri sokongan padanya. Cubalah buat reaksi terkejut sedikit

"Bukan selama ni, dia bagitau kau ke nak pergi mana-mana?" Farraz menyoal dalam sindiran

"Takdelah semua benda dia nak bagitau aku bodoh!"

"Entah kau ni, bodoh ke?" kepada Farraz ditolak Fakhri biasa. Kau fikir dia tu apa, nak pergi tandas pun nak kena bagitau si Zafry ini ka? Hek!

"Sebelum Dhiaa keluar tu, kau pergi mana?" terpacul soalan itu daripada mulut Farraz. Zafry terdiam seketika. Rambut diramas geram

"Masalahnya sekarang ni kau takpayahlah sibuk pasal aku, aku tanya Dhiaa dekat mana sekarang ni kau tahu tak!!"

"TAK TAHU!" serentak Fakhri dan Farraz geram. Dah lah datang rumah orang tiada adab lepastu jerit-jerit pulak engkau kat sini.

"Sakit hati pulak aku. Orang cakap tak tahu, tak tahulah! Ha..." Farraz menyambung ayatnya habis.

"Kau cuba bertenang dulu. Apa apahal boleh tak jangan gelabah!" giliran Fakhri pula bersuara

"Aku tak boleh tenang lah weh. Hati aku tak sedap semacam kau tahu. Selama ni ada juga Dhiaa keluar tapi takdelah aku rasa tak sedap sangat hati. Firasat hati aku mengatakan Dhiaa dalam keadaan tak selamat sekarang!"

"Dia tak pernah au tak angkat call aku. Mana pernah seen chat aku kalau aku tanya..." sambung Zafry bersungguh bercerita

"Dia mengajuk dengan kau ke?" Farraz bertanya

"Bila masa pulak dia tiba-tiba nak merajuk dengan aku ni. Last pun aku dengan dia... Eh-" Zafry tiba teringat last call dia dan Mardhiaa tengahari tadi. Mungkin sebab Mardhiaa merajuk dengannya kerana tidak hadir temu janji dia tadi. Wajahnya blur mengingati. Takkanlah sebab itu aje Mardhiaa nak merajuk dengannya.

"Ha apa-apa? Dia merajuk dengan kau lah tu..."

"Takkan lah weh sebab tu je dia nak terasa dengan aku. Dah malam sangat ni weh. Tolong weh, aku cari dia. Tolonglah weh cari awek aku. Weh, dia pun member kau orang gak arn!" gertak Zafry tidak sedap hati. Mustahil sebab itu aje Mardhiaa beria nak terasa dengannya. Mardhiaa itu bukan hati tisu

"Haih... Ye ah, ye ah! Jom ah!" bahu Farraz ditumbuk Fakhri lelaki itu menjebik meluat. Satu hal pula nak mencari. Ish! Buang masa betul! "Hek eleh, cari-cari lah dah.. menyampah betul!" punggung diangkat bangun. Terpaksa

Mereka bertiga berpecah mencari Mardhiaa menggunakan motorsikal memasing. Malam yang agak hening itu semakin membuatkan Zafry resah tidak sekata. Berharap sangat agar Mardhiaa tidak ada apa-apa yang berlaku padanya.

.
.

MATA berkaca memandang Mardhiaa yang sudah lemah dek kerana dipukul bertubi-tubi olehnya. Serba salah kian mengundang. Apa.. apa yang dia lakukan sekarang ini..

"Aku, aku mintak maaf Dhiaa. Aku takde niat nak pukul kau.. tapi kau yang hilangkan kesabaran aku..."

"Kau yang paksa aku untuk jadi macam ni. Kau yang palau aku sentiasa kau palau aku... Aku sakit Dhiaa, aku pendam perasaan ni sorang-sorang... Dhiaa, aku mintak maaf..." pinta dia betul-betul serba salah. Kenapa dengan dia harini, emosi tak boleh kawal betul. Rasa bodoh sangat dirinya kerana menyakitkan manusia yang paling dia sayang

Mardhiaa diam menekur lantai. Dia mengetap gigi.

"Aku tak tahu Dhiaa, aku terlalu sayangkan kau. Aku takut kehilangan kau sebab tu aku buat kau macam ni..." kedua telapak tangan menekup muka geram. Mardhiaa yang diam tidak bersuara dari tadi itu mula membuka kata perlahan. Dia tidak pandang lelaki itu, mata dia hanya memandang lantai bawah

"Kalau kau betul-betul sayangkan aku, cintakan aku. Kau akan biarkan aku bahagia dengan sesiapa sekalipun pun. Kalau itu bukti cinta ikhlas kau, kau akan bebaskan aku demi cinta kau..." bukan ugut, bukan gertak. Tapi apa yang dia beritahu ini adalah untuk bagi lelaki ini sedar. Yang cinta, bukan seharus dimiliki.

Hannaf tergamam. Dia berdengus kecil. "Kalau kau nak aku lepaskan kau. Kau kena janji dengan aku. Jangan. Report. Dekat siapa-siapa pun. Dan dari mana kau berada... Janji? Itu syarat aku. Kalau kau nak aku lepaskan kau, dengan cara baik. Janji dengan aku, rahsia kan soal benda ni..."

Akhirnya dia mengalah membuat keputusan. Cis, tahu juga takut ditangkap polis. Hannaf mendekati gadis itu dan ibu jari perlahan mengelap cebisan darah yang tertera dibibir si gadis. Mardhiaa menepis mukanya ketepi. Meluat

.
.

MATA mengecilkan memerhati jauh seorang gadis yang berjalan terkontang-kanting ditepi jalan itu. Motor yang terlajak dia berhenti kan pantas. Terbuntang luas biji mata memandang Mardhiaa yang berjalan tidak bermaya itu. "MAR?"

Mardhiaa pusing memandang empunya suara itu. "Mar! Eh Mar! Kau pergi mana ni ya Allah... Kau tahu tak aku cari kua merata tempat!" kalut suara itu seraya terus melompat keluar dari motorsikal nya. Muka, tangan Mardhiaa dipegangnya gelabah.

"Ni kenapa dengan tangan kau ni Dhiaa? Asal luka-luka muka kau ni?" tanya dia cuak. Mardhiaa menolak tangan Zafry tidak larat. Dia letih, penat, sakit kepala.

"Aku... Aku kena kacau dengan budak lorong. Eh, dah ah. Cepatlah aku mengantuk ni." motor Zafry dibonceng Mardhiaa selamba. Berkedu dahi si jejaka memandang si gadis

"Budak lorong kacau kau? Kau gaduh ke Mar?" terus dia bertanya seraya melompat ke atas motosikal laju. Kepala di pusingkan belakang memandang Mardhiaa

"Iye... Ish, nanti ah aku cerita kat kau. Aku penat ni dho!" sakit hati pula dia Zafry tanya soalan bertubi-tubi. Tak sempat dia nak bernafas

Otak bersimpang-siur dengan beribu persoalan. Macam ragu-ragu aje jawapan Mardhiaa. Kena ganggu dengan budak lorong? Sumpah dia berasa ada yang tidak kena sekarang. Motosikal dihidupkan lantas laju motor itu bergerak. Semasa diatas motor, Mardhiaa hampir-hampir sahaja mahu pitam. Lelaki itu sempat menahannya daripada terjatuh. Dia ketap gigi geram.

Siapa yang cuba-cuba mengambil kesempatan terhadap Mardhiaa ini. Kalau aku dapat tahu siapa, siaplah aku kerjakan kau...

Desis Zafry penuh dendam.

Kau buat Mardhiaa, ibarat kau buat aku!

.
.

"MAR? Mar, bangun Mar. Dah sampai dah ni." belakang Mardhiaa ditepuk-tepuk Zafry. Tidak dijawab? Zafry mula resah melihat Mardhiaa yang tidak membuka mata itu. Dia terlelap. Mungkin kerana asbab ubat tidur yang dipaksa minum Hannaf tadi. Sebab itu ada cebisan yang membuatkan Mardhiaa mengantuk nya amat.. tanpa menunggu lama, terus Zafry mengendong si gadis dari belakang. Tercungap-cungap nafas dia menaiki tangga flat. Walhal Mardhiaa tidak berat mana, tapi dalam keadaan yang kalut dan rungsing ini. Jadi kurang nafas dia dibuatnya. Sampai sahaja dirumah, tubuh Mardhiaa diletakkan ke sofa..

Wajah si gadis ditatap dalam Zafry. Ada kesan lebam dan luka. Mustahil betul dia diganggu budak lorong. Takkanlah sampai macam ni sekali rupanya. Lengan Mardhiaa ditarik Zafry perlahan. Terkilan dia memandang luka, darah dan kesan gari yang berbekas di lengannya itu. Agak.. Mardhiaa mesti sedang berbohong dengannya. Budak lorong mana guna gari ini semua.

Gigi diketap. Tahu Mardhiaa ada sorokkan sesuatu daripada nya...

β€’β€’β€’β€’

Keesokan paginya...

"Ni Dhiaa, aku ada bawak kan kau nasi lemak sikit. Kau makan lah dulu, alas perut kau..." nasi lemak bungkusan itu dihalakan padanya. Mardhiaa perlahan-lahan ambil dan sudu dicapai. Perut dia meronta-ronta meminta makanan. Lapar dari petang semalam tidak makan. Rasa macam puasa pun ada. Lama wajahnya ditatap Zafry. Ingin saja dia mahu bertanyakan lagi tentang kejadian semalam. Tapi, tunggu si gadis habis makan dahululah. Kang tak pasal-pasal tercekik anak orang

Zafry berdengus kecil. Ah, takde masa lagi! Dia patut tanya sekarang!

"Mar.. mar kau jujur dengan aku Mar. Siapa yang buat kau macam ni?" tanya Zafry senada. Mardhiaa menjeling sekilas dengan mulut mengunyah nasi

"Kan aku dah cakap. Budak lorong culik aku." ringkas Mardhiaa

"Mar.. takkan lah budak lorong yang culik kau? Ni, tangan kau ni. Ada kesan gari. Kau kene culik kan Mar? Mar cuba kau jujur dengan aku!" ugut dia lagi tidak puas hati jika tidak mendengar jawapan jujur daripada mulut si gadis. Mardhiaa berdengus perlahan

"Betullah, budak lorong culik aku. Diorang ramai. Diorang gari tangan aku lepastu belasah aku." bohong Mardhiaa terpaksa. Wajahnya tetap kelihatan tenang. Zafry membuat muka tidak percaya. Berkerut mukanya

"Kau kencing aku Mar! Sejak bila pulak kau pandai kencing aku ni! Cakaplah Mar, siapa buat kau macam ni... Ke, Far yang culik kau?" laju ayatnya bertanya seraya terbeliak biji mata. Entah-entah minah psiko tu. Dia kan psiko, haritu pun last dia mahu bunuh Mardhiaa. So tak teragak-agak dia mahu menculik Mardhiaa pula

"Otak kau! Bila masa pulak minah tu. Dah ah, kau ni. Aku nak makan pun tak senang... Nanti-nanti tak boleh ke nak cakap pasal ni." rimas dia Zafry kalut bergini. Berangsang Zafry. Mahu tidak dia kelam kabut. Mardhiaa dipukul orang kut. Kalau dia tidak kesah juga. Tapi Mardhiaa!

Zafry mencengkam kuat kedua belah bahu si gadis. Lama dia memandang anak matanya.

"Mar! Kau tak pernah au tipu aku. Aku tak pernah tengok kau tipu aku macam ni. Tapi sekarang, aku dapat rasa yang kau sedang sorokkan sesuatu daripada aku... Kau cakap sekarang, siapa dan kemana kau dibawa semalam?" dingin dan tegas suara itu. Mardhiaa kaku lantas tangan Zafry yang melekat di bahu nya ditolak biasa.

.
.

Ting!

Satu pesanan ringkas masuk. Zafry menjeling sedikit phone Mardhiaa diatas meja ruang tamu rumahnya. Harini mereka bercadang mahu melepak di gerai mamak. Tidak sengaja Zafry terbaca yang menghantar kan pesanan itu adalah Hannaf. Apa lagi, nampak sahaja nama mamat tu kalut lah dia membuka pesanan itu. Terkedu dia membaca pesanan daripada Hannaf. Bibir mungilnya tidak mampu mengeluarkan kata. Dia terkejut, tidak sangka... Hannaf rupanya yang culik Mardhiaa semalam!

(WhatsApp)

"Dhiaa, aku mintak maaf pasal semalam. Aku terkilan aku tak tahu, apa tindakan aku masa tu. Aku rasa macam... Aku betul-betul stress waktu tu. Sebab tu aku terpaksa pukul kau. Terpaksa bawak kau datang rumah aku. Aku mintak maaf, aku harap benda ni. Tak sampai dekat mulut siapa-siapa. Aku harap kita boleh berbaik macam dulu... I sorry, but i love you..."

Menggelegak berapi jiwa si jejaka membacanya. Tangan menggenggam kuat phone Mardhiaa itu. Sampai hati kau Mar, kau tipu aku semata-mata nak tutup aib mamat ni. Berbuak-buak amarah si dia tika ini

β€’β€’β€’β€’

"Weyh Dhiaa, kau pergi mana huh semalam? Kau tahu kita orang cari kau. Penat tahu tak!" Farraz mengungkit isu semalam. Tak puas hati lagi. Pasal Mardhiaa diorang pula yang di libatkan nya.

"Entah kau ni. Zafry kalut au cari kau. Kau merajuk dengan dia ke sampai tak balik semalam?" Fakhri bertanya

"Aku balik ah, cuma lewat sikit je."

"Ha, asal lewat kau balik? Kau gaduh ke dengan mamat tu?" Mardhiaa terdiam dengan soalan itu. Malas nak bagitau pun ada. Nanti banyak soal pula mereka

"Hruh, betul lah tu merajuk." Farraz peluk tubuh meluat. Manakala Andra diam membisu mendengar mereka berbual

"Apedehal ni? Ha? Apa citer semalam?" tanya dia blur

"Eh kau takde, kau diam. Menyampah pulak aku..." nyaring suaranya berbunyi. Andra menjebik. Orang tanya aje pun..

Motorsikal Zafry laju berhenti betul-betul dekat depan kedai makan yang mereka sedang duduk itu. Dia berjalan seiringan dengan wajah berang nya. Mereka menyedari kehadiran si Zafry mula melihat

"Ha Zaf, kau bawak ark phone aku? Aku tertinggal dho tadi..." selamba Mardhiaa bertanya. Harap sangat Zafry bawa phone dia. Sebab tadi dia ada pesan tolong bawakan phone dia sekali. Zafry tidak berubah muka. Serius. Tajam mata dia memandang Mardhiaa

"Kau sorok apa daripada aku?" dingin suara itu Mardhiaa blur

"Apa kau merepek ni, phone aku mana?" tanya Mardhiaa tidak endahkan suara merepek Zafry itu

"Kau sorok apa daripada aku? Kau bagitahu aku sekarang. Semalam kau pergi mana?" semakin dingin suaranya geram. Mereka tercengang melihat Mardhiaa dan Zafry yang sudah berdiri itu. Fakhri bersuara perlahan.

"Lek Zaf, cool down... Cool..." suruh Fakhri tidak mahu Zafry melebih. Gaya Zafry bebetul marah aje. Muka tiada senyum langsung. Serius dan bengis aje wajah lelaki itu

"Kau orang... Diam. Jangan masuk campur urusan aku. Ini urusan aku dengan dia..." amaran keras daripadanya. Mereka semua menjebik.

"Hek eleh.. jangan masuk campur konon. Satgi takpayah nak mintak tolong kitorang lah kalau macam tu..." perli Farraz sakit hati. Fakhri menyiku perut nya kuat. Suruh diam.

"Aku tanya kau... Kau pergi mana semalam!" ulang Zafry lagi. Kalini agak serius. Mardhiaa hilang kata sekejap. Kenapa dengan Zafry ini nak marah-marah. Agak-agak lah kalau ye pun. Orang ramai ni kat kedai. Kang viral tak pasal-pasal

"Kau asal? Cepat ah bagi phone aku.." Mardhiaa cuba bertenang. Semakin membara dek hati melihat Mardhiaa

"Apa lagi huh, Dhiaa? Apa lagi kau nak sorokkan daripada aku?"

"Zaf.. aku malas ah Zaf, malas nk gaduh dekat sini-"

"Aku pun malas nak gaduh dengan kau..." potong Zafry pantas

"Lepastu? Bak ah phone aku." paksa Mardhiaa sakit hati. Dah tak nak gaduh, tak payahlah buat muka bengis macam tu

"Susah sangat ke Dhiaa! Susah sangat ke kau nak jujur dengan aku?" Farraz berdengus panjang. Apahal pulak drama kat depan mata ni. Nak lepak tiba-tiba pulak dram tv3 terpancar ni apedehal?

"Semalam... Kau ada dekat rumah Hannaf kan.." perlahan dia menguturkan ayat. Semua tergamam! Terkejut. Biar betul!

"Biar kebenaran!" sampuk Farraz laju

Lidah terkunci sekejap. Adu, macam mana Zafry boleh tahu ni.. "Bila masa pulak aku ada dekat rumah dia ni.. tiba je dho..." nafi Mardhiaa tenang

Zafry berdecit. "Kau takpayahlah nak kelentong aku ah Dhiaa. Ni, ni apa ni!" screen phone Mardhiaa dihalakan padanya. Mesej Hannaf padanya ditunjuk sepuluh saat lepastu itu tarik semula. Merengus perlahan Mardhiaa
Masa-masa ni pula kau nak hantar mesej eh Hannaf. Sakit hati juga dengan mamat Hannaf ini

"Ni, dia hantar mesej ni kebetulan pula aku terbaca. Kalau dia tak hantar SMS ni, sampai bila-bila ah aku tak tahu!"

Keadaan mula serius. Kaki menyepak kerusi plastik dihadapan nya.

"SUSAH SANGAT KE KAU NAK BAGITAU AKU DHIAA!" jerkah lantang suara lelaki itu seiringan dengan sepakan kerusi dihadapan. Mereka semua terkejut terangkat bahu dengan jerkahan si jejaka. Beberapa mata mula memandang. Dah apahal tu, kena rasuk dengan setan ke apa tu?

"Kau tak habis-habis aje kan pasal mamat si*l tu mesti kau susah nak bagitau aku! Kau sebenarnya syok kat dia arn! Kau suka dia kan!? Asal susah sangat kau nak jujur dengan aku!" sambung Zafry kuat. Merah dek wajah kerana geram

Semua terkedu membisu. Mardhiaa beranikan diri untuk membalas.

"Yang kau nak marah-marah aku ni apahal?"

"Kau tahu tak Dhiaa, semalam serabut semua orang cari kau. Kau boleh pulak nak berahsia-rahsia dengan aku bagai. Benda ni Dhiaa, bukan benda kecik. Benda besar. Dia bawak masuk kau dalam rumah ni! Dia buat apa dengan kau semalam? Bagitau aku sekarang!" gertak Zafry dingin

"Dia tak buat apa-apa pun dekat aku. Dia cuma jumpa aku je." Mardhiaa keluh. Serabut kepala dia sekarang!

Zafry tergelak dalam kesakitan. Tak lama, mukanya terus berubah kembali tegang.

"Menipu kau ni eh! Tangan kau ni apa? Kena gari sendiri? Muka kau ni? Terjatuh longkang tiba-tiba?" suara menyindir. Mardhiaa tarik nafas sebelum dia mengeluarkan katanya

"K, dia culik aku. Dia bawak aku dekat rumah dia. Dan dia suruh aku, dia lepaskan aku dengan syarat. Untuk aku tak bagi tahu siapa-siapa dan kemana aku pergi. Sebab tu aku rahsiakan, kalau tak dia takkan lepaskan aku." terang Mardhiaa satu-satu. Zafry mencengkam rambut sakit hati. Lah, bodohnya lahai Mardhiaa ini jugak

"Ey! kau ni bangangnya kau ni kan! Kenapa kau dengar jugak. Kau cakap ajelah dengan dia lepastu kau bagitau ajelah sekarang ni, apasal kau nak takut sangat dengan dia ni Dhiaa!!" mereka semua menjadi penonton tidak berbayar disitu memandang mereka bertikam lidah

"Kenapa eh Dhiaa, pasal mamat tu mesti kau tunda-tundakan nak bagitau aku? Masa dia duduk dalam rumah kau tu pun sama aje kau. Kau diammm je sekali aku tak datang, kau macam tu ajelah kan!" tungkasnya, tegar

"Aku bukan taknak bagitau kau Zaf. Aku cuma taknak hubungan korang renggang aje. Tu je!" balas Mardhiaa

"EH PERGI MATI AH! hubungan aku dengan dia dah lama ah renggang! Yang kau nak sibuk hubungan aku dengan dia tu apepasal! Dhiaa, sekarang ni hubungan aku dengan kau Dhiaa. Kalau apa-apa jadi dekat kau.. aku tak boleh maafkan dia, dan aku tak boleh maafkan kau jugak!"

Fakhri bangun memegang dada si jejaka. Semua pakat dah tengok mereka. Tebal dek muka mereka. "Zaf.. rilek Zaf, benda boleh bawak bincang dekat tempat lain pun boleh arn..." perlahan suara itu memujuknya. Zafry menjeling tajam

"Engkau diam. Ini urusan aku dengan dia kan aku cakap tadi!" Fakhri dipandang dalam. Bagai mahu tembus sahaja.

"Weyh, diam ah weh. Member tengah serabut tu..." Farraz bersuara meluat. Zaf ni pun satu. Nak memekak tempat lain berlambak. Tempat ramai mata gak dia nak

"Sekali lagi aku tanya kau... Dia bawak kau dekat rumah dia, dia buat apa dengan kau? Jujur..." Mardhiaa telan air liur sedikit mahu menjawab.

"Dia bawak aku rumah dia then dia pukul aku." jujur Mardhiaa Zafry dari tadi tidak henti pandang tajam kearahnya.

"Tuje?"

"Iye..."

Muka diramas kasar. Rambut dicengkam geram. Meja dihadapan di telangkup dia kasar. Suasana mula kecoh. Farraz menjebik memandang air kopi panas yang sudah tertumpah pada pehanya itu. "ARGH! BODOH! SI*L BA*I!" carut lelaki itu kuat. Sudah bagai orang gila lelaki itu. Habis semua kerusi dihadapan dia ditendang-tendang kuat. Kedua bahunya dipegang Fakhri kuat.

"Weyh rilek! Rilek Zaf! Bende boleh settle belakang! Kau tak malu semua orang ke hah!" jerit Fakhri geram lelaki ini. Agak-agak lah kalau nak mengamuk sekalipun.

"Mampus ah semua!" bantah Zafry geram. Nak maki aje semua orang dibuatnya. Amarah berbuak-buak terhadap Hannaf.

"Sabar ah! Aku ada idea yang bernas untuk kita balas dendam dengan dia! Kau tenang dulu! Istighfar ingat tuhan! Kau emosi bodoh Zaf!" gumam Fakhri. Tangan dia masih melekat memegang kedua bahunya. Mardhiaa hanya diam tidak berkutik. Salah dia juga kerana tidak beri tahu awal-awal dekat Zafry. Kalau tidak, takde mamat ni beria mengamuk macam orang gila sekarang

Berombak kencang dadanya dek kerana marah. Dia sedikit menunduk

"Aku ada rancangan... Tapi bukan ini caranya untuk kau lepaskan marah kau. Takde function apa pun." Zafry ketap gigi. Berurat dek muka asbab terlalu geram.

Farraz dan Andra mengibas-ngibas baju yang basah dek kerana terkena air itu. Bengang juga dengan Zaf..

"Dah ah arn! semua takpayah tengok macam tak pernah tengok orang!" Farraz meninggi kan suaranya geram melihat mereka yang tidak henti merenung adegan itu..

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.



Tamat...

Eh? Hahah guro jer...

Sedutan episod akan datang...

"Bukan dia je aku nak belasah.. tapi, dengan minah pengkid tu sekali..." sinis ayat Zafry

"Eh kau biar betul. Minah tu bukan kaleng-kaleng mat. Kau jangan macam-macam!"

"Ah, lantak ah!"

β€’β€’β€’β€’

"Yang kau pergi culik dia apahal? Apa function? Kau tahu, diorang bawak geng geng dulu kita mat nak belasah kau..." beritahu Andra bengang

β€’β€’β€’β€’

"Rileks.. baru cubaan kedua.." kata lelaki itu tenang seraya mengambil duit yang penuh satu tangan itu

"Ah! Bongok! Buat penat aku kumpul duit!" rengus lelaki misteri itu...




BαΊ‘n Δ‘ang đọc truyện trΓͺn: Truyen2U.Pro