56 | π‘·π’”π’Šπ’Œπ’Šπ’Œ

Màu nền
Font chα»―
Font size
Chiều cao dòng

(Sory lambat, marah ke? πŸ™‚)

....

SENYAP. Wajah bengis Mardhiaa membuat suasana menjadi sepi. Matanya tajam bertaut dengan Far. Si dia menelan air liur perlahan. Wajah tegang si gadis membuat dia mati kata. Sepanjang dia mengenali Mardhiaa, tidak pernah sekali pun dia melihat wajah seberang itu. Hannaf yang dari tadi terjegat berdiri dimuka pintu itu menanti tindakan Mardhiaa seterusnya.

"Kau... Berani kau sentuh kawan aku kan? Mula-mula kenal kau, bukan main baik lagi... Tapi sebenarnya, pembunuh! Penjenayah! Menyesal aku kenal dengan kau, Far..." nada suaranya tidak sekata. Sekejap menaik sekejap menurun. Far berkaca mata. Dia menggeleng kepala perlahan. Serba salah kian terpancar di wajah

"Dhiaa, maafkan aku Dhiaa. Aku tak sengaja..."
kata dia sedata

"Kepala binatang kau tak sengaja! Dah jadi macam ni kau kata tak sengaja? Kau dah tikam dia, dah bawak dia masuk dalam rumah kau. Itu ke tak sengaja!?" bentak nya geram. Mardhiaa tahan geram melihat wajahnya. Wajah seperti buat-buat sedih!

"Mungkin dulu kata 'maaf' aku boleh keluar. Tapi sekarang... Aku tak boleh..." Dumm! Far tersentak

"Ayuh, buktikan pada aku 'kehebatan' kau yang sebenarnya..." sengaja dia mencabar si dia. Dari dahulu lagi, tidak habis-habis berlakon lemah dengannya. Padahal belakang dia mafia. Dasar binatang! Hipokrit!

Mardhiaa melangkah cuba mendekatinya. Far kaku terdiam. Tanpa menunggu lama terus buku lima dihadiahkan pada pipi belah kanannya. Bertubi-tubi pipi Far diletupkan Mardhiaa. Habis menumbuk, Mardhiaa memukul pula. Segala barangan yang ada dihadapannya dicampakkan padanya. Ternganga Hannaf melihat adegan itu. Sungguh dia tidak sangka Mardhiaa sekuat itu.

'Macam ni ke Dhiaa belasah Zaf dulu...'

Hatinya mengomel. Dapat dia bayangkan Mardhiaa belasah Zafry sampai hilang kaki tika itu. Pergaduhan itu berlangsung agak lama. Hannaf memang tidak mahu menolong, sengaja nak tengok skill Mardhiaa ini. Alang-alang bagi minah pengkid ni terseksa dulu...

Kerusi kayu yang tiada kusyennya itu digapai laju lalu dibawa ke atas mahu memecahkan muka si dia. Terbuntang mata Hannaf memandang perbuatan Mardhiaa itu. Tidak sempat tindakan drastik Mardhiaa padanya, Hannaf bersuara kalut

"Dhiaa rileks, Dhiaa! Rileks..." perbuatannya terhenti setelah suara garau itu menyampuk laju

"Kau memang nak mampus kan dia ke apa ni? Jangan sampai muka kau yang mampus dekat balai..." risau Hannaf. Kalau Far mati disebabkan Mardhiaa, habislah dia... Mardhiaa ketap gigi sekuat hati. Hati dia tidak akan tenang jika dia tidak lihat Far mati sekarang! Dhiaa sabar Dhiaa, mengucap...

"Ahuk! M..Mar..." perlahan suara serak itu menyapa namanya. Pada mulanya dia ego tidak mahu mendengar suara Hannaf. Tapi setelah suara si Zafry terdengar terus kerusi yang diangkat keatas itu dicampakkan ketepi. Laju dia pusing mendapatkan Zafry yang sudah pucat lesi mukanya itu. Tangan dari tadi memegang kuat perutnya. Menahan kesakitan

"Hannaf tolong aku." arahnya mendatar. Hannaf dalam 'keterpaksaan' tolong memapah bahu adiknya. Perlahan Zafry bangun bertaut bahu Mardhiaa dan Hannaf. Mukanya menahan seribu satu kesakitan. Hannaf memalingkan wajahnya ketepi. Wajah meluat dilepaskan. Ikutkan hati, memang tidaklah dia tolong mamat ni. Disebabkan Mardhiaa aje

Mereka bergerak berjalan perlahan. Sampai sahaja dimuka pintu rumah. Mardhiaa memberhentikan jalanan mereka.

"Ahuk! Huk!" habis berlumuran darah dimuka si Far. Matanya bengkak dek kerana ditumbuk berkali-kali Mardhiaa. Dia batuk seraya bangun dari rebahnya menyandarkan tubuhnya ke dinding rumah. Matanya melihat Mardhiaa yang pusing kepala sedikit memandang dia

"Kau belum tamat lagi dengan aku, baru sikit aku buat... Dasar pembunuh!" herdik nya sinis. Suara dia perlahan dek kerana lelah berlawan. Habis berbicara terus mereka pergi meninggalkan Far disitu... Gigi kuat diketap. Pandangan dia terhadap Mardhiaa bertukar maut. Tangan yang menggigil itu digempal kuat

"Kau nak main sangat kan Dhiaa..."

β€’β€’β€’β€’

TANGAN yang berlumuran darah kering dek kerana berlawan dan kesan darah daripada Zafry tadi direnung lama. Mardhiaa menarik dan menghembus nafas berkali-kali. Mengharap agar Zafry tidak teruk.

Dia dan Hannaf jarak dua kerusi duduk menunggu Zafry didalam bilik wad. Hannaf paling wajah melihat Mardhiaa yang menunduk merenung lantai hospital. Punggung diangkat bergerak duduk disebelah Mardhiaa. Tangan Mardhiaa ditarik lembut

"Tangan kau, darah."

"Bukan darah aku ah!" laju Mardhiaa menarik semula. Otaknya tengah serabut. Lagi serabut kalau dihadapan matanya sekarang Hannaf.

"Come on Dhiaa. Kau masih tak nak cakap dengan aku lagi ke?" perlahan dia memusingkan kepalanya melihat wajah yang seolah-olah tiada apa-apa itu. Geram

"Kau nampak muka aku ni macam nak bercakap dengan kau ke? Eh, kau blah lah! Kau jangan ingat aku dah lupa last kes kau dengan aku haritu!"

Baru sahaja Hannaf mahu membuka mulut membalas, seorang doktor lelaki menghampiri mereka. Terus Mardhiaa bangun berdiri

"Doktor. Zafry kawan saya macam mana?" terus dia bertanya resah

"Dia ok. Setakat ni tiada apa-apa sebarang kritikal yang berlaku pada dia. Tapi, kami perlu buat rawatan untuk dia hari ini. Jahit luka yang ada dekat pinggang dia sekarang. Jadi buat masa sekarang, tidak dibenarkan lagi untuk siapa-siapa nak melawat dia, melainkan esok hari." Mardhiaa tergamam mendengar kata dari doktor lelaki itu. Dia mengangguk perlahan.

"Baik. Thanks."

"If tiada apa-apa, saya pergi dulu? Assalamualaikum..."

Tanpa menunggu jawapan daripada Mardhiaa terus dia pergi. Mardhiaa termenung sendiri. Air ditubir matanya berair. Sebak. Dia tidak mahu kehilangan Zafry dalam hidupnya. Cukup Far sudah mati dalam jiwa dia sekarang. Jangan pula Zafry.

Hannaf duduk dari tadi tidak berdiri menarik wajah menyampah. Sedih sangat kau ni Dhiaa..

Beg silang sport berwarna hitam kelabu di kerusi dicapai cantas dia pergi. Gelabah Hannaf menahan jalanan si gadis dengan memegang erat lengannya. Dia sudah pun berdiri

"Dhiaa stop! Tunggu dulu."

Mardhiaa merengus kasar membuat Hannaf perlahan melepaskan pegangan eratnya tadi. "Sorry. Aku mintak maaf. Dhiaa please lah, kadang sebab dengan sikap kau macam ni buat aku jadi gila. Sebab tu aku buat perkara yang luar jangkaan. Ok, aku mintak maaf... Dhiaa please bagi ruang untuk aku tebus balik kesalahan aku tu."

"Kau bawak istighfar boleh tak Hannaf! Kau pergi balik rumah, ambil wuduk pergi solat. Dah macam orang tak sudah aje aku tengok kau ni dilamun cinta sangat ni..."

Kedua tangan Mardhiaa ditarik kuat Hannaf saat si gadis mahu pergi. Kali ini lebih agresif

"Dhiaa, tolonglah! Tolonglah jangan layan aku macam ni! Kau tahu tak aku sakit!" suara garau si lelaki membuat para jururawat disitu memandang hairan.

Lama mengumpul kegeraman, Mardhiaa akhirnya meletup. Dada sasa Hannaf ditolak ganas. "Blah lah! Kau tak faham bahasa ke hah han*t!? Zafry, dekat dalam tu tengah bertarung nyawa, kau tak habis-habis dengan perasaan cinta kau tu! Lepas satu, satu jadi. Mula Far, lepastu kau. Eh, kau berambus ah! semak kepala otak!" habis lepaskan ayat, terus dia mengatur langkah pergi.

Meluat sungguh dengan orang yang berperangai menjengkelkan ini...

β€’β€’β€’β€’

PINTU wad ditolak Mardhiaa kalut. Cantas terus dia berlari memeluk tubuh yang bersandar lemah dikepala katil. Lama dalam pelukan. Zafry membalas perlahan. Lalu menepuk-nepuk lembut belakang badan Mardhiaa.

"Kau ok?" tanya Mardhiaa saat pelukan dileraikan. Zafry angguk tidak bermaya. Tika ini Mardhiaa menahan sebak. Ego tidak mahu menangis depan lelaki itu. Padahal boleh saja.

"Mar, aku risaukan kau lah..." Zafry bersuara berat

"Doktor pesan dekat aku, kau kena banyak rehat and jangan fikir banyak masalah. Aku risaukan kau..." ayat Zafry langsung tidak diendahkan Mardhiaa

"Kau takpayah sibuk dengan aku sangat boleh tak Mar. Sekarang ni diri kau sendiri. Kau tak selamat. Kau tahu arn minah tu gila. Kau tengok lah aku sekarang dekat mana. Aku kalah, apatahlagi kau Mar..." bersungguh Zafry menyusun ayat. Risau melihat betapa kuatnya Mardhiaa berdebat dengan Far semalam. Tidak tahu lah bagaimana nasib buah hatinya itu nanti.

"Haih, aku ok. Kau tu. Rehat banyak sikit. Kalau pasal minah pengkid tu. Biar aku settlekan. Pandai-pandailah aku ajar dia. Berani dia sentuh kau, kan..." Mardhiaa ketap bibir geram. Tangan si gadis dipegangnya kuat.

"Mar boleh tak kalini kau dengar cakap aku? Kau perempuan Mar, tolonglah. Kalau kau sayangkan aku tunggu aku. Jangan buat apa-apa plan dulu..."

Laju tangan ditarik Mardhiaa.

"Habis? Kau nak cakap, Far tu lelaki lah? Eh, kau tahu kan. Aku paling pantang orang sentuh member aku..." mencuba-cuba mahu menyentuh rakan baiknya, tunggu ajelah nasib dia nanti. Zafry hembus nafas perlahan

"Mar..."

"Dah jom makan. Kau laparkan?" bubur lambuk didalam tupperware digapai. Lalu sudu dicapai dan disuakan pada mulut Zafry. Zafry tidak memandang makanan itu, malah matanya tepat memandang mata Mardhiaa.

"Makan..." suruh Mardhiaa lagi. Tangan Zafry bergetar memegang menghalang tangan Mardhiaa dari terus mensuakan bubur di mulutnya.

"Mar... Tolonglah..."

Mardhiaa tika itu terkunci kata. Dia tahu apa yang Zafry nasihatkan padanya itu untuk keselamatan dia juga. Tapi baran dia lagi tinggi. Tetap juga dia mahu Far terima balasan yang setimpal. Bukan sebab Zafry sahaja. Tapi sebab Far sudah menipunya, siapa identiti dia yang sebenar.

....

"TANYA apa?"

"Pasal kau?" balas Cho'

"Buat apa kau nak tahu pasal aku?"

"Alah, kita kan baru kenal. Nak tahu lah, macam mana kau boleh duduk dengan minah pengkid tu dulu..." Mardhiaa pandang depan. Membetulkan sedikit kedudukan dia

"Panjang cerita dia..."

"Pendekkan." Cho' tersengih kecil

"Aku lari dari rumah."

Ternganga lelaki itu mendengar. "Lari? K-kenapa?" Mardhiaa menjebik bibir.

"Kan aku dah cakap panjang cerita dia..."

"Bagitau sebab je."

"Mak aku paksa aku kawin dengan abang tiri aku. Memang tak ah aku nak kawin dengan mamat muka gorgon tu!" omel Mardhiaa. Cho' disebelah mengangguk perlahan. Tanda faham. Lama mendiam, Cho' akhirnya baru teringat soalan yang mahu dia tanya pada Mardhiaa. Tapi asal jumpa aje, soalan itu mesti hilang dari ingatan. Alang-alang dia berdua dengan Mardhiaa sekarang. Tanya ajelah! Nanti terlepas pula peluang

"Ha, ni Mar!" dahi Mardhiaa berkerut mendengar panggilan daripada lelaki itu

"Excuse me, kau panggil aku apa tadi?"

Cho' diam pelik. "Mar?"

"Dhiaa." Mardhiaa memeluk tubuh biasa

"Asal? Zaf panggil kau 'Mar' ok je."

"Tu dia. Bukan kau..." masih dipegang janji Zafry waktu mereka bersahabat dahulu. Panggilan itu hanya bisa dipanggil olehnya sahaja. Cho' terdiam. Dalam hati sudah semacam

"Apa kau nak tanya tadi?"

Barusan Cho' mahu keluarkan pertanyaan dia, tiba ada seorang lelaki yang memakai elbow walking stick disebelah tangan kanannya. Berdiri memandang penuh cemburu. "Zafry?" jerit Cho' hairan. Tidak tahu pula dia Zafry sudah keluar hospital. Terus Mardhiaa palingkan wajah memandang lelaki itu. Si dia sudah pun pergi dengan perlahan.

"Eh Zaf! Zafry!" panggilan Mardhiaa tidak dihiraukan oleh jejaka itu. Cantas punggung Mardhiaa terus mengejar. Cho' tarik wajah meluat.

Sakit hati!

"ZAF! engkau ni dah kenapa keluar rumah. Kau tak sihat lagi kan..." marah Mardhiaa. Baru semalam Zafry sudah dibenarkan keluar hospital. Tapi doktor bilang, dia tidak bisa bergerak banyak. Zafry keluar ini sebenarnya mahu mencari kelibat si gadis. Namun niatnya terbantut saat Mardhiaa dan Cho' berdua di bawah parking kereta rumah flat itu.

"Duduk lah rumah, asal kau degil sangat ha Zaf." Mardhiaa cuma kasihankan lelaki itu sahaja

"Kau paksa aku duduk rumah ni kenapa? Ouh, aku tahu. Sebab kau nak bergatal dengan lelaki lain arn?" sindir pedas Zafry membuat Mardhiaa tergamam

"Mende si*l kau ni! Aku suruh kau duduk rumah sebab aku kesiankan kau. Kau tu baru baik Zaf. Satgi banyak sangat gerak terburai perut kau tu siapa susah?" membebel Mardhiaa seperti mak-mak memarahi anak sahaja

Dengusan serabut dilepaskan. Zafry meneruskan jalannya. "Weh, Zaf! Rileks ah woi!"

Pandangan maut dari belakang merenung mereka dari tadi. Sebenarnya, apa sahaja tingkahlaku mereka, diperhatikan oleh makhluk misteri itu. Dia bukan Hannaf, bukan Cho', bukan juga Far...

Tapi, siapa?

β€’β€’β€’β€’β€’

Sebulan menjelang...

"Haha, bongok ah!" dalam mulut masih rancak berbicara, perlahan dia mengambil kesempatan duduk disebelah Mardhiaa. Tangan kanan diletakkan dikerusi Mardhiaa. Memang itu yang selalu Cho' lakukan tika duduk disebelah gadis itu.

Farraz memandang lelaki itu atas bawah. Rancak betul gaya duduk mamat ni. Dah macam peluk gadis itu sudah. "Oi! Amboi, orang dekat sana tu..."

"Disana rancak berdosahh!" Azim bersuara dengan senyuman tipis

Mereka memandang Cho', juga Mardhiaa memalingkan wajahnya melihat si lelaki disebelah

"Apa?" tanya dia sengaja buat-buat bodoh

"Amboi kau, mentang-mentang lah Zafry takde. Rancak kau eh?" Farraz memerli.

"Mende kau? Aku duduk aje pun. Bukan buat benda yang tak senonoh pun." lelaki itu membalas geram. Rileks dah lah. Mardhiaa tak bunyi mereka pula yang kecoh

"Hek eleh!" meleret Farraz meluat. Diiringi dengan riaksi wajahnya

DALAM lima belas minit menunggu Zafry untuk aturkan plan. Akhirnya jejaka itu tiba. Kali ini Zafry sudah tidak bertongkat tetapi jalanan dia masih perlahan.

"Sudah datang, dengan lenggang lenggok nya..." Azim menyanyi, semua berpaling melihat Zafry yang duduk disebelah Mardhiaa.

"Kau ok ark Zaf?" tanya Fakhri

"Kalau tak, aku takkan datang..."

"Manalah tahu, kau paksa diri untuk datang..."

"Sepanjang aku takde, korang ada rancang strategi tak?" risau dia kalau-kalau Mardhiaa ikut kepala dia mahu buat keputusan terburu-buru juga. Fakhri pandang Mardhiaa

"Takde. Kitorang tunggu kau ah." balas dia

"Entah!" sampuk Cho'

"Bagus ah. Aku takut Mardhiaa ni aje..." Zafry menjeling sekilas Mardhiaa sisi

"Sebenarnya Dhiaa dah paksa kitorang buat plan. Tapi aku tolak. Aku cakap apa-apa jadi, kita kena ikut kau. Kalau aku tak larang, dah lama kut awek kau ni belasah diorang..." cerita Fakhri. Kaget Zafry memandang Mardhiaa

"Aku geram weh! Rasa macam nak mampus kan minah tu cepat-cepat je. Kau tahu arn, minah tu dah melampau!" Mardhiaa bersuara juga akhirnya

"Mar, kau jangan ikutkan sangat geram kau tu boleh tak? Aku tak suka kau buat keputusan terburu-buru. Tunggu kitorang dulu apa-apa hal... Ingat, engkau tu perempuan..."

Tepat anak mata memandang lelaki itu. "Engkau nak cakap aku lemah lah sekarang ni?" hambur Mardhiaa laju.

"Bukan macam tu, sayang... Kata plan, so ikut ajelah plan asal kita. Janganlah ikut kepala kau seorang je sekarang ni..." sebenarnya tahan geram dia dengan Mardhiaa yang keras kepala ini. Tapi disebabkan dia sakit dan tidak larat mahu berdebat, so terpaksa lah berlemah lembut dengan gadis itu. Mereka semua memandang sahaja dua pasangan ini bertikam lidah. Exraa tergelak kecil

"Sweet jugak korang ni... Macam laki bini tengah bergaduh..." ngomel dia dengan jari menggulung-gulung rambut perangnya.

Bastian disebelah gadis itu turut tersenyum. Cho', Ben dan Farraz mendiam. Farraz menggaru kepala tak gatal. Penat betul jadi single ini
.
.
.

SETENGAH jam mereka menukar strategi. Lokasi, bahagian-bahagian. Jam berapa dan macam-macam lagi. Tekun mereka semua mendengar suara Zafry itu. Dah macam dengar menyuarat awam pula.

"And then, kita terus gerak pergi situ."

"Jalan kaki!?" sampuk Cho' kuat. Jauh kut, takkan lah jalan kaki

"Yelah, takkan jalan dengan tangan kut... Ha. Ha. Ha. Ha..." Pang ketawa ringkas dengan tangan masih memeluk tubuh. Semua melihat lelaki China itu ketawa. Ringkas betul dia ketawa. Tapi hidung tu memang tak sah lah kalau tidak menari. Black memandang pelik.

"Ha. Ha. Ha..."

Krik.. krik...krik..

Lawak hambar yang dibuat oleh lelaki itu langsung tidak terkesan oleh mereka kecuali Mardhiaa. Dia menahan tawanya. Terasa lucu apabila dia seorang sahaja ketawa tetapi tawa itu tidak disampai oleh mereka. Rudy yang menyandarkan badan kekerusi itu turut melihat hambar jejaka itu ketawa

"Apa masalah kau ni hah!" jerit Cho' geram.

"Engkau ketawa ke tu?" giliran Farraz bersuara. Memerli pun ada. Ketawa macam buat-buat sahaja. Tapi tidak hairanlah, sebab muka lelaki itu tampak merah.

"Dah, siapa suruh dia tanya soalan bodoh. Aku jawablah soalan bodoh.. Ha. Ha. Ha..." dia menyambung tawanya. Sepatah- sepatah

"Oh my god, he looks really annoying!" kata Exraa gedik

"Dah, dah! Serius. Ingat eh, bahagian masing-masing. Kau Rudy, kau last sekali. Dengan Laming," ujar Zafry Rudy mengangguk sekilas

Dari tadi lagi Mardhiaa menunggu Zafry untuk aturkan bahagian dia. Dan sekarang, mana bahagian dia? "Mana bahagian aku Zaf?" bengangnya

"Kau, takde."

"Apepasal pulak? Aku tengah sakit hati dengan minah tu, and sekarang kau cakap bahagian aku takde. Apa ni Zaf?" Zafry menghembuskan nafas perlahan

"Aku cuma risaukan kau Mar.. aku tak nak kau jadi apa-apa."

"Eh, aku dah besar ah Zaf! Kau tak payahlah anggap aku ni macam baby! Takde-takde, aku nak belasah minah tu jugak!" degil Mardhiaa geram. Tidak mahu lah dia dibilang lemah oleh Far nanti

Tergamam Cho' melihat Mardhiaa bersungguh mahu membalas dendam terhadap Far. 'Sayang betul dia dekat Zaf...' nampak sangat Mardhiaa betul-betul sayangkan jejaka itu. Berdendam betul dia dengan Far

~~β™‘β™‘~~

"Sekarang ni kita tak buat apa-apa ke?"

"Buat apa?" tanya Far kembali. Tangan memeluk tubuh seraya badan menyandarkan tubuh kekerusi gerai mamak itu

"Tak, sekarang ni kita tak rancang apa-apa ke. Plan ke? Takkan rileks macam ni aje?" hairan Hannaf dibuatnya. Far tenang seperti tiada apa-apa yang berlaku sahaja

"Hruh! Plan? Buat apa. Diorang kalau nak main, datang ajelah. Muka ni, sentiasa bersedia." lagak dia berbicara. Nampak sangat sudah terbiasa dengan semua ini. Mafia kan geng...

Geng mafar dibelakang tertawa. Plan? Kelakar betul beria nak plan-plan bagai!

Andra disebelah kanan Hannaf memandang hambar Far. Berlagak nak mampus minah ni.

"Aku senang je. Siapa yang cari masalah dengan aku, nak cari bala dengan aku. Meh datang. Ibarat masuk sangkar harimau, menempah maut. Siapa yang cuba-cuba masuk lorong kitorang..."

Bibirnya tersenyum smirk. Gaya percakapannya itu seolah-olah menyindir manusia dihadapan dia sekarang...

Geng-geng nya dibelakang turut ikut tersenyum jahat... Walau ayat Far tidak habis, tetapi Hannaf dan Andra dapat merasakan sesuatu yang tidak nyaman

"MACAM bertambah masalah aje kau segeng dengan minah tu. Macam bukan menyelesai kan masalah aje, sekarang ni... Eh Naf, aku tak faham ah dengan kau ni. Memang takde manusia lain ke dalam dunia ni yang lagi hebat dari minah tu, untuk kau geng? Apahal minah tu jugak? Minah tu dah lah psiko!" bebelan Andra panjang. Menyampah betul dengan sikap Hannaf yang suka tidak berfikir panjang dalam membuat sesuatu keputusan

Hannaf meramas rambut kuat. "Kau diam boleh tak! Aku tahu lah apa yang aku buat!"

"Tahu, tahu! Apa yang kau buat sekarang ni nampak macam tak menyelesaikan masalah! Kau suka buat keputusan macam tu ah Hannaf. Masa kau culik Dhiaa pun sama jugak. Tak fikir panjang. Last-last kau sendiri yang menyesal sebab dia makin benci dekat kau..."

Hannaf akhirnya termakan dalam dengan kata-kata jejaka itu.. dia diam..

.....

"Siapa ni?" tanya Far dalam talian

"Aku nak jumpa kau. Lokasi aku dah send." Zafry membuka kata. Far mendiam. Otaknya ligat menangkap suara Zafry

"Memang tak lah aku rajin nak kesana..."

"Asal? Kau takut?" sinis Zafry

"Ha? Aku? Aku takut? HAHAHAH! Kau buat lawak bodoh apa ni..." tawa Far mengekek-ngekek dalam talian. Zafry menjebik, hambar betul minah ni. Walhal tidak terlihat wajahnya sekarang. Tapi dia dapat rasakan yang minah ini betul-betul menjengkelkan

"Haih... Kau dengar ni. Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya... Kau nak, datang sini. Kau tahu arn tempat aku dekat mana?..." Far tersengih jahat.

"Tap-" tutt-! talian terputus. Berasap Zafry mendengar Far meletakkan panggilan mereka. Telefon nokia dicampak kelantai. Berderai telefon itu. "Oi! Telefon aku tu!" tercengang Farraz geram. Sesuka sedap dia aje campak telefon orang

"Aku rasa kita kene tukar plan ah weh. Dia tak nak jumpa kita!"

"Asal pulak?" Fakhri bengang

"Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya... Nak sesuatu kena ah usaha!" Zafry bersuara memerli Far

Semua menjebik. Baru bercadang mahu jumpa ditempat yang tiada manusia dan sunyi. Kalau ditempat awam, habis lah. Masalah dekat balai pula tak pasal-pasal...

.....

NAFAS tercungap-cungap mengejar seorang jejaka yang laju berlari entah mahu kemana. Dia ikut mengejar lelaki itu. Walau tidak tahu kemana si dia mahu pergi, tetap juga dia ikuti jejaknya. Sampai sahaja lelaki itu berhenti. Dia menyorok dibelakang tembok dinding. Terlihat yang lelaki itu sedang berbicara dengan seorang lelaki berumur lebih kurang 50-an. Cantas lelaki itu mengeluarkan seorang gadis remaja yang berada didalam kereta dan diserahkan pada lelaki misteri itu. Gadis remaja itu memberontak menjerit tidak mahu lelaki itu memegangnya

"ARGHHH! TOLONG!"

"Diam! Aku cakap diam! Diam lah perempuan!" lelaki itu kuat mengherdik si gadis cantas mulutnya ditutup rapat.

Terbeliak besar biji mata si dia melihat apa yang dia lihat sekarang... Sungguh.. tidak sangka...

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


Bersambung....

Nak chapter seterusnya? Dapatkan vote 15 dulu key... (⁠っ⁠˘⁠з⁠(⁠˘⁠⌣⁠˘⁠ ⁠)

Daa saleemm!

BαΊ‘n Δ‘ang đọc truyện trΓͺn: Truyen2U.Pro