05 | Who's YOKEY ?

Màu nền
Font chα»―
Font size
Chiều cao dòng

Mat tahun baru awek aweks πŸ‘»
.
.

GELAP. Perlahan dia mencelikkan mata. Tertanya, hanyalah mimpi semata. Fuhh, Mardhiaa mengeluh kecil. Walaupun mimpi, tapi dia ada bau sesuatu yang tidak enak. Dia bangun dari baring membetulkan urat saraf badan. Kemudian tombol pintu dipulas. Terpampang sosok tubuh lelaki yang tidak berbaju berseluar jean hitam sedang berbaring di kusyen sofa panjang. Mardhiaa tiba-tiba mengingati mimpinya beberapa saat lepas. Damn! Sama, dia bukak pintu nampak Zafry. Dan...

....

Zapss!

"Bangun bongok! Kau buat kerja apa ni tidur sini malam tadi? Kalau kena orang nampak, report macam mana?"

Bibir Zafry kedengaran berdecit kecil. Dia menolak jaket yang dilemparkan Mardhiaa terhadapnya. "Ape bende kau ni, tiba-tiba marah-marah?" sabar lelaki itu. Kalau kena baran, Zafry pun ada baran. Orang kacau dia tengah tidur. Mahu dia maki. Tapi tu lah, makwe

"Marah? Memang lah aku marah, kau tengok kau tengah baring kat mana sekarang ni! Fikir lah Zaf, kau jangan ingat kau kawan aku kau boleh ambil kesempatan!" omelan Mardhiaa membuat jari Zafry menggaru-garu telinga laju.

Kalini Zafry berkata jujur,

"Iye.. sorry, aku penat sangat semalam. Tak sedar aku terlelap."

"Dahtu sekarang, kau tunggu apa lagi? Blah lah!" suara itu kasar terdengar ditelinga Zafry. Fikir suara Zafry yang akan membalas, namun suara ketukan pintu pula kedengaran. Mardhiaa tersentak habis. Jantung bermain laju

Tok! Tok! Tok!

"Weh, Zaf. Siapa tu?" gelisah dia. Mardhiaa berdiri kaku

"Pergilah bukak..." bantal dibawah diambilnya kembali dan kembali menutup muka

Berat langkah Mardhiaa. Dia sempat menelan air liur yang payah. Perlahan tombol pintu di pulas. Dapat dia lihat sosok tubuh yang berdiri dihadapan pintu.
.
.
.

"Dek, nak beli ubat tak? Makcik ada jual ubat penenang, ubat tahan sakit pun ada..." mata si gadis mengendur setelah melihat seorang makcik tua yang berkain batik dikepala serta berbaju kurung tombok merah jambu itu.

Ringkas jawapan Mardhiaa

"Takpe."

Wajah makcik itu berubah. "Takkan lah taknak.. adek tak ada orang yang tersayang sakit-sakit badan ke..." paksa dia halus

"Sekarang ini memang aku tengah sakit pun. Sakit hati!" pintu ditutup rapat. Cis, buang masa nak mampus. Fikir orang pejabat agama lah mai macam dalam mimpi dia tadi. Rupanya, orang kurang siuman. Biadap? Lantak! Kau baru tahu ke Mardhiaa Fauzi sebenarnya biadap.

......

Mulut Zafry penuh dengan roti canai. Habis mengunyah, mata tertera pada manusia di sebelahnya. Dagu mulus Mardhiaa ditarik menghadapnya. Gadis itu menjeling tajam menepis tangan jejaka itu.

Zafry bertanya meleret

"Asal? Menungg, je..."

Jawapan untuk pertanyaannya disambung dia lagi

"Fikir masa depan ke yunk... Don't worry lah, masa depan kita akan cerah kalau kau sentiasa ada dengan aku..."

Krik.. krik..

Zafry mati senyum nakal. Mardhiaa ni kalau orang bagi ayat sweet buat lah reaction sikit. Keras macam batu aje.

"Malam tadi an Zaf, kau tahu aku mimpi apa?" Mardhiaa berbicara seraya matanya tidak berkelip memandang depan. Kedua tangannya menampung dagu

"Mimpi kita kawin. Betul en, en?"

Tebakan spontan Zafry dibalas ringkas Mardhiaa.

"Hm."

"Eh, betul ke?" lekat senyuman nakal nya dibibir. Entah-entah hint yang sudah lama dia tunggu selama ini termakbul

"Ha, kan aku dah cakap.. mimpi kau en tak pernah salah, jadi itu petanda kau dengan aku dah nak dekat lah tu..."

"Kau tahu, aku mimpi cane?"

Zafry diam, tunggu jawapan

"Aku mimpi kite dua kena tangkap basah. Macam haprak je..." telan air liur jejaka itu mendengarnya.

"Pastu bila aku bangun dari tidur tu. Sebijik weh kejadian tu dalam mimpi aku. Aku bukak pintu tengok kau terbaring dekat sofa, then ada orang ketuk pintu. Nasib ah minah tak betul mana entah muncul. Kalau pejabat agama, memang dah lain ah aku dengan kau sekarang..." berleter panjang cerita Mardhiaa.

Hembusan kecil Zafry kedengaran. Dia tersenyum senget. "Fuh, lain maciamm mimpi kau ni..."

Sunyi kembali. Zafry memecahkan kesunyian

"Asal tak jadi betul-betul eak, asal makcik tu yang datang?..." meleret ayatnya. Dagu nya disentuh guna tangan kanan. Isyarat memek muka berfikir. Berfikir kalau benda itu terjadi kenyataan. Mesti sekarang dia dah sekatil dengan Mardhiaa.

Aih, kesitu pulak engko!

Mardhiaa membalas dingin

"Nak kaki ke nak kena maki sekarang ni?"

"Haha! Betul lah Mar, kalau tak sampai bila kita nak macam ni je? Hubungan kita ibarat gantung tak bertali. Kau memang nak ke sampai ke tua kita macam ni je?"

Setakat ini boleh dikatakan 10 kali dia ajak Mardhiaa untuk bernikah. Tetapi si gadis masih menolak secara halus. Bukan tidak mahu, cuma belum masanya lagi

Dan ada sebab juga kenapa dia tolak...

"Ke, memang kau tak nak kawin dengan aku? Memang dari dulu lagi kau macam nak lari je bila aku sebut pasal kawin. Kau ada lelaki lain ke Mar?" kali ini Zafry serius dalam kesenduan sahaja ayatnya. Mardhiaa pandang tepat anak mata Zafry. Eh, lain dah ni...

"Oi, engkau apahal? Tiba-tiba tuduh melulu macam ni?"

"Habis tu kau bila aku ajak kawin, macam nak tak nak aje layan..."

"Bukan tak nak, kau faham tak. Kawin tu susah! Aku ni dah lah kawan dengan kau dari umur aku 3 tahun lagi. Kau bayangkan tiba-tiba nanti dah nikah. Aku kena hormat kau lah. Nanti kalau aku cakap kasar sikit, tak pasal-pasal tak bau syurga..." jeling Mardhiaa geram. Dia tak fikir ke benda itu semua. Sekarang ini ada benda yang lagi penting selain sebut pasal kawin

"Ke, kau anggap hubungan kita ni takat ni je? Kau memang takde niat ke nak bersama dengan aku?" buntu seribu Zafry. Tak faham. Apa yang Mardhiaa mahukan sekarang

"Aku nak je kawin dengan kau Zaf, cuma-"

"Ah, alasan ah Dhiaa. Kau cakap jelah kau tolak kawin dengan aku sebab aku ni miskin arn. Takde ilmu. Tak boleh beri kau ilmu, harta. Sebab tu je arn..." kalini Zafry sebak. Ok, setakat ini dia faham. Mardhiaa pandang tepi. Geram betul. Salah faham pulak mamat ni.

"Kau boleh tak jangan jadi budak-budak Zaf?..." tegas Mardhiaa. Zafry tolak gelas nya kedepan sedikit sebelum punggungnya diangkat pergi dari kedai mamak tersebut. Mardhiaa merengus panjang.

Serabutnya kepala otak!

.
.
.

BELAKANG bidang sasanya direnung sambil berjalan perlahan. Kedua tangannya memeluk tubuh. Zafry dipandang atas bawah. Cis, acah-acah nak merajuk ah tu. Pastu ngade-ngade nak suruh aku pujuk panggil panggilan manja engkau tu... Mardhiaa mengerling sekilas ke belah kanan yang huru-hara seperti ayam betina bertelur sebiji. Langkah kini terhenti. Telinga dapat menangkap suara jeritan seorang perempuan yang dalam ketakutan itu. Tidak tunggu lama, terus dia berlari mendekatinya sekumpulan geng-geng samseng disana. Hilang bayangnya itu tidak disedari Zafry, lelaki itu masih berjalan tidak menyedari Mardhiaa sudah tiada dibelakangnya

"Arghhhh! Tolong lepas!"

"Bhahahaha! Mulut beso leh sumbat jubo Mobi!"

Mobi berbadan besar itu berhenti tertawa berdekah. Aih, ada yang nak kena ni...

"Der, der rileks. Rileks der. Jangan kecoh, jangan kalut. Goyang dulu." puntung rokok dipegang dua jari. Far duduk diatas motor. Menyaksikan persembahan yang akan dilakukan oleh mereka para kaum Adam itu terhadap perempuan berambut lurus tersebut.

Ean. Lelaki yang tidak berbaju itu mengunci kedua tangannya dan tangan kiri menutup kuat mulut perempuan itu dari terus memekak. Rambut perempuan itu dihidunya penuh nafsu. Menggigil badan gadis itu.

Dush!

Dush!

Dush!

"Wehhhh!! Mende ni!" kuat suara herdikan seorang lelaki dan beberapa lagi suara bersorak geram. Siapa pula yang tiba-tiba masuk celah ni. Kacau mood betul!

Mardhiaa mengeluarkan teknik taekwondo nya. Lelaki-lelaki samseng sekelilingnya itu di belasah sekelip mata. Semua jejaka samseng disitu mula ikut berlawan. Mardhiaa sempat mengerling perempuan yang menjadi mangsa mereka tadi. Sudah diheret oleh seorang lelaki samseng kebelakang. Berdengus kasar Mardhiaa. Tangan masih berlawan.

"Berhentilah buat kerja sia* ni! Aku takkan biarkan kau apa-apa kan dia..." Mardhiaa kini muncul dengan pandangan seribu satu dendam. Tercabar dengan apa yang dia lihat. Semua melepaskan suara meluat

"Eh ko ni, nak aku rembat-" tangannya beraksi mahu melempang namun kuat tangan itu di tangkap Mardhiaa cantas dipulas ke bawah tanah.

"Lah, minah sia* ni ke... Weh, Yokey! Kau tengok. Ex girlfriend kau ni mai tunjuk hero siot!..."

Far kini tertoleh. Lah, patutlah kalut semacam tadi. Mardhiaa rupanya. Tiba jiwanya rasa terharu. Alahai, rindu betul dia dengan Mardhiaa. Mardhiaa mengerling Far sekilas. Sumpah... Sumpah lain siot Far yang dia kenal. Gengster nak mampus Far kalini. Dengan rambut separuh perang yang berstyle seperti lelaki barat. Pakaian pun. Lain, sumpah lain. Macam Mafia.

"Sabar geng, sabar...." Far menapak perlahan. Mereka perlahan berhenti berlawan. Bangun berdiri, perlahan membuka ruang untuk 'boss' itu.

"Eh.. hai Dhiaa. Lama kita tak jumpa. Rindu dho." ujar Far. Mardhiaa ketap gigi. Seperti yang dikatakan. Far bila orang tengah baran, mesti wajahnya beriak biasa. Malah seolah-olah tiada apa-apa.

Panas aje hati melihat senyuman yang nakal terkeluar dibibir Far.

"Aku rasa, aku dah lama kut takde kawan yang bernama 'Fareha'!" sengaja ditekan sedikit nama sebenarnya itu. Mereka halus tertawa.

"Tak, asal kau gelak?"

"Tak macam lawak gitu. 'Fareha'. Hahaha!" mereka yang sudah lama menggelar Far. Sebagai 'Yokey' tersebut tiba rasa lucu nama asal Far. Macam, perempuan sangat lah you...

"Eh betina, kau ni semak lah. Bagi ah perempuan tu kalau kau nak date dengan dia sekalipun. Bagi lah perempuan tu kat kitorang..." jejaka berkulit hitam gelap itu berdecit kecil.

Far mencerlung dalam lelaki yang cuba menyampuk perbualan mereka. "Diam."

Lelaki itu diam. Gerun

"Cukup-cukup ah Far, buat kerja bodoh kau ni. Eh, kau takde otak ke. Takde hati dan perasaan ke buat orang macam ni. Khianat orang? Manusia jenis apa kau ni Far?" gumam gadis itu hilang sabar. Sakitnya hati lihat bekas rakan baiknya berubah 100 darjah dari yang dia kenal

"Ubah lah sikap kau. Kau dah lain dho Far. Lain sangat. Kau yang dulu aku dah tak jumpa..."

Bibir yang tersengih-sengih kecil tadi mula bertukar gerun. Anak matanya berubah. Tangan satunya mengempal kuat anak pisau lipat ditangan. Bucu pisau lipat tersebut dihalakan kebelakang

"Kau nak suruh aku berubah? Kau tahu sebab apa aku berubah jadi macam ni? Aku berubah disebabkan KAU LAH DHIAA!" terkedu semua
Mardhiaa beriak biasa. Tenang sahaja dia pandang wajah Far yang bengis itu

"Sejak kau baik, kawan dengan aku. Kau tahu aku dah tak buat semua benda ni Dhiaa. Tapi disebabkan kau, kau tiba-tiba layan aku macam SAMPAH! Lepastu kau tanya, kau suruh aku berubah pulak apahal? Aku ke kau yang bodoh sekarang ni?"

Keadaan mula janggal. Mardhiaa cuba mengeluarkan kata. Ringkas.

"Kau ada otak Far. Kau tahu mana baik buruk.."

Mata dipejamkan serapat rapatnya. Hembusan nafas dilepaskan sedikit. Penat, penat siot nak gaduh-gaduh macam ni. Tali wayar Far mula kembali normal. Tadi tiba-tiba rasa tercabar setelah mendengar ayat Mardhiaa. Kalini dia betul-betul malas nak bergaduh

"Dah lah Dhiaa... Kau tak penat ke. Asyik-asyik berjumpa dengan aku tikam lidah?..."

"Siapa yang cari bala sekarang ni?" tungkas Mardhiaa geram

"Ok. Fine. Aku mintak maaf.. Sorry? Kosong-kosong? Jom lah kita berbaik macam dulu lagi..." tangannya dihulurkan selamba. Nipis sahaja kesabaran Mardhiaa sewaktu ini. Kau faham. Aku sakit hati, kau buat ba**.

Mardhiaa pandang tangan itu. Lama. Dan satu percikan air liur jijik diludah diatas tangan Far. Semua gelabah terkejut dengan tindakan kurang ajar Mardhiaa. Far terkedu mencerlung mata gadis itu

"Mati hidup balik pun aku takkan berbaik dengan kau lah, pengkid!" santapan dalam itu menaikkan kesabaran psycho Far.

Semua para lelaki disekeliling mereka kelihatan sudah tarik lengan baju. Semua kelihatan seperti semut kepanasan. Tunggu masa dan arahan sahaja untuk dia lumat minah puaka ni.

"Haih, kau ni Dhiaa. Tak serik-serik lagi ke, kena dengan abang tiri kau tu.. hm? Ke, kau nak aku tambahkan lagi?..." terukir senyuman smrik dibibir Far tika menyusun ayat

Dush! Satu tumbukan padu melayang ke pipi Far. Far terkeling sedikit ke tepi. Dalam beberapa saat kemudian giliran Far mula bergerak melayang tumbukan pada Mardhiaa namun tumbukan itu terkena pada dirinya sendiri. Kalini betul-betul kuat tumbukan yang dikenakan Far. Far terciduk ke tanah. Kaki Zafry kuat memijak perut Far. Pipi ditumbuk untuk kali kedua. Terbuka luas mata Mardhiaa dengan kehadiran mengejut Zafry itu

"Woi pengkid! Tak payah nak berangan ah kau nak buat! Sedangkan kau pun pernah dibuat! Dan dah jadi dah pun!"

Huk! Huk! Far terbatuk kecil

"Kau ingat aku tak tahu ke sejarah hitam kau dengan mamat motor tu? Hah!? Kau ingat aku tak tahu mat motor tu plan apa untuk kau!"

Mardhiaa blur. Apa, apa ni?

"Dah pengkid, pengkid AJELAH! TAK PAYAH NAK BERANGAN NAK MENJADI!" herdik Zafry kuat dihadapan muka Far. Far seperti kurang nafas. Makin lama dia semakin berdebar, takut kalau Zafry melebih. Mardhiaa tahu kisah silamnya. Kerana geram, kaki laju menyepak perut Zafry sampai lelaki itu terkebelakang.

"Kurang ajar... Si*l, BELASAH DIA!" arah Far hilang sabar. Semua berlari mengejar Zafry yang sudah cekap mencapai lengan Mardhiaa lari dari situ. Mardhiaa ikut sama berlari namun tatkala pertengahan larian, mata tertumpu pada seorang perempuan yang menjerit meminta pertolongan itu. Hati Mardhiaa gelisah. Punggung seorang lelaki samseng yang menyiarap mahu merasa tubuh perempuan yang sedang terbaring di tanah itu ditendang Mardhiaa kuat. Lelaki itu terciduk cantas lengan perempuan itu ditarik Mardhiaa laju. Mereka bertiga lari sekuat hati daripada puluhan geng-geng samseng yang sedar mengejar dari belakang

"Oi betina! Mana kau nak lari oi!"

"Woahhhhhhhh!"

Zafry kalut mencari tempat sembunyi. Tangan mengheret Mardhiaa supaya sembunyi disebalik tembok flat. Mardhiaa hanya ikut sambil tangannya menarik perempuan itu yang sedang menangis ketakutan. Rambutnya habis serabai.

"Mana weh?

"Tadi aku nampak kat sini?!"

"Weh, sini weh!"

Mereka akhirnya sudah menjauh. Suara huru-hara itu kini menghilang. Mardhiaa menghembuskan nafas lega. Betul-betul bermain dengan nyawa bhai. Rasa nak tercabut jantung. Nafas mereka bertiga tercungap-cungap. Penat dek kerana berlari

"Aih, kau ni apahal Dhiaa! Kan aku dah cakap jangan masuk kandang jahanam tu!? Yang kau pergi masuk jugak apahal? Kau nak ke dia bunuh kau? Kau tahu kan dia gila? Kenapa kau gila jugak Dhiaa!" rambut diramas serabut. Kalau dia tidak datang tadi, tak tahulah apa nasib Mardhiaa. Mujur tadi dia toleh kebelakang lihat Mardhiaa tiada. Rupanya ada dengan geng jahanam tu.

Mardhiaa terkedu menjawab,

"Ak-Aku..."

"Mende!? Kau ni betul-betul menyusahkan aku ajelah! Ni, apehal ni? Yang kau bawak sekali dengan perempuan ni apahal?"

Mardhiaa pandang sekilas perempuan itu. Menggigil badan gadis itu takut. Dia menutup mulut takut. Berkaca mata Mardhiaa pandang perempuan itu. "Sebab aku tahu rasa di'perkosa'... Aku tahu rasa trauma dia Zaf... Kau? Kau tahu apa...?" Zafry seakan tertampar hebat dengan sindiran Mardhiaa. Iye, dia tahu dia pernah mahu mengapa-apakan Mardhiaa. Dia tahu dia pernah khianat Mardhiaa pada lelaki. Zafry terkunci dengan kata

"Kau ok?" dagu perempuan itu dipegangnya ganas.

"Nanti jangan keluar sorang-sorang. Kau tahu arn flat ni macam haram... Dah pergi ah balik..." perempuan itu perlahan bangun dan pergi dari situ. Mardhiaa turut itu sekali bangun dan pergi meninggalkan Zafry seorang diri...

Serba salah tiba terasa didada... Zafry meraup wajahnya.

.
.
.

"HA. HA. HA. HA.." satu persatu suara tawa Pang kedengaran. Kejadian semalam bermain di mindanya. Pang yang bersandarkan tubuh di balkoni flat memeluk tubuh sambil tertawa sepatah-sepatah. Mardhiaa tunduk bawah. Tahan bibirnya daripada tersenyum. Ya Allah, mamat ni nak gelak ke tercekik tulang?

Farraz perlahan mengerling Pang yang berdiri itu. "Weh, kau ketawa ke tu? Menyampah pulak aku..." nyaring suara meluat Farraz.

"Woi, bodoh ke?" kepala Pang ditolak ganas Fakhri. Dah lah dia seorang sahaja yang rasa lawak sekarang ini. Semua tengah serius dia pula rasa lucu benda semalam

"Masalah kau ni hah!" geram Cho'

"Yelah, aku ketawa lah. Dia tu, kalau orang buat dekat dia pun. Jadi jugak lah. Ni, ada hati nak buat dekat orang lain. Ha. Ha. Ha. Ha!" dia menyambung tawanya kemudian, Tong!!

"Takde benda yang lucu lah si**!" meja kayu tersebut kedengaran hampir patah. Semua diam takut

"Zaf sabar Zaf. Janganlah emo..." Fakhri cuba menenangkan rakannya. Farraz pandang atas bawah

"Ni apahal pulak ni, period?"

"Aku, ei. Kau tak dengar Fack! Kalau kau dengar suara dia semalam. Memang menyirap weh. Dah lah pernah mengandungkan anak orang, pastu ada hati nak cakap macam tu. Fuih!" Zafry meludah ke tepi. Fakhri memandang mereka yang tercengang mendengar ayat Zafry. Apa? Me-mengandung?

Mardhiaa pandang dalam Zafry. Zafry ada lagi ke simpan rahsia apa-apa padanya yang dia tidak tahu?

"Hah? Kau cakap apa tadi Zaf?" Azim membetulkan kedudukannya. Semua membetulkan kedudukan masing-masing. Macam best je drama ni.

"Kau orang betul-betul nak tahu ke?" Fakhri pula yang bersuara

"Lah, kau tahu jugak ke Fack? Asal kau orang tak bagitau aku ni..." omel Farraz

"Ap..apahal weh?" soalan Mardhiaa memalingkan Zafry kearahnya. Zafry mendiam lama setelah itu dia membuka cerita tentang apa yang dia maksudkan tika dia menumbuk Far semalam.

.
.

10 tahun yang lepas...

"Muka dia, muka dia. Bhahahah!"

"Ini sekali aku rembat dia punya punting tu. Memang tak menyusu kucing sebelah..." Far sengaja menyakitkan hati si lelaki yang tidak berbaju itu.

"Weh!! Bhahahahah jahanam! Sekali spanar kat tangan dia melekat kat ko..."

"Ha, asal? Dia nak buat? Nak baling? Eh, meh ah. Weh, orang macam engkau ni der. Aku jentik je habis kau. Licin melayang dekat planet ketujuh tu. Nak lawan konon. Badan pun macam lidi..."

Suara ejekan dan tawaan mereka yang berada digerai mamak itu menyalakan api amarah si lelaki yang sedang sibuk membaiki motor tersebut. Spanar dihempap kuat ke meja makan. Dia berdiri

"KAU DIAM BOLEH TAK BETINA! KAU JANGAN CABAR JIWA JANTAN AKU!" jerkahan mamat mula kedengaran satu kedai mamak dan gerai motornya berdekatan sahaja dengan gerai mamak.

"Eh, eh HAHAHAHHAHHAHAHHAHAHAHAHAHAHHAHAHAHAHAHAHAHAHA!"

Kuat suara ejekan Far dan rakan-rakannya

"Kalau dah lidi tu, lidi je weh. Kau takat main baling-baling spanar je apa barang? Meh ah main baling-baling pisau.. hak alah... Pengecut! Jantang macam ni dikatakan jantang?" Far merendah-rendahkan lelaki itu. Kuat gigi lelaki itu diketap

"Eh engkau tu dah dilahirkan pan***, pan*** AJELAH! Yang kau nak berlagak macam kau ada telor pulak ni apahal!!"

"Fuh, dia main sebut-sebut. Sebut-sebut, weh. Macam gempak siot ayat... Haha!" sindir Far menyiku lelaki yang tersengih-sengih macam kerang busuk

Far berdiri

"Ha pastu? Nak lawan? Ha masuk! Masuk! Meh lawan! Masuk, sentuh aku! Sentuh ah!"

"BUUUUUUU!!!"

Sampuk mereka meriuhkan suasana

Mata kini bertentangan tajam. Mamat mengangguk perlahan. Jari menuding kearahnya sekilas.

"Kau... Kau tunggu.. KAU TUNGGU KAU!" dia akhirnya pergi. Semua tergelak kecil. Acah nak mampus mamat tu.

Far duduk. Bengang. "Tunggu, tunggu! Mai sini ah kalau dah panas sangat halamak..." gumamnya masih mahu menang

"Chill lah bro... Mat kering tu takkan berani nak fight dengan kau. Sebab tu dia blah camtu je."

.
.
.

Beberapa hari mula menjelma. Mamat dan seorang rakan mafar, Fareha. Cuba membuat projek membalas dendam. Botol. Geng mafar juga ikut sama melakukan dengan mamat. Semua disebabkan duit.

Kuih Bakar dilihat Far. Nampak macam sedap aje. Siapa punya ini. Perutnya sudah meminta untuk diisi. Far pandang Botol yang sedang sibuk berbual dengan seseorang dalam telephone.

"Oi Bot, siapa punya ni?"

"Ha, kau punya ah. Aku beli, makan ah..." suruh Botol. Far tanpa berlengah lagi terus menyuapkan makanan itu ke dalam mulutnya laju. Kebuluran sangat tu.. Botol memerhatikan gelagat beliau lama...

"Ok, dah..." bisik dia dalam telephone pada seseorang

Malam sudah menjelma. Far kini terlentang dengan kuih yang berselerak dilantai. Dia terjatuh pengsan dek kerana kuih yang terkena racun itu.

Tubuh Far dicampakkan ke dalam rumah flat. Mamat menyelupkan tangan dalam selur poket, menyandarkan tubuh ke dinding tepi pintu rumah. Tika wajah Botol kelihat, duit yang bernilai ratusan ribu diserahkan pada lelaki berambut belah tepi tersebut. Dia tersenyum senget. Hilangnya bayang Botol, terus Mamat masuk ke dalam cantas pintu ditutup rapat.

Damn!

.
.
.
.
.




















To be continue...

P/s: maaf, maaf kalau ada kata ii kesat. 🀝🏻 Enjoy this chapter!

BαΊ‘n Δ‘ang đọc truyện trΓͺn: Truyen2U.Pro