[ π‘Ίπ’Šπ’™π’•π’†π’†π’ ] - π‘Όπ’π’‚π’π’ˆ 𝑻𝒂𝒉𝒖𝒏

Màu nền
Font chα»―
Font size
Chiều cao dòng

β€œπ‘Άπ’π’π’š π’šπ’π’– π’Šπ’ π’Žπ’š 𝒉𝒆𝒂𝒓𝒕, 𝒏𝒐 𝒐𝒏𝒆 𝒄𝒂𝒏 𝒓𝒆𝒑𝒍𝒂𝒄𝒆 π’šπ’π’–β€

αͺ₯αͺ₯αͺ₯

Elina merasa kecewa dan terkejut kerana sangkaannya tentang lelaki yang dia suka selama ini salah. Dia juga merasa marah dan kecewa pada diri sendiri kerana lelaki yang dia pikirkan sebagai seseorang yang baik ternyata seorang pembunuh. Dia merasa terluka dan dibohongi oleh lelaki tersebut dan merasa ragu-ragu untuk memberikan kepercayaan kepada seseorang lagi. Elina belajar untuk lebih berhati-hati dalam memilih teman. Dia tidak mahu diri ini membuat kesilapan yang sama.

Hack.

Satu-satunya cara untuk dia tahu siapa sebenar lelaki itu. Maklumat yang perlu dia perolehi. Hanya seorang yang pakar dalam hal ini.

Abang Han.

Elina tersenyum. Sudah lama dia tidak bersua muka dengan sepupunya. Apa khabar dia sekarang?

Mesti makin handsome semenjak dia balik dari luar negara. Gadis itu terus mencapai telefon pintar dan mencari nombor telefon sepupunya.

Dia tersenyum.

αͺ₯αͺ₯αͺ₯

Kytor duduk bersandar di kepala katil. Dia termenung. Pergelangan tangan diralit-ralit. Dia menyelak selimut tersebut ingin bangun.

"Eh siapa suruh bangun?"

Kytor menoleh.

"Duduk," arah Madam Luisa sambil membawa makanan dan minuman.

Kytor duduk.

Madam Luisa meletak makanan tersebut di atas meja. Dia menghampiri remaja itu dan memeriksa balutan kepala remaja itu.

"Sakit lagi ke?"

Kytor menggeleng perlahan.

Wanita itu menoleh pada pergelangan tangan remaja itu yang dibalut band aid putih. Dia mengusap lembut.

"Anak mommy sakit lagi ke sini?"

Kytor menunduk.

"Mommy tak marah."

Wanita itu mengusap lembut pipi remaja itu.

"Kytor jangan buat macam tu lagi. Tak sayang mommy ke? Hm?"

"Mommy benci Kytor.." Remaja itu bergumam perlahan.

Madam Luisa dapat menangkap kata-kata remaja itu.

"Mommy cuma.. sakit hati dengan kytor. Kenapa kytor? Kytor patut bunuh mommy bukan dia!

Sekarang mommy cuma ada Kytor sorang je. Mommy tak nak Kytor pula tinggalkan mommy."

Wanita itu memegang rahang remaja itu. Dia menaikkan wajah remaja itu.

"Kytor..."

Remaja itu memandang wanita itu.

"Jangan buat hal bodoh. Stop blaming yourself."

Kytor menunduk kembali.

Wanita itu bangun dan mengambil makanan. Dia kembali dan duduk berhampiran remaja itu.

"Mommy suapkan." Wanita itu senyum lalu menyua ke mulut remaja itu.

Kytor mengambil suapan tersebut. Hati dia senang wanita itu melayani dia dengan baik walaupun dia sudah membuat buruk pada wanita itu.

"Lepas ni siap, kita keluar."

Kytor terpinga-pinga.

"Keluar ke mana?"

"Ikut je lah. Habis ni makan." Wanita itu menyuap suapan terakhir kemudian memberi minuman kepada remaja itu.

Setelah itu mereka bersiap. Entah ke mana perjalanan membawa mereka, remaja itu hanya mengikuti.

Saat sahaja sampai, remaja itu keluar dari kereta. Lampu warna warni menyinar dengan banyak. Sekeliling penuh dengan kebisingan gelak tawa yang meriah.

Ia...

Taman pesta.

Impian dia. Impian yang ingin dia miliki.

Taman yang penuh keseronokan dan kegembiraan. Remaja itu menoleh pada wanita itu.

"Happy birthday Ryan Kytor. You are 19 now," ucap wanita itu sambil tersenyum.

Remaja itu dengan sebak terus memeluk wanita itu.

"Mommy.."

Madam Luisa membalas pelukan sambil mengusap lembut belakang badan remaja itu.

Dengan perlahan dia membisik,

"Mommy tahu kytor dah lama nak pergi sini kan?"

Remaja itu menangis terharu. Dia tidak sangka ibu tirinya masih ingat lagi apa yang pernah dia pinta.

"Dah-dah. Carl tengok tu."

Carl memandang ke arah lain.

Wanita itu membetulkan topi remaja itu yang menutupi kepalanya yang dibalut band-aid putih.

"Pakai elok-elok. Nanti orang lain nampak."

Remaja itu hanya tersenyum. Senyuman gembira yang sudah lama tidak diberi pada wanita itu.

Mereka masuk dan bermain. Wanita itu tersenyum melihat kegembiraan remaja itu.

αͺ₯αͺ₯αͺ₯

"Ish... susah nya nak dapat info kawan Ira ni. Dia guna AI canggih lah Ira. First time abang nampak ni. Abang kena hati-hati tak mahu dia perasan."

Elina hanya mendengar. Dia pula terfikir kenapa begitu tinggi sekali menjaga profilnya.

Abang Han meneruskan kemahirannya. Ada kala dia mengeluh. Lama juga dia mengambil masa.

"Abang Han kenapa tak ambil cara baru je?"

"Tak boleh Ira, abang takut guna cara tu boleh kena tangkap. Tu sebab guna cara lama. Tak pernah dengar eh? Biar lambat asalkan selamat.

Cara lama ini unik atau jarang digunakan ramai orang. Cuma mengambil masa lama dari cara baru. Cara baru sudah ramai yang menggunakannya dan hanya memberi sekejap masa sahaja."

Elina baru faham apa abang Han katakan.

Sudah dapat masuk. Abang Han menunggu loading. Mereka menunggu dan menunggu. Akhirnya abang Han tertidur di sofa.

Elina melihat semula skrin laptop abang Han. 70 peratus baru. Sememangnya dia pandai sahaja buat begini kerana tunjuk ajar dari abang Han. Tetapi, abang Han lagi pakar dalam hal ini. Dia pun tidak mahu Elina menggunakan kemahiran itu dengan cara salah.

"Teet!"

Bunyi printer di meja komputer ruang tamu mengejutkan gadis itu.

"Siap dicetak!" Detik hati gadis itu. Mata gadis itu membesar bulat kerana teruja.

Dia terus mengambil kertas yang sudah siap dicetak. Dia membaca isinya. Satu persatu diteliti sehingga senyuman gadis itu mati. Dia mengerutkan dahi. Air mata menitis jatuh ke pipi.



Bersambung..

.
.
.
.
.
.

Saya terpaksa buat kurang dari 1000 patah perkataan supaya reader tidak bosan membaca. Maaf atas kekurangan saya. Please vote and comment.. Thank you ❀️✨

BαΊ‘n Δ‘ang đọc truyện trΓͺn: Truyen2U.Pro