[ π‘Ίπ’Šπ’™π’•π’š 𝑻𝒉𝒓𝒆𝒆 ] - π‘·π’”π’šπ’„π’‰π’

Màu nền
Font chα»―
Font size
Chiều cao dòng

"π‘Άπ’π’π’š π’šπ’π’– π’Šπ’ π’Žπ’š 𝒉𝒆𝒂𝒓𝒕, 𝒏𝒐 𝒐𝒏𝒆 𝒄𝒂𝒏 𝒓𝒆𝒑𝒍𝒂𝒄𝒆 π’šπ’π’–"

αͺ₯αͺ₯αͺ₯

‼️WARNING: Kandungan yang mengandungi kekejaman dan darah. Author dah beritahu awal, author tidak bertanggungjawab jika pembaca ingin meneruskan sehingga habis.

αͺ₯αͺ₯αͺ₯

Naira membuka matanya perlahan-lahan, kesedarannya kembali dengan diiringi rasa sakit yang menusuk di kepalanya. Dia mendapati dirinya terikat erat, anggota badannya terikat oleh tali yang kuat.
Pandangannya kabur apabila dia cuba menggerakkan kepalanya.

Ruangan itu redup, hanya sedikit cahaya yang masuk melalui celah-celah di dinding. Dia merasa kebingungan bercampur dengan rasa takut yang tidak menyenangkan akan situasi yang tidak diketahuinya.

"Pu-puan.." satu suara perlahan memecah kesunyian menyebabkan dia berpaling perlahan. Hatinya berdegup kencang apabila dia mengenali sosok yang dikenalinya, terikat dan cedera, duduk di sebelahnya.

"Fa-faris?" suara Naira bergetar dalam kegelapan, pandangannya jatuh pada wajah Faris yang terluka.

"Shh.." Faris memberi isyarat di hadapan mereka. Naira memandang hadapannya.

Di kejauhan, sekumpulan lelaki berbadan tegap sedang dalam perbualan hangat, gelak tawa mereka memenuhi ruangan sambil mereka dengan tidak berperasaan menendang tubuh seorang lelaki muda yang lemah.

Apabila diteliti sedikit lama, Naira menyedari sosok tubuh yang lemah itu tidak lain tidak bukan adalah suaminya.

"A- Abang!" Panggilan spontan Naira membuatkan mereka menoleh ke arahnya. Naira menelan liur kelat. Dia merasakan denyut panik memenuhi dadanya saat melihat mereka menghampirinya. Dia cuba untuk tidak menunjukkan ketakutannya.

"Pu-puan.." Faris mulai takut, tidak sangka suara Puan Naira boleh didengar mereka walaupun tidak begitu kuat.

Seorang lelaki asing itu mencangkung di hadapan Naira, terukir senyuman licik di wajah kasarnya. Ibu jarinya mencapai dagu Naira, tetapi Naira pantas mengelak sentuhannya.

"Hahahah!" Ketawanya bergema membuatkan Naira menahan nafas, mencuba menelan rasa takutnya.

"Wh- Who are you.. wh-what you.. you want?" Gagap Naira bertanya.

Lelaki itu sekadar memberikan senyuman sinis sebagai balasan.

"You're wonderin', who the hell are we?" Pertanyaannya tergantung di udara, melemparkan pandangan ke arah rakan-rakannya, mencetuskan satu lagi ketawa yang memenuhi ruangan itu dengan bergema yang tidak menyenangkan

Baru sahaja tangannya mencapai dagu Naira, satu suara lemah mencelah, menghentikan langkahnya.

"Don't.. Don't touch her.."

Lelaki itu menoleh, bangkit berdiri. Ahli-ahli lain mengalihkan perhatian mereka kepada sosok tubuh yang lemah itu, senyuman mereka berubah menjadi senyuman licik ketika mereka memberikan tendangan ganas ke perut lelaki muda itu.

"Ugh!" Dia merengus kesakitan.

"A- Abang!" Laungan Naira bergema dengan getaran ketakutan, hatinya sebak melihat suaminya menanggung kekejaman sebegitu. Cukup lah. Cukup lah 6 tahun lepas membuat suaminya menderita. Sudah cukup buat Naira merasa kehilangannya.

Pistol dihalakan ke dahi suaminya, bibir lelaki yang tidak dikenali itu membentuk senyuman sinis.

"Enough." Suara tegas dan garau memberi arahan.

Semua mata beralih ke arah pintu. Di ambang pintu, berdiri seorang lelaki besar dan tegap yang menampakkan lebih kuat dari mereka. Berbaju sut biru tua tadi dan berkasut kulit merah.

Mereka menundukkan kepala sebagai tanda hormat, berundur ke belakang perlahan-lahan ketika dia melangkah ke dalam ruangan.

Dengan sedutan rakus, dia menghembus cerutnya, menuju ke arah pemuda yang lemah itu. Lelaki itu berhenti di hadapan pemuda yang lemah itu. Perlahan-lahan dia mencangkung, hujung cerutnya yang terbakar menekan peha pemuda itu.

"Argh!" Jeritan pedih Ryan memenuhi ruangan itu, diselangi tawa sinis lelaki itu.

"I've been waiting for him to come, save his son," katanya sambil tersenyum sinis.

"I'm here." Suara dingin itu mencelah.

Lelaki berkasut merah itu menoleh, pandangannya bertemu dengan pandangan tajam Daniels, wajahnya tegang dan dingin. Ekspresinya sedikit berubah kerana terkejut, bagaimana Daniels boleh tiba begitu cepat, sebelum masa yang dia tetapkan? How--

Pandangan lelaki berkasut merah itu perasan akan sesuatu, tanpa mempedulikan kecurigaannya, tawanya terus bergema di segenap ruang.

"Hahaha! Where are your men?" Dia mengejek.

"I'm alone," suara Daniels tetap dingin dan tegas.

"It's quite enjoyable to have your son in my grasp." Lelaki itu tersengih, sinis.

"Are you sure it's my son? Perhaps the one you've kidnapped is someone else," balas Daniels, senyuman senget bermain di bibirnya.

Terletus ketawa Dominico memenuhi ruangan itu, dia membalikkan pemuda itu secara paksa dan belakang baju Ryan diselak olehnya.

"This mark... it matches yours. You think I don't know about this?" kata Dominico sambil tersenyum sinis.

Riak wajah Daniels berubah. Dominico yang perasan perubahan wajah Daniels meletuskan satu lagi ketawa besar.

Naira yang melihat tanda di belakang suaminya, terkelu.

Jadi.. itu kah tanda maksud Ryan?

Tanda lahir.

Ia kelihatan seperti parut kecederaan, tetapi ia adalah tanda lahir suaminya. Selama ini, dia tidak perasan, lagipun Ryan selalu pakai baju lengan panjang di rumah, menyembunyikannya dari pandangannya selama ini.

"Let them go, Laiv," dingin dan tegas suara Daniels. Naira memerhati dalam diam ketika papa sedang berunding dengan lelaki gerun itu.

"What if I choose otherwise?" Dominico membalas, senyuman senget melengkung di bibirnya sambil memberi isyarat kepada anak buahnya.

Salah seorang dari mereka maju ke arah Naira sambil menghunus pisau. Naira merasakan nafasnya terhenti sejenak, jantungnya berdegup kencang apabila bilah pisau itu dekat menyentuh lehernya.

"Choose. That dame over there, or your own flesh and blood?" Dominico senyum sinis.

Daniels mengepal penumbuknya.

"Your own cousin's been stickin' his nose where it don't belong in his clan," kata Daniels, nada perlahan dan serius.

Dominico merengus, mencengkam rambut Ryan dan memaksanya mendongak.

"I'll make sure your own son pays the price," Dia mengugut, menekan pistol di bawah dagu Ryan, tidak sabar-sabar untuk menyaksikan ketakutan di mata Daniels akan kematian anaknya. Dia tahu kelemahan Daniels adalah anak kandungnya sendiri.

Tetapi riak wajah Daniels membingungkan dia. Walaupun diugut, senyuman mencurigakan tersungging di bibir Daniels.

"You're playin' with fire, Laiv."
Daniels melemparkan senyuman sinis.

Dahi Dominico berkerut kerana keliru.

"Why ya showin' up at my safe house, takin' matters into your own hands? Don't ya trust your men?" Daniels tergelak kecil dengan sedikit sindiran.

"Or maybe... your men ain't cut out for the job?" Sindiran Daniels menghiris ketegangan seperti pisau.

"YOU..." Dominico menggelegak, mukanya memerah menahan marah.

Naira menangis sakit. Daniels menoleh, tahu lah dia Dominico bermain tidak adil.

"Say goodbye to your son," sinis Dominico.

Pandangan Daniels tertancap pada Ryan.

"End him. Rayno," perintah Daniels, suaranya berat tanda pasrah.

Dominico yang mendengarnya hairan. Dia menoleh ke arah lelaki muda itu yang berada dalam cengkamannya, yang kelihatan tidak berdaya sama sekali, badannya telah dibelasah teruk dan berlumuran darah. Ketawa Dominico tiba-tiba bergema di segenap ruang. Dia menoleh pada Daniels.

"You tryin' to be funny, huh?" Dia tergelak kecil dengan sedikit sinis.

"Or... should I say--"

"End. him--"

------

---My. Amore," nada Daniels bertukar lembut dan sinis.

"Hahah-- ugh!"

Baru sahaja tawa Dominico hampir meletus, dunianya seolah-olah terhenti apabila rasa sakit yang menyengat merobek dagingnya, menusuk kulit di bawah dagunya dan mengoyak melalui mulutnya. Matanya terbeliak terkejut dan badannya kaku.

'What the-'

Pistol terlepas dari genggamannya apabila kesakitan melanda dirinya, disertai dengan darah logam. Tercungap-cungap, tangannya secara naluri mencapai untuk membendung aliran darah yang terpancut dari luka itu. Tetapi sudah terlambat.

'When he--'

Dominico terhuyung hayang, penglihatannya kabur, pandangannya terkunci kebingungan dengan renungan tanpa suara lelaki muda itu. Kesakitan menyelubungi tubuhnya apabila dia tersandung ke belakang, darah mengalir bebas dari luka itu.

"You ain't got a clue who you're messin' with, Laiv," kata Daniels bernada serius.

Anak-anak buah Dominico terbungkam, menyaksikan kejadian yang tidak dijangka. Belum sempat anak-anak buahnya membalas, Ryan melangkah ke hadapan dengan langkah yang nekad. Dalam sekelip mata, huru-hara tercetus. Pukulan, tendangan dan tembakan bergema di setiap ruangan, lampu berkelip-kelip dengan pergerakan pantas mereka.

Naira dan Faris berlindung di sebalik tiang yang utuh akibat tembakan berterusan di udara. Naira masih terpaku pandangannya pada Ryan, bertarung dengan kemahiran dan keganasan yang tidak pernah dilihatnya sebelum ini.

Tetapi seperti yang diperhatikan oleh Naira, ada kekosongan di mata suaminya, kekosongan yang menafikan keganasan di sekelilingnya. Walaupun ditikam, Ryan tidak menunjukkan tanda-tanda kesakitan, dia meneruskan serangannya yang tidak henti-henti. Matanya kelihatan tidak berperasaan, seolah-olah ini semua hanya permainan baginya.

Di tengah-tengah pergaduhan itu, Naira melihat kilatan cahaya pisau menusuk-nusuk mereka rakus diikuti dengan jeritan yang menyakitkan. Rasa ketakutan menjalar diri Naira tiba-tiba melihat suaminya yang bukan seperti suaminya.

"HAHAHAHAHAHAHA!" Ketawa lelaki itu bergema di seluruh bilik, darah mengotorkan tangannya sambil meneruskan serangan tanpa belas kasihannya.

Ketika pandangan Naira meliar ke arah Daniels, dia mendapati lelaki itu memerhati dengan tenang, ekspresinya tidak menunjukkan sebarang emosi.

Apa.. yang dia tidak tahu tentang Ryan?

Tiba-tiba, Mustaqim datang lalu menunduk hormat kepada bosnya. Namun, Daniels tetap tidak berganjak, pandangannya tertumpu di hadapannya.

Mustaqim mengikuti pandangan bosnya, matanya membulat ketakutan ketika dia menyaksikan kematian mengerikan.

Mereka semua menemui penghujung yang mengerikan.

Lelaki itu... dia terus menikam hati mangsanya dengan kerakusan yang tidak putus-putus, merobek-robek daging mereka dengan selera yang membuak-buak walaupun mereka sudah tidak bernyawa. Dengan penuh keseronokan, dia mengoyakkan badan mereka, memakan isi perut mereka dengan rakus.

Itu.. Tuan Ryan?

Daniels melangkah deras pada anaknya.

"Rayno enough."

Ryan tidak mempedulikan panggilan Daniels, memakan isi perut mangsanya dengan kelaparan yang liar, tawanya kedengaran di udara

"Ryan."

Namun, Ryan tetap tidak bertindak balas, dia melahap makanannya seperti binatang buas yang didorong oleh nalurinya.

"Kytor!"

Tangan anaknya terhenti seketika. Perlahan-lahan, Ryan berpaling menghadap lelaki itu, pandangannya bertemu dengan pandangan tajam lelaki itu.

"Enough." Arahan tegas Daniels seolah-olah menembusi kabus kegilaan Ryan, ekspresinya bergoyang antara kesedihan dan kekeliruan, menyebabkan bibir Ryan bergetar dengan pandangan dingin lelaki itu membuatkan keinginannya untuk menangis.

"Come here." Sambil bertepuk tangan, dia memberi isyarat kepada anaknya untuk mendekati.

Anaknya menggeleng perlahan, berundur dari lelaki itu.

"Please, my baby.. come here to papa," Daniels memujuk lembut, menghulurkan tangan kepada anaknya.

Ryan menurut perlahan-lahan, merangkak ke arah papanya sebelum bangkit dan meluru ke dalam pelukan lelaki itu, air mata mengalir di wajahnya. Dia mencari ketenangan dalam pelukan lelaki itu.

"It's okay, Rayno... it's okay," bisik Daniels sambil mencium lembut kepala anaknya.

Lama-kelamaan, kening Daniels berkerut apabila dia merasakan kelemahan anaknya. Dia melepaskan pelukan, memeriksa Ryan, pandangannya jatuh pada luka tembakan di perut anaknya.

"Rayno.."

Anaknya rebah tidak sedarkan diri, tetapi selamat dalam pelukan Daniels.

"Damn it." Daniels mengutuk dalam nafasnya, tergesa-gesa mengangkat tubuh lemah anaknya.

"Get them to your car," Mustaqim mengangguk menerima arahan bosnya, sebelum bergegas melepaskan Naira dan lelaki itu.




Additional Information ++

β€’ Laiv same meaning to Dominico.

-
-
-
-
-

Sorry naa.. loghat american pekat sangat. Hahaha! Faham² je lah. And author malas nak italic dialog 😭
Vote & comment. Thank you! ❀️

BαΊ‘n Δ‘ang đọc truyện trΓͺn: Truyen2U.Pro